Transit Aliran Deras Jakarta ترنسيت اليرن درس جاكرتا | |
---|---|
![]() | |
![]() | |
Umum | |
Nama asal |
|
Pemilik | Pemerintah Jakarta |
Kawasan perkhidmatan | Daerah Khusus Ibukota Jakarta dan kawasan sekitarnya |
Lokasi | Jakarta,Indonesia |
Jenis transit | Transit aliran |
Jumlah laluan/aliran | 2 |
Jumlah stesen | 13 (fasa 1) |
Ibu pejabat | Kompleks Wisma Nusantara, Lantai 21, Jalan M.H. Thamrin No. 59, Jakarta, 10350, Indonesia |
Laman sesawang | www |
Operasi | |
Operasi akan bermula pada | 1 Mac 2019; 6 tahun yang lalu (2019-03-01) |
Pengendali | PT MRT Jakarta |
Ciri–ciri | Bertingkat dan bawah tanah |
Jumlah kenderaan | 16 set kereta api 6 gerabak |
Jarak kepala | 5–10 minit |
Teknikal | |
Panjang sistem | 16 kilometer (9.9 bt) (fasa 1) |
Tolok landasan | 1,067 milimeter (3.501 ka) |
Pengelektrikan | 1,500VDCkatenari atas |
sunting![]() |
Transit Aliran Deras Jakarta (Bahasa Indonesia:Moda Raya Terpadu Jakarta)[1][2] atau lebih dikenali sebagaiMRT Jakarta adalah sejenistransit aliran yang terdapat di ibu negaraIndonesia,Jakarta.
Upacara pecah tanah bagi projek ini telah diadakan pada 10 Oktober 2013, dengan fasa 1 projek (Lebak Bulus ke Bulatan Hotel Indonesia) akan dibuka kepada orang awam pada 2019. Sasaran MRT Jakarta untuk menjalankan ujian penyepaduan dan pentauliahan adalah pada Ogos 2018, diikuti oleh ujian pengendalian dari Disember 2018 sehingga Februari sebelum ia dibuka kepada orang awam pada Mac 2019.[3][4]
Sehingga Ogos 2018, satu ujian percubaan dari stesen Lebak Bulus sehingga Bulatan Hotel Indonesia telah berjaya diselesaikan.[5]
MRT Jakarta dijangka merentang sehingga 108 kilometer, terdiri daripada 21.7 km untuk laluan Utara–Selatan (dari Lebak Bulus ke Kampung Bandan) dan 87 km untuk laluan Timur–Barat (dariBalaraja ke Cikarang).
Laluan Utara–Selatan dibina dalam dua fasa. Selepas MRT fasa 1 dan 2 siap dibina, MRT bersama-sama denganTransjakarta dijangka untuk memberi khidmat kepada 60 peratus jumlah perjalanan yang dibuat oleh warga Jakarta. Sepanjang 6 km laluan Utara–Selatan mengikutilaluan 1 Transjakarta yang sedia ada.[6]