Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Malaysia

Rencana pilihan
Rencana baik
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Malaysia
مليسيا
Segi empat tepat biru dengan bintang emas dan bulan sabit di kanton, dengan 14 jalur merah dan putih mendatar di seluruh bendera
Perisai yang menunjukkan simbol negeri-negeri Malaysia dengan bintang dan bulan sabit di atas dan moto di bawah, disokong oleh dua ekor harimau.
BenderaJata
Cogan kata"Bersekutu Bertambah Mutu"
"برسکوتو برتمبه موتو " (Jawi)[1]
Lagu kebangsaan"Negaraku"
Tunjukkan global
Tunjukkan peta Asia Tenggara
Lokasi Malaysia  (hijau gelap)

– diAsia  (kelabu gelap & putih)
– diASEAN  (kelabu gelap)

Ibu negara
dan bandar terbesar
Kuala Lumpur
3°8′N101°41′E / 3.133°N 101.683°E /3.133; 101.683
Pusat pentadbiranPutrajaya
2°56′N101°42′E / 2.933°N 101.700°E /2.933; 101.700
Bahasa rasmi
dan Bahasa kebangsaan
Bahasa Melayu[2]
Bahasa diiktirafBahasa Inggeris
Kumpulan etnik
(2024)[3][4]
Agama
(2021)[6]
DemonimOrang Malaysia
KerajaanRaja berperlembagaan dandemokrasi berparlimen
Sultan Ibrahim
Anwar Ibrahim
Ahmad Zahid Hamidi
Fadillah Yusof
Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Awang Bemee Awang Ali Basah
Johari Abdul
Badan perundanganParlimen
Dewan Negara
Dewan Rakyat
Kemerdekaan 
31 Ogos 1957[7]
22 Julai 1963[8]
31 Ogos 1963[8]
• Persekutuan (denganBorneo Utara,Sarawak danSingapura)[d]
16 September 1963[9]
• Perpisahan Singapura dari Malaysia
9 Ogos 1965
Keluasan
• Jumlah
330,803 km2 (127,724 bt2) (ke-66)
• Perairan (%)
0.3
Penduduk
• Bancian Penduduk 2024
35,739,589(ke-42)[10]
86/km2 (222.7/sq mi) (ke-114)
KDNK (PPP)2023
• Jumlah
AS$ 1.096 trilion[11] (AS$ 1.096 trilion)
AS$ 33,113 (ke-41)[11]
KDNK (nominal)2023
•  Jumlah
AS$ 434.059 bilion[11]
AS$ 13,108 (ke-62)[11]
Gini (2015)41
sederhana
HDI (2018) 0.804[12]
sangat tinggi · ke-61
Mata wangRinggit (RM)
(MYR)
Zon waktuUTC+8 (MST)
• Musim panas (DST)
UTC+8 (Tiada)
Format tarikhdd-mm-yyyy
Arah memandukiri
Kod panggilan+60
DPT internet.my

Malaysia (Jawi: مليسيا) ialah sebuah negararaja berperlembagaanpersekutuan diAsia Tenggara yang terdiri daripada11 buah negeri Melayu, dua negeri Borneo dan tiga wilayah persekutuan yang berkeluasan 330,803 kilometer persegi (127,720 bt2). Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapitLaut China Selatan, iaituSemenanjung Malaysia danMalaysia Borneo. Malaysia berkongsi sempadan darat denganThailand,Indonesia, danBrunei dan juga sempadan laut denganSingapura danFilipina.[13] Di Malaysia terletaknyaTanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besarEurasia danTanjung Simpang Mengayau, titik paling utara di seluruhPulau Borneo.

Malaysia berakar-umbikanKerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukanEmpayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagaiNegeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagaiTanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadiPersekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bergabung denganSabah,Sarawak, danSingapura bagi membentuk Malaysia. Pada tahun 1965, Singapura terpaksa dikeluarkan dari persekutuan dan menjadi sebuah negara yang bebas.

Ketua negara Malaysia ialahYang di-Pertuan Agong, iaituraja elektif yang terpilih dan diundi daripada 9 kalangan raja negeri Melayu. Ketua eksekutif kerajaan pula ialahPerdana Menteri. Ibu negara Malaysia ialahKuala Lumpur, manakalaPutrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Malaysia ialah sebuah negara perintisPersatuan Negara-Negara Asia Tenggara danPertubuhan Persidangan Islam, dan ialah anggotaKerjasama Ekonomi Asia-Pasifik,Negara-Negara Komanwel, danPergerakan Negara-Negara Berkecuali.

Nama

English Map of Southeast Asia, "MALAYSIA" typeset horizontally so that the letters run across the northernmost corner of Borneo and pass just south of the Philippines.
"Malaysia" digunakan sebagai label untukKepulauan Melayu pada peta tahun 1914 dalam atlas Amerika Syarikat

Nama "Malaysia" adalah gabungan perkataan "Malays" dan akhiran Latin-Yunani "-ia"/"-ία"[14] yang boleh diterjemahkan sebagai "tanah orang Melayu".[15] Asal perkataan 'Melayu' tertakluk kepada pelbagai teori. Mungkin berasal dari bahasaSanskrit iaitu "Himalaya", merujuk pada daerah yang tinggi di pergunungan, atau "Malaiyur-pura", yang bererti kota gunung.[16] Teori lain mendakwa asalnya terletak pada perkataanTamil "malai" dan "ur" yang bermaksud "gunung" dan "bandar, tanah".[17][18][19] Cadangan lain adalah bahawa ia berasal dari peristiwaPamalayu yang bermaksud Ekspedisi Melayu. Sebuah cadangan adalah bahawa ia berasal dari kataJawa iaitu "mlayu"[20] yang bermaksud "lari", dari sebuah sungai,Sungai Melayu, yang dinamakan kerana arusnya.[16] Varian juga telah muncul dalam catatan yang lebih tua dari abad ke-11, sebagaitoponim untuk kawasan di Sumatera atau merujuk ke wilayah yang lebih besar di sekitar Selat Melaka.[21] Teks SanskritVayu Purana, yang dianggap telah wujud sejak milenium pertama CE, menyebut sebuah tanah bernama 'Malayadvipa' yang dikenal pasti oleh sarjana tertentu sebagaisemenanjung Tanah Melayu moden.[22][23][24][25][26] Catatan lain ialah pada abad ke-2Geografi Ptolemy yang menggunakan namaMalayu Kulon. Tetapi harus diingat sumber ini mempunyai banyak kesilapan pada titik koordinat kerana latar belakang penciptaan peta abad 2 tidak sepadan dengan titik koordinat, ditambah pula tiada bukti yang mengesahkan bahawa Melayu yang dimaksudkan itu adalah Melayu sebenar, maka ramai pakar yang menentangnya. CatanYijing abad ke-7 tentangMalayu.[21] Melayu berasal dari kata Mo-lo-yu, yakni kerajaan Indonesia-kuno di Jambi, sumatra mencatat bahwa Kerajaan Mo-lo-yu (末羅瑜國) beridi di jambi. Rekod lain yang menyebut tentang “Tanah Melayu” ialah prasasti Padang Roco iaitu prasasti yang berasal dari Indonesia. Prasasti tersebut menyebutkan pemberian patung dari Jawa kepada Melayu. Hadiah ini diberikan oleh Raja Kertanagara dari kerajaan Singhasari kepada Raja Tribhuwanaraja Mauliwarmadewa pada zaman Kerajaan Melayu, yang ketika itu berpusat di Dharmasraya, Sumatera, kini Indonesia.

Pada sebuah ketika,Kerajaan Melayu mengambil namanya dariSungai Melayu.Ia dianggap telah berkembang menjadietnonim kerana Melaka menjadi kuasa wilayah pada abad ke-15.Pengislaman membentuk identiti etnik beragama di Melaka, dengan istilah 'Melayu' muncul. Mungkin secara khusus merujuk kepada penutur Melayu tempatan yang dianggap setia kepada Sultan Melaka. Penggunaan awalanMalayos oleh Portugis merujuk kepada orang-orang Melaka yang berkuasa. Keunggulan pedagang dari Melaka menyebabkan 'Melayu' bergaul dengan pedagang Muslim, dan dari situ mereka dikaitkan dengan kumpulan budaya dan linguistik yang lebih luas.[21] Melaka dan kemudiannyaJohor mendakwa mereka adalah pusat kebudayaan Melayu, kedudukan yang disokong oleh Inggeris.[27]

Setelah ekspedisi pengemudi PerancisJules Dumont d'Urville keOceania pada tahun 1826, sarjana JermanJohann Friedrich Blumenbach mengusulkan istilah "Malaysia", "Mikronesia" dan "Melanesia" kepadaSociété de Géographie pada tahun 1831, membezakan budaya Pasifik dan kumpulan pulau ini dari istilah sedia ada "Polinesia". Dumont d'Urville menggambarkan Malaysia sebagai "kawasan yang biasanya dikenali sebagai Hindia Timur".[28] Pada tahun 1850, ahli etnologi Inggeris,George Samuel Windsor Earl, menulis dalamJournal of the Indian Archipelago and Eastern Asia, mengusulkan untuk menamakan pulau-pulau di Asia Tenggara sebagai "Melayunesia" atau "Indunesia", mengikut bekas penaaman.[29] Nama Malaysia mula digunakan untuk melabel lokasi yang menjadi Kepulauan Melayu.[30]

Negara yang memperoleh kemerdekaan dari Inggeris pada tahun 1957 mengambil nama "Persekutuan Tanah Melayu" yang dipilih sebagai pilihan daripada nama lain yang berpotensi seperti "Langkasuka", setelah kerajaan bersejarah yang terletak di bahagian atas Semenanjung Tanah Melayu.[31][32] Ahli politik di Filipina memikirkan untuk menamakan semula negara mereka "Malaysia" sebelum negara "moden" itu mengambil nama.[33]

Sejarah

Rencana utama:Sejarah Malaysia
Antara kerajaan Melayu yang wujud pada abad ke-7

Manusia pertama yang menduduki Semenanjung Melayu berkemungkinan ialahkaumNegrito.[34] Perantau dan pedagang dari India dan China dipercayai tiba di Semenanjung Tanah Melayu seawal abad pertama, membentuk pusat perdagangan dan beberapa bandar pesisiran sekitar abad kedua dan ketiga Masihi. Kedatangan mereka telah menyebarkan pengaruh budaya yang kuat terhadap masyarakat tempatan, dan penerimaanagama Buddha danHindu dalam kalangan masyarakat Melayu lama.Kerajaan Langkasuka merupakan antara kerajaan awal yang berkembang di Semenanjung Tanah Melayu iaitu bermula sekitar abad kedua Masihi di utara Semenanjung dan kekal wujud sehingga abad ke-15. Dari abad ke-7 hingga ke-13, kebanyakan kawasan Semenanjung Melayu ditakluki oleh empayarSrivijaya yang beribu kota diPalembang di pulauSumatera. Setelah kejatuhan Srivijaya, empayarMajapahit yang berpangkalan di Jawa meluaskan pengaruhnya ke kawasan-kawasan Indonesia, Semenanjung Malaysia, dan pesisiranPulau Borneo. Pada abad ke-15,Parameswara, seorang putera dari bekasKerajaan Singapura Lama, mengasaskan sebuah negeri baru yang dikenali sebagaiKesultanan Melayu Melaka. Agama Islam mula tersebar di Semenanjung Tanah Melayu setelah pengislaman Parameswara. Melaka juga menjadi satu pusat komersial terpenting pada zaman itu sehingga dapat menarik para pedagang dari seluruh kawasan sekitarnya.

KubuA Famosa diMelaka dibina oleh Portugis pada abad ke-16.

Pada tahun1511, Melaka telah mula dijajah olehPortugis, dan kemudiannya dirampas olehBelanda pada tahun1641.Empayar British pula mula bertapak di Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786, setelah Kesultanan Kedah dipaksa memajakkanPulau Pinang kepadaSyarikat Hindia Timur British.[35] British kemudiannya berjaya menduduki Singapura pada tahun1819,[36] dan Melaka pada tahun1824 ekoranPerjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang memecahkan kepulauan Melayu kepada kawasan taklukan British dan Belanda. Pada tahun1826, British dapat memerintah secara langsung di Pulau Pinang, Singapura, Melaka dan pulauLabuan menerusi penubuhanNegeri-Negeri Selat. Bermula abad ke-20, empat negeri Melayu yang dikenali sebagaiNegeri-negeri Melayu Bersekutu mula menerima penasihat British bagi memberi nasihat dalam hal ehwal pentadbiran Sultan. Lima negeri Melayu yang lain, iaituNegeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, yang tidak diperintah secara langsung dariLondon, akhirnya turut menerima penasihat British. Sabah mula ditadbir sebagaiBorneo Utara setelahSultan Brunei danSultan Sulu menyerahkan hak pemerintahan jajahan mereka kepada British antara tahun 1877 dan 1878. Sarawak pula mula diserahkan olehKesultanan Brunei kepadaJames Brooke yang memerintah sebagaiRaja Putih bagikerajaan Sarawak yang berdaulat sehingga diserahkan kepada pemerintahan langsung British pada tahun 1946.[37]

Askar Jepun di Kuala Lumpur pada Perang Dunia Kedua.

PadaPerang Dunia Kedua, tenteraJepunmenyerang lalu menduduki Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura selama tiga tahun lebih.[38] Setelah kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua, masyarakat tempatan mula menyambut baik perjuangan demi kemerdekaan.[39] Rancangan pasca perang British untuk menyatukan pentadbiran Tanah Melayu menjadi jajahan tunggal iaituMalayan Union ditentang olehorang Melayu yang membantah tindakan British yang cuba melemahkan kuasa raja-raja Melayu dan mencabul hak istimewa masyarakat Melayu dalam pentadbiran Malayan Union.[40] Pada tahun1946, Malayan Union terbentuk di seluruh wilayah taklukan British di Tanah Melayu kecuali Singapura, namun kemudiannya dibubarkan pada tahun 1948 setelah bantahan keras dari seluruh masyarakat.Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pula pada tahun1948 bagi menjamin kedudukan raja-raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu, namun statusnya kekal sebagai wilayah naungan British. Pada masa yang sama, pemberontak pimpinanParti Komunis Malaya telah melancarkan gerila untuk mengusir British dari Tanah Melayu bagi menubuhkan sebuah negara komunis, sehingga mencetuskandarurat dari tahun 1948 hingga 1960. Beberapa kempen ketenteraan dan sosial telah diadakan bagi membanteras kegiatan komunis.

Dataran Merdeka di hadapanBangunan Sultan Abdul Samad menjadi tapak sambutanHari Malaysia pada tanggal 16 September.

Ketika pertengahan zaman darurat, Tanah Melayu diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka pada 31 Ogos1957, diikuti penyerahan kalah oleh gerila komunis tiga tahun berikutnya. Pada tahun 1963, Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung untuk membentuk Malaysia. Tarikh yang dicadangkan untuk pembentukan Malaysia pada mulanya adalah 31 Ogos1963, sempena sambutan kemerdekaan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah daripada British. Namun, pengisytiharan persekutuan Malaysia terpaksa ditunda hingga 16 September1963 disebabkan tentangan kerajaanIndonesia pimpinanSoekarno serta cubaanParti Rakyat Bersatu Sarawak untuk menangguhkan pembentukan Malaysia.[41]

Setelah pembentukan Malaysia, pelbagai ketegangan telah berlaku termasuklah peristiwaKonfrontasi Indonesia terhadap Malaysia. Kegiatan gerila komunis di Semenanjung dan Borneo juga kembali berleluasa sehingga mengakibatkandarurat kedua di Semenanjung danSarawak. Pada tahun 1965,Singapura telah dikeluarkan dari persekutuan setelah masalah kesalahfahaman antara Singapura dan kerajaan persekutuan. Pada tahun 1969, ketegangan antara kaum semakin memuncak di negara ini sehingga menyebabkan berlakunyarusuhan antara kaum.[42][43] Selepas peristiwa rusuhan itu,Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri,Tun Abdul Razak, dengan tujuan meningkatkan penguasaan ekonomi negara olehbumiputera ("orang peribumi", termasuk orang Melayu dan orang asli serta peribumi lain di Sabah dan Sarawak) berbanding kaum-kaum lain. Oleh itu, sistem kerajaan cuba menggabungkan pembangunan ekonomi keseluruhan dengan dasar politik dan ekonomi yang memupuk penyertaan sama-rata semua kaum.[44]

Ketika negara dipimpin olehMahathir Mohamad, Malaysia menyaksikan pertumbuhan ekonomi sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an.[45] Pada masa itu, Malaysia beralih daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan perindustrian termasuk komputer dan barangan elektronik pengguna. Pada masa yang sama, wajah bumi Malaysia berubah kerana perkembangan pelbagai projek mega, antaranya ialahMenara Berkembar Petronas (yang mencapai taraf bangunan komersial tertinggi di dunia sebaik sahaja siap dibina pada tahun 1998),Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,Projek Lebuhraya Utara Selatan,Litar Antarabangsa Sepang,Koridor Raya Multimedia,empangan hidroelektrik Bakun dan pembangunan pusat pentadbiran persekutuan baru, iaituPutrajaya.

Pada akhir 1990-an,krisis kewangan Asia telah menjejaskan ekonomi Malaysia sehingga menyebabkan mata wang dan saham negara hampir jatuh, namun Malaysia berjaya menanganinya.[46] Pada tahun2013, telah berlaku insidenpencerobohan Lahad Datu di Sabah oleh tentera militanSulu dan ini membawa kepada tindakanketenteraan Malaysia yang terhadap pencerobohan tersebut. Akhirnya, kemenangan berpihak kepada Malaysia apabila berjaya mengekang kegiatan pencerobohan militan berkenaan.[47]

Pada tahun 2015, Perdana Menteri iaituNajib Razak telah terbabit dengan skandal rasuah 1MDB yang menjadi antara skandal rasuah global yang terbesar.[48]Kes ini telah menyebabkan perubahan corak politik di negara ini yang menyaksikan kejatuhanparti politik pemerintah pada tahun2018, pertama kali sejak kemerdekaan. Pada tahun2020, negara ini terus dilanda krisis politik diselangi krisis ekonomi dan kesihatan akibatPandemik COVID-19, menyaksikan pertukaran kerajaan paling banyak dalam tempoh lima tahun.[49] Semasapilihan raya umum 2022, Malaysia buat pertama kali menyaksikanparlimen tergantung akibat ketiadaan parti yang mencapai majoriti kerusi Dewan Rakyat.[50] Akhirnya pada 24 November 2022,Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 setelahkerajaan perpaduan berjaya dibentuk antaraPakatan Harapan danBarisan Nasional.[51]

Politik

Rencana utama:Politik Malaysia
A photo showing the Malaysian Parliament building along with 2 white arches in diagonal position front of the building.
Bangunan Parlimen Malaysia, bangunan yang menempatkan persidangan ahli Parlimen di Malaysia.
Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak

Malaysia ialah sebuah negarapersekutuan yang mengamalkan sistemRaja Berperlembagaan danDemokrasi Berparlimen. Ketua negara bagi negara ini ialahYang di-Pertuan Agong yang dipilih dari kalangan sembilan Raja Melayu untuk tempoh lima tahun. Sembilan negeri Melayu di Semenanjung Malaysia ditadbir oleh Raja berdaulat di negeri masing-masing manakala empat negeri lain yang tidak mempunyai Raja diperintah olehYang di-Pertua Negeri. Ketua kerajaan bagi negara ini pula ialahPerdana Menteri.

Badan perundangan di Malaysia juga dibahagikan kepada peringkat persekutuan dan peringkat negeri. Struktur parlimen kerajaan persekutuan terdiri daripadaDewan Rakyat di peringkat rendah danDewan Negara di peringkatdewan pertuanan. Kesemua 222 ahli Dewan Rakyat akan dipilih daripada kawasan masing-masing bagi tempoh maksimum lima tahun. Dewan Negara pula dianggotai 70 orang yang bertaraf senator, dengan 26 orang dipilih oleh kesemua 13 Dewan Undangan Negeri, dan 44 anggota yang lain dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Parlimen Malaysia mengamalkan sistem berbilang parti dan kerajaan dipilih berdasarkan sistempemenang undi terbanyak. Pilihan raya umum diadakan setiap lima tahun bagi melantik ahli Dewan Rakyat. Hanya Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas layak untuk mengundi namun tidak diwajibkan.

Kabinet Malaysia merupakan badan eksekutif utama bagi negara ini dan diketuai oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri merupakan seorang ahli Dewan Rakyat yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah diyakini mendapat sokongan majoriti ahli Dewan. Ahli Kabinet juga terdiri daripada ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang dilantik oleh Perdana Menteri.

Sistem perundangan negara Malaysia berasaskanUndang-undang Inggeris. Mahkamah tertinggi di Malaysia ialahMahkamah Persekutuan, lalu diikuti denganMahkamah Rayuan dan duaMahkamah Tinggi, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya bagi Semenanjung Malaysia dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak bagi Malaysia Timur.Mahkamah Khas Raja-Raja juga ditubuhkan bagi membicarakan kes berkaitan dengan Raja-Raja Melayu dan kerabat baginda. Sistemmahkamah syariah berasingan dari mahkamah awam untuk menerima kes-kes yang melibatkan umat Islam di Malaysia.[52] Sistem mahkamah syariah sama paras dengan sistem mahkamah biasa dan menjalani pembaharuan yang menyaksikan pelantikan hakim-hakim dalam kalangan wanita.[53]

Pecahan pentadbiran

Laman utama:Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia,Bahagian di Malaysia, danDaerah di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan. 11 negeri dan dua wilayah persekutuan terletak di Semenanjung Malaysia manakala dua negeri dan satu wilayah persekutuan terletak di Malaysia Timur. Kebanyakan negeri di Semenanjung dibahagikan kepadadaerah dan diikuti denganmukim. Negeri Kelantan dibahagikan kepadajajahan diikuti dengan daerah dan mukim. Negeri Sarawak dan Sabah pula dibahagikan kepada beberapa bahagian diikuti dengan daerah dan daerah kecil.

Kuasa pentadbiran di setiap negeri dibahagikan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, dengan kedua-duanya mempunyai bidang kuasa yang berbeza. Wilayah persekutuan pula ditadbir secara langsung oleh kerajaan persekutuan. Setiap negeri mempunyai Dewan Undangan Negeri tersendiri yang ahlinya dipilih dalam pilihan raya. Kerajaan negeri diketuai olehKetua Menteri, dengan gelaran berbeza mengikut negeri, iaitu Menteri Besar bagi sembilan negeri Melayu beraja, Ketua Menteri bagi Melaka, Pulau Pinang dan Sabah manakala Sarawak menggunakan gelaranPremier. Pilihan raya bagi semua negeri kecuali Sarawak kebiasaannya akan dilakukan bersama dengan pilihan raya persekutuan.

13 negeri ini terbentuk berdasarkan kerajaan-kerajaan Melayu yang terdahulu, dengan sembilan negeri Melayu di Semenanjung masih mengekalkan keluarga diraja mereka sebagai pemerintah utama. Yang di-Pertua Negeri pula dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bagi negeri-negeri yang tidak beraja setelah berunding dengan Ketua Menteri bagi negeri itu. Setiap negeri mempunyai perlembagaan bertulis yang tersendiri, dengan Sabah dan Sarawak diberikan kuasa autonomi yang lebih besar berbanding negeri lain, antaranya termasuklah kawalan dan polisi imigresen yang tersendiri dan status wilayah yang berlainan.

Pentadbiran peringkat rendah pula dijalankan olehpihak berkuasa tempatan yang terdiri daripada 14 Majlis Bandaraya, 38 Majlis Perbandaran dan 97 Majlis Daerah. Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa kedudukan pihak berkuasa tempatan di setiap negeri kecuali wilayah persekutuan terletak di bawah hal ehwal kerajaan negeri.

Hubungan luar negara dan ketenteraan

Laman utama:Hubungan luar Malaysia danAngkatan Tentera Malaysia
MRCASukhoi Su-30 MKM milikTUDM.
Perdana Menteri MalaysiaMahathir bin Mohamad menyampaikan ucapan diPerhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 25 September 2003
Perdana Menteri MalaysiaMahathir bin Mohamad bertemu denganSetiausaha Negara Amerika SyarikatMike Pompeo di Pejabat Perdana Menteri diPutrajaya, 3 Ogos 2018

Malaysia merupakan sebuah negara perintisPersatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) danPertubuhan Persidangan Islam.[54][55] Malaysia juga menganggotai pelbagai pertubuhan antarabangsa yang lain sepertiPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik,Pertubuhan Lapan Negara Membangun danPergerakan Negara-Negara Berkecuali.[56][57] Sebagai bekas jajahan British, Malaysia juga menganggotaiNegara-Negara Komanwel.[58]

Malaysia di awal pembentukannya menjalinkan dasar luar yang lebih probarat dan antikomunis. Namun semasa pentadbiran Tun Abdul Razak, Malaysia mula mengubah dasar luarnya kepada sebuah negara berkecuali, dengan mula menyertai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali dan mengiktirafRepublik Rakyat China pada tahun 1974. Peralihan dasar ini diteruskan oleh Mahathir Mohamad dengan mengetengahkan regionalisme dan retorik yang kadang kala bernada antibarat.

Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik denganIsrael disebabkan sentimen Kerajaan Malaysia terhadap negara Yahudi tersebut.[59] Brunei dan Malaysia pada tahun 2008 mengumumkan pengakhiran tuntutan terhadap tanah, untuk menyelesaikan masalah berkaitan sempadan maritim mereka. Tuntutan semula tanah Singapura telah menyebabkan ketengangan antara kedua-dua negara, dan pertikaian sempadan laut terjadi denganIndonesia.[60] Malaysia juga terlibat di dalam konflikKepulauan Spratly, di mana sebahagian besar Laut China Selatan dituntut China, termasuk kawasan perairan Malaysia.

Keperluan pertahanan Malaysia ditugaskan kepadaAngkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada 3 cabang, iaituTentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),Tentera Darat Malaysia (TDM), danTentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Malaysia tidak mengamalkan pengerahan tenaga rakyat; sesiapa yang ingin menyertai tentera haruslah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. 1.9% KDNK Malaysia diperuntukkan untuk tentera yang mengambil 1.23% guna tenaga Malaysia.[61]

Geografi

Rencana utama:Geografi Malaysia
Peta Malaysia

Malaysia merupakan merupakannegara ke-66 terbesar di dunia dengan jumlah keluasannya sebanyak 330,803 km2 (127,724 bt2). Malaysia bersempadan darat denganThailand di Malaysia Barat danIndonesia sertaBrunei di Malaysia Timur. Malaysia danSingapura yang dipisahkan olehSelat Johor dihubungkan melalui satu tambak kecil dan satu jambatan. Malaysia juga bersempadan maritim denganFilipina danVietnam. Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mempunyai wilayah di tanah besar Asia dan kepulauan Melayu.

Malaysia terbahagi kepada dua bahagian yang dipisahkan olehLaut China Selatan.Semenanjung Malaysia yang merangkumi 40 peratus keluasan negara ini, mempunyai kepanjangan 740 kilometer (460 batu) dari utara ke selatan manakala lebar maksimumnya adalah 322 kilometer (200 batu). Kawasan pantai barat dan pantai timur Semenanjung dipisahkan olehBanjaran Titiwangsa, yang mencapai titik tertinggi mencecah 2,183 meter di puncakGunung Korbu. Garis tepi lautnya berukuran kira-kira 1,931 kilometer (1,200 batu) panjangnya.[62]

Malaysia Timur yang terletak diPulau Borneo, mempunyai garis pantai sepanjang 2,607 kilometer. Sabah dibahagi olehBanjaran Crocker di mana terletaknyaGunung Kinabalu iaitu gunung tertinggi di Malaysia pada 4,095.2 meter (13,436 kaki). Gunung ini yang terletak diTaman Negara Kinabalu mendapat pengiktirafan sebagaiTapak Warisan Dunia UNESCO.[63] Sarawak pula mempunyaiGua Mulu, yang merupakan sistem gua terbesar di dunia dan terletak diTaman Negara Gunung Mulu. Sungai terpanjang di Malaysia ialahSungai Rajang yang terletak di Sarawak.

Malaysia mempunyaiiklim khatulistiwa yang dicirikan olehmonsun tahunan barat daya (April hingga Oktober) dan timur laut (Oktober hingga Februari), dan mempunyai purata curahan hujan sebanyak 250 sentimeter (98 in).[62] Hampir dua pertiga daripada keseluruhan tanah di Malaysia adalah berhutan, dengan sejumlah hutan "pamah" di bawah altitud 760 meter (2,493 ka). Terdapat paya bakau yang meliputi kawasan seluas 1,425 kilometer persegi (550 bt2).[62]

Tanjung Piai yang terletak di negeri selatanJohor merupakan titik paling selatan di tanah besar Asia.[64][65]

Ekonomi

Rencana utama:Ekonomi Malaysia
Menara Berkembar KLCC
Proton Prevé, kereta buatan.[66]

Malaysia merupakan sebuah pasaran ekonomi yang secara relatifnya berorientasi terbuka dan merupakan industri baharu.[67] Malaysia mempunyai ekonomi ke-36 terbesar di dunia mengikut KDNK nominal dan ke-31 terbesar mengikutPPP. Pada tahun 2017, sektor perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar dalam KDNK negara dengan 53.6 peratus diikuti sektor perindustrian yang menyumbang 37.6 peratus. Sektor pertanian pula menyumbang 8.8 peratus dari jumlah KDNK negara.[68] Malaysia mempunyai kadar pengangguran yang rendah iaitu 3.9 peratus.[69] Pertukaran asingnya pula merupakan ke-24 terbesar di dunia.

Malaysia merupakan pengeksport ke-23 terbesar dan pengimport ke-25 terbesar di dunia.[70][71] Sektor perdagangan Malaysia diperkuat dengan laluan perkapalan di Selat Melaka. Malaysia merupakan pengeksport sumber alam dan pertanian, di mana petroleum merupakan eksport terbesar. Malaysia pernah menjadi pengeksport utama bijih timah dan getah. Kini, negara ini merupakan negara penghasil minyak sawit terbesar di dunia.[72] Sektor perkilangan juga menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara.

Infrastruktur

Rencana utama:Pengangkutan di Malaysia
Lebuhraya Utara-Selatan

Malaysia mempunyai jaringan jalan raya ke-26 terbesar di dunia, dengan anggaran jumlah panjang jalan raya sepanjang 238,823 kilometer. Malaysia juga mempunyai jaringan kereta api yang menjangkau kira-kira 2,783 kilometer. Sistemtransit aliran ringan terdapat di beberapa bandar, seperti Kuala Lumpur.[73] Malaysia mempunyai 114 lapangan terbang, dan antara yang tersibuk ialahLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang merupakan lapangan terbang tersibuk ke-12 di Asia. Malaysia juga mempunyai tujuh pelabuhan, denganPelabuhan Klang merupakan pelabuhan utama di negara ini.

Infrastruktur tenaga Malaysia sebahagian besarnya didominasi olehTenaga Nasional, syarikat utiliti elektrik terbesar di Asia Tenggara. Penduduk di Semenanjung Malaysia. Malaysia juga mempunyai syarikat utiliti elektrik yang lain, iaituSarawak Energy danSabah Electricity. Penghasilan tenaga di Malaysia sebahagian besarnya berasaskan sumber minyak dan gas asli, yang bergantung kepada rizab sumber alam negara ini.

Sains dan teknologi

Rencana utama:Sains dan teknologi di Malaysia

Pada tahun 2002,Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dibentuk untuk menguruskan segala kegiatan Malaysia di angkasa, sambil memupuk pendidikan dan ujikaji angkasa.

Sebagai usaha melahirkan keupayaan pertahanan kendiri sambil menyokong pembangunan negara, Malaysia menswastakan beberapa kemudahan tenteranya pada 1970-an. Maka terbentuklah industri pertahanan yang dipantau olehMajlis Industri Pertahanan Malaysia sejak tahun 1999. Kerajaan cuba memupuk daya saing dalam sektor ini sehingga giat memasarkan industri pertahanan. Salah 1 caranya ialahPameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi, salah sebuah pertunjukan pertahanan dan khidmat awam.[74]

Pada tahun 2007 Malaysia telah menghantar angkasawan pertama negara iaituDato DrSheikh Muzaffar ke angkasa dan melancarkan satelit dengan kerjasama negaraRusia.

Demografi

Rencana utama:Demografi Malaysia
Pecahan etnik di Malaysia (2024)
Bumiputera
  
70.4%
Cina
  
22.4%
India
  
6.5%
Lain-lain
  
0.7%

MenurutJabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia mempunyai populasi seramai 32,447,385 orang pada tahun 2020. Malaysia juga mempunyai kepadatan penduduk yang dianggarkan seramai 96 orang perkilometer persegi. Penduduk berwarganegara Malaysia membentuk 91.8 peratus dari jumlah penduduk.[75] Populasi negara ini lebih tertumpu di Semenanjung Malaysia, di mana kira-kira 20 juta daripada 28 juta penduduk Malaysia tinggal di bahagian ini. Kuala Lumpur, ibu negara bagi Malaysia mempunyai jumlah penduduk paling ramai iaitu hampir dua juta orang.Kajang yang terletak di negeri Selangor pula menjadi bandar kedua terbesar di negara ini dengan jumlah penduduk kira-kira sejuta orang. Kira-kira 75 peratus penduduk negara ini tinggal di kawasan bandar.

Majoriti warganegara Malaysia merupakanbumiputera, iaitu dianggarkan seramai 69.4 peratus dari jumlah penduduk. Kumpulan terbesar dalam kelompok masyarakat bumiputera ini ialah orangMelayu, yang didefinisikan di dalam Perlembagaan sebagai umat Islam yang mengamalkan adat dan budaya Melayu. Kelompok bumiputera juga terdiri daripada penduduk peribumi bukan Melayu di Sabah dan Sarawak, antaranya termasuklahIban,Bidayuh,Melanau,Kadazan-Dusun,Bajau dan lain-lain. Masyarakatorang asli yang membentuk kumpulan minoriti di Semenanjung Malaysia juga merupakan sebahagian daripada kelompok bumiputera.

Malaysia juga mempunyai penduduk berbangsaCina yang menjadi masyarakat bukan bumiputera terbesar di negara ini yang membentuk kira-kira 22.4 peratus dari jumlah penduduk. Penduduk berbangsaIndia pula membentuk hampir 6.5 peratus. Masyarakat Cina ini kebanyakannya berketurunanHan manakala masyarakat India pula kebanyakannya berketurunanTamil.

Malaysia dianggarkan mempunyai lebih tiga juta pekerja asing, atau hampir 10 peratus dari jumlah populasi negara ini kesan daripada peningkatan keperluan tenaga kerja buruh. Malaysia juga menempatkan kira-kira 171,500 orang pelarian dan pencari suaka yang kebanyakannya berasal dari Myanmar, Filipina dan Indonesia.

Agama

Rencana utama:Agama di Malaysia
Pecahan agama di Malaysia (2020)
Islam
  
63.5%
Buddha
  
18.7%
Kristian
  
9.1%
Hindu
  
6.1%
Tidak beragama
  
1.8%
Lain-lain/Tidak diketahui
  
0.9%
Masjid Kampung Laut, diTumpat,Kelantan.

Perlembagaan Malaysia menjaminkebebasan beragama, danIslam merupakan agama rasmi Malaysia. Menurut perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2020, kira-kira 63.5 peratus penduduk menganut agama Islam; 18.7 peratusBuddha; 9 peratus merupakanKristian; 6.1 peratusHindu; dan 0.9 peratus yang lain mengamalkan ajaran lain sepertiSikhisme danKonfusianisme. Terdapat juga penduduk yang tidak beragama yang membentuk 1.8 peratus dari keseluruhan penduduk.[76]

Semua orang Melayu dikira beragama Islam mengikutPerkara 160 Perlembagaan Malaysia.[77] Menurut statistik Banci 2000, 75.9% orang Cina mengaku beragama Buddha, diikuti penganut Taoisme (10.6%) dan Kristian (9.6%), di samping sebilanganHui-Muslim di tempat-tempat tertentu sepertiPulau Pinang. Majoriti orang India Malaysia beragama Hindu (84.5%), diikuti penganut Kristian (7.7%) dan Islam (3.8%), lebih 150,000 beragamaSikh dan 1,000 penganutJain. Kristian merupakan agama utama masyarakat Bumiputera bukan Melayu (50.1%), di samping 36.3% lagi umat Islam dan 7.3% pengikut agama tradisional.[78]

Umat Islam di Malaysia majoritinya mengikut aliranAhli Sunah Waljamaah dan bermazhabSyafii. Umat Islam juga diwajibkan menurut keputusanMahkamah Syariah untuk perihal berkenaan agama Islam. Hakim syariah "sewajarnya mengikuti fahaman perundanganSyafii selakumazhab utama" di Malaysia.[79]

Bahasa

Rencana utama:Bahasa di Malaysia

Bahasa rasmi dan kebangsaan Malaysia adalahBahasa Melayu Malaysia, salah satu bentuk standard bagiBahasa Melayu. Sebelum ini, nama Bahasa Malaysia juga pernah diguna pakai secara rasmi namun kerajaan kini menggunakan semula terma Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.Akta Bahasa Kebangsaan 1967 juga menetapkan bahawatulisan rumi merupakan tulisan rasmi bagi bahasa kebangsaan namun penggunaantulisan Jawi juga masih dibenarkan.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua di negara ini, dengan penggunaannya dibenarkan bagi beberapa perkara tertentu menurut Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Hanya negeri Sarawak yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negeri bersama dengan Bahasa Melayu.Bahasa Inggeris Malaysia merupakan satu bentuk standard Bahasa Inggeris bagi negara ini, yang berasaskanBahasa Inggeris British. Bahasa Inggeris Malaysia juga banyak diguna pakai dalam urusan harian masyarakat di negara ini, bersama-sama denganManggeris, iaitu satu bentuk Bahasa Inggeris sehari-hari masyarakat negara ini yang bercampur dengan Bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Kerajaan Malaysia juga mengambil langkah bagi mengurangkan penggunaanbahasa rojak dan Manggeris dalam kalangan masyarakat.[80]

Rakyat Malaysia juga bertutur dalam sejumlah 137 bahasa hidup.[81] Terdapat 41 bahasa hidup yang masih mempunyai penutur di Semenanjung Malaysia. Kaum peribumi di Malaysia Timur pula bertutur dalam bahasa tersendiri yang saling mempunyai hubungan sesama mereka.Bahasa Iban ialah bahasa etnik utama diSarawak manakalaBahasa Dusun danBahasa Kadazan merupakan antara bahasa utama yang dituturkan penduduk peribumiSabah.[82] Orang Cina di Malaysia pula kebanyakannya bertutur menggunakan dialek Cina yang berasal dari selatan China. Antara ragam bahasa Cina utama di negara ini termasuklahMandarin,Hokkien danKantonis. Orang India pula kebanyakannya bertutur dalamBahasa Tamil.Bahasa Kreol turut dituturkan oleh masyarakat Malaysia yang berketurunan Eropah seperti di Melaka.

Pendidikan

Rencana utama:Pendidikan Malaysia


Sektor pendidikan Malaysia diselia olehKementerian Pendidikan Malaysia, manakalaKementerian Pendidikan Tinggi Malaysia mentadbir hal ehwal pengajian tinggi.[83] Kebiasaannya kanak-kanak di negara ini akan mula bersekolah ditadika seawal usia empat tahun.Prasekolah juga ditubuhkan bagi kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun. Rakyat Malaysia memulakan pendidikan rendah bermula umur tujuh tahun. Sekolah rendah di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara (e.g.:Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai) dan sekolah vernakular yang menggunakan bahasa Cina dan Tamil dalam sesi pembelajaran (e.g.:Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pin Hwa (2)). Tempoh pembelajaran di sekolah rendah mengambil masa selama enam tahun.[84]

Penduduk negara ini juga memulakan pendidikan menengah semasa berusia 13 tahun. Terdapat pelbagai jenis sekolah menengah di negara ini termasuklah sekolah menengah harian (e.g.:Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher,Sekolah Menengah Kebangsaan Sura,Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling Pulau Pinang), sekolah menengah agama, sekolah menengah berasrama biasa dansekolah berasrama penuh. Tempoh pembelajaran di sekolah menengah mengambil masa selama lima tahun. Sebelum menamatkan pendidikan menengah, setiap pelajar akan menduduki peperiksaanSijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pelajar seterusnya diberikan pilihan untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat pengajian tinggi sama ada di matrikulasi, institut perguruan atau ke universiti. PeperiksaanSijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga diadakan bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di sekolah menengah tinggi atau Tingkatan 6.

Sebelum sistem matrikulasi diperkenalkan, pelajar yang hendak memasuki universiti awam perlu melanjutkan lagi persekolahan menengah selama 18 bulan untukSijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).[85]

Penjagaan kesihatan

Rencana utama:Penjagaan kesihatan di Malaysia

Malaysia menyediakan sistem penjagaan kesihatan yang cekap dan menyeluruh dengan melaksanakan sistempenjagaan kesihatan sejagat di samping membenarkan perusahaan perubatan swasta. Sistem penjagaan kesihatan Malaysia berada di bawah tanggungjawabKementerian Kesihatan. Sistem penjagaan kesihatan Malaysia juga merupakan antara yang terbaik di Asia, menjadi pendorong utama kepada kemajuan sektor pelancongan kesihatannya.

Pada tahun 2020, kadarjangka hayat keseluruhan di Malaysia adalah 76 tahun[86], dan kadar kematian bayi direkodkan sebanyak tujuh kematian daripada 1000 kelahiran.[87] Kadar kesuburan di Malaysia pula dicatatkan sebanyak 2.0 pada tahun 2020.[88] Kadar kelahiran negara ini dicatatkan sebanyak 16 kelahiran dalam setiap 1000 orang, dan kadar kematian pula dicatatkan sebanyak lima kematian dalam setiap 1000 orang.[89][90]

Kerajaan mewajibkan doktor untuk berkhidmat di hospital awam selama 3 tahun untuk memastikan kakitangan yang mencukupi di hospital-hospital berkenaan. Kerajaan berdepan dengan masalah kekurangan pusat perubatan di luar bandar, dan menanganinya dengan membangunkan sistem "Tele-Jagaan Primer".[91]

Budaya

Rencana utama:Budaya Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang etnik, budaya dan bahasa. Pengaruh luar terhadap budaya negara ini wujud sejak zaman perdagangan dahulu lagi dengan kebanyakannya datang dariChina danIndia. Pengaruh budaya lain juga wujud termasuklahParsi,Arab danBritish.

Pada tahun 1971, Kerajaan Malaysia telah menubuhkanDasar Kebudayaan Kebangsaan, yang menetapkan Kebudayaan Malaysia mestilah berdasarkan budaya masyarakat peribumi di Malaysia, agar ia dapat memasukkan unsur-unsur yang sesuai daripada budaya lain, dan ajaran Islam perlu memainkan peranan dalam sebahagian daripadanya.[92] Dasar ini juga menetapkan kedudukan Bahasa Melayu yang lebih tinggi daripada yang lain.

Kesenian

Kesenian Malaysia kebanyakannya tertumpu kepada seni anyaman dan ukiran. Antara kesenian Melayu yang terkenal termasuklahkeris, tenunanbatik dan kainsongket. Masyarakat peribumi timur Malaysia pula terkenal dengan pembuatan topeng kayu. Setiap etnik mempunyai kesenian yang tersendiri dengan sedikit persamaan antara mereka.[93]

Alat muzik tradisional kebiasaannya dibuat daripada bahan-bahan semulajadi. Muzik digunakan masyarakat secara meluas sejak dahulu lagi apabila sering digunakan semasa persembahan cerita rakyat, acara keramaian dan pesta menuai. Alat muzik juga digunakan dalam beberapa acara diraja sepertinobat dalam acara diraja Kedah. Antara alat muzik yang terkenal di Semenanjung termasuklahgendang,kompang,rebana dannafiri. Di Malaysia Timur pula, alat muzik seperti agung dan kulintang juga digunakan dalam beberapa acara seperti perkahwinan dan kematian.

Makanan

Rencana utama:Masakan Malaysia

Aneka masakan di negara ini dipengaruhi oleh pelbagai budaya di negara ini dan budaya serantau termasuklah budaya Melayu, China, India, Thai, Sumatera dan Jawa. Pengaruh ini merupakan kesan daripada kedudukan negara ini dalam sebahagian laluan rempah utama pada zaman dahulu. Setiap negeri mempunyai aneka masakan yang tersendiri dan ada juga yang tersebar luas ke serata negara. Makanan ruji bagi kebanyakan masyarakat di negara ini ialah nasi. Mi juga menjadi makanan utama bagi penduduk yang umumnya berbangsa Cina. Di Malaysia Timur, beberapa kelompok etnik turut menjadikan sagu sebagai makanan harian mereka.

Cuti dan perayaan

Sesetengahnyacuti umum diwartakan di peringkat persekutuan atau negeri. Salah satunya adalahHari Kebangsaan (atau Hari Kemerdekaan) pada 31 Ogos sempena ulang tahun kemerdekaanPersekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.Hari Malaysia disambut pada 16 September untuk memperingati pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Cuti kebangsaan yang lain termasuk Hari Pekerja (1 Mei), dan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Perayaan Islam termasukHari Raya Aidilfitri,[94]Hari Raya Aidiladha (atau Hari Raya Haji), Awal Muharram (Maal Hijrah) danMaulidur Rasul. MasyarakatCina menyambutTahun Baru Cina,Cap Goh Meh,Festival Perahu Naga,Perayaan Kuih Bulan danPerayaan Dong Zhi. Masyarakat Hindu menyambut pesta cahayaDeepavali dan jugaThaipusam, sambutan secara berziarah ramai-ramai keBatu Caves.[95] Di Malaysia Timur pula diadakan perayaan menuai iaituGawai di Sarawak danKaamatan di Sabah.

Perayaan berkonsepkan persaudaraan dipupuk untuk mengukuhkan perpaduan di Malaysia, misalnya, "Kongsi Raya" apabila Aidilfitri bertembung dengan Tahun Baru Cina, atau "Deepa Raya" apabila Aidilfitri dan Deepavali disambut serentak.[96]

Sukan

Rencana utama:Sukan di Malaysia
Logo Sukan Komanwel XVI yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1998

Antara sukan yang popular di Malaysia termasuklahbadminton,bola sepak,boling,hoki danskuasy.[97] Perlawanan badminton di Malaysia menarik ribuan penonton, dengan Malaysia menjadi tuan rumahPiala Thomas beberapa kali sejak tahun 1948.[98]Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) didaftarkan pada tahun 1997.[99] Skuasy pula telah diperkenalkan di Malaysia oleh tentera British, dengan perlawanan sulungnya diadakan pada tahun 1939.Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM) ditubuhkan pada 25 Jun 1972.[100]

Pasukan Hoki Kebangsaan Lelaki Malaysia kini berada di tempat ke-10 di dunia sejak Jun 2022. Malaysia pernah menjadi tuan rumah kejohananHoki Piala Dunia ke-3 dan ke-10.[101] Malaysia juga memiliki sebuah litar perlumbaanFormula Satu iaituLitar Antarabangsa Sepang, denganGrand Prix tahunan pertama diadakan pada tahun 1999.[102] Kuala Lumpur menjadi tuan rumahSukan Komanwel pada tahun 1998.[103]

Galeri

  • Ibu Kota Negara Malaysia.
    Ibu Kota Negara Malaysia.
  • Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia.
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Rujukan

Utama

  1. ^"Malaysian Flag and Coat of Arms". Malaysian Government. Diarkibkan daripadayang asal pada 22 October 2013. Dicapai pada9 September 2013.
  2. ^"Official language in Malaysia". Malay language is officially language in Malaysia.
  3. ^"Minister: Census shows Malaysia's oldest man and woman aged 120 and 118; preliminary census findings to be released in Feb 2022". Malaymail. Dicapai pada17 January 2022.
  4. ^Jabatan Perangkaan Malaysia 2021. sfn error: no target: CITEREFJabatan_Perangkaan_Malaysia2021 (help)
  5. ^"The States, Religion and Law of the Federation"(PDF).Constitution of Malaysia. Judicial Appointments Commission. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 14 June 2017. Dicapai pada29 October 2017.Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation.
  6. ^"Laporan Taburan Penduduk dan Ciri Demografi Asas 2020". Jabatan Perangkaan Malaysia. 14 February 2020.
  7. ^Derek Mackay (11 Jun 2005).Eastern Customs: The Customs Service in British Malaya and the Opium Trade. The Radcliffe Press. m/s. 240–.ISBN 978-1-85043-844-1. Dicapai pada28 Ogos 2013.
  8. ^ab"The National Archives DO 169/254 (Constitutional issues in respect of North Borneo and Sarawak on joining the federation)".The National Archives. 1961–1963. Dicapai pada23 April 2015.CS1 maint: date format (link)
  9. ^"No.10760: Agreement relating to Malaysia"(pdf).United Nations Treaty Collection. United Nations. Julai 1963. Dicapai pada2010-07-29.Unknown parameter|dead-url= ignored (bantuan)
  10. ^"Malaysia Population". Worldometer. 8 Juni 2023.Check date values in:|date= (bantuan)
  11. ^abcd"5. Report for Selected Countries and Subjects". International Monetary Fund. Dicapai pada06 November 2017.Check date values in:|accessdate= (bantuan)
  12. ^"2018 Human Development Report"(PDF). United Nations Development Programme. 2018. Dicapai pada12 December 2019.[pautan mati kekal]
  13. ^"Country Pages - Malaysia".Country Pages. Council for International Exchange of Scholars. Diarkibkan daripadayang asal pada 2010-04-21. Dicapai pada2010-09-06.
  14. ^Room, Adrian (2004).Placenames of the World: Origins and Meanings of the Names for Over 5000 Natural Features, Countries, Capitals, Territories, Cities and Historic Sites. McFarland & Company. m/s. 221.ISBN 978-0-7864-1814-5.
  15. ^"The World Factbook – Malaysia".Central Intelligence Agency. 2020.
  16. ^abAbdul Rashid Melebek; Amat Juhari Moain (2006),Sejarah Bahasa Melayu ("History of the Malay Language"),Utusan Publications & Distributors, m/s. 9–10,ISBN 978-967-61-1809-7
  17. ^Weightman, Barbara A. (2011).Dragons and Tigers: A Geography of South, East, and Southeast Asia. John Wiley and Sons. m/s. 449.ISBN 978-1-118-13998-1.
  18. ^Tiwary, Shanker Shiv (2009).Encyclopaedia Of Southeast Asia And Its Tribes (Set Of 3 Vols.). Anmol Publications Pvt. Ltd. m/s. 37.ISBN 978-81-261-3837-1.
  19. ^Singh, Kumar Suresh (2003).People of India.26. Anthropological Survey of India. m/s. 981.ISBN 978-81-85938-98-1.
  20. ^mlayu (dalam bahasa Indonesia), 2025-04-20, dicapai pada2025-09-21
  21. ^abcBarnard, Timothy P. (2004),Contesting Malayness: Malay identity across boundaries, Singapore: Singapore University press, m/s. 3–10,ISBN 978-9971-69-279-7
  22. ^Pande, Govind Chandra (2005).India's Interaction with Southeast Asia: History of Science, Philosophy and Culture in Indian Civilization, Vol. 1, Part 3. Munshiram Manoharlal. m/s. 266.ISBN 978-81-87586-24-1.
  23. ^Gopal, Lallanji (2000).The economic life of northern India: c. A.D. 700–1200. Motilal Banarsidass. m/s. 139.ISBN 978-81-208-0302-2.
  24. ^Ahir, D. C. (1995).A Panorama of Indian Buddhism: Selections from the Maha Bodhi journal, 1892–1992. Sri Satguru Publications. m/s. 612.ISBN 978-81-7030-462-3.
  25. ^Mukerjee, Radhakamal (1984).The culture and art of India. Coronet Books Inc. m/s. 212.ISBN 978-81-215-0114-9.
  26. ^Sarkar, Himansu Bhusan (1970).Some contributions of India to the ancient civilisation of Indonesia and Malaysia. Punthi Pustak. m/s. 8.
  27. ^Andaya, Leonard Y. (October 2001). "The Search for the 'Origins' of Melayu".Journal of Southeast Asian Studies.32 (3): 315–316, 324, 327–328, 330.doi:10.1017/S0022463401000169.JSTOR 20072349.S2CID 62886471.
  28. ^d'Urville, J. S. B. C. S. D.; Ollivier, I.; De Biran, A.; Clark, G. (2003). "On the Islands of the Great Ocean".The Journal of Pacific History.38 (2): 163.doi:10.1080/0022334032000120512.S2CID 162374626.
  29. ^Earl, George S. W. (1850). "On The Leading Characteristics of the Papuan, Australian and Malay-Polynesian Nations".Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia (JIAEA).IV: 119.
  30. ^Barrows, David P. (1905).A History of the Philippines. American Book Company. m/s. 25–26.
  31. ^Suarez, Thomas (1999).Early Mapping of Southeast Asia. Periplus Editions (HK) Ltd. m/s. 46–47.ISBN 978-962-593-470-9.
  32. ^"Federation of Malaya Independence Act 1957 (c. 60)e". The UK Statute Law Database. 31 July 1957. Dicapai pada6 November 2010.
  33. ^Sakai, Minako (2009)."Reviving Malay Connections in Southeast Asia"(PDF). Dalam Cao, Elizabeth; Morrell (penyunting).Regional Minorities and Development in Asia. Routledge. m/s. 124.ISBN 978-0-415-55130-4. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 13 October 2014.
  34. ^Alan G. Fix (Jun 1995)."Malayan Paleosociology: Implications for Patterns of Genetic Variation among the Orang Asli".American Anthropologist, New Series.97 (2): 313–323.doi:10.1525/aa.1995.97.2.02a00090.
  35. ^"The Map Room: South East Asia: Malaya". British Empire. Dicapai pada2010-09-18.
  36. ^BCLim."History of Malaya, Malaysia by mymalaysiabooks". Mymalaysiabooks.com. Dicapai pada2010-09-21.
  37. ^"White Rajah: a dynastic intrigue - Google Books". Google.com. 1902-08-16. Dicapai pada2010-09-18.
  38. ^Legacies of World War II in South and East Asia by David Koh Wee Hock, David Wee Hock Koh
  39. ^Mahathir bin Mohamad."Our Region, Ourselves"Diarkibkan 2010-02-28 diWayback Machine,Time Asia, Hong Kong, 31 Mei 1999.
  40. ^"Malaya: Token Citizenship"Diarkibkan 2010-11-25 diWayback Machine,Time, New York, 19 Mei 1952.
  41. ^Friday, Sep. 06, 1963 (1963-09-06)."Malaysia: Tunku Yes, Sukarno No". TIME. Diarkibkan daripadayang asal pada 2013-08-17. Dicapai pada2010-10-17.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  42. ^"Malaysia: The Art of Dispelling Anxiety"Diarkibkan 2010-12-27 diWayback Machine,Time, New York, 27 Ogos 1965.
  43. ^"Race War in Malaysia"Diarkibkan 2007-05-18 diWayback Machine,Time, New York, 23 Mei 1969.
  44. ^Jomo Kwame Sundaram.UNRISDThe New Economic Policy and Interethnic Relations in Malaysia.
  45. ^Anthony Spaeth."Bound for Glory",Time, New York, 9 Disember 1996.
  46. ^Ping Lee Poh; Yean Tham Siew."Malaysia Ten Years After The Asian Financial Crisis"(PDF). Universiti Thammasat. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 1 April 2010. Dicapai pada25 Julai 2011.
  47. ^Dollah, Ramli; Khusyairy Pangkas, Zainus Sagi (22 April 2019)."Aktor Bukan Negara dan Keselamatan Nasional di Malaysia: Tentera Diraja Sulu dan Pencerobohan Lahad Datu, 2013 Non-State Actor and National Security in Malaysia: The Royal Sulu Army and the Lahad Datu Intrusion, 2013".ResearchGate.87 (17): 31. Dicapai pada30 Oktober 2020.
  48. ^"Malaysian taskforce investigates allegations $700m paid to Najib".The Guardian. London. 6 July 2015.Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2020. Dicapai pada24 Mac 2018.
  49. ^Walden, Max (13 Januari 2021)."How Malaysia went from fewer COVID cases than Australia to a national state of emergency".ABC News (Australia).Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Januari 2021. Dicapai pada19 Julai 2021.
  50. ^"'Parlimen tergantung, tiada parti dapat majoriti lebih 50 peratus' - SPR".Berita Harian. 20 November 2022. Dicapai pada20 November 2022.
  51. ^"Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke-10".Berita Harian. 24 November 2022. Dicapai pada24 November 2022.
  52. ^"Asia-Pacific | Malaysia rejects Christian appeal". BBC News. 2007-05-30. Dicapai pada2010-09-27.
  53. ^England, Vaudine (2010-07-09)."BBC News - Malaysian groups welcome first Islamic women judges". Bbc.co.uk. Dicapai pada2010-09-27.
  54. ^"Overview". Association of Southeast Asian Nations. Diarkibkan daripadayang asal pada 2002-11-11. Dicapai pada2007-11-08.
  55. ^"salinan arkib". Diarkibkan daripadayang asal pada 2012-06-19. Dicapai pada2010-10-23.
  56. ^"Member Economies". Asia-Pacific Economic Cooperation. Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada2010-09-05.
  57. ^"Malaysia". Developing 8 Countries. Dicapai pada2010-06-21.
  58. ^Members. Commonwealth Secretariat. Dicapai pada 8 November 2007.
  59. ^"Malaysia: Anti-Semitism without Jews". Jerusalem Center for Public Affairs. Diarkibkan daripadayang asal pada 2010-08-02. Dicapai pada2010-09-05.
  60. ^"salinan arkib". Diarkibkan daripadayang asal pada 2011-05-14. Dicapai pada2010-10-23.
  61. ^"Malaysian Military statistics". NationMaster. Dicapai pada2010-10-01.
  62. ^abcThe population of Peninsular Malaysia by Swee-Hock Saw, pages 1-2
  63. ^"Mount Kinabalu — revered abode of the dead". Ecologyasia.com. Dicapai pada2010-09-17.
  64. ^Leow Chiah Wei. Travel Times."Asia's southernmost tip",New Straits Times, Kuala Lumpur, 18 Julai 2005.
  65. ^Sager Ahmad. Travel Times.Tanjung Piai, the End of Asia,New Straits Times, Kuala Lumpur, 27 Jun 2003.
  66. ^"Proton Preve dapat 5 Bintang ANCAP". arenakereta.com. 26 Februari 2013. Diarkibkan daripadayang asal pada 2013-04-02. Dicapai pada18 Mac 2013.
  67. ^Boulton, William R.; Pecht, Michael; Tucker, William; Wennberg, Sam (Mei 1997)."Electronics Manufacturing in the Pacific Rim, World Technology Evaluation Center, Chapter 4: Malaysia". The World Technology Evaluation Center, Inc.Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Disember 2010. Dicapai pada1 November 2010.
  68. ^"GDP – composition, by sector of origin".The World Factbook.Central Intelligence Agency.Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2022. Dicapai pada27 Jun 2022.
  69. ^"Malaysia – Unemployment Rate".Moody's Analytics. Dicapai pada28 Jun 2022.[pautan mati kekal]
  70. ^"List of importing markets for the product exported by Malaysia in 2021".Pusat Perdagangan Antarabangsa.Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2022. Dicapai pada27 Jun 2022.
  71. ^"List of supplying markets for the product imported by Malaysia in 2021".Pusat Perdagangan Antarabangsa.Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2022. Dicapai pada27 Jun 2022.
  72. ^Clover, Charles (10 Jun 2007)."Malaysia defends palm oil production".The Telegraph. Diarkibkan daripadayang asal pada 1 Disember 2009. Dicapai pada28 November 2010.
  73. ^Malaysia, Singapore & Brunei by Simon Richmond, Marie Cambon, Damian Harper
  74. ^John Pike."Malaysia Defence Industry". Globalsecurity.org. Dicapai pada2010-09-24.
  75. ^"Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan"(pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia.ISBN 978-967-253-697-0.Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada2023-07-24.
  76. ^"Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020"(pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia.ISBN 978-967-2000-85-3.
  77. ^Perkara 160 (2). Perlembagaan Malaysia.
  78. ^General Report of the Population and Housing Census 2000. Putrajaya: Department of Statistics, Malaysia. 2005. m/s. 60–64.ISBN 9839044265.
  79. ^Michael G. Peletz (2002).Islamic modern: religious courts and cultural politics in Malaysia. pp.84–85.
  80. ^Zimmer, Benjamin (2006-10-05)."Language Log: Malaysia cracks down on "salad language"". Itre.cis.upenn.edu. Dicapai pada2010-09-14.
  81. ^"Ethnologue report for Malaysia". Ethnologue.com. Dicapai pada2010-10-18.
  82. ^The Austronesian languages of Asia ... - Google Books. Books.google.com.ph. Dicapai pada2010-09-21.
  83. ^Jadual Kesembilan. Perlembagaan Malaysia.
  84. ^Pendidikan Sekolah RendahDiarkibkan 2011-08-11 diWayback Machine, Portal Rasmi Kerajaan Malaysia (malaysia.gov.my). Dicapai pada 24 Oktober 2010.
  85. ^"Academic Qualification Equivalence".StudyMalaysia.com. Dicapai padaSeptember 15, 2010.
  86. ^"Life expectancy at birth, total (years) - Malaysia".World Bank Open Data. Dicapai pada2025-01-04.
  87. ^"Mortality rate, infant (per 1,000 live births) - Malaysia".World Bank Open Data. Dicapai pada2025-01-04.
  88. ^"Fertility rate, total (births per woman) - Malaysia".World Bank Open Data. Dicapai pada2025-01-04.
  89. ^"Birth rate, crude (per 1000 people) - Malaysia".World Bank Open Data. Dicapai pada2025-01-04.
  90. ^"Death rate, crude (per 1,000 people) - Malaysia".World Bank Open Data. Dicapai pada2025-01-04.
  91. ^moveforward (2009-08-08)."Health Care in Malaysia". Expatforum.com. Dicapai pada2010-09-17.
  92. ^"Cultural Tourism Promotion and policy in Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). School of Housing, Building and Planning. 22 Oktober 1992. Diarkibkan daripadayang asal pada 29 Mei 2010. Dicapai pada6 November 2010.
  93. ^"National Dikir Barat Competition To Be Expanded Next Year". Ministry Of Information Malaysia. 2006. Diarkibkan daripadayang asal pada 2009-02-06. Dicapai pada06 November 2017.Unknown parameter|dead-url= ignored (bantuan);Check date values in:|accessdate= (bantuan)
  94. ^"Festival of Malaysia ~ Hari Raya Puasa". Go2travelmalaysia.com. 2010-09-11. Dicapai pada2010-09-15.
  95. ^"Festivals of Malaysia ~ Thaipusam Festival". Go2travelmalaysia.com. Dicapai pada2010-09-15.
  96. ^"The English Teacher"(PDF). Malaysian English Language Teaching Association. 2008-05-02. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2011-05-16. Dicapai pada2010-09-15.
  97. ^"Sports and recreation".Tourism Malaysia. Diarkibkan daripadayang asal pada 2009-09-02. Dicapai padaSeptember 29, 2010.
  98. ^"salinan arkib". Diarkibkan daripadayang asal pada 2010-11-09. Dicapai pada2010-10-26.
  99. ^"MALAYSIA LAWN BOWLS FEDERATION". My.88db.com. Diarkibkan daripadayang asal pada 2011-07-07. Dicapai pada2010-10-01.
  100. ^"History of SRAM". Malaysiasquash.com. Diarkibkan daripadayang asal pada 2010-10-30. Dicapai pada2010-10-01.
  101. ^History of Hockey World Cup - The Times of India
  102. ^"GRAND PRIX RESULTS: MALAYSIAN GP, 1999". grandprix.com. Dicapai pada2010-10-26.
  103. ^Dudley, Rueben (20 September 2010)."19th Commonwealth Games: Doing Malaysia proud".Petaling Jaya, Selangor:The Malay Mail. Diarkibkan daripadayang asal pada 2011-05-11. Dicapai pada29 September 2010.

Tambahan

Lihat Juga

Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Malaysia.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Perjanjian yang berkaitan dengan Malaysia antara Inggeris, N. Borneo, Sarawak dan Singapura.
Rencana berkaitan Malaysia
Rencana Malaysia 
Sejarah
Geografi
Politik
Ekonomi
Masyarakat
Budaya
Simbol
Sistem beraja di Malaysia
Yang di-Pertuan Agong
Pertama ·Ke-2 ·Ke-3 ·Ke-4 ·Ke-5 ·Ke-6 ·Ke-7 ·Ke-8 ·Ke-9 ·Ke-10 ·Ke-11 ·Ke-12 ·Ke-13 ·Ke-14 ·Ke-15 ·Ke-16 ·Ke-17(Terkini)
Raja negeri-negeri Melayu
Pemerintah negeri tidak beraja
Darjah kebesaran
Istana dan Pejabat
Pentadbiran Diraja
Istana Negara -Istana Melawati (Malaysia) ·Istana Arau (Perlis) ·Istana Anak Bukit (Kedah) ·Istana Alam Shah (Selangor) ·Istana Iskandariah (Perak) ·Istana Besar Seri Menanti (Negeri Sembilan) ·Istana Abu Bakar (Pahang) ·Istana Bukit Serene (Johor) ·Istana Syarqiyyah (Terengganu) ·Istana Balai Besar -Istana Telipot (Kelantan)
Asia Tenggara

Brunei ·Filipina ·Indonesia1 ·Kemboja ·Laos ·Malaysia ·Myanmar ·Singapura ·Thailand ·Timor Leste ·Vietnam

Asia Barat

Arab Saudi ·Armenia ·Azerbaijan2 ·Bahrain ·Cyprus ·Emiriah Arab Bersatu ·Georgia2 ·Iran ·Iraq ·Israel ·Jordan ·Kuwait ·Lubnan ·Mesir ·Oman ·Palestin ·Qatar ·Suriyah ·Turki2 ·Yaman

Asia Tengah danUtara

Afghanistan ·Kazakhstan ·Kyrgyzstan ·Rusia2 ·Tajikistan ·Turkmenistan ·Uzbekistan

Asia Timur

China ·Hong Kong3 ·Korea Selatan ·Korea Utara ·Macau3 ·Jepun ·Mongolia

Asia Selatan

Bangladesh ·Bhutan ·India ·Maldives ·Nepal ·Pakistan ·Sri Lanka

Wilayah tanggungan dan negeri dengan pengiktirafan terhadWilayah tanggungan :

Akrotiri dan Dhekelia,Wilayah Lautan Hindi British(United Kingdom) ·Kepulauan Cocos (Keeling),Pulau Krismas(Australia)
Negeri dengan pengiktirafan terhad :Abkhazia ·Cyprus Utara ·Nagorno-Karabakh ·Ossetia Selatan ·Republik China (Taiwan)

Keahlian antarabangsa
Politik
Simbol
Keahlian
Pemerhati dan Calon untuk Ahli
Peristiwa
Sidang kemuncak
Lain-lain
Pertandingan
Berkaitan
APEC
Ahli
Mesyuarat APEC
  • APEC Australia 1989
  • APEC Singapura 1990
  • APEC Korea Selatan 1991
  • APEC Thailand 1992
  • APEC Amerika Syarikat 1993
  • APEC Indonesia 1994
  • APEC Jepun 1995
  • APEC Philippines 1996
  • APEC Kanada 1997
  • APEC Malaysia 1998
  • APEC New Zealand 1999
  • APEC Brunei 2000
  • APEC China 2001
  • APEC Mexico 2002
  • APEC Thailand 2003
  • APEC Chile 2004
  • APEC Korea Selatan 2005
  • APEC Vietnam 2006
  • APEC Australia 2007
  • APEC Peru 2008
  • APEC Singapura 2009
  • APEC Jepun 2010
  • APEC Amerika Syarikat 2011
  • APEC Russia 2012
  • APEC Indonesia 2013
  • APEC China 2014
  • APEC Philippines 2015
  • APEC Peru 2016
  • APEC Vietnam 2017
  • APEC Papua New Guinea 2018
  • APEC Chile 2019
  • APEC Malaysia 2020
  • APEC New Zealand 2021
Negara berdaulat
(anggota)
Wilayah
tanggungan
anggota
Australia
New Zealand
United Kingdom
Negara berdaulat
(anggota)
Wilayah
tanggungan
anggota
Australia
New Zealand
United Kingdom
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
Ahli-ahli:AfghanistanAlgeriaBahamasBahrainBarbadosBelarusBelizeBeninBhutanBoliviaBotswanaBruneiBurkina FasoBurundiCameroonCape VerdeRepublik Afrika TengahChadChileColombiaComorosCôte d'IvoireCubaRepublik Demokratik CongoRepublik CongoDjiboutiDominicaEcuadorMesirEquatorial GuineaEritreaEthiopiaGabonGambiaGhanaGrenadaGuatemalaGuineaGuinea-BissauGuyanaHondurasIndiaIranJamaikaJordanKenyaKuwaitLaosLubnanLesothoLiberiaLibyaMadagascarMalawiMalaysiaMaldivesMaliMauritaniaMauritiusMongoliaMaghribiMozambiqueMyanmarNamibiaNepalNicaraguaOmanPakistanNegara PalestinPanamaPapua New GuineaPeruFilipinaQatarRwandaSaint LuciaSaint Vincent dan the GrenadinesSão Tomé dan PríncipeArab SaudiSenegalSeychellesSierra LeoneSingapuraSomaliaAfrika SelatanSri LankaSudanSurinameSyriaTanzaniaThailandTimor LesteTogoTrinidad dan TobagoTunisiaTurkmenistanUgandaAmiriah Arab BersatuUzbekistanVanuatuVenezuelaVietnamyamanZambiaZimbabweNarutoLogo Nam
Negara-negara pemerhati:Antigua dan BarbudaArmeniaAzerbaijanBrazilRepublik Rakyat ChinaCosta RicaCroatiaCyprusDominicaEl SalvadorKazakhstanKyrgyzstanMexicoMontenegroSerbiaUkraineUruguay
Organisasi pemerhati:Kesatuan AfrikaLiga ArabPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Bahasa pertuturan dan penggunaan tinta rasmi dan bukan rasmi
Umum
Perpustakaan negara
Institut penyelidikan seni
Pangkalan data saintifik
Lain-lain

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Malaysia&oldid=6696916"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp