Madonna (lahirMadonna Louise Ciccone;16 Ogos1958) adalah pemuzik, pelakon dan penghibur dariAmerika Syarikat. Dia merupakan salah satu pemuzik terhebat dalam sejarah dan dikenali sebagai "Ratu Pop". Dia memulakan kerjaya menyanyi pada tahun 1982 dengan mengeluarkan rakaman sulung beliau,Madonna. Madonna telah mencatat 12 single #1 serta 37 single Top 10 diAmerika Syarikat. Beliau juga merupakan artis solo paling berjaya diUnited Kingdom dengan 13 single #1. Beliau telah menjual lebih dari 200 juta album di seluruh dunia dan menjadi artis muzik wanita yang paling laris jualannya sepanjang zaman.
Madonna merupakan anak ketiga dari enam adik-beradik, dari pasangan Madonna Fortin, seorang wanita keturunanPerancis-Kanada dan Silvio Ciccone, seorang lelaki keturunanItali-Amerika yang berasal dari Pacentro,Abruzzo,Itali.[1][2][3] Ibunya meninggal dunia akibatbarah payudara ketika Madonna berusia 5 tahun. Ayahnya kemudian berkahwin lagi dengan suri rumah keluarganya, Joan Gustafson.[4]
Madonna menerima pendidikan awalnya disekolah-sekolah St. Frederick's and St. Andrew's Elementary Schools, kemudian West Middle School, di mana beliau dikenal sebagai seorang pelajar yang cemerlang. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran di Rochester Adams High School dan menyertaipasukan sorak. Setelah tamat persekolahan, Madonna meraihbiasiswa untuk mengejar ilmu tarian diUniversiti Michigan.[5] Guru balletnyalah yang meyakinkan Madonna untuk memulakan kerjaya dalam bidang tari. Pada usia 19 tahun, Madonna berhenti menuntut di universiti tersebut lalu pindah keBandaraya New York pada tahun 1977.[6]
Biarpun hanya membawa duit $35, Madonna nekad untuk pergi keNew York dengan menggunakanpesawat danteksi.[7] Akibatnya, duitnya habis maka melaratlah hidupnya. Beliau kemudian bekerja sebagai pelayan di restoran makanan segeraDunkin' Donuts dan juga sebagai penari,[8] bahkan kemudian sanggup menjadiperagawati foto telanjang kerana kesempitan wang. Madonna kemudian bercinta dengan pemuzik bernama Dan Gilroy, lalu kemudian bersama-sama membentuk kugiran rock pertamanya, iaitu Breakfast Club.[9][10][11] Pada tahun 1980, Madonna meninggalkan kugiran tersebut lalu membentuk kugiran Emmy bersama pemain dram dan bekas teman lelakinya, Stephen Bray.[12] Mereka kemudian bersama-sama menerbitkan lagu-lagu tarian yang berjaya mendapat perhatian kelab-kelab di Bandaraya New York.DJ danpenerbit rakaman, Marka Kamins tertarik dengandemo rakaman Madonna, lalu mengundangnya untuk berjumpa dengan Seymour Stein, pengasas Sire Records, label rekaman di bawah Warner Bros. Records.[13] Madonna kemudian direkrut menjadi salah satu artis di perusahaan rekaman tersebut.[14]
1982–1985:Madonna,Like a Virgin dan perkahwinan pertama
Pada 24 April 1982, Madonna mengeluarkansingle sulungnya yang berjudul "Everybody".[15] Setahun kemudian, Madonna mengeluarkan album pertamanya bertajukMadonna yang disambut hangat di pasaran dan mencapai tangga 8 dalam carta albumBillboard 200 serta memasuki kedudukan 10 teratas di beberapa negara lain. Selain "Everybody", empat single lain dipetik dari album ini, iaitu "Burning Up", "Holiday", "Lucky Star" dan "Borderline". Lama-kelamaan, penampilan dan gaya busana Madonna mula mempengaruhi ramai kaum wanita gadis dan wanita hingga menjadikannya ikon fesyen pada dekad1980-an.[16]
Madonna benar-benar meraih populariti di seluruh dunia ketika mengeluarkan album keduanya berjudulLike a Virgin pada tahun 1984. Album ini berhasil mencapai tangga #1 di beberapa negara di samping berjaya dijual hingga 21 juta salinan di seluruh dunia.[17] Single dari album ini, "Like a Virgin", sukses menduduki tangga teratas dalam cartaBillboard Hot 100 selama enam minggu berturut-turut.[9] Madonna menampilkan lagu tersebut di majlis penganugerahan MTV Video Music Awards pertama dengan memakai gaun pengantin dan ikat pinggang "Boy Toy" yang menjadi keistimewaan penampilannya ketika itu.[18] Penampilannya itu merupakan salah satu saat yang paling diingati ramai sepanjang sejarahMTV.[18]
Pada tahun 1985, Madonna mula menceburi bidang seni lakon dengan memainkan peranan seorang penyanyi kelab dalam filemVision Quest, di samping juga mengeluarkan lagu tema filem tersebut sebagai single, "Crazy for You", yang berjaya menjadi single #1 kedua Madonna di Amerika Syarikat.[19] Madonna juga tampil dalam film komediDesperately Seeking Susan, yang memperkenalkan singel nomor-satu perdana Madonna diBritania Raya, "Into the Groove".[20] Madonna mencintai pelakonSean Penn, lalu berkahwin pada hari jadi Madonna yang ke-27.[21]
Pada tahun itu, Madonna melancarkan jelajah konsert sulungnya iaitu "The Virgin Tour".[22] Jelajah ini terhad dalamAmerika Utara meskipun banyak permintaan agar dibawa Eropah dan Asia. Ketika berkonsert diRadio City Music Hall, sebuah arena muzik berprestij di New York, Madonna memecahkan rekod dengan menjual 17,672 keping tiket sampai habis dalam masa 34 minit.[23] Madonna juga berpartisipasi dalam konser amalLive Aid untuk menggalang dana bagi krisis kelaparan diEthiopia.
Pada bulan Julai 1985, majalahPenthouse danPlayboy menerbitkan foto-foto telanjang hitam-putih Madonna yang diambil pada tahun 1978 di New York; foto-foto tersebut diambil ketika beliau masih belum masyhur bahkan dalam keadaan terdesak untuk menampung sara hidup di bandar raya tersebut - Madonna hanya dibayar $25 dalam satu sesi, padahal foto-foto itu sendiri berhasil terjual hingga bernilai $100,000.[24] Tertirisnya gambar-gambar ini sangat mengejutkan dunia memandangkan keadaannya yang terkenal pada ketika ini. Meskipun Madonna melihat keadaan ini sebagai menggugat imejnya, beliau tidak dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap majalah-majalah tersebut kerana penerbitan dilakukan dalam cara yang dilihat sebagai di sisi undang-undang media Amerika Syarikat.[24]
Madonna di jelajah dunia "Blond Ambition World Tour" - 12 September 1990.
Pada tahun 1986, Madonna mengeluarkan album ketiganya bertajukTrue Blue. Album ini berhasil mencapai tangga #1 di pelbagai negara dan telah terjual lebih dari 24 juta salinan.[25] Album ini berjaya menempatkan tiga single #1 Madonna dalam cartaBillboard Hot 100 iaitu "Live to Tell", "Papa Don't Preach" dan "Open Your Heart" serta dua lagi single top-five, "La Isla Bonita" dan "True Blue".[19] Msekipun begitu, pada tahun yang sama, filem pertama yang dibintangi oleh Madonna,Shanghai Surprise, dikritik hebat oleh para pengulas dan penonton filem.[26]
Pada tahun 1987, Madonna kembali membintangi filemWho's That Girl dan mengeluarkanalbum runut bunyinya.[19] Pada tahun yang sama, Madonna menganjurkan jelajah "Who's That Girl World Tour".[27] Madonna mengeluarkanalbum remix dari lagu-laguhits-nya bertajukYou Can Dance. Pada tahun 1988, pemerintah KotaPacentro,Itali mula merancang patung Madonna setinggi 13 kaki (4 meter).[28] Patung ini didirikan untuk menandakan bahwa nenek moyang Madonna berasal dari kota Pacentro itu.[29] Pada Januari 1989, Madonna secara rasminya bercerai dengan suami pertamanya,Sean Penn.[30][21]
Album keempat Madonna,Like a Prayer, keluar pada tahun 1989 dan menduduki #1 di banyak negara termasuk cartaBillboard 200.[31] Single pertamanya, "Like a Prayer", mengecapi kejayaan besar dan berjaya menduduki tangga teratas pelbagai carta lagu seluruh dunia. Video muzik lagu ini banyak memaparkan lambang agamaKatolik sepertistigmata dan pembakaransalib, sehingga dikecam habis-habisan oleh pihakVatican.[18] Perusahaan minuman ringanPepsi pada mulanya berkontrak dengan Madonna untuk lagu tersebut dan menampilkan video tersebut pada iklan komersilnya. Akibat kontroversinya, Pepsi memutuskan untuk menarik balik iklan itu dan membatalkan kontraknya dengan Madonna.[32]
Pada tahun berikutnya, Madonna membintangi filem adapatasi dari siri komikDick Tracy. Untuk mengiringi filem tersebut, Madonna mengeluarkan album runut bunyi keduanya yang bertajukI'm Breathless, dari mana terpetiknya single #1 ke-8 Madonna, "Vogue"[33] serta "Sooner or Later" yang memenangiAnugerah Akademi untuk "Lagu Asli Terbaik".[34] Pada April 1990, Madonna mengadakan jelajah sedunia "Blond Ambition World Tour", yang menampilkan temaseks dankeagamaan. Madonna juga mengundang kontroversi atas penampilannya ketika mempersembahkan lagu "Like a Virgin" yang menampakkan dua penari lelaki yang saling mencium kemudianmelancap.[27]Paus menyeru seluruh penganut agama Katolik agar tidak menyaksikan konsert Madonna.[35] Persatuan Katolik Famiglia Domani juga menyeru agar jelajah konsert tersebut dipulaukan kerana unsur-unsur seks yang terlampaunya.[36]
Pada November 1990, Madonna mengeluarkanalbum himpunan terbaik pertamanya bertajukThe Immaculate Collection. Album ini mengandungi 15 lagu hit Madonna sepanjang dekad1980-an, ditambah dua lagu barunya, iaitu "Justify My Love" dan "Rescue Me".[37] Album ini tercatat sebagai album himpunanterlaris di dunia oleh seorang penyanyi wanita dengan terjual lebih 26 juta salinan. Single #1 kesembilan Madonna di Amerika, "Justify My Love", mengundang kontroversi lagi dengan video muziknya yang menampilkan keganasan seksual, ciumansama jantina dan kebogelan.[38] Akibatnya, video ini ditolak olehMTV danVH1.[39] Pada ketika itu, Madonna juga berpacaran dengan peragawan/pelakonTony Ward, kemudian beralih kepada rapperVanilla Ice.[40]
1992–1996: Pertikaian bukuSEX hingga kejayaanEvita
Pada tahun 1992, Madonna mendirikan perusahaan pertamanya,Maverick, yang terdiri atas perusahaan rakaman (Maverick Records), perusahaan penerbitan film (Maverick Films) serta bahagian penerbitan muzik, televisyen, cenderamata dan buku. Terbitan pertama perusahaan tersebut adalah buku penuh kontroversi yang berjudulSEX. Buku tersebut memuatkan gambar-gambar karya jurugambar Steven Meisel. Meskipun menghadapi kecaman media, namun buku berharga $50 itu sekali laris dijual sebanyak 1,500,000 salinan.[41][42] Album kelima Madonna,Erotica, keluaran 20 Oktober 1992, mencapai tangga #2 di carta albumBillboard 200.[42][43]
Pada tahun 1993, Madonna membintangi dua judul filem, iaituBody of Evidence danDangerous Game. Madonna sekali lagi dibidas kerana persembahannya dalam filemBody of Evidence yang berbaurerotik.[44] Namun untukDangerous Game pula, Madonna menerima sejumlah pujian.[45] Pada akhir tahun 1993, Madonna menganjurkan sebuah lagi jelajah konsert iaitu "The Girlie Show World Tour".[46] Jelajah kali ini mendapat reaksi negatif diPuerto Rico, di mana beliau menggosokan bendera negara itu di antara kakinya. Orang-orangYahudi Ortodoks juga membantah konsert perdananya diIsrael.[27] Di tahun itu, ketika Madonna menghadiri rancangan temubualLate Show with David Letterman, beliau meluahkan kata-kata kesat lalu meminta Letterman untuk menguncup pakaian dalamnya.[47] Kontroversi demi kontroversi yang telah dilakukannya, mengakibatkan Madonna terbeban oleh publisiti negatif dari pengkritik dan peminat yang mendapatinya sudah keterlaluan.[48]
Sejak itu, Madonna cuba mengurangkan kontroversinya dengan mengeluarkan single "I'll Remember", yang dirakamnya untuk filem arahan Alek Keshishian,With Honors.[49] Beliau kemudian mulai menunjukkan penampilan yang lebih jinak ketika bersamaDavid Letterman dalam sebuah acara anugerah dan juga tampil pada rancanganJay Leno. Pada tahun 1994, Madonna mengeluarkan album keenamnya,Bedtime Stories. Dengan album ini, Madonna cuba meraih kembali perhatian positif orang ramai dengan imej yang lebih berhemah.[50] Dari album ini keluarnya single "Take a Bow" yang menerajui cartaBillboard Hot 100 selama tujuh minggu.[51][52] Juga untuk memperbaiki imejnya, pada Mei 1995, Madonna mengeluarkan album himpunanSomething to Remember yang mengandungi lagu-lagu baladanya, ditambah 2 lagu baru: "You'll See" dan lagu rakaman semula "I Want You" yang asalnya didendangkan olehMarvin Gaye.[53][19]
Pada tahun 1996, Madonna membintangi filem yang paling berjaya sepanjang sejarah lakonannya,Evita.[54][55] Album runtu bunyi filem ini memuatkan 3 single Madonna, iaitu "You Must Love Me", "Don't Cry For Me Argentina" dan "Another Suitcase in Another Hall". Melalui filem ini, beliau kemudian meraih anugerahPelakon Wanita Terbaik diAnugerah Golden Globe.[56] Pada masa ini, Madonna bercinta dengan pelatih kesihatannyaCarlos Leon. Pada 14 Oktober 1996, Madonna melahirkan anak pertamanya Lourdes Maria Ciccone Leon, hasil hubungannya dengan Carlos Leon.[57] Setelah kelahiran anak pertamanya, Madonna mulai menganut kepercayaanKabbalah, sebuah mazhab mistikYahudi.
1997–2002:Ray of Light,Music dan perkahwinan kedua
Pada tahun 1998, Madonna mengeluarkan album ketujuhnya,Ray of Light, yang terus menduduki tangga #2 dalam cartaBillboard 200.[52] Melalui album ini, Madonna berhasil meraih tiga penghargaan diGrammy Awards1998 untuk kategori "Best Pop Vocal Album", "Best Dance Recording" dan "Best Short Form Music Video".[58][59] Single pertama dari album ini, "Frozen", menduduki tempat #2 dalam cartaBillboard Hot 100.[19] DiUK, single ini menjadi single #1 pertama Madonna setelah selang 8 tahun. Pada tahun 2005, lagu ini kemudian dituduh menciplak lagu pemzuikBelgium, Salvatore Acquaviva yang berjudul "Ma Vie Fount L'camp". Akibatnya, album dan lagu Madonna ini dilarang pengedarannya di Belgium.[60] Single kedua dari album ini, "Ray of Light", menduduki tempat #5 di Amerika Syarikat dan meraih anugerah diMTV Video Music Awards. Lagu ini juga digunakan olehMicrosoft dalam kempen iklan pengenalanWindows XP.[61] AlbumRay of Light merupakan salah satu album terbaik Madonna dan termasuk dalam senarai "Rolling Stone's 500 Greatest Albums of All Time".[62]
Pada tahun 2000, Madonna membintangi filmThe Next Best Thing. Beliau menyumbang dua lagu untuk filem tersebut, iaitu "Time Stood Still" dan "American Pie", rakaman semula lagu asalDon McLean.[63] Pada tahun yang sama Madonna mengeluarkan album kelapannya,Music, yang mencapai tangga #1 diBillboard 200.[64] Tiga single dipetik dari album ini, iaitu "Music", singel #1 ke-12 Madonna di Amerika Syarikat, serta single "Don't Tell Me" dan "What It Feels Like for a Girl".[65] Madonna kembali menjalin hubungan cinta, kali ini denganGuy Ritchie. Pada 11 Ogos 2000, Madonna melahirkan seorang anak lelaki bernama Rocco.[66] Pasangan tersebut kemudian menikah diSkotlandia pada tahun yang sama.[67] Setelah berkahwin, Madonna bermastautin di England lalu menjadi mengatasiRatu Elizabeth II sebagai wanita terkaya di situ.
Pada Mei 2001, Madonna mengadakan jelajah konsert kelimanya bertajuk "Drowned World Tour" diAmerika Utara danEropah.[27] Jelajah ini menjadi salah satu jelajah terlaris pada tahun 2001 dengan memulangkan hasil sebanyak $75 juta dari sejumlah 47 buah pertunjukan yang habis dijual tiketnya.[68][69] Madonna kemudian mengeluarkanalbum himpunan terbaik keduanya bertajukGHV2 yang muncul di tangga #7Billboard 200.[70] Pada tahun 2002, Madonna kemudian membintangi filemSwept Away arahan suaminya, Guy Ritchie. Di tahun yang sama, beliau mengeluarkan single lagu tema filemJames Bond, "Die Another Day". Single ini mencapai tangga #8 di Amerika Syarikat serta menerima dua pencalonan anugerah, iaituGolden Globe Awards sebagai "Lagu Terbaik" dan Golden Raspberry sebagai "Lagu Terburuk".[19][71][72]
2003–2006:American Life,Confessions on a Dance Floor dan pertikaian anak angkat
Pada tahun 2003, Madonna mengeluarkan album kesembilannya berjudulAmerican Life yang bertemakan politik dan kehidupan masyarakat Amerika.[73] Meskipun mencapai peringkat 1 di banyak negara, album ini hanya terjual sebanyak 4 juta keping dan menjadi album dengan penjualan terendah sepanjang karier Madonna.[74][75] Single yang sama tajuk dengan album ini, "American Life" sekali lagi mengundang kontoversi akibat videonya yang menggambarkan peperangan dan peledakan. Singel ini hanya menduduki peringkat 37 di tangga laguBillboard Hot 100.[19] Pada tahun yang sama, Madonna tampil dalam acaraMTV Video Music Awards, menampilkan lagu "Hollywood" bersamaBritney Spears,Christina Aguilera danMissy Elliott. Pada saat penampilan tersebut, Madonna menggemparkan media massa dengan mencium bibir Britney dan Christina dalam acara tersebut.[76][77] Selepas penampilan tersebut, Madonna menyumbangkan suaranya kepada single Britney yang berjudul "Me Against the Music".[78]
Pada tahun 2004, Madonna sekali lagi berjelajah konsert di Amerika Utara dan Eropah, dengan nama "Re-Invention World Tour". Ini merupakan jelajah muzik paling berjaya pada tahun 2004 dengan keuntungan mencecah $125 juta.[79] Beliau kemudian mengeluarkan dokumentari dari jelajah tersebut,I'm Going to Tell You a Secret. Pada 11 November 2004, nama Madonna dimasukkan dalamUK Music Hall of Fame atas sumbangannya seakan-akan fenomena kepada dunia muzik UK. Pada tahun itu, majalahRolling Stone juga menempatkan Madonna di tangga #36 dalam senarai "100 Greatest Artists of All Time".[80]
Pascabencana tsunami tahun 2004, Madonna menyertai konsert "Tsunami Aid" yang diadakan untuk mengumpulkan dana demi membantu mangsa tsunami di Asia.[81] Pada bulan November 2005, Madonna melancarkan album kesepuluhnya,Confessions on a Dance Floor.[82] Album ini mendapat ulasan positif dari para pengulas dan mengembalikan Madonna ke puncak kejayaan.[83] Single pertama dari album ini, "Hung Up", memecahkan rekod dengan menduduki peringkat satu di 45 negara.[84] Single keduanya, "Sorry", juga berhasil menjadi single #1 ke-12 Madonna di UK.[85][86]
Pada bulan Mei 2006, Madonna mengadakan jelajah "Confessions Tour", dan sekali lagi mencapai kejayaan besar, dengan jumlah penonton seramai 1.2 juta orang dan jumlah pendapatan mencapai $260.1 juta.[87] Penggunaan lambang-lambang keagamaan ketika mempersembahkan lagu "Live to Tell" menyebabkanGereja OrtodoksRusia dan Persekutuan Masyarakat Yahudi Rusia menggesa para ahlinya agar memulaukan jelajah Madonna ini.[88] Pihak Vatikan dan para biskop dariDüsseldorf juga turut serta mengecam konsertnya tersebut.[89][90]
Di tengah-tengah jelajahnya, Madonna berehat untuk melawatMalawi untuk membantu dan membiayai sebuah rumah anak yatim sebagai sebahagian program Raising Malawi.[91] Pada 10 Oktober 2006, beliau menerima seorang kanak-kanak lelaki sebagai anak angkat bernama David Banda Mwale dari rumah anak yatim tersebut, lalu menamakannya semula menjadi David Banda Mwale Ciccone Ritchie.[92][93] Tindakan mengambil anak angkay itu dikecam hebat oleh orang awam kerana undang-undang Malawi mewajibkan ibu bapa angkatnya menetap di negara tersebut selama setahun sebelum boleh mengambil anak angkat di Malawi.[94] Ketika ditemubual diThe Oprah Winfrey Show, Madonna membantah tuduhan tersebut, dengan menyatakan bahawa tiadanya undang-undang tertulis di Malawi yang mengawal pengambilan anak angkat oleh warga asing, dan bahawa Banda telah menderitaradang paru-paru setelah menderita dari penyakitmalaria danbatuk kering ketika dijumpai oleh beliau.[95][96] Kes anak angkat yang rumit ini akhirnya selesai pada 28 Mei 2008.[97]
Madonna dalam jelajah "Sticky & Sweet Tour", tahun 2008.
Pada tahun 2007, Madonna mengeluarkan sebuah lagu "Hey You" ketika beraksi di konsertLive Earth.[98] Lagu ini dapat dimuat turun dari internet secara percuma pada minggu pertamanya. Madonna kemudian mengumumkan keluarnya dariWarner Bros. lalu menandatangani kontrak bernilai $120 selama 10 tahun denganLive Nation, sebuah perniagaan muzik yang juga ditubuhkan olehnya bersama pihak lain.[99] Pada 10 Mac 2008, nama Madonna dimasukkan ke dalamRock and Roll Hall of Fame.[100] Pada tahun yang sama, Madonna menulis dan menerbit filem dokumentariI Am Because We Are yang mengisahkan penderitaan hidup yang ditanggung oleh masyarakatMalawi.[101] Madonna juga mengarah filem pertamanya,Filth and Wisdom.[102]
Pada bulan April 2008, Madonna mengeluarkan album studio kesebelasnya,Hard Candy, yang terus menduduki tangga teratas diUK Albums Chart,Billboard 200 dan carta-carta lain di dunia.[103][104] Single pertama dari album ini, "4 Minutes", yang dibawakan duet denganJustin Timberlake, berjaya menjadikan Madonna artis wanita yang paling berjaya di UK dengan 13 single #1.[105] Dengan single ini, Madonna turut mengatasi Elvis Presley dengan jumlah lagu hit 10 teratas yang terbanyak diAmerika Syarikat.[106] Untuk menjayakan album ini, Madonna mengadakan rangkaian konsert "Sticky & Sweet Tour" yang berjaya menjadi jelajah pemuzik solo yang paling cemerlang dalam sejarah muzik dunia, dengan keuntungan mencapai $408 juta.[107][108]
Pada bulan Disember 2008, Madonna bercerai dengan suami keduanya, Guy Ritchie.[109] Tidak lama kemudian, beliau mulai menjalin hubungan dengan Jesus Luz, seorang peragawan dariBrazil, yang 30 tahun lebih muda daripadanya. Madonna sekali lagi seorang anak angkat dari Malawi, iaitu Chifundo "Mercy" James.[110] Meskipun sekali lagi menghadapi tentangan, pada 12 Jun 2009, Mahkamah Tinggi Malawi menerima permohonan Madonna untuk mengambil Mercy.[111]
Pada tahun 2009, Madonna mengeluarkanalbum himpunan terbaik ketiganya, iaituCelebration. Album ini memuatkan lagu-lagu hit sepanjang 3 dekad kerjaya nyanyian Madonna, termasuk single baru berjudul "Celebration" dan "Revolver".[112] Madonna menamatkan dekad ke 2000 sebagai artis yang mencatat jualan album dan single yang tertinggi diAmerika Syarikat dan juga diUnited Kingdom
^"Madonna Biography". Tribune Entertainment Media Group. Dicapai pada2008-06-09.
^abcdSmith, Neil (May 24, 2004)."Show Stealer Madonna on Tour".BBC. Dicapai pada2008-02-12.This, after all, was the tour that introduced Jean-Paul Gaultier's infamous conical bra outfit and featured the singer simulating masturbation during Like a Virgin.Unknown parameter|piblisher= ignored (bantuan)
^Grunt, Gary (May 23, 2006)."Madonna's giant cross offensive".BBC. BBC News. Dicapai pada2006-05-28.In 1990, the Pope called for a boycott of the Blond Ambition Tour, in which Madonna simulated masturbation during Like a Virgin.
^"Madonna - 10 Moments That Created an Icon".MSN. Diarkibkan daripadayang asal pada 2008-01-10. Dicapai pada2008-01-04.The music video for "Justify My Love", directed by Jean-Baptiste Mondino, showed Madonna in suggestive scenes of S & M, bondage, same-sex kissing and brief nudity.
^"Crazy for Madonna's Men".USA Today. 2000. Dicapai pada2008-01-07.Madonna and model Tony Ward briefly dated in 1990", "Vanilla Ice and Madonna were together for eight months in 1992.
^Busari, Stephanie (24 Mac 2008)."Hey Madonna, Don't Give Up the Day Job!".CNN.Turner Broadcasting System. Dicapai pada2008-03-21.Apart from a role in Evita, for which she won a Golden Globe best actress award, Madonna's contribution to the film world can be, at best, described as forgettable.
Friskics-Warren, Bill (2006).I'll Take You There: Pop Music and the Urge for Transcendence. Continuum International Publishing Group.ISBN0826419216.
George-Warren, Holly (ed.) (1997) [1997].Madonna: The Rolling Stone Files: The Ultimate Compendium of Interviews, Articles, Facts and Opinions from the Files of Rolling Stone. Hyperion Books.ISBN0786881542.CS1 maint: extra text: authors list (link)
Glenday, Craig (2007).Guinness Book of World Records 2007 (ed. Mass Market Paperback). Bantam Books.ISBN055358992X.
Guralnick, Peter (2000).Best Music Writing. Da Capo Press. m/s. 149.ISBN0306809990.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
Hoban, Phoebe (2004).Basquiat: A Quick Killing in Art. Penguin Books.ISBN0143035126.
Horton, Rosalind (2007). Sally Simmons (penyunting).Women Who Changed the World. Quercus. m/s. 196.ISBN1847240267.
Kellner, Douglas (1995).Media Culture: Cultural Studies, Identity, and Politics Between the Modern and the Postmodern. Routledge.ISBN0415105706.
Kramarae, Cheris (2000).Routledge International Encyclopedia of Women: Global Women's Issues and Knowledge. Routledge. m/s. 1408.ISBN0415920914.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
Metz, Andrew (1999).The Madonna Companion: Two Decades of Commentary. Music Sales Group.ISBN0825671949.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
O'Brien, Lucy (2007).Madonna: Like an Icon. HarperCollins. m/s. 50.ISBN0593055470.
Orgill, Roxanne (2001).Shout, Sister, Shout!: Ten Girl Singers who Shaped a Century. Simon and Schuster.ISBN0689819919.
Pitts, Michael (2004) [1979].Famous Movie Detectives. Scarecrow Press. m/s. 107.ISBN0810836904.
Rettenmund, Matthew (1995).Madonnica: The Woman & The Icon From A To Z. St. Martin's Press.ISBN0312117825.Unknown parameter|origdate= ignored (|orig-year= suggested) (bantuan)
Robertson, Pamela (1996).Guilty Pleasures: Feminist Camp From Mae West to Madonna. Durham, North Carolina: Duke University Press. m/s. 117.ISBN978-0822317487.|access-date= requires|url= (bantuan)
Rooksby, Rikky (2004).The Complete Guide to the Music of Madonna. Omnibus Press.ISBN0711998833.
Rust, Paula C. Rodriguez (2000).Bisexuality in the United States: A Social Science Reader. New York: Columbia University Press.Madonna's relationships with women have been the subject of public intrigue and scrutiny. She has been linked with Naomi Campbell and Saundra Bernhardt. Madonna's sexual fluidity has been attributed to the social liberation of bisexuality in the United States in the 1990's.
Sexton, Adam (1993).Desperately Seeking Madonna: In Search of the Meaning of the World's Most Famous Woman. Delta.ISBN0385306881.Unknown parameter|origdate= ignored (|orig-year= suggested) (bantuan)
St. Michael, Mick (2004). "Music".Madonna talking: Madonna in Her Own Words. Omnibus Press. m/s. 35.ISBN1844494187.
Taraborrelli, Randy J. (2002).Madonna: An Intimate Biography. Simon and Schuster.ISBN0743228804.
Tetzlaff, David (1993).Metatextual Girl. Westview Press.
Victor, Barbara (2001).Goddess, Inside Madonna. Cliff Street Books. m/s. 23.ISBN0-06-019930-X.
Voller, Debbie (1999).Madonna: The Style Book. Omnibus Press.ISBN0711975116.
Warren, Holly (2001).The Rolling Stone Encyclopedia of Rock & Roll (ed. Rev Upd). Fireside. m/s. 596.ISBN0743201205.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
Welton, Donn (1998).Body and flesh: a philosophical reader. Wiley-Blackwell.ISBN1577181263.