Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Malta

Koordinat:35°54′U14°31′T / 35.900°U 14.517°T /35.900; 14.517
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Malta
ريڤوبليك مالتا
Repubblika ta' Malta (Malta)
Republic of Malta (bahasa Inggeris)
Bendera Malta
Jata Malta
BenderaJata
Cogan kataVirtute et constantia
"Dengan kekuatan dan konsisten"
Lagu kebangsaanL-Innu Malti
Gita Puja Malta
Lokasi  Malta  (bulatan hijau) – di Eropah  (hijau cerah & kelabu gelap) – di Kesatuan Eropah  (hijau cerah)  –  [Petunjuk]
Lokasi Malta  (bulatan hijau)

– diEropah  (hijau cerah & kelabu gelap)
– diKesatuan Eropah  (hijau cerah)  –  [Petunjuk]

Ibu negaraValletta
35°54′U14°31′T / 35.900°U 14.517°T /35.900; 14.517
bandarSt. Paul's Bay
Bahasa rasmiBahasa Malta,[d]Bahasa Inggeris
Other languageBahasa Itali Malta (66% boleh bertutur)[1]
Kumpulan etnik
(2019[2])
Agama
Katolik
KerajaanRepublik berperlembagaanberparlimenunitari
Myriam Spiteri Debono
Robert Abela
Badan perundanganParlimen Malta
Kemerdekaan 
21 September 1964
• Republik
13 Disember 1974
Keluasan
• Jumlah
316[3] km2 (122 bt2) (ke-185)
• Perairan (%)
0.001
Populasi
• Perkiraan 2019
493,559[4] (ke-167)
• Bancian Penduduk 2011
416,055[5]
1,457[5]/km2 (3,773.6/sq mi) (kelima)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$22.802  bilion[6]
$48,246[6]
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$15.134 bilion[6]
$32,021[6]
Gini (2018)negative increase 28.7[7]
rendah · ke-15
HDI (2018) 0.885[8]
sangat tinggi · ke-28
Mata wangEuro (€)[b]
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (Waktu Eropah Tengah)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (Waktu Musim Panas Eropah Tengah)
Format tarikhdd/mm/yyyy (AD)
Arah memandukiri
Kod panggilan+356
Kod ISO 3166MT
DPT internet.mt[c]
Laman sesawang rasmi
gov.mt
  1.   Berdasarkan bancian pada 2011[5]
  2.  Lira Malta sebelum 2008
  3.  .eu turut digunakan bersama-sama negara Kesatuan Eropah
  4.   Termasuk Bahasa Isyarat Malta[9]

Malta atau nama rasmi,Republik Malta (Malta:Repubblika ta' Malta;Inggeris:Republic of Malta;Jawi: ريڤوبليك مالتا) ialah sebuah negara kepulauan di selatanEropah yang terdiri daripada kepulauan di tengah-tengahLaut Mediterranean yang berada betul-betul di selatanItali. Kedudukannya yang strategik telah menyebabkan Malta dijajah dan diperintah oleh pelbagai kuasa selama beberapaabad.

Penamaan

[sunting |sunting sumber]

Asal perkataanMalta adalah tidak jelas dan variasi perkataan itu diambil dari Bahasa Malta. Etimologi yang paling banyak diterima adalah kataMalta itu berasal daripada kata Yunani ,meli (μέλι), 'madu'. Orang Yunani kuno menamakan pulau ituMelitē (Μελίτη) yakni 'madu manis', mungkin kerana Malta menghasilkan madu unik dari sebuah jenis lebah endemik di pulau itu. Orang Rom kemudian memanggil pulau itu dengan namaMelita yang dianggap sebagai perumian dari kata Yunani (Μελίτη) atau sebagai adaptasi pengucapan dialek Yunani Dorik bagi perkataan sama Μελίτη.[10]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Sejarah Malta

Malta mendapat kemerdekaan pada 21 September 1964 daripadaUnited Kingdom. Pada asalnya, Malta mengiktirafElizabeth II sebagai Ratu Malta, tetapi menjadi republik pada 13 Disember 1974, dan ketua negara digantikan dengan seorangPresiden.

Pada 16 Julai 1990, menteri luar negeri,Guido de Marco memohon agar Malta menyertaiKesatuan Eropah (EU).[11] Sebuah referendum pada 8 Mac 2003 membawa kepada keputusan yang menyokong kemasukan ke EU.[12] Perdana MenteriEddie Fenech Adami menandatangani perjanjian kemasukan ke EU pada 16 April 2003 diAthens,[13] dan secara rasminya menyertai EU pada 1 Mei.[14] Malta kemudiannya menyertaizon euro pada 1 Januari 2008.[15]

Geografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Geografi Malta

Keluasan Malta ialah kira-kira 316 km2, negara kesepuluh terkecil di dunia.[16] Malta ialah sebuah negara kepulauan diLaut Mediterranean dengan tiga pulau utama, iaituMalta (246 km²),Gozo (67.1 km²) danComino (2.8 km2).[17] Pulau-pulau ini sahaja yang dihuni masyarakat negara. Malta tidak memiliki sungai atau tasik yang kekal. Titik tertinggi Malta ialah Ta' Dmejrek dengan ketinggian 253 meter.

Iklim di Malta ialahiklim Mediterrainean.[17] Malta memilikimusim panas bersuhu tinggi danmusim sejuk yang sederhana. Hujan biasanya turun padamusim luruh dan sejuk, dan musim panas di Malta ialah kering secara lazim.

Politik

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Politik Malta

Malta mengamalkan sistemrepublik dengan sistem parlimen yang menyerupaisistem Westminster.[18]Presiden Malta bertindak sebagaiketua negara dan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan.Parlimen Malta terdiri daripada satu dewan yang memiliki 67 buah kerusi setakat kini.

Pembahagian pentadbiran

[sunting |sunting sumber]

Malta secara asasnya terbahagi kepada lima kawasan dengan pentadbiran sendiri yang bertindak sebagai perantara antara kerajaan kebangsaan dan tempatan.[19] Di bawah pentadbiran ini ialah 68 buah badan perbandaran tempatan.

Demografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Demografi Malta

Bancian pada 2011 meletakkan angka jumlah penduduk Malta pada 408,000 orang.[20] Jumlah penduduk ini menjadikan Malta sebagai negara paling padat penduduk di Kesatuan Eropah dengan 1,282 orang/km2. Anggaran kadar kesuburan penduduk Malta ialah 1.45 orang anak per perempuan.

Bahasa

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Bahasa di Malta

Perlembagaan negara mengiktiraf dua bahasa,bahasa Malta danbahasa Inggeris dengan keutamaan diberi terhadap bahasa Malta.[18]

Agama

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Agama di Malta

Kristian Katolik ialah agama rasmi Malta menurut perlembagaan,[18] dan agama hampir keseluruhan penduduk Malta, yakni kira-kira 93.9% penduduk negara setakat 2018.[21] Kira-kira 4.5% penduduk dikatakan tidak terikat dengan sebarang agama, salah satu angka terendah dalam kalangan negara Eropah.[21]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Europeans and their Languages"(PDF).European Commission (dalam bahasa Inggeris). Special Eurobarometer.Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2017.Cite has empty unknown parameter:|1= (bantuan)
  2. ^Diacono, Tim (18 April 2019)."Over 100,000 Foreigners Now Living In Malta As Island's Population Just Keeps Ballooning".lovinmalta.com (dalam bahasa Inggeris).Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2019.
  3. ^Zammit, Andre (1986). "Valletta and the system of human settlements in the Maltese Islands".Ekistics.53 (316/317): 89–95.JSTOR 43620704.
  4. ^"World Population Day".nso.gov.mt. Malta National Statistics Office.Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Ogos 2019.
  5. ^abcCensus 2011. National Statistics Office, Malta
  6. ^abcd"Malta". Tabung Kewangan Antarabangsa.
  7. ^"Gini coefficient of equivalised disposable income - EU-SILC survey".ec.europa.eu (dalam bahasa Inggeris).Eurostat.Diarkibkan daripada yang asal pada 20 March 2019.
  8. ^"Human Development Report 2019"(PDF) (dalam bahasa Inggeris).UNDP. 10 Disember 2019.Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 22 Mac 2017.
  9. ^"Maltese sign language to be recognised as an official language of Malta".The Malta Independent (dalam bahasa Inggeris).Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2018.
  10. ^"Archived copy"(PDF) (dalam bahasa Inggeris).Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 23 Disember 2017.CS1 maint: archived copy as title (link)
  11. ^Grima, Noel (2 October 2011)."Retaining Guido De Marco's Euro-Mediterranean vision".The Malta Independent. Standard Publications Ltd.Diarkibkan daripada yang asal pada 5 March 2016. Dicapai pada27 February 2016.
  12. ^"Malta votes 'yes' to EU membership". CNN. 9 March 2003. Diarkibkan daripadayang asal pada 13 March 2003. Dicapai pada1 October 2014.
  13. ^Bonello, Jesmond (17 April 2013)."Malta takes its place in EU".The Times (dalam bahasa Inggeris). Malta.Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2016. Dicapai pada27 Februari 2016.
  14. ^"The History of the European Union – 2000–today". Diarkibkan daripadayang asal pada 11 October 2007. Dicapai pada12 October 2007.
  15. ^"Cyprus and Malta set to join eurozone in 2008" (dalam bahasa Inggeris). 16 May 2007.Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2009. Dicapai pada12 Oktober 2007.
  16. ^State of the Environment Report for Malta 1998Diarkibkan 2015-04-02 diWayback Machine
  17. ^abThe Maltese IslandsDiarkibkan 3 Julai 2007 diWayback Machine, Department of Information – Malta.
  18. ^abc"Constitution of Malta". Ministry for Justice, Culture and Local Government.Diarkibkan daripada yang asal pada 1 October 2018. Dicapai pada10 February 2018. - Article 40: "all persons in Malta shall have full freedom of conscience and enjoy the free exercise of their respective mode of religious worship."
  19. ^Protokol Lokali u Reġjonali(PDF) (dalam bahasa Malta).Valletta: Dipartiment tal-Informazzjoni. m/s. 5–6. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 17 June 2012. Dicapai pada2 April 2015.
  20. ^CIA."Malta".The World Factbook (dalam bahasa Inggeris).Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Disember 2010.
  21. ^ab"MaltaToday Survey | Maltese identity still very much rooted in Catholicism".MaltaToday.com.mt (dalam bahasa Inggeris).Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2019. Dicapai pada2019-03-26.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagiMalta.


Senarai anggota
Bendera Kesatuan Eropah
Bendera Kesatuan Eropah
Bekas anggota
Negara berdaulat
(anggota)
Wilayah
tanggungan
anggota
Australia
New Zealand
United Kingdom
Negara berdaulat dan wilayah tanggungan diEropah
Negara berdaulat
Negeri dengan pengiktirafan terhad
Tanggungan dan wilayah lain
Denmark
Finland
Norway
United Kingdom
Antarabangsa
Kebangsaan
Geografi
Akademik
Seniman
Tokoh
Lain

Rencana ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Malta&oldid=6504776"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp