Majlis Keselamatan PBB adalah majlis yang dianggotai oleh sebilangan ahli-ahliPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan lima daripadanya adalah anggota tetap yang memilik iaituAmerika Syarikat,United Kingdom,Perancis,China danRusia. Ia merupakan organ PBB yang berfungsi untuk mengekalkankeamanan dankeselamatan di kalangannegara-negara. Di mana organ lainPBB hanya boleh membuat cadangan kepada ahli-ahli kerajaan, Majlis Keselamatan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan resolusi yang mesti dipatuhi oleh kerajaan negara ahli di bawahPiagam PBB. Keputusan-keputusan majlis dikenali sebagaiResolusi Majlis Keselamatan PBB. Presiden Majlis Keselamatan ini digilir-gilirkan dan berakhir hanya untuk setiap bulan bagi setiap giliran.habariii
Majlis Keselamatan PBB melangsungkan sessi pertamanya pada 17 Januari 1946 diChurch House,London.
Sejak mesyuarat yang pertama, Majlis Keselamatan telah meneruskan sessi di merata tempat dan mengadakan mesyuarat di banyak bandar sepertiParis danAddis Ababa. Bagaimanapun, kebanyakannya masih kekal di Ibu Pejabat PBB - yang pertama diLake Success di New York dan kemudiannya di lokasi sekarang diNew York City.
Perubahan yang penting di dalam komposisi Majlis telah berlaku sebanyak 3 kali. Pada tahun 1965, perubahan di dalam Artikel 23 dan 27 Carta dikuatkuasakan, meningkatkan bilangan ahli yang dipilih daripada enam ke sepuluh.
Dalam tahun 1971Perhimpunan Agung mengundi untuk menyingkirkan wakil bagiRepublik China (dari tahun 1949 bagi Taiwan) dan kerusi diberikan kepadaRepublik Rakyat China sebagai wakil dari China yang sah. Oleh kerana isu ini dibawa dalam keadaan delegasi yang mana sepatutnya hadir bagi mewakili China berbanding kemasukan atau penyingkiran ahli, isu ini hanya memerlukan tindakan oleh Perhimpunan Agung dan mengelakkan ketidakupayaan Perhimpunan untuk mengeluarkan ahli Majlis tanpa kelulusan Majlis (bergantung kepada veto), atau kelemahan perubahan dalam Artikel 23 mengenalpasti identiti ahli-ahli kekal.
Seorang ahli Majlis Keselamatan mesti sentiasa berada di ibu pejabat PBB di New York supaya Majlis Keselamatan boleh mengadakan mesyuarat pada bila-bila masa. Syarat daripada Piagam PBB ini adalah untuk mengatasi kelemahanLiga Bangsa yang selalunya tidak berupaya memberi tindakbalas cepat sekiranya berlaku krisis.
Peranan presiden Majlis Keselamatan termasuklah mengenal pasti agenda, mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Majlis Keselamatan, dan mengendali sebarang krisis.Ia bertukar-tukar mengikut susunan abjad berdasarkan nama-nama ahli dalam bahasa Inggeris.
Terdapat dua kategori keahlian dalam Majlis Keselamatan PBB: Ahli Tetap dan Ahli yang dilantik.
Ahli-ahli yang tetap mempunyai kuasa veto (kuasa dunia) terhadap mana-mana resolusi yang diluluskan oleh Majlis. Ahli-ahli tetap yang asal semasa penubuhan Majlis Keselamatan dipilih daripada negara-negara yang menang semasaPerang Dunia Kedua:
Komposisi kerusi di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Amerika Syarikat dianggap sebagai sebuah ahli penuh. Komposisi kerusi ini tidak mencerminkan kedudukan sebenar kerusi ketika mesyuarat Majlis Keselamatan.
Afrika
Asia-Pasifik
Eropah Timur
Amerika Latin dan Caribbean
Eropah Barat dan lain-lain
10 lagi anggota dilantik olehPerhimpunan Agung PBB untuk penggal dua tahun bermula 1 Januari, dengan lima anggota diganti setiap tahun. Mereka dipilih mengikut kumpulan kawasan dan mesti disahkan Perhimpunan Agung.
Anggota semasa, dengan kawasan yang diwakili, disenaraikan di bawah: