Kepelbagaian madu terhasil sering menjadi rujukan dan jenis madu yang dipungut oleh penternak madu serta kegunaan oleh manusia. Madu yang terhasil boleh dibezakan bukan sahaja daripada jenisserangga yang menghasilkannya malah juga sumber nektar yang dipungut. Pelbagai jenis dan gred madu berada di pasaran. Madu juga digunakan dalam berbagai jenis perubatan tradisional bagi merawat penyakit. Madu Bunga Habbatus Sauda merupakan antara madu yang memiliki rasa yang sangat sedap dan unik.
Kajiandebunga danspora dalam madu mentah (melissopalinologi) dapat menentukan jenis sumber flora (bunga) madu tersebut dipungut.[4] Oleh kerana lebah membawa cas elektrostatik, dan boleh menarik zarah-zarah, teknik melissopalinologi yang sama boleh digunakan untuk bidang kajian alam sekitar mengenai zarah radioaktif, debu atau pencemaran partikel bebas.[5][6]
Lebah madu menukarkan nektarR kepada madu melalui prosesregurgitasi, dan menyimpan ia sebagai sumber makanan[7] utama dalam indung-indungberlilinsarang mereka lazimnya ketika sumber makanan mengurang atau pada cuaca melampau misalnya pada musim dingin. Secara umum ada tiga jenis lebah dalam satu sarang:
Seekor ratu
Beberapa lebah jantan - sebagai pasanganmengawan dengan lebah yang dipilih sebagai calon "ratu" baru
Ribuan lebah betina pekerja.[8] - beribuan lebah tetasan telur lebah ratu yang dikhususkan menguruslarva, mengumpulkannektar yang akan dibuat menjadi madu, serta mencarinektar.
Amalan ternakan lebah menggalakkan penghasilan lebihan madu di sarang atau rumah tersendiri agar lebihan madu tersebut boleh dituai dari koloni.
Lebah secara umum (genusApis) memiliki kurang lebih 20,000 spesies, namun hanya beberapa spesies lebah antara lainA. mellifera,A. andreniformis,A. cerana,A. dorsata dan beberapa spesies lainnya yang diketahui dapat menghasilkan madu.A. dorsata yang bertaburan diAsia (termasuk kawasansubtropika dantropika sepertiIndonesia,Filipina,India,Nepal[9]) diketahui paling bagus memproduksi madu;[9] lebah ini hanya membuat sarang satu lapis yang menggantung di dahan pohon, lelangit atau siling binaan terbuka, atau ditebingjurang[9], namun spesies ini belum bisa dibudidayakan atau dijinakkan untuk dibiakkan dalam kandang tertutup.[9] Dengansarang berukuran 2 x 2 m lebah ini bisa menghasilkan 20kg madu untuk setiap sarang.[9]
Madu mendapat rasa manis daripadafruktosamonosakarida danglukosa. Ia mempunyai rasa manis hampir sama dengangula kasar.[10][11] Ia mempunyai sifat kimia yang menarik sesuai untuk pembuatan roti, dan satu rasa tersendiri yang membuatkan sesetengah orang menyukainya berbanding gula dan pemanis yang lain.[11] Kebanyakan mikroorganisma tidak hidup dan membesar dalam madu kerana kurangnya aktiviti air iaitu 0.6 dalamnya.[12] Namun, madu kadang-kala terkandung endospora dorman bakteriaClostridium botulinum, iaitu berbahaya kepada bayi, kerana endospora itu boleh menukarkan bakteria penghasil racun dalam perut bayi tersebut, seterusnya menyebabkan sakit dan mungkin membawa kepada kematian.[13]
Penggunaan madu dalam sejarah manusia sudah berlaku sejak dahulu kala lagi. Ia digunakan dalam pelbagai jenis makanan dan minuman sebagai pemanis dan (bahan) perisa. Ia juga tersebut dalam kitabal-Quran[14], kitab suci agamaIslam, dan sebagai simbol kepada sesetengah masyarakat.
Kualitas madu yang baik adalah madu yang tidak terdapat kandungan air tinggi. Beberapa kontaminan yang pada madu antara lain logam berat, dan residu pestisida harus kurang dari batas maksimal yang diperbolehkan. Selain itu kadar HMF tidak boleh lebih dari 40 mg/kg yang menandakan bahwa bila madu sudah disimpan lama atau disimpan kurang baik, kadar HMF nya akan meningkat. Secara umum, madu yang baik adalah madu yang kadar airnya kurang dari 21%, memiliki tahap tindak balas diastase diatas 3 dan kandungan HMF dibawah 40 mg/kg.[17]
Penelitian terhadap madu penting untuk dilaksanakan dengan objektif meningkatkan mutu maupun kuantitas dari madu yang dihasilkan. Antara analisis yang telah dilakukan adalah analisis metabolomik. Salah satu kebolehan analisis metabolomik ialah pengesanan sumber geografi sesuatu bahan biologi melalui profil metabolit[18]. Analisis metabolomik keatas madu telah mendapati madu daripada tempat asal (origin) mempunyai profil metabolit yang berbeza. Profil metabolit yang berbeza menunjukkan khasiat madu mungkin berbeza mengikut tempat asalanya.[19]. Selain itu penelitian berbasis metabolomik pada lebah juga dapat digunakan untuk mengklasifikasikan spesies lebah yang juga merupakan faktor penentu jenis madu yang dihasilkan[20].
Selain kajian metabolomik pada lebah, penyelidikan juga telah dilakukan ke atas tanaman penghasil nektar yang biasanya digunakan oleh lebah untuk menghasilkan madu[21]. Penyelidikan mikroflora pada usus lebah juga dapat memberikan maklumat lanjut mengenai mutu madu yang dapat dihasilkan[22].
Madu adalah campuran dari gula dan sebatian lainnya. Sehubungan dengankarbohidrat, madu terutama fruktosa (sekitar 38,5%) dan glukosa (sekitar 31,0%),[23] sehingga mirip dengan sirup gula sintetis diproduksi semula yang disukat sekitar 48% fruktosa, glukosa 47%, dan sukrosa 5%. Karbohidrat madu yang tersisa termasuk maltosa, sukrosa, dan karbohidrat kompleks lainnya. Seperti semua pemanis bergizi yang lain, madu sebagian besar mengandung gula dan hanya mengandung sedikit jumlah vitamin atau mineral.[24][25]
Analisis kandungan senyawa yang tefrdapat pada madu secara umum:[26]
Kekentalan atau kelikatan madu adalah sekitar 1,36 kilogram per liter. (Atau sama dengan 36% lebih kental daripada air).[27]
Madu juga mengandung sejumlah kecil dari beberapa sebatian bermanfaat sebagai antioksidan, termasukchrysin,pinobanksin,vitamin C,katalase, danpinocembrin.[28][29] Komposisi spesifik dari sejumlah madu tergantung pada bunga yang tersedia untuk lebah yang menghasilkan madu.[24]
Kajian mendapati madu mampu menjadi agen yang mampu membunuh bakteria.[30] Ini kerana ketika lebah menyimpan madu dalam perut, akan terhasil satu protein digelar defensin-1 yang bertindak membunuh bakteria.[31] Ia mampu merencat pertumbuhan bakteria dan ini membolehkan madu dijadikan sebagai agen perawat luka menggantikan bahan kimia sepertiiodin.[32] Kajian pembalutan madu (honey dressing) ke atas luka pesakit diabetes juga mendapati tiada perbezaan signifikan dengan cara pembalutan biasa menggunakan iodin.[33] Ini menunjukkan pembalutan madu sesuai untuk dijadikan alternatif selain menggunakan cara dresing konvesional. Madu juga dapat memulihkan luka dengan cepat.[34][35][36] Di dalam Al Quran telah tertulis madu boleh menyembuh pelbagai penyakit[14].
Hanya 23% madu yang dijual di tepi jalan Malaysia didapati tulen.[37]
Amat sukar untuk mengenal pasti ketulenan sesuatu madu di pasaran kerana madu berbeza kandungan air di dalamnya bagi setiap kawasan di dunia ini terutamanya madu Eropah dan madu Asia. Madu Eropah dikatakan lebih pekat berbanding madu Asia terutamanya dari Malaysia kerana faktor cuaca di mana Malaysia menerima taburan hujan lebih banyak berbanding di Eropah.[perlu rujukan] Namun begitu, terdapat beberapa cara mudah untuk mengenalpasti sama ada sesuatu madu itu tulen atau tidak (seperti dalam gambar rajah).[38] Pengguna dinasihatkan membeli madu daripada pembekal madu yang boleh dipercayai sahaja agar tidak tertipu.
Terdapat pelbagai kes yang melaporkan penjualan madu palsu di Malaysia.[39] Modus operandi yang digunakan oleh pembekal palsu ialah dengan menggunakanorang Asli sebagai penjual madu di tepian jalan-jalan kampung danlebuh raya.
^Vaughn M. Bryant, Jr. (2001). "Pollen Contents of Honey". CAP Newsletter 24 (1): 10–24.
^Mercuri AM, Porrini C. (1991). "Melissopalynological analysis applied to air pollution studies in urban areas of Modena and Reggio Emilia (Italy)". Aerobiologia 7 (1): 38–48. DOI:10.1007/BF02450016.
^Tonelli D, Gattavecchia E, Ghini S, Porrini C, Celli G, Mercuri AM. (1990). "Honey bees and their products as indicators of environmental radioactive pollution". Journal of Radioanalytical and Nuclear Chemistry 141 (2): 427–436. DOI:10.1007/BF02035809.
^Lansing Prescott, John P. Harley, Donald A. Klein (1999). Microbiology. Boston: WCB/McGraw-Hill.ISBN 0-697-35439-3.
^Shapiro, Roger L.; Hatheway,, Charles; Swerdflow,, David L. (1998). "Botulism in the United States: A Clinical and Epidemiologic Review". Annals of Internal Medicine 129 (3): 221–8. DOI:10.1059/0003-4819-129-3-199808010-00011.PMID 9696731.
^Tonelli D, Gattavecchia E, Ghini S, Porrini C, Celli G, Mercuri AM. (1990). "Honey bees and their products as indicators of environmental radioactive pollution". Journal of Radioanalytical and Nuclear Chemistry 141 (2): 427–436. DOI:10.1007/BF02035809.
^Saranraj, P., Sivasakthi, S., & Feliciano, G. (2016). Pharmacology of Honey: A Review. Advances In Biological Research, 10(4), 271-289. doi: 10.5829/idosi.abr.2016.10.4.104104
^Bogdanov, S., Lüllmann, C., Martin, P., von der Ohe, W., Russmann, H., & Vorwohl, G. et al. (1999). Honey quality and international regulatory standards: review by the International Honey Commission. Bee World, 80(2), 61-69. doi: 10.1080/0005772x.1999.11099428
^[1]Putri, S. P., Ikram, M. M. M., Sato, A., Dahlan, H. A., Rahmawati, D., Ohto, Y., & Fukusaki, E. (2022). Application of gas chromatography-mass spectrometry-based metabolomics in food science and technology.Journal of Bioscience and Bioengineering.
^Li, Y., Jin, Y., Yang, S., Zhang, W., Zhang, J., & Zhao, W. et al. (2017). Strategy for comparative untargeted metabolomics reveals honey markers of different floral and geographic origins using ultrahigh-performance liquid chromatography-hybrid quadrupole-orbitrap mass spectrometry. Journal Of Chromatography A, 1499, 78-89. doi: 10.1016/j.chroma.2017.03.071
^Razali, M., Zainal, Z., Maulidiani, M., Shaari, K., Zamri, Z., & Mohd Idrus, M. et al. (2018). Classification of Raw Stingless Bee Honeys by Bee Species Origins Using the NMR- and LC-MS-Based Metabolomics Approach. Molecules, 23(9), 2160. doi: 10.3390/molecules23092160
^Arathi, H., Bjostad, L., & Bernklau, E. (2018). Metabolomic analysis of pollen from honey bee hives and from canola flowers. Metabolomics, 14(6). doi: 10.1007/s11306-018-1381-5
^Kešnerová, L., Mars, R., Ellegaard, K., Troilo, M., Sauer, U., & Engel, P. (2017). Disentangling metabolic functions of bacteria in the honey bee gut. PLOS Biology, 15(12), e2003467. doi: 10.1371/journal.pbio.2003467
^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaNHB carbs2
^USDA Nutrient Data Laboratory"Honey." Last accessed 24 August 2007.
^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaComp
^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:2
^Martos I, Ferreres F, Tomás-Barberán F (2000). "Identification of flavonoid markers for the botanical origin of Eucalyptus honey".J Agric Food Chem.48 (5): 1498–502.doi:10.1021/jf991166q.PMID10820049.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^Gheldof N, Wang X, Engeseth N (2002). "Identification and quantification of antioxidant components of honeys from various floral sources".J Agric Food Chem.50 (21): 5870–7.doi:10.1021/jf0256135.PMID12358452.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^Kwakman PH, te Velde AA, de Boer L, Speijer D, Vandenbroucke-Grauls CM, Zaat SA. (2010)How honey kills bacteria. FASEB J. 24(7):2576-82.
^Nuriza bt. Tumin, and Arsyiah N. bt. Halim A., and Shahjahan, M., and Noor Izani N.J., and Sattar,Munavvar A., and Abdul Hye Khan, and Mohsin S.S.J., (2005)Antibacterial Activity Of Local Malaysian HoneyDiarkibkan 2011-09-11 diWayback Machine. Malaysian Journal of Pharmaceutical Sciences, 3 (2). pp. 1-10. ISSN 16575-7319
^Tan , M.K.; Hasan Adli , D.S.; Tumiran , M.A.; Abdulla , M.A.; Yusoff , K.M. (2012)The efficacy of Gelam Honey dressing towards excisional wound healing. Evidence-based Complementary and Alternative Medicine. Division of Biohealth Science, Institute of Biological Sciences, Faculty of Science, University of Malaya.
^__. (2010) InfoTani: Teknologi Pemeliharaan lebah madu. Jabatan Pertanian Malaysia.