Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Magnoliaceae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengelasan saintifik
[[{{{Ksubspesies}}}]]

Pengarang berwibawa:Juss.


Magnoliaceae ialah sebuahfamilitumbuhan berbunga di bawahsusunanMagnoliales. Famili ini terdiri daripada dua subfamili, iaitu:

  • Magnolioideae:Magnolia merupakan genus yang terkenal dalam subfamili ini.
  • Liriodendroidae: merupakan subfamili monogenerik yang mengandungiLiriodendron (pokok tulip).

Berbeza dengan kebanyakanangiosperma yang mempunyai bahagian-bahagianbunga yang diatur dalam bentuk lingkaran, Magnoliaceae mempunyaistamen danpistil yang diatur dalam bentuk pilin di atas suatu pudung kon. Penyusunan ini didapati dalam tumbuhan-tumbuhanfosil yang kuno dan dipercayai merupakan sifatangiosperma primitif. Bunga-bunganya juga tidak dibezakan dengan jelas menjadisepal dankelopak seperti yang didapati dalam kebanyakan tumbuhan berbunga; bahagian-bahagian yang mempunyai kedua-dua fungsi mengambil alih fungsi sepal serta kelopak, dan dikenali sebagaitepal.

Famili ini mempunyai kira-kira 225 spesies dalam 7 genus, walaupun sebilangan sistem pengelasan memasukkan kesemua subfamili Magnoioideae dalam genusMagnolia. Taburan famili ini melintasiAmerika Utara timur,Mexico danAmerika Tengah,Hindia Barat,Amerika Selatan tropika,India selatan dan timur,Sri Lanka,Indochina,Malesia,China,Korea, danJepun.

Genus

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  • Hunt, D. (ed). 1998.Magnolias and their allies (Magnolia dan tumbuhan-tumbuhan yang ada persamaan). International Dendrology Society & Magnolia Society.ISBN 0-9517234-8-0
  • Azuma, H., García-Franco, J. G., Rico-Gray, V., and Thien, L. B. (2001). Molecular phylogeny of the Magnoliaceae: the biogeography of tropical and temperate disjunctions (Filogeni molekul Magnoliaceae: biogeografi disjungsi tropika dan iklim sederhana).American Journal of Botany. 88: 2275-2285.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Magnoliaceae&oldid=2787102"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp