LogoWikipedia dalam bahasa Malayalam yang berisi transkripsi "Wikipedia" (atas) ke dalam ortografi masing-masing dan slogan "Ensiklopedia Bebas" (bawah) yang diterjemahkan ke dalam bahasa tersebut.
Bahasa Malayalam, bersama-sama denganbahasa Tamil,Toda, Kota,Kodava Thakk danKannada tergolong dalam kumpulan selatan bahasa-bahasa Dravidia. Kesamaan bahasa Malayalam dengan bahasa Tamil paling ketara. Kaum Malayam Tamil Proto, leluhur bagi kaum Tamil dan Malayalam, mencapah selama empat atau limaabad sejakabad ke-9, dan menyebabkan bahasa Malayalam menjadi sebuah bahasa yang berbeza dengan bahasa Tamil.
Sebagai sebuah bahasakesusasteraan danpentadbiran, bahasa Tamil telah amat mempengaruhi perkembangan bahasa Malayalam yang awal. Kemudian,
mempercepat asimilasi banyak ciri-ciribahasa Romawi,Semitik, danIndo-Arya ke dalam bahasa Malayalam pada peringkat-peringkat yang berbeza dan dituturkan oleh kasta-kasta dan komuniti-komunitiagama yang berbeza, seperti orangHindu,Islam, danKristian.
Kerala,Kepulauan Lakshadweep, dan Mahe/Mayyazhi merupakan tiga tempat yang tunggal di dunia di mana bahasa Malayalam merupakan bahasa pertuturan yang utama.
Lagu-lagu klasik yang dikenali sebagai /Pattu/ daripada tradisibahasa Tamil
/Manipravalam/ daripada tradisibahasa Sanskrit, yang membenarkan penggabungan bahasa Sanskrit dengan bahasa Malayalam
Lagu rakyat yang kaya dengan unsur-unsur asli.
Puisi bahasa Malayalam pada lewatabad ke-20 menunjukkan berbagai-bagai tahap penggabungan antara ketiga-tiga unsur yang berbeza ini. Contoh yang tertua untuk /Pattu/ dan Manipravalam adalah masing-masing /ramacharitam/ dan /vaishikatantram/. Kedua-dua ini berasal dariabad ke-12.
Karyaprosa terawal yang masih wujud ialah sebuah ulasan mengenai karya /Arthasastra/ yang dikarang oleh Chanakya. Ulasan itu ditulis oleh Bhashakautaliyam dalam bahasa Malayalam yang mudah padaabad ke-12. KaryaAdhyathmaramayanam yang ditulis olehThunchaththu Ramanujan Ezhuthachan merupakan salah satu karya yang terpenting dalam kesusasteraan bahasa Malayalam. Prosa bahasa Malayalam dari zaman-zaman yang berbeza menampilkan tahap-tahap pengaruh yang berbeza daripada berbagai-bagai bahasa seperti bahasa Tamil, Sanskrit,Prakrit,Pali,Yahudi,Hindi,Urdu,Arab,Parsi,Syriak,Portugal,Belanda,Perancis danInggeris. Kesusasteraan moden bahasa Malayalam adalah kaya dengan puisi,fiksyen,drama,biografi dan kritikan kesusasteraan.
Pada awalabad ke-9, /vattezhuthu/ (tulisan bulat) yang boleh dikesani melalui skripGrantha ke skripBrahmi seIndia, melahirkan sistem tulisan bahasa Malayalam. Sistem ini berdasarkansuku kata yang harus dibaca sebagai satu unit, walaupun kebanyakan unsur yang melambangkanvokal dankonsonan yang berasingan boleh dikesani dengan mudah. Padadekad1960-an, bahasa Malayalam menghapuskan banyak huruf khas yang melambangkan konsonan bertingkat serta gabungan-gabungan vokal /u/ dengan berbagai-bagai konsonan.
Bahasa Malayalam kini terdiri daripada 56 huruf, termasuk 20 vokal panjang dan pendek, dengan yang lain merupakan konsonan. Gaya tulisan yang lebih awal kini digantikan dengan gaya baru sejak tahun1981. Skrip baru ini telah mengurangkan jumlah hurufnaskah bertaip daripada 900 menjadi kurang daripada 90 huruf. Ini telah dilaksanakan untuk membolehkan bahasa Malayalam digunakan untukpapan kekuncimesin taip dankomputer.
Kelainan-kelainan polanada suara,perbendaharaan kata, dan taburan unsur-unsurtatabahasa danfonologi dapat dilihat, bersama-sama dengan had kawasan,agama, komuniti,pekerjaan,lapisan sosial, gaya, dan daftar. Sebagaimana dengan bahasa-bahasa India yang lain, pengaruhbahasa Sanskrit adalah paling ketara dalam loghat-loghatkasta tinggi dan paling kurang dalam loghat-loghat kasta paling rendah. Terdapat banyak perkataan pinjaman daripadabahasa Inggeris,Syriak,Greek,Yahudi,Latin, danPortugal dalam loghat-loghatKristian, manakala loghat-loghatIslam mempunyai banyak perkataanbahasa Arab danUrdu. Bahasa Malayalam telah meminjam beribu-ribukata nama, beratus-ratuskata kerja, dan sebilangan kata tegar daripada bahasa Sanskrit. Sebilangan perbendaharaan kata bahasa Sanskrit juga telah diserap dalam bahasa Malayalam. Seperti di kawasan-kawasan India yang lain, bahasa Sanskrit telah dianggap sebagai satu bahasa untuk golonganbangsawan dancendekiawan, iaitu serupa dengan bahasa Latin dalam sejarahEropah.
Bagiamanapun, pengaruh bahasa Sanskrit yang lebih kuat telah dihadkan kepada loghatNamboothiri Malayalam yang ditutur oleh penutur-penutur yang merupakan kurang daripada 2% daripada jumlah penutur bahasa Malayalam.