Luna 1, juga dikenali sebagaiMechta (Rusia:Мечта, maksud:Impian),[1]E-1 No.4 danPerayau Qamari Pertama,[2] merupakankapal angkasa pertama untuk mencapai sekitaranBulan Bumi dan juga yang pertama diletakkan di orbit heliosentrik. Bertujuan menjadi satu penghentam,Luna 1 dilancarkan sebagai sebahagian daripada program Luna pada tahun 1959, walau bagaimanapun disebabkan oleh pembakaran peringkat atas yang salah masanya semasa pelancarannya, ia terlepas Bulan; dalam proses menjadi yang pertama di angkasa untuk meninggalkanorbit geopusat.
Luna 1 terdiri daripada kelengkapan radio termasuklah pemancar penjejakan dan sistem telemetri dan lima instrumen untuk mengkaji Bulan dan ruang antara planet; termasuklah sebuah magnetometer, pembilang Geiger, pembilang kerdipan dan pengesan mikrometeorit.
Luna 1 telah direka bentuk untuk memberi impak kepada Bulan, meletakkan dua gada-gada logam jata Soviet yang telah dimasukkan ke dalam pakej. Misi tersebut akhirnya dicapai olehLuna 2.
Luna 1 dilancarkan pada 16:41 GMT (22:41waktu tempatan) pada 2 Januari 1959 dari Tapak 1/5 diKosmodrom Baikonur oleh roket Luna 8K72.Luna 1 menjadi objek buatan manusia pertama yang mencapai halaju lepas Bumi, bersama-sama dengan roket pembawa seberat 1,472-kilogram (3,245 lb) peringkat atas, di mana ia dipisahkan selepas mencapai orbit heliosentrik.
Kerana kesilapan pengaturcaraan, durasi pembakaran peringkat atas adalah tidak betul, dan akibatnyaLuna 1 gagal untuk memberi impak kepada Bulan. Kapal angkasa melepasi dalam 5,995 kilometer (3,725 bt) permukaan Bulan pada 4 Januari selepas 34 jam penerbangan. Ia masih dalam orbit di sekitarMatahari, antara orbit Bumi danMarikh.[3]
Luna 1 ditakdirkan untuk menghentam Bulan. Bagaimanapun, kerosakan pada sistem kawalan darat menyebabkan kuar kehilangan sasaran dengan 5,995 kilometer;Luna 1 masih mampu untuk mengumpul maklumat penting untuk membantu dalam pemahaman tentangalam semesta.[4]