Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Madagaskar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Madagascar" dilencongkan ke sini. Untuk filem animasi 2005 setajuk, sila lihatMadagascar (filem 2005).
Republik Madagaskar
ريڤوبليك ماداڬاسكر
Repoblikan'i Madagasikara
République de Madagascar
Bendera Madagaskar
Jata Madagaskar
BenderaJata
Cogan kata"Tanindrazana, Fahafahana, Fandrosoana"  (Malagasi)
"Tanah Air, Kebebasan, Kebenaran"
Lagu kebangsaanRy Tanindrazanay malala ô!
Tanahair Kami Tercinta
Lokasi Madagaskar
Ibu negara
dan bandar terbesar
Antananarivo
Bahasa rasmiMalagasi,Perancis[1]
KerajaanRepublik
Andry Rajoelina
Christian Ntsay
Badan perundanganParlimen
Senat
Perhimpunan Kebangsaan
Pembentukan
1540
6 Ogos 1896
• Penubuhan republik
14 Oktober 1958
• Merdeka dariPerancis
26 Jun 1960
Keluasan
• Jumlah
587,041 km2 (226,658 bt2) (ke-46)
• Perairan (%)
0.9%
Populasi
• Perkiraan 2021
28,427,328[4] (ke-52)
35.2/km2 (91.2/sq mi) (ke-174)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
USD45.948 bilion[5]
$1,697[5]
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
USD12.734 bilion[5]
$471[5]
Gini (2012)positive decrease 42.6[6]
sederhana
HDI (2019) 0.528[7]
rendah · kr-164
Mata wangAriary Malagasy
(MGA)
Zon waktuUTC+3 (EAT)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (tidak diperhatikan)
Kod panggilan261
Kod ISO 3166MG
DPT internet.mg
1 Menurut perlembagaan, bahasa Malagasi adalah bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, bahasa Perancis digunapakai sebagai bahasa rasmide facto.

Madagaskar (Malagasi:Madagasikara,Perancis:Madagascar) atau nama rasminyaRepublik Madagaskar (Malagasi:Repoblikan'i Madagasikara,Perancis:République de Madagascar) ialah sebuahnegara kepulauan diLautan India yang berhampiran dengan pantai timurAfrika.Pulau utama negara ini yang juga dinamakan "Madagaskar" merupakan pulau yang keempat terbesar di dunia dan menjadikan negara ini negara kepulauan kedua di dunia;[8] tempat tinggal semula jadi bagi 5% daripada spesies-spesiestumbuhan danhaiwan di dunia.

Ia merupakan antara negara kurang membangun di dunia.[9]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Sejarah Madagaskar

Penghijrahan orang Austronesia

[sunting |sunting sumber]

Manusia pertama yang menghuni Madagaskar berasal darikepulauan Indonesia, daripada hubungan perdagangan masyarakat peribumi Indonesia ke pantai timur Afrika pada awal abad Masihi. Berdasarkan bukti leksikal,statistik danlinguistik,bahasa Malagasi berkait paling dekat denganbahasa Maanyan sekaligus tergolong dalamrumpun bahasa Austronesia.[10][11][12] Bahasa Malagasi berasal daripada bahasa Barito Tenggara danbahasa Ma'anyan dengan banyak kata pinjaman bahasaJawa,Melayu,[perlu rujukan] dan bahasa-bahasa lain daripadaSulawesi.[13][14]

Orang-orang Ma'anyan dibawa sebagai buruh dan hamba oleh orang-orang peribumiNusantara melalui kapal dagang mereka ke Madagaskar pada sekitar tahun 50-500 Masihi.[15][16][17] Etnik peribumi sepertiMerina danBetsileo di Madagascar adalah penuturbahasa Austronesia denganfenotik yang hampir sama dengan pendudukIndonesia danFilipina. Seiring dengan peningkatan perdagangan, masyarakat dari pantai timur Afrika bermigrasi ke pulau ini.

Penerokaan orang Eropah

[sunting |sunting sumber]

Orang Eropah mula mengetahui berkenaan pulau ini pada pelayaranArmadaIndiaPortugis diketuaiDiogo Dias pada tahun 1500.[18] Mereka mendirikan petempatan diMatatana selatan pulau tersebut pada 1613 atas kebenaran GabenorJeronimo de Azevedo, ia berkembang menjadi satu perkampungan yang lengkap.[19]

Pada ketika ini juga,Marco Polo telah menamakan pulau ini dalam catatan penjelajahan beliau (nama asal ditulisMadageiscar) hasil kekeliruan denganMogadishu, sebuah pelabuhan utama yang terletak jauh ditanah Somali[20] lalu dimasyhurkan dalam penulisan yang berikutan di Eropah semasaZaman Pertengahan.[21]

Geografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Geografi Madagaskar

Muka bumi

[sunting |sunting sumber]

Madagaskar merupakan negara ke-46 terbesar di dunia dan pulau keempat terbesar di dunia dengan keluasan wilayah 592.800 kilometer persegi. Pulau utama negara ini terletak di antara garis lintang 12 °LS dan 26 ° LS, dan 43 ° BT dan 51 °BT, ia berjiran denganRéunionmilik Perancis dan negaraMauritius di sebelah timur, sertaComoros danMayotte di barat laut. Negara yang terdekat adalahMozambique yang terletak di sebelah pantai tenggara benuaAfrika.

Pecahnya benua prasejarahGondwana memisahkan Madagaskar-Antartika-India dengan daratan Afrika-Amerika Selatan sekitar 135 juta tahun yang lalu. Madagaskar kemudian memisahkan diri darisubbenua India sekitar 88 juta tahun yang lalu, sehingga tanaman dan haiwan di pulau ini berevolusi dalam keadaan yang terasing. Daerah pantai timur pulau merupakan lereng sempit dan curam yang bercirikan hutan tropika.

Tanah tinggi di tengah pulau memiliki ketinggian 750 sehingga 1500 m (2460 sehingga 4920 kaki) di atas paras laut. Menurut sejarah, wilayah ini merupakan pusat kebudayaansuku Merina di kotaAmbohimanga dan juga pusatkerajaan Imerina yang pernah didirikan pada abad ke-18 olehAndrianampoinimerina. Wilayah ini juga merupakan wilayah yang paling padat penduduknya di pulau ini kerana ibu kotaAntananarivo terletak di wilayah ini. Daerah ini bercirikan sawah bertingkat untuk menanam padi yang terletak di antara bukit-bukit berumput dan bekas bekas hutan lembap yang pada zaman prasejarah menutupi dataran tinggi. Kawasan dataran tinggi sebelah barat merupakan tanah gersang yang secara menuruni keSelat Mozambique dan paya rawa yang ditumbuhibakau terdapat di sepanjang pantai.

Puncak tertinggi Madagaskar adalah puncakMaromokotro dengan ketinggian 2876 m (9436 kaki) di pergununganTsaratanana diikuti olehPuncak Bobby dengan ketinggian 2658 m (8720 kaki) di pergununganAndringitra, dan Tsiafajavona 2643 m (8671 kaki) di pergunungan Ankaratra.

Flora dan fauna

[sunting |sunting sumber]

80% daripada spesies ini adalah unik di dunia ini. Antara contohkepelbagaian biologi di Masdagaskar yang paling ketara ialah:

Pentadbiran

[sunting |sunting sumber]
Peta pembahagian kawasan tadbir utama Madagaskar
Peta pembahagian kawasan tadbir utama Madagaskar

Madagaskar pada dahulunya dibahagikan pentadbiran menjadi 6daerah (faritany mizakatena) utama yang berkuasa secara autonomi. Penggubalan perlembagaan yang baharu pada 2004 merombakkan pembahagian ini menjadi 22 daerah (faritra) yang baharu.[22]

Regions and former provinces[23]
Kawasan (faritra)Daerah asal
(faritany)
Keluasan
(km2)
Bancian tahun 2018[24]
Diana (1)Antsiranana19,266889,736
Sava (2)25,5181,123,013
Itasy (3)Antananarivo6,993897,962
Analamanga (4)16,9113,618,128
Vakinankaratra (5)16,5992,074,358
Bongolava (6)16,688674,474
Sofia (7)Mahajanga50,1001,500,227
Boeny (8)31,046931,171
Betsiboka (9)30,025394,561
Melaky (10)38,852309,805
Alaotra Mangoro (11)Toamasina31,9481,255,514
Atsinanana (12)21,9341,484,403
Analanjirofo (13)21,9301,152,345
Amoron'i Mania (14)Fianarantsoa16,141833,919
Haute-Matsiatra (15)21,0801,447,296
Vatovavy-Fitovinany (16)19,6051,435,882
Atsimo-Atsinanana (17)18,8631,026,674
Ihorombe (18)26,391418,520
Menabe (19)Toliara46,121700,577
Atsimo-Andrefana (20)66,2361,799,088
Androy (21)19,317903,376
Anosy (22)25,731809,313
Jumlah kependudukan587,29525,680,342

Demografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Demografi Madagaskar

Pada tahun 2018, penduduk Madagaskar dianggarkan pada 26 juta orang, meningkat daripada 2.2 juta pada tahun 1900.[25] Tahap pertumbuhan penduduk tahunan di Madagaskar adalah sekitar 2.9 peratus pada tahun 2009.

Bahasa Malagasi berasal dari rumpun bahasa Melayu-Polinesia dan ditutur di seluruh pulau. Dialek bahasa Malagasi, dapat dikelompokkan dalam dua kumpulan: Malagasi Timur yang ditutur di kawasan perhutanan di timur pulau dan dataran tinggi termasuk dialek Merina di Antananarivo, dan Malagasi Barat, yang dituturkan di seberang pesisir barat pulau.

Taburan kepercayaan agama dalam kalangan masyarakat Madagaskar adalah pebagai. MenurutPew Research Center (2010), 85% penduduk mengikuti ajaran Kristian, dan 4.5% pula menuruti kepercayaan tradisi.[26] Berdasarkan maklumat oleh pihak Amerika pada 2011 pula, 52% penduduk Madagaskar menuruti kepercayaan tradisi, dan 41% penduduk pula beragama Kristian.[18]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Matthew E. Hules, et al (2005). The Dual Origin of the Malagasy in Island Southeast Asia and East Africa: Evidence from Maternal and Paternal Lineages.American Journal of Human Genetics, 76:894-901, 2005.
  2. ^"The beginning of the Merina Kingdom".Mada Magazine. 4 August 2015.Diarkibkan daripada yang asal pada 17 August 2015. Dicapai pada30 March 2021.
  3. ^"Madagascar".Lonely Planet.Diarkibkan daripada yang asal pada 30 March 2021. Dicapai pada30 Mac 2021.
  4. ^"Madagascar Population 1950-2021".Macrotrends. Dicapai pada14 July 2021.
  5. ^abcd"Madagascar". International Monetary Fund.Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2020. Dicapai pada11 August 2019.
  6. ^"Gini Index coefficient". CIA Factbook. Dicapai pada16 July 2021.
  7. ^"Human Development Report 2020"(PDF) (dalam bahasa Inggeris).United Nations Development Programme. 15 December 2020.Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 15 December 2020. Dicapai pada15 December 2020.
  8. ^"Island Countries of the World". WorldAtlas.com. Diarkibkan daripadayang asal pada 7 December 2017. Dicapai pada10 August 2019.
  9. ^"About LDCs". UN-OHRLLS. Dicapai pada22 February 2017.
  10. ^(Inggeris)Simanjuntak, Truman (2006).Austronesian diaspora and the ethnogeneses of people in Indonesian archipelago: proceedings of the international symposium. Yayasan Obor Indonesia. m/s. 205.ISBN 9792624368.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)ISBN 978-979-26-2436-6
  11. ^(Inggeris)Evans (2010).Dying words: endangered languages and what they have to tell us - The language library. John Wiley and Sons. m/s. 117.ISBN 0631233059.Unknown parameter|fisrt= ignored (bantuan)ISBN 978-0-631-23305-3
  12. ^(Inggeris)Pirrotta, Nino.Essays for a Humanist. Theodore Front Music. m/s. 190.
  13. ^Otto Chr. Dahl,Malgache et Maanjan: une comparaison linguistique, Egede-Instituttet Avhandlinger, no. 3 (Oslo: Egede-Instituttet, 1951), p. 13.
  14. ^There are also some Sulawesi loanwords, which Adelaar attributes to contact prior to the migration to Madagascar: See K. Alexander Adelaar, “The Indonesian Migrations to Madagascar: Making Sense of the Multidisciplinary Evidence”, in Truman Simanjuntak, Ingrid Harriet Eileen Pojoh and Muhammad Hisyam (eds.),Austronesian Diaspora and the Ethnogeneses of People in Indonesian Archipelago, (Jakarta: Indonesian Institute of Sciences, 2006), pp. 8–9.
  15. ^Dewar, Robert E.; Wright, Henry T. (1993). "The culture history of Madagascar".Journal of World Prehistory.7 (4): 417–466.doi:10.1007/bf00997802.hdl:2027.42/45256.
  16. ^Burney DA, Burney LP, Godfrey LR, Jungers WL, Goodman SM, Wright HT, Jull AJ (August 2004). "A chronology for late prehistoric Madagascar".Journal of Human Evolution.47 (1–2): 25–63.doi:10.1016/j.jhevol.2004.05.005.PMID 15288523.
  17. ^Kumar, Ann (2012). 'Dominion Over Palm and Pine: Early Indonesia’s Maritime Reach', di Geoff Wade (ed.),Anthony Reid and the Study of the Southeast Asian Past (Singapore: Institute of Southeast Asian Studies), 101–122.
  18. ^abBureau of African Affairs (3 May 2011)."Background Note: Madagascar". U.S. Department of State. Dicapai pada24 August 2011.
  19. ^Leitão, Humberto."Os dois descobrimentos da ilha de São Lourenço mandados fazer pelo vice-rei D. Jeronimio de Azevedo nos anos de 1613 à 1616".
  20. ^Room (2006), p. 230
  21. ^Cousins (1895), pp. 11–12
  22. ^"Loi 2004-001 relative aux régions, art. 3"(PDF).Assemblée Nationale de Madagascar (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2017-12-01. Dicapai pada30 November 2017.
  23. ^Ralison, Eliane; Goossens, Frans (January 2006). World Food Programme (penyunting).Madagascar: profile des marches pour les evaluations d'urgence de la securite alimentaire(PDF). Strengthening Emergency Needs Assessment Capacity (dalam bahasa Perancis). Rome, Italy: Katholieke Universiteit Leuven. m/s. 3.Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 7 February 2012. Dicapai pada14 January 2012.
  24. ^Institut National de la Statistique, Madagascar.
  25. ^Metz, Helen Chapin (1994)."Library of Congress Country Studies: Madagascar". Diarkibkan daripadayang asal pada 9 November 2005. Dicapai pada1 February 2011.
  26. ^"Religions in Madagascar | PEW-GRF". Globalreligiousfutures.org. Dicapai pada20 September 2017.
Afrika Utara

Algeria ·Mesir1 ·Libya ·Mauritania ·Maghribi ·Sudan ·Tunisia ·Sahara Barat2

Afrika Barat

Benin ·Burkina Faso ·Cape Verde ·Gambia ·Ghana ·Guinea ·Guinea-Bissau ·Ivory Coast ·Liberia ·Mali ·Mauritania ·Niger ·Nigeria ·Senegal ·Sierra Leone ·Togo

Afrika Tengah

Angola ·Burundi ·Cameroon ·Chad ·Guinea Khatulistiwa ·Gabon ·Republik Afrika Tengah ·Republik Demokratik Congo ·Republik Congo ·Rwanda ·Sao Tome dan Principe

Afrika Timur

Burundi ·Comoros ·Djibouti ·Eritrea ·Habsyah ·Kenya ·Madagascar ·Malawi ·Mauritius ·Mozambique ·Rwanda ·Seychelles ·Somalia ·Sudan Selatan ·Tanzania ·Uganda ·Zambia ·Zimbabwe

Selatan Afrika

Botswana ·Lesotho ·Namibia ·Republik Afrika Selatan ·Swaziland

Wilayah tanggungan dan negara tidak diiktirafWilayah tanggungan diAfrika :

Wilayah Lautan Hindi British,St. Helena3(United Kingdom) ·Kepulauan Canary,Ceuta,Melilla(Sepanyol) ·Madeira(Portugal) ·Mayotte,Réunion(Perancis) ·Socotra (Yemen)
Negara yang tidak diiktiraf :Puntland ·Somaliland ·Republik Demokratik Arab Sahrawi

1Sebahagiannya di benuaAsia. 2 Status tidak dapat ditentukan. 3 Termasuk jajahan taklukPulau Ascension danTristan da Cunha.
Umum
Perpustakaan negara
Institut penyelidikan seni
Lain-lain
Ikon tunas

Rencana berkaitanAfrika ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Ikon tunas

Rencana berkaitangeografi ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Madagaskar&oldid=6403833"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp