Magatama (勾玉, atau曲玉) ialah suatu manik berbentuktanda koma yang ditukang sejak zaman prasejarahJepun, iaitu darizaman Jōmon akhir kezaman Kofun, kira-kira 1000 SM ke abad ke-6 Masihi.[1] Manik-manik ini diperbuat daripada batuan primitif dan bahan-bahan tertanam pada awalnya, tetapi lama-kelamaan, pada akhir zaman Kofun, rata-rata semuamagatama diperbuat daripadajed.Magatama pada asalnya digunakan sebagai barangan kemas, tetapi kemudian digunakan sebagai bahan upacara serta keagamaan pada zaman Kofun.[2] Bukti-bukti arkeologi mencadangkan bahawamagatama dihasilkan di tempat-tempat khusus di Jepun lalu disebarkan kepada masyarakat seluruh kepulauan Jepun melalui laluan-laluan perdagangan.[3]
![]() | Rencana berkaitanJepun ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya. |