Genus ini dinamakan sempena ahli botani PerancisPierre Magnol; ia mula diterangkan pada tahun 1703 dalam bukuGenera[2] olehCharles Plumier (1646–1704) untuk sebatang pokok berbunga dari pulauMartinique (talauma).
Kuntum-kuntum bunganya besar berbentuk mangkuk atau bintang berwarna putih, merah jambu, ungu, hijau atau kuning.[3] Setiap kuntum mempunyai 9–15 kelopak yang tidak membentuk ranggi,[4] kelopak-kelopak ini bercantum dalam tiga atau lebih pusaran.
Bunga-bunga ini mempunyai organ jantan dan organ betina; sangga dan tudung cepu debu dicantum (adnate) manakalasulur debu disusun kelun padapudung bunga. Bunga pada spesies meluruh selalu muncul sebelum daun-daunnya pada musim bunga. Bunga-bunga genus inididebungakankumbang-kumbang yang tertarik dengan rembesan bergula dan wangi darinya.[4]
^Bilangan spesies dalam genusMagnolia bergantung pada pandangan taksonomi diambil. Kajian molekul dan morfologi baru menunjukkan genus-genusTalauma,Dugandiodendron,Manglietia,Michelia,Elmerrillia,Kmeria,Parakmeria,Pachylarnax dahulu (dan beberapa genus dengan spesies tunggal) termasuk dalam genusMagnolia s.l. (s.l. =sensu lato: 'dalam pengertian umum', lawan s.s. =sensu stricto: 'dalam pengertian sempit') yang sama; genusMagnolia s.s. mempunyai kira-kira 120 spesies.
^"Magnolia Plum. ex L."Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada13 Ogos 2022.
^Plumier, Charles (1703).Nova plantarum Americanarum genera [Genus-genus baru tumbuhan Amerika] (dalam bahasa Latin). Paris.
^abBrickell, Christopher (2008).The Royal Horticultural Society A-Z encyclopedia of garden plants (ed. ke-3). United Kingdom: Dorling Kindersley. m/s. 661.ISBN978-1-4053-3296-5.