M. Rizal | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Razali bin Hashim (1953-07-19)19 Julai 1953 |
Meninggal dunia | 23 Ogos 2024(2024-08-23) (umur 71) |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 1970-an - 1990-an |
Pasangan | Salmah Musa |
Anak-anak | 5 |
Mohd Razali Hashim (19 Julai 1953 – 23 Ogos 2024) yang dikenali sebagaiM. Rizal merupakan seorang penyanyi yang berasal dariTeluk Intan,Perak. Beliau juga merupakan pemegang gelaran "JuaraBintang RTM 1978". Selepas memenangi pertandingan tersebut, beliau hanya sempat merakamkan tiga album studio bersama tiga syarikat rakaman yang berlainan.
M. Rizal menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Damai Jaya,Skudai,Johor, pada pukul 10.55 malam, 23 Ogos 2024.
Allahyarham yang popular dengan lagu Abang Beca meninggal dunia pada usia 71 tahun akibat ulser perut.
Terdahulu, Allahyarham pernah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),Ipoh,Perak akibat penyakit gout. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Impian Emas,Skudai pada pukul 10 pagi.
Allahyarham meninggalkan isteri, Salmah Musa, 74, bersama lima anak dan 11 cucu.