Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Mac OS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jangan terkeliru denganmacOS, yang merupakan versi sistem pengoperasi komputerMac OS terkini yang dibangunkan olehApple.
Mac OS
Mac OS logo
Fail:MacOS922.png
Screenshot of Mac OS 9
Maklumat umum
EponimMacintosh danMcIntosh(en)TerjemahSunting nilai ini di Wikidata
Jenis sistemSistem pengendalian danperisian hak milikSunting nilai ini di Wikidata
Keluarga sistemMac OS (System 1–7, Mac OS 8–9)
Unix (OS X)[1][2][3]
PembangunApple
Keadaan kerjaPublicly released
Model sumberProprietary software (withopen source components)
Ciri teknikal
Pelantar
Senarai pelantar yang disokong
LesenProprietaryEULA
Pautan berkaitan
Tapak webapple.com/osx/
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Mac OS (singkatanMacintoshOperatingSystem - "Sistem Pengoperasi Macintosh") adalahsistem pengoperasikomputer dikembangkanApple untukmodel komputer Macintosh diusahakan sebuah pasukan terdiri daripada seberapa orang termasukBill Atkinson,Jef Raskin danAndy Hertzfeld. Ia merupakan sistem pengoperasian pertama yang menggunakanantaramuka pengguna grafik (GUI).

Terdapat pelbagai pandangan bagaimanaMacintosh dibangunkan dan di mana idea asal bermula. Walaupun kaitan antara Macintosh dan projek Alto diXerox PARC telah luas diperkatakan dalam rekod sejarah, sumbangan awalSketchpad olehIvan Sutherland danSistem di Talian (On-Line System) olehDoug Engelbart tidak kurang pentingnya. LihatSejarah GUI, danApple v. Microsoft.

Apple sengaja merendahkan kewujudan sistem pengoperasi pada tahun awal kemunculan Macintosh untuk menjadikan Macintosh kelihatan lebih ramah pengguna dan membezakannya daripada sistem lain sepertiMS-DOS, yang digambarkan sebagai ajaib (arcane) dan mencabar secara teknikal. Apple mahu Macintosh digambarkan sebagai sistem yang "terus berfungsi" apabila anda menghidupkannya.

Versi

[sunting |sunting sumber]

Sistem pengendalian Macintosh pada awalnya dikenali sebagaiSistem, seperti "Sistem 6.0.7" atau "Sistem 7". Pada awalnya juga dikenali sebagai Kotak Perkakasan "Toolbox"; yang mengandungi himpunan rutin piawaian yang boleh digunakan bagi menggantikan pautan kepadaperkakasan komputer itu sendiri.

Pengabstrakan inlaji yang membolehkan aplikasi Mac yang dibangunkan untuk satu generasi sistem digunakan semula pada generasi berikutnya (misalnya: dari Mac Plus kepada Mac II, kepada PowerBook, kepada Power Macintosh). Apple pada awalnya sengaja mengaburkan kewujudanSistem pengendalian ini bagi membezakan Mac daripada sistem sedia ada yang lain seperti MS-DOS yang difikirkan lebih sukar digunakan berbanding Mac. Istilah seperti "sistem" dan "kotak perkakasan (the toolbox)" merupakan cara mudah untuk merujuk kepada perkhidmatan sistem pengendalian dan MacintoshAPI seterusnya mengelakkan penggunaan istilah teknikal (technical jargon). Sehingga kemunculan era sistemG3 (yang dikenali sebagai mesin "dunia baru"), sebahagian besar sistem disimpan dalamROM fizikal padapapan induk, dan juga komponen sistem pada cakera yang menambah, (override)atau memperbaiki rutin ROM. Tujuannya ialah untuk mengelakkan penggunaan terlalu banyak ruang simpanan dalamcakera liut yang terhad untuk sistem sokongan,mengesampingkankerana komputer Mac yang terawal tidak mempunyaicakera keras. Sebenarnya cuma satu model Mac yang boleh dijalankan (bootable) menggunakan ROM sahaja, iaitu model Mac Klasik 1991.

Sistem 7.5.1 merupakan sistem pertama yang memasukkan logo Mac OS (muka tersenyum (smiley face) biru). Mac OS 7.6 (yang dikeluarkan pada 1996) merupakan sistem pertama yang dinamakanMac OS kerana wujudnya "klon-klon" Mac, sistem yang hampir serupa daripada syarikat-syarikat lain sepertiPower Computing danMotorola, dan Apple hendak memberitahu dengan jelas bahawa sistem pengendaliannya merupakanhak milik intelektualnya sendiri.

Sistem Mac OS boleh dibahagikan kepada dua jenis:

  • Mac OS "Klasik", sistem yang mula-mula dikeluarkan untuk Mac yang pertama pada tahun 1984 hinggalahMac OS 9.

Mac OS Klasik

[sunting |sunting sumber]

Mac OS klasik dikenali sebagai satu sistem yang tidak mempunyai sebarangbaris perintah (command line); merupakan sistem yang menggunakan antara muka pengguna grafik (IU) sepenuhnya. Dipuji kerana senang untuk digunakan, sistem ini juga dikritik kerana menggunakankerjasama multitugas (cooperative multitasking), ketiadaanpengurusan ingatan, dan kecenderungan pertelingkahan tambahan/sambungan. "Tambahan" adalah perisian yang ditambah kepada sistem pengoperasi, untuk memberikan fungsi tambahan - seperti rangkaian kerja (networking) - atau sokongan kepada perkakasan tertentu. Sesetengah sambungan tambahan mungkin tidak akan berfungsi dengan betul antara satu sama lain atau mungkin perlu ditambah mengikut urutan tertentu. Menyelesaikan masalah tambahan Mac OS boleh menjadi satu prosescuba jaya yang memakan masa yang panjang.

Mac OS juga memperkenalkanSistem Fail Hierarki (Hierarchical File System), sebagai satu cara penyusunan fail yang inovatif. Satu fail pada DOS atau Unix merupakan jujukanbait (byte) yang memerlukan aplikasi mengetahui bahagian bait mana yang mewakili kod dan bahagian mana yang mewakili grafik atau data yang lain, Fail Mac sebaliknya mempunyai dua bahagian yang berlainan. Sebagai tambahan kepada cuaran data, yang merupakan ulangan bait, terdapat jugaakar cuaran (resource fork) yang mengandungi data yang sudah disusun seperti menu, grafik, bunyi, dan segmen kod. Satu fail aplikasi mungkin hanya mempunyai sumber yang tidak mengandungi bahagian data. Fail teks mungkin mengandungi teks dalam bahagian data dan maklumat stail pada sumbernya, jadi aplikasi yang tidak mengenal maklumat stail tersebut masih boleh membaca teks yang disimpan. Walaupun kaedah ini mempunyai beberapa kelebihan, Mac OS tidak dapat digunakan bersama sistem-sistem pengoperasian lain yang tidak menggunakan sistem Mac OS; contohnya, apabila sesuatu fail disalin daripada Mac kepada DOS atau Unix, akar cuarannya akan dibuang.

Menjelang akhir1990-an, telah disedari bahawa teknologi era1980-an ini telah melangkaui hayatnya, dengan kewujudan sistem-sistem pengoperasian multitugas baru yang lebih stabil.

Mac OS X

[sunting |sunting sumber]

Rencana utama:Mac OS X

Mac OS X mambawakan pengurusan memori ala-Unix danpre-emptive multitasking kepada platform Mac. Pengurusan memori yang jauh lebih baik membolehkan lebih banyak perisian berjalan serentak dan hampir menghapuskan kemungkinan sesuatu perisian meruntuhkan perisian lain. Ia juga adalah Mac OS petama memasukkan baris arahan, walaupun tidak dapat dilihat kecuali apabila penggunanya melancarkan perisian "terminal".

Ramai peminat Mac OS asal menerima OS X, tetapi terdapat beberapa yang mengkritiknya sebagai lebih susah dan kurang mesra pengguna daripada Mac OS asal.

Teknologi Mac OS

[sunting |sunting sumber]

Projek Star Trek

[sunting |sunting sumber]

Satu aspek sejarah yang menarik mengenai Mac OS Klasik ialah: ia merupakan satu prototaip rahsia yang tidak diketahui umum yang dimulakan Apple pada tahun 1992 yang diberi nama kodProject Star Trek. Matlamat projek ini ialah untuk mencipta versi Mac OS yang boleh berfungsi pada komputer peribadi serasi-Intelx86. Projek ini tidak bertahan lama, ia dibatalkan hanya selepas setahun iaitu pada 1993 kerana pertelingkahan politik dalaman. Walaupun begitu, pasukan projek ini berjaya menjadikanperisian sepertiMacintosh Finder dan aplikasi asas sepertiQuicktime berfungsi secara lancar pada PC.

Walaupun perisian hasil pengembangan dari projek ini tidak pernah dilancarkan,emulator pihak ketiga Macintosh, sepertivMac,Basilisk II danExecutor akhirnya membolehkan penjalanan Mac OS Klasik pada komputer peribadi x86. Emulator-emulator ini terhad mengemulasikan barisan pemproses68000, dan dengan demikian tidak dapat menjalankan versi Mac OS yang lebih terkini daripada 8.1 yang memerlukan pemprosesor PowerPC. Mutakhir ini, emulator sepertiPear PC telah muncul yang mampu mengemulasikan pemproses PowerPC yang diperlukan oleh versi terkini Mac OS (sepertiMac OS X). Walaubagaimanapun, ia masih di peringkat awal dan seperti emulator-emulator lain, cenderung untuk berjalan lebih perlahan daripada OS yang sedia ada dalam perkakasan.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"The Open Brand - Register of Certified Products - OS X 10.5 on Intel-based Macintosh computers". The Open Group. Dicapai padaNovember 22, 2009.
  2. ^"The Open Brand - Register of Certified Products - OS X 10.6 on Intel-based Macintosh computers". The Open Group. Dicapai padaNovember 22, 2009.
  3. ^"Apple page on UNIX". Apple Inc. Dicapai padaNovember 5, 2008.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Pengasas
Lembanga pengarah
Eksekutif
Produk (Perkakas)
Aksesori
Produk (Perisian )
Kedai dan perkhidmatan
Syarikat
Berkait
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Mac_OS&oldid=6093804"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp