Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Makau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaMacau)
Rencana ini perludikemas kini. Sila bantu mengemaskinikan rencana ini bagi mencerminkan peristiwa yang terkini atau maklumat yang baru.(Mac 2024)
Rencana inimungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripadarencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Cina. (Mac 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
  • Lihat versi rencana Cina itu yang diterjemahkan oleh mesin.
  • Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
  • Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing.
  • Selepas menterjemah, templat{{Laman diterjemahkan|zh|澳門}} hendaklah ditambah padalaman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepadahak cipta.
  • Untuk panduan lebih lanjut, sila lihatWikipedia:Terjemahan.
Makau
Kerajaan Ekonomi Khas Makau
Nama rasmi lain
Location of Macau within China
Lokasi Makau dalam China
Negara berdaulatChina
Pajakan Portugis1557
Perjanjian Peking1 Disember 1887
Pengisytiharan Bersama China-Portugis26 Mac 1987
Penyerahan kepada China20 Disember 1999
Kariah terbesarNossa Senhora de Fátima (mengikut bilangan penduduk)
Bahasa rasmi
Kelompok etnik
(2016)
88.4%Orang Cina Han
4.6%Orang Filipina
2.4%Orang Vietnam
1.7%Orang Portugis
2.8% lain[3]
Kerajaan/PemerintahPemerintah yang diketuai olehbadan eksekutifyang diturunkan kuasa dalam sebuahnegara satu partikesatuan[4]
Ho Iat Seng
André Cheong Weng Chon
Kou Hoi In
Sam Hou Fai
Badan perundanganDewan Undangan
Perwakilan kebangsaan
12 wakil
29 wakil[5]
Keluasan
• Jumlah
115.3 km2 (44.5 bt2)
• Air (%)
73.7
Aras tertinggi172.4 m (565.6 ft)
Penduduk
• Anggaran 2022
672,800
• Kepadatan
20,300/km2 (52,576.8/sq mi) (ke-1)
KDNK (PKB)Anggaran 2023 
• Jumlah
$69.565 billion[6] (ke-115)
• Per kapita
$98,157[6] (ke-9)
KDNK (nominal)Anggaran 2023 
• Jumlah
$38.480 billion[6] (ke-100)
• Per kapita
$54,295[6] (ke-23)
Gini (2018)36.0[7]
sederhana
IPM (2019) 0.922[c]
sangat tinggi · ke-17
Mata WangPataca Makau (MOP)
Zon waktuUTC+08:00 (Waktu Piawai Makau)
Format tarikhhh/bb/tttt
tttt年bb月hh日
Bekalan elektrik sesalur220 V–50 Hz
Arah memandukiri
Kod panggilan+853
Kod ISO 3166
DPT Internet
Awalan plat nomborTiada untuk kenderaan setempat, 粤Z untuk kenderaan rentas sempadan


Koordinat:22°10′00″N,113°33′00″E

Makau[9] (Jawi: ماكاوejaan lamaماكو‎) atau nama rasminyaKawasan Pentadbiran Khas Wilayah Makau (Tulisan Cina Tradisi: 中華人民共和國澳門特別行政區;Tulisan Cina Mudah: 中华人民共和国澳门特别行政区; lihatnama) merupakan suatu wilayah kecil di selatanChina yang merupakan salah satu daripada duaKawasan Pentadbiran Khas selainHong Kong. Ditadbir olehPortugal sehingga tahun1999, ia merupakan koloni Eropah yang tertua di China dan diasaskan pada abad ke-16.Hak memerintah Makau telah dipindah milik ke Republik Rakyat China pada tahun 1999. Makau memainkan peranan unik sebagai penghubung antara China dan Barat terutama dalam hal-ehwal perdagangan pada pertengahan abad ke-16 sehingga abad ke-19.

Penduduk Makau menggunakanbahasa Kantonis,Mandarin,Portugis danInggeris untuk berkomunikasi.Orang Makau merujuk kepada penduduk tetap wilayah ini, akan tetapi secara khusus merujuk kepada etnik campuranPortugis danHan.

Tarikan Makau selain daripada statusnya sebagai bekas wilayah jajahan Portugis adalah aktivitiperjudian dankasino. Permainan perjudian yang paling popular merupakan permainanPai Gow yang dimain dengandomino China meskipun aktiviti perjudian yang lain juga sah di sisi undang-undang. Pejudi-pejudi dariHong Kong seringkali melawat Makau untuk berjudi sepanjang hari dengan perkhidmatanferi daripada syarikathidrofoil yang berkhidmat selama 24 jam setiap hari. Orang Cina Malaysia yang kaya juga seringkali ke Makau untuk berjudi.

Nama

[sunting |sunting sumber]

Nama "Makau" dipercayai berasal daripadaTemplo de A-Má (Tokong A-Ma) (媽閣廟,Jyutping Kantonis:Maa1 Gok3 Miu6, dialek local:Maa5 Gok3 Miu6 orMaa5 Gok3 Miu5), suatu bangunan tugu peringatan yang dibina pada tahun1448 yang didedikasi kepada tuhanMatsu. Bangunan ini masih wujud pada hari ini. Nama ChinaAomen 澳門 (pinyin:Àomén, Jyutping Kantonis:Ou3 Mun4) bermaksud 'pintu masuk'. 'Pintu' ini merujuk kepada dua gunung yang berbentukkan pagar, iaitu gunungNantai (南台) danBeitai (北台). Secara alternatif,Ao berasal daripada nama lamaHeung San O, kerana daripada segi geografinya terletak 'di persimpangan pintu'. Makau juga dikenali sebagai Ho King O (壕鏡澳;pinyin:Haojing'ao; "Cermin Kerang Laut Di Dalam"), Heung San O (香山澳;Xiangshan'ao; "Gunung Wangi Di Dalam"), Lin Do (蓮島;Liandao; "Pulau Lotus"), dan "Pelabuhan Soda Berkarbonat" (疏打埠).

SementaraÀomén/Ou3 Mun4 adalah nama China yang tradisional bagi kawasan ini, ia menjadi suatu kebiasaan dikalangan orang China yang menetap disitu menggunakan nama Portugis meskipun dalam dialek Kantonis dengan menyebutnya sebagaiMaa3 Gaau1 (sistem rumi Jyutping), yang secara langsung menjadikan ia ditulis sebagai 馬交 dalam tulisan China.

"Macao" merupakan ejaan asal Portugis, dan terus digunakan dalam kebanyakan bahasa Eropah. Dalam bahasa Portugis Moden (berlainan dengan bahasa Portugis tradisi yang dipercakapkan oleh orang Makau dan juga Portugis Kristang di Melaka, Malaysia), ejaan yang betul merupakan "Makau". Pada pertengahan abad ke-20, nama "Macau" lebih kerap muncul dalam media-media Inggeris. Akan tetapi, namanya yang rasmi dalam bahasa Inggeris tetap merupakan "Macao". Dalam bahasa Melayu pula, nama "Makau" diambil daripada bahasa Portugis.

Kerajaan Makau menggunakan nama "Macao" dalam bahasa Inggeris manakala "Macau" merupakan ejaan Portugis dan "Makau" merupakan ejaan Melayu. Inilah nama yang digunakan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti pasport dan borang imigresen.

NamapinyinAomen kadangkala digunakan dalam bahasa Melayu untuk merujuk kepada Makau, seperti ia merupakan ejaan rasmi Makau dalam bahasa Melayu. Ini adalah salah di sisi peraturan alih bahasaDBP dan "Makau" tetap merupakan nama rasmi kawasan ini dalam bahasa Melayu.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Sejarah Makau

Makau diduduki Portugis pada tahun1557, tidak lama selepas menawanMelaka pada tahun1511 danTimor Timur selepasnya. Bermula pada tahun1670, Portugal menyewa kawasan ini daripada maharaja China. Tiada pindah hak milik pada masa itu. Makau berkembang sebagai pelabuhan perdagangan antara Portugis dan China dan cuba dikuasaiBelanda secara berkali-kali pada abad ke 17.

SelepasRumah Braganza menawan semula Portugal daripada tanganPemerintah Sepanyol Habsburgs pada tahun1640, Makau dinobat sebagaiCidade do (Santo) Nome de Deus de Macau, Não há outra mais Leal atauBandar yang mempunyai Nama Tuhan Makau, tiada lagi yang lebih setia.

Motto "Tiada lagi yang lebih setia" diberi sempena membalas budi baik Makau yang tetap setia kepada pemerintahan Raja Portugal dan tidak mengiktiraf pemerintahan Sepanyol yang sebelum itu berjaya menawan dan menanluki Portugal. Secara realitinya pemerintah Hasburgs bukannya boleh mengubah keadaan ini pun kerana ia pada masa itu sibuk menghadapi peperangan-peperangan di Eropah. Tambahan pula, kegagalan Belanda menguasai Makau membuktikan bahawa Makau bukanlah bandar yang mudah ditumpaskan.

Dengan Hong Kong diambil olehBritish dan dijadikanJajahan Mahkota, status Makau sebagai pusat perdagangan serantau beransur-ansur luput kerana kapal-kapal lebih menyukaipelabuhan Victoria di Hong Kong yang lebih dalam. Pada tahun1849, Portugal bertindak sendiri mengistiharkan Makau sebagai bebas daripada China. Akan tetapi kerajaan China yang menghadapi tekanan politik dalaman terpaksa mengiktiraf tindakan ini pada tahun1887.

Pada tahun1955, rejim Salazar di Portugal yang menumpaskan pemerintahan monarki di negara itu mengisytiharkan Makau bersama dengan jajahan lain Portugal sebagai 'provinsi seberang laut' Portugal.

Walaupun budaya orang Makau merupakan budaya campuran Portugis dan China, ini tidak selalunya menjadi secara amannya, Rakyat China di Makau cuba untuk mendirikan identitinya sendiri untuk menentang pemerintahan Portugal.

Pada tahun1966, penduduk cuba mendapatkan lesen untuk mendirikan sekolah swasta di Taipa, satu daripada dua pulau yang merupakan sebahagian daripada wilayah Makau. Selepas cubaan mendapat lesen ini gagal berkali-kali, mereka terus melanggar undang-undang dan mula membina sekolah itu. Pada tarikh 15 November 1966, polis Portugis menahan pentadbir sekolah dan memukul para pembina, penduduk awam, dan pemberita-pemberita akhbar. Sejerus selepas itu, rakyat mengadakan tunjuk perasaan di depan rumah Gabenor akan tetapi pada 3 Disember kerajaan mengarahkan mereka ditangkap. Ini menaikkan kemarahan rakyat dan lebih ramai lagi penduduk datang untuk menghadiri demonstrasi. Kerajaan Portugis menghantar polis dan mengistiharkan darurat. Demonstrasi ini menyebabkan 11 orang mati dan 200 cedera.

Untuk menentang secara aman, penduduk China mengadakan "tiga tidak", tidak kepada cukai, tidak kepada perkhidmatan, dan tidak kepada menjual barangan kepada Portugis. Mereka berjaya dan pada29 Januari 1967 kerajaan Portugis meminta maaf. Ini menandakan bermulanya layanan sama rata terhadap semua dan pengakuan pemerintahande facto China ke atas kawasan Makau.

Selepas pergelutan kuasa di Portugal berakhir pada tahun1974, kerajaan Portugal menjadidemokrasi dan mahu melepaskan kesemua kawasan tahlukannya di seberang laut. Akan tetapiRepublik Rakyat China tidak mahukan penyatuan semula Makau dengan China dalam masa yang singkat. Pada tahun1976,Lisbon bersetuju menjadikan Makau sebagaiKawasan Istimewa dan menberikan ia kebebasan politik dan ekonomi. Portugal dan Republik Rakyat China bersetuju merujuk kepada Makau sebagai kawasan yang dimiliki China tetapi diperintah sahaja oleh Portugis. Perjanjian pada tahun1985 memjanjikan pemulangan Hong Kong kepada China, dan perjanjian pemulangan Makau turut ditandatangani pada tahun1987 dengan status Makau sebagaiKawasan Pentadbiran Khas RRC (Republik Rakyat China). Kawasan Pentadbiran Istimewa Wilayah Makau direalisasi pada tarikh 20 Disember 1999.

Makau dan Hong Kong adalah kawasan pentadbiran khas selepas pulang ke pangkuan China. Makau mempunyai matawang sendiri yang dikenali sebagai Pataca, dewan perundangan tersendiri dan kerajaan sendiri yang diketuai oleh seorang Ketua Eksekutif. Dari bidang politik, Makau dan Hong Kong juga berbeza. Masyarakat Kantonis di Makau tidak begitu agresif seperti di Hong Kong dalam membantah atau mengkritik pemerintahan China. Pembolehubah yang boleh dikenali kerana Makau dijajah oleh Portugis manakala Hong Kong dijajah oleh British. Portugis bukan penjajah yang cekap, British membangunkan Hong Kong menjadi salah satuTiger Economies bersama-sama Korea Selatan, Taiwan dan Singapura pada era 70-an. Makau di bawah Portugis tidaklah semaju seperti tiga negara tersebut. Makau hanya berkembang dalam sektor pelancongan dan perjudian sahaja. Budaya Portugal sendiri tidak cukup berprestij untuk membuatkan masyarakat di Makau sepertirindu di zaman Portugis, walaupun Bahasa Portugis masih bertaraf bahasa rasmi di sana.

Kerajaan dan politik

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Politik Makau

pengurus besar dipilih oleh kerajaanRepublik Rakyat China selepas melalui komiti pilihanraya, yang ahlinya dicadangkan badan koperat. Pengurus besar berdepan kabinet,Majlis Eksekutif, yang terdiri daripada 7 ke 11 ahli, yang dipenuhi wakil badan koperat.Edmund Ho, ahli perbankan dan satu pemimpin komuniti, merupakan orang pertama pilihan China untuk menjawat jawatan Pengurus Besar, mengantikan Gabenor GeneralRocha Vieira pada 20 Disember 1999.

Badan perwakilan kawasan ini merupakanDewan Undangan, yang mempunyai 23 ahli. 10 daripadanya daripada pilihanraya langsung, 10 mewakili kawasan berfungsikan konstituensi, dan tujuh dilantik Pengurus Besar. Badan perwakilan ditugaskan merangka undang-undang, dan mempunyai kuasa membatalkan Pengurus Besar yang sedang bertugas. Ia juga mempunyai kuasa meggubal cara suksessornya dilantik selepas tahun 2009.

Sistem kehakiman secara amnya diteraskanSistem Kehakiman Portugis. Kawasan ini mempunyai badan kehakiman sendiri dengan mahkamah tertingginya dinamaiMahkamah Rayuan Terakhir (CFA), yang merupakan tempat terakhir merayu kes-kes mahkamah. Hakim dilantik oleh suatu komiti dan Pengurus Besar.

Divisi Pentadbiran di dalam Makau

Subdivisi

[sunting |sunting sumber]

Secara pentadbirannya, Makau mempuyai dua divisi:

Walaupun "Daerah Utara", secara amnya, merujuk kepada keseluruhan semenanjung Makau, sesetengah penduduk Makau menggunakan nama "Daerah Utara" dengan makna yang lebih sempit. Ia merujuk kepada bahagian utara semenanjung Makau dan jirannya bandarZhuhai di tanah besar China. Dalam pada ini, penduduk berulang-alik dari tanah besar ke Makau dengan melalui daerah utara.


Geografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Geografi Makau

Makau terletak 70 km di baratdayaHong Kong dan 145 km selatan bandarGuangzhou di provinsiGuangdong. Ia meliputisemenanjung, dan kepulauanTaipa danColoane.

Semenanjung terbentuk dariZhujiang (Sungai Mutiara)estuari di bahagian timur danXijiang (Sungai Barat) di bahagian barat. Ia bersempadan dengan bandarZon Khas EkonomiZhuhai ditanah besar China.

Makau mempunyai tanah yang rata hasilpengambilan semula tanah daripada laut akan tetapi bukit-bukitnya menandakan kawasan yang semulajadi dahulukala. Semenanjung Makau pada mulanya merupakan suatu pulau tetapi dihubungkan dengan suatubar pasir yang menjadi suatuisthmus yang sempit. Pengambilan semula tanah daripada laut yang bermula pada abad ke 17 menjadikan Makau suatu semenanjung.

Dengan penbangunan yang mendadak, Makau tidak lagi mempunyai kawasan yang sesuai untuk aktiviti pertanian. Tiada lagi kawasan yang berpaya, hutan mahupun kawasan berkayu. Disebabkan masalah ini, penduduk Makau kini terpaksa mencari rezeki di lautan.

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Ekonomi Makau
Makau

Ekonomi Makau secara besarnya didasarkanpelancongan, termasukperjudian,tekstil danbunga api. Membuattekstil danbunga api merupakan sumber ekonomi kedua selepasperjudian. Usaha untuk mempelbagaikan sumber ekonomi mewujudkan beberapa industri lain seperti membuatalat permainan,bunga plastik, danalatan elektrik. Industri membuatbaju menyumbang sebanyak 3/4 eksport, dan sektor perjudian menyumbang sebanyak 40% daripada GDP Makau.

Lebih 8 juta pelancong melawat Makau pada tahun2000. Sementara perkembangan ekonomi dan sektor pelancongan didominasi pendatang tanah besar China, pelancong dariHong Kong tetap menjadi sumber nombor satu pendapatan rakyat Makau. Baru-baru ini, aktivitikongsi gelap yang menjadi masalah kepada kesihatan ekonomi beransur-ansur luput dan ini menandakan masa yang baik untuk ekonomi Makau pada masa akan datang. Pertumbuhan ekonomi diantara tahun 2001 dan 2005 menampakkan kenaikan 10% setiap tahun. GDP per kapita berjumlah sebanyak RM 85,956. Dalam separuh tahun pertama 2005, pengangguran adalah 4.1%.

Hasi perjudian kasino-kasino Makau pada tahun2004 pada pertama kalinya mengatasi bandarLas Vegas di Amerika dengan setiap satunya memperoleh keuntungan lebih 5 billion dolar Amerika. Ini menjadikan Makau pusat perjudian yang paling utama di dunia.

Demografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Demografi Makau

Dianggap sebagaiwilayah tanggungan, Makau ialah negara atau wilayah tanggunganberpenduduk padat.

PopulasiMakau merupakan 95% bangsaHan, kebanyakannya Kantonis dan sedikitHakka, kedua-duanya berasal daripada provinsiGuangdong yang berhampiran. Yang tinggal kebanyakannya etnikPortugis atau berdarah campur Cina-Portugis, ataupunOrang Makau. Terdapat juga sedikit bangsaJepun, termasuk warisan orang Jepun yang dibuang pemerintahShogun Jepun terdahulu. Bahasa rasmi merupakanBahasa Portugis danBahasa Cina. Walaupun kawasan Makau terletak di kawasan dialek Kantonis, kedua-dua dialek Kantonis dan bahasa Mandarin mempunyai status rasmidi facto. Bahasa Inggeris juga dipercakapkan di kawasan perlancongan.Bahasa Portugis Lama atauPatua merupakan bahasa yang hampir pupus di kawasan ini.

Lain-Lain

[sunting |sunting sumber]

Catatan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abTiada jenis Bahasa Cina yang rasmi di wilayah ini. Penduduknya lebih banyak berbahasaKantonis, bahasa baku daerahde factonya.
  2. ^abBagi semua kegunaan pemerintah, dokumen yang ditulis menggunakanTulisan Cina Tradisional adalah rasmi berbanding dokumen yang tertulis denganTulisan Cina Ringkas. Bahasa Portugis mempunyai taraf sama rata dengan Bahasa Cina dalam semua urusan rasmi.
  3. ^PBB tidak mengira IPM Makau. Pemerintah Makau mengira IPM diri sendiri.[8]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^ab"Macau"Diarkibkan 24 Januari 2021 diWayback Machine.The World Factbook.Central Intelligence Agency.
  2. ^abRalat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaofficial-lang
  3. ^Population By-Census 2016, halaman 6.
  4. ^"China (People's Republic of) 1982 (rev. 2004)". Constitute project.Diarkibkan daripada yang asal pada 17 July 2015. Dicapai pada25 August 2019.
  5. ^"Local NPC Deputies' Election Slated for Dec 17".Macau News. 27 November 2017.Diarkibkan daripada yang asal pada 3 January 2018. Dicapai pada1 January 2018.
  6. ^abcd"World Economic Outlook Database, October 2023 Edition. (Macao)".IMF.org. International Monetary Fund. 10 October 2023.Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2023. Dicapai pada15 October 2023.
  7. ^"The World Factbook".CIA.gov. Central Intelligence Agency.Diarkibkan daripada yang asal pada 24 January 2021. Dicapai pada19 October 2019.
  8. ^Macao in Figures 2021, halaman 4
  9. ^Wilkinson, Richard James (1901)."Makau".A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 635.Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalamdomain awam.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Rencana ini mengandungiBantuan:Aksara khas. Tanpapemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihattanda tanya, kotak, atau simbol lain.
Ketahui lebih lanjut tentangMacau diWikipedia:
Takrifan dari Wikikamus
Imej dan media dari Commons
Sumber pembelajaran dari Wikiversity
Berita dari Wikiberita
Petikan dari Wikipetikan
Teks sumber dari Wikisumber
Buku teks dari Wikibuku
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Makau.
Government
General information
Travel
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Makau&oldid=6478054"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp