Negara/Rantau | ![]() |
---|---|
Kod | MAS |
Dicipta | 1953 |
Diiktiraf | 1954 |
Persatuan Kontinental | OCA |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur |
Presiden | Mohamad Norza Zakaria |
Setiausaha Agung | Nazifuddin Najib |
Laman web | olympic.org.my |
Majlis Olimpik Malaysia atauMOM, (Bahasa Inggeris:Olympic Council of Malaysia, kodIOC:MAS) adalahJawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang mewakili Malaysia.Badan induk ini juga bertanggungjawab untuk perwakilan Malaysia diSukan Komanwel.[1]
Badan induk ini ditubuhkan pada 1953 sebagaiMajlis Olimpik Persekutuan Tanah Melayu (FMOC). FMOC mendapat pengiktirafannya sebagai Jawatankuasa Olimpik KebangsaanPersekutuan Tanah Melayu pada Mei 1954. Pada 16 September 1963,Singapura dan jajahan mahkota British diBorneo Utara danSarawakbergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Pada 5 Mei 1964, Majlis Olimpik dan Sukan Singapura, Jawatankuasa Sukan Olimpik Sarawak dan Jawatankuasa Olimpik Sabah dan FMOC digabungkan untuk membentuk Majlis Olimpik Malaysia. Pada 9 Ogos 1965, Singapura telah keluar dari menjadi sebahagian daripada Malaysia dan menubuhkan semula Jawatankuasa Olimpik Kebangsaanya sendiri.[2]