Maghribi memiliki populasi lebih dari 35 juta orang, dengan keluasan 446,550 km2. Ibu kotanya ialahRabat dan kota terbesarnya adalahCasablanca.[9] Negara ini bersempadan denganAlgeria di timur, Laut Mediterranean danSepanyol di utara, dan Lautan Atlantik di barat. Namun begitu, kawasan dan sempadan selatannya mengalami pertikaian wilayah; Maghribi menuntut hak milikSahara Barat dan telah mentadbirkan kebanyakan wilayah itu sejak tahun 1975.
Nama "Maghribi" ini merupakan kependekan daripada nama penuhnya dalam bahasa Arab iaituAl-Mamlakah al-Maġribiyyahالمملكة المغربية yang bermaksud "KerajaanBarat"; perkataan "barat" yang merupakan asas nama ini iaitugharbغرب sama akar dengan perkataanghurūbغروب yang bermaksud "matahari terbenam" (bandingkan dengan perkataan "maghrib"). Para ahli sejarah biasanya merujuk kepada Maghribi sebagaiAl Maghrib al Aqşá ("Yang Paling Barat") untuk membezakannya dengan kawasan sejarah yang digelarkanMaghreb (المغرب العربي;al-Maġrib al-ʿArabī).[10]
NamaMorocco yang digunakan dalam banyak bahasa lain (termasuk "Maroko" dalam baku Indonesia menyerapBelanda:Marokko) berasal daripada nama ibu kotanya yang dahuluMurrākusy (Arab:مُراكُش); kota tersebut berasal daripada ungkapanbahasa Berber (ⴰⵎⵓⵔ ⵏ ⴰⴽⵓⵛ;amur n akush) yang bermaksud "Tanah Tuhan".[11]
Kawasan Maghribi moden telah didiami olehmanusia sejakZaman Neolitik, iaitu sekurang-kurang sejak8000 SM ketikakawasan Maghrib adalah kurang kering berbanding dengan hari ini. Kebenaran ini telah diakui oleh tanda-tandabudaya Kapsian.
Banyak ahli-ahli teori mempercayaibahasa Berber mungkin tiba pada masa yang lebih kurang sama denganpertanian (sila lihatBerber), dan diterimaguna oleh penduduk-penduduk di sana bersama-sama dengan pendatang-pendatang yang membawanya. Analisisgenetik moden telah mengesahkan bahawa selain daripada kelompok etnik yang utama, iaitu Berber danArab, berbagai-bagai kaum yang lain telah menyumbang kepada penduduk-penduduk kini. Ini termasuk orang-orangPhoenicia,Yahudi Sephardi, sertaAfrikaSub-Sahara.
Orang-orangBerber, yang sering dirujuk dalam lingkungan aktivis etnik moden sebagai "Amazigh," lebih biasa dikenali sebagai Berber sahaja, atau mengikut identiti etnik kawasan mereka, umpamanyaChleuh. Pada zaman klasik, Maghribi dikenali sebagaiMauretania, satu nama yang tidak harus dikelirukan dengan negaraMauritania moden.
Pada 1130,dinasti Muwahid telah ditubuhkan, dan pada 1147, menggulingkan dinasti Mullavid dan juga memerintah Andalus. Pada masa pemerintahanYaqub Mansur III, dinasti Al-Muwahid meluaskan kekuasaannya hingga ke timur Libya, dan mendirikan wilayah terbesar yang meliputi kawasan Maghrib. Walau bagaimanapun, pada 1212, al-Muwahid dikalahkan dalampertempuran Las Navas de Tolosa (jugapertempuran al-Uqab) oleh usahaReconquista, dan kehilangan sebahagian besar Andalusia. Selepas itu, dinasti al-Muwahid terus merosot, dan jatuh pada 1269 apabila ia ditawan olehpuak Marin (Mariniyun).
Wangsa Marin menubuhkan ibu kota mereka di Fez, dan sering melakukan ekspedisi ke Andalusia untuk menundukkan Nasrid, tetapi mula jatuh pada separuh akhir abad ke-14, bermula denganpertempuran Río Salado pada 1340. Pada 1465, sultan Marin terakhir,Abd al-Haqq II, akhirnya digulingkan dan dibunuh dalampemberontakan di Fez, yang membawa kepada penubuhan pemerintahan Wattasid langsung ke atas sebahagian besar Maghrib.[12]
Sementara itu, di selatan, sebuah dinasti baru muncul,dinasti Saad yang merampas Marrakesh pada 1524 dan menjadikannya ibu kota mereka. Ketika masih mengiktiraf kuasa Wattasid, kuasa Saad yang semakin meningkat menyebabkan Wattasid menyerang mereka dan, selepas pertempuran yang tidak pasti, mengiktiraf pemerintahan mereka ke atas selatan Maghribi pada 1536.[13] Pada pertengahan abad-16, pihak Saad berjaya mengalahkan penguasaan Portugis serta menawan Fez, dan seterusnya menggulingkan Wattasid, dan menjadi penguasa utama Maghrib.[14]
Walau bagaimanapun, memasuki abad ke-17, perebutan pewarisan takhta menyebabkan dinasti Saad merosot cepat, dan runtuh pada 1659. Pada 1660,dinasti Alawi telah diasaskan, dan masih ada hingga hari ini, bermula denganMawlay al-Sharif pada 1631. Anakandanya, Al-Rasyid, yang memerintah dari 1664 hingga 1672, berjaya menyatukan Maghrib yang berada dalam tempoh perpecahan panjang akibat kelemahan Saadi. Saudaranya, Isma'il mempengerusikan tempoh pemerintahan pusat yang kuat antara 1672 dan 1727, salah satu tempoh pemerintahan paling lama dalam sejarah monarki Maghribi. Selepas kemangkatan Isma'il, Maghrib menjadi kucar-kacir akibat perebutan takhta, tetapi keamanan berjaya ditubuhkan semula di bawah pemerintahan panjangMuhammad ben Abdallah (Muhammad III) pada separuh kedua abad ke-18. Muhammad III, pada 1777, menjadi pemerintah pertama dunia yang mengiktiraf kemerdekaanAmerika Syarikat.[15]
Selepas kemangkatan Muhammad III, kawasan Maghrib mengalami ketidakstabilan, tatkala pewarisnya cuba untuk menerbalikkan reformasi Muhammad III dalam menentang pengaruh Eropah.[16] Sesetengah pihak menetapkan isu ini berpunca daripadaPerang Napoleon, dengan Perancis dan Sepanyol mengancam Maghribi supaya tidak memihak kepada mana-mana pihak.[13]
Bermula denganpenaklukan Perancis ke atas Algeria pada 1830, kestabilan Maghrib mula tergugat. Bantahan meluas rakyat Algeria menentang Perancis menyebabkan Maghrib membenarkan bantuan dan senjata kepada gerakan penentanganEmir Abd al-Qadir. Namun begitu, penguasa Abd al-Rahman (juga Abderrahmane; berkuasa 1822–1859) enggan memberikan alasan kukuh kepada Perancis untuk menyerang Maghrib, dan berjaya mengekalkan kedudukan berkecuali ini sehingga 1844, apabila baginda terpaksa memberikan perlindungan kepada Abd al-Qadir di Maghrib. Pihak Perancis kemudian menumpaskan tentera Maghrib secara menyeluruh dalamPertempuran Isly. Selepas itu, Maghribi menandatangani KonvensyenLalla Maghnia pada 18 Mac 1845, mengiktiraf kuasa Perancis di Afrika.
Pada bahagian akhir abad ke-19, ketidakstabilan mengakibatkan peningkatan campur tangan Eropah dalam melindungi pelaburan dan menuntut konsesi ekonomi. SultanHassan I mendukungPersidangan Madrid pada 1880 sebagai tindak balas terhadap penyalahgunaan sistemprotegé oleh Perancis dan Sepanyol, tetapi hasilnya ialah peningkatan kehadiran Eropah di Maghribi— dalam bentuk penasihat, doktor, ahli perniagaan, pengembara, dan juga mubaligh.[17][18]
Maghribi berpesisiran denganLautan Atlantik, dan memanjang keSelat Gibraltar sebelum memasukiLaut Mediterranean. Negara ini bersempadan denganSepanyol di utara sertaAlgeria di timur. Di selatan pula terletaknyaSahara Barat, tetapi memandangkan kebanyakan kawasan Sahara Barat dikawal Maghribi, secarade facto, Maghribi bersempadan denganMauritania. Ibu negara Maghribi ialahRabat, dengan kota pelabuhanCasablanca merupakan bandar terbesar negara. Bandar-bandar utama lain di Maghribi termasukFes danMarrakesh.
Kebanyakan kawasan Maghribi adalah bergunung-ganang, dengan kawasan tenggara negara terletak dalamGurun Sahara.Pergunungan Atlas membentang dari utara tengah ke barat daya dengan panjang sekitar 1,350 kilometer, dan merupakan tulang belakang negara. Di sebelah utara Pegunungan Atlas, adaPergunungan Rif, banjaran yang terbit dari pergununganSierra Nevada diAndalusia, Sepanyol. Pergunungan ini mencecah panjang sekitar 250 kilometer dariTanjah di barat keNador ke arah timur.[19]
Sementara kawasan utara negara memilikiiklim Mediterranean, kawasan tenggara dan selatan negara pula memilikiiklim gurun.
Raja Maghribi ditakrifkan sebagai ketua negara Maghribi dengan seorangPerdana Menteri (kiniAziz Akhannouch) bertindak sebagai ketua kerajaan. Berdasarkan perlembagaan, raja memiliki kuasa-kuasa istiadat serta kuasa-kuasa politik lain. Antara kuasa-kuasanya ialah melantik Perdana Menteri, mengetuai mesyuarat kabinet serta melantik wakil-wakil rakyat. Raja terkini,Muhammad VI merupakan keturunandinasti Alawi yang memerintah sejak 1660-an, dan dikatakan merupakan wangsa keturunanNabi Muhammad SAW melaluiHassan bin Ali.[20]
12 kawasan rasmi Maghribi, dengan nama asli mereka dalam bahasa Berber.
Di Maghribi, negara dibahagikan 12 kawasan, dan dibahagikan lagi kepada 75 subwilayah: 13 wilayah dan 62 provinsi.[21] Setiap wilayah/provinsi dibahagikan lagi kepada arondisemen (hanya di beberapa wilayah metropolitan), komun atau komun urban di kawasan bandar lain, dan daerah di kawasan luar bandar. Daerah dibahagikan kepada komun desa.
Sektor perkhidmatan menyumbang lebih separuh daripadaKDNK. Sektor industri– terdiri daripada perlombongan, pembinaan dan pembuatan – merupakan suku tambahan. Sektor yang mencatatkan pertumbuhan tertinggi ialah sektor pelancongan, telekomunikasi dan tekstil. Maghribi, bagaimanapun, masih bergantung pada tahap yang sangat tinggi pada pertanian, yang menyumbang kira-kira 14% daripada KDNK tetapi menggaji 40–45% daripada penduduk Maghribi. Denganiklim separuh gersang, sukar untuk memastikan hujan yang baik dan KDNK Maghribi berbeza-beza bergantung pada cuaca. Berhemat fiskal telah membolehkan penyatuan, dengan defisit belanjawan dan hutang jatuh sebagai peratusan KDNK.
Sistem ekonomi negara dicirikan oleh pembukaan yang besar terhadap dunia luar. Didunia Arab, Maghribi mempunyaiKDNK bukan minyak kedua terbesar, di belakangMesir, setakat 2017.
Pelancongan di Maghribi berkembang dengan baik, mengekalkan industri pelancongan yang kukuh yang tertumpu pada pantai,budaya dansejarah negara. Kerajaan Maghribi mewujudkan Kementerian Pelancongan pada 1985.[25] Pelancongan dianggap sebagai salah satu sumber pertukaran asing utama di Maghribi dan sejak 2013 ia mempunyai jumlah ketibaan tertinggi keluar dari negara-negara diAfrika.[26] Pada 2018, 12.3 juta pelancong dilaporkan telah melawat Maghribi.[27]
Maghribi memiliki jumlah penduduk seramai 0 orang (anggaran 2021),[28][29] dengan kira-kira 41%[30] hingga 80% penduduk memiliki darah keturunanBerber.[31] Sebahagian besar populasi terdaftar sebagaiHaratin danGnawa (juga Gnaoua), keturunan para hamba abdi trans-Sahara Afrika Barat atau kacukan, danMorisco, masyarakat Muslim Eropah yang diusir dari Sepanyol dan Portugal pada abad ke-17.[32]
Berdasarkan penyelidikan Pew, keseluruhan populasi secara am (99%)beragama Islam, dengan agama-agama lain meliputi kurang 1% penduduk negara.[33] Secara keseluruhan, umat Islam negara adalah Sunni, dengan penganut Syiah adalah kurang 0.1%.[34]
Kebanyakan komunitiKatolik danProtestan yang biasanya merupakan penduduk asing terdiri daripada kira-kira 40,000 ahli pengamal. Kebanyakan penduduk Kristian asing tinggal di kawasan bandarCasablanca,Tangier, danRabat. Berbilang pembesar Kristian tempatan menganggarkan bahawa antara 2005 dan 2010, terdapat 5,000 warganegara yang memeluk Kristian (kebanyakan etnik Berber) yang kerap menghadiri gereja "rumah" dan kebanyakannya tinggal di selatan negara.[35] Sebelum merdeka, Maghribi menempatkan kira-kira 500,000 orang Kristian, kebanyakannya berketurunan Sepanyol dan Perancis. Ramai warga Kristian berhijrah ke Sepanyol atau Perancis selepas kemerdekaan pada 1956.[36]
Sistem pendidikan di Maghribi terdiri daripada peringkatprasekolah,rendah,menengah dan pengajian tinggi. Pendidikan sekolah diselia oleh Kementerian Pendidikan Kebangsaan, dengan penurunan yang besar ke peringkat wilayah. Pendidikan tinggi terletak di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi dan Latihan Eksekutif.
Kehadiran sekolah diwajibkan sehingga umur 13 tahun. Kira-kira 56% orang muda mendaftar dalam pendidikan menengah, dan 11% berada dalam pendidikan tinggi. Kerajaan telah melancarkan beberapa kajian semula dasar untuk meningkatkan kualiti dan akses kepada pendidikan, dan khususnya untuk menangani masalahbuta huruf yang berterusan. Sokongan telah diperoleh daripada beberapa organisasi antarabangsa seperti USAID,UNICEF danBank Dunia. Laporan baru-baru ini selepas kerajaan baharu ditubuhkan pada 2017 telah mewajibkanBahasa Arab sertaBahasa Perancis di Sekolah Awam.
Terdapat sekitar 56,986 km (35,409 bt) jalan raya (kebangsaan, kawasan dan wilayah) di Maghribi.[37] Selain 1,808 km (1,123 bt)lebuh raya (Ogos 2016).[38]
Rangkaian kereta api berkelajuan tinggiTanjah–Casablanca menandakan peringkat pertama pelan induk kereta api berkelajuan tinggi ONCF, selaras dengan lebih 1,500 km (930 bt) laluan kereta api baharu akan dibina menjelang 2035. Kereta api berkelajuan tinggi - TGV - akan mempunyai kapasiti 500 penumpang dan akan membawa 8 juta penumpang setahun. Kerja-kerja projek Rel Berkelajuan Tinggi telah dimulakan pada September 2011.[39] Pembinaan infrastruktur dan penghantaran peralatan kereta api akan berakhir pada 2014 dan HSR akan beroperasi menjelang Disember 2015.[40]
Maghribi memiliki dua bahasa rasmi:bahasa Arab sertabahasa Barbar baku. Walau bagaimanapun, dalam kalangan masyarakat, rata-rata penduduk bertutur dalamdialek Magribi, juga dikenali sebagaiDarija.[12] Kira-kira 26%[12] penduduk bertutur satubahasa Barbar, termasuk jenis Tarifit, Tamazight dan Tashelhit.[41][42] Bahasa asing, terutamanya bahasa Perancis, Inggeris dan Sepanyol juga ditutur di kawasan bandar seperti Tangier dan Casablanca. Pencampuran bahasa dalam pertuturan adalah lazim dalam masyarakat dan media Maghribi.[43]
Masakan Maghribi (Jawi: ماسقن مغربي;Arab:المطبخ المغربي) merupakan masakan Maghribi, didorong oleh interaksi dan pertukaran dengan banyak budaya dan negara selama berabad-abad.[44] Masakan Maghribi biasanya merupakan campuran masakanArab, Barbar, Andalusi, danMediterranean, dengan pengaruhEropah (Perancis dan Sepanyol) dan sub-Sahara yang minimum.[45] Seperti masakan Maghrebi yang lain, masakan Maghribi mempunyai lebih banyak persamaan denganmasakan Timur Tengah berbanding dengan seluruhAfrika.[46]
Menurut cef Maghribi dan penyelidik masakan Hossin Houari, jejak masakan Maghribi tertua yang masih boleh diperhatikan hari ini, kembali keabad ke-7 SM.[47]
^Rézette, Robert (1975).The Western Sahara and the Frontiers of Morocco (dalam bahasa Inggeris). Nouvelles Editions Latines. m/s. 47.Moulay Rachid who really founded the dynasty in 1664, was born in Tafilalet of a family that had come from Arabia
^"Décret fixant le nom des régions"(PDF).Portail National des Collectivités Territoriales (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 18 Mei 2015. Dicapai pada11 Julai 2015.
^Leonard, Thomas M. (2006).Encyclopedia of the Developing World. Taylor & Francis. m/s. 1085.ISBN0-415-97663-4.
^"World Population Prospects 2022". Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Divisyen Populasi. Dicapai pada17 Julai 2022.