Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Lun Bawang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
لون باوڠ
Lun Bawang
Lundayeh
Trusan Murut or Mengalong Murut
Gadis-gadis Lun Bawang memakai pakaian tradisional
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia30,000(banci penduduk 2023)[1]
 Indonesia23,000(2023)[1]
 Brunei661[2]
Bahasa
Lun Bawang; Dialek-dialek termasuklahTrusan,Lun Daye,Mengalong,Papadi,putoh/putuk,Lun Dayah,Adang,Tabun,Treng,Kolur,Padas,Trusan,Lepu Potong,Bahasa Indonesia dan/atauBahasa Melayu.
Agama
MajoritiKristian, sebilangan kecil menganut agamaIslam, agamaBuddha atau mengamalkananimisme
Kumpulan etnik berkaitan
Kelabit, Lengilu, Putoh, Sa'ban & Tring

Suku kaumLun Bawang berasal dan tinggal di kawasan pedalaman tanah tinggiBorneo iaituSabah,Sarawak,Labuan danKalimantan Utara.Di Sarawak, mereka digolongkan dalam kelompok masyarakatOrang Ulu.[3] Di Sabah mereka dikenali sebagai Lundayeh manakala di Brunei mereka dikenali sebagai Puak Murut.

Suku kaum Lun Bawang diSabah terbahagi kepada dua kelompok, yang berhijrah lebih awal ke hilir sungai Mengalong dari kurun ke-18 dikenali sebagaiLun Lod,Murut kolor atauMurut Mengalong[4][5], yang kini menggunakan gelaran Lun Bawang Sabah; dan kelompok yang berasal dari Hulu Sungai Padas yang mengambil gelaranLun Dayeh yang bermaksud Orang Ulu atau pedalaman, (erti asal ialah mereka yang tinggal di hulu sungai), seperti di Kg.Long Pasia dan Kg.Long Mio, Maligan,Sipitang, Sabah. Sementara di Sarawak dan Brunei, mereka pula dikenali sebagai Lun Bawang yang bermaksudorang tempatan atau orang peribumi. Suku kaum Lun Bawang yang dahulu dikenali sebagaiMurut juga terdapat di sepanjang persisiran sungaiLawas,Trusan danLimbang. Sejarah mengatakan orang Lun Bawang ini berasal dari Tanah Tinggi Kelabit, Tanah Tinggi Krayan dan Gunung Murud di Lawas. Pada seketika dahulu Lun Bawang dan Tagal juga dikenali sebagai Murut sempena nama Gunung Murud yang tertinggi di Sarawak yang terletak di Utara Sarawak.

Lagenda

[sunting |sunting sumber]

Menurut Lagenda Lun Bawang , ada seorang pahlawan bernamaUpai Semaring atau dikenaliAwang Semaun dan LagendaPadan Liu' Burung.Lagenda ini sangat popular di kalangan orang Lun Bawang di kawasanBa'kelalan ,Brunei ,Long Bawan, Krayan dan juga diLong Pasia, Sabah.

Asal-usul

[sunting |sunting sumber]

Kehidupan Lun Bawang berkait rapat dengan Kerajaan Brunei

[sunting |sunting sumber]

Kehidupan orang Lun Bawang juga sangat berkait rapat dengan kerajaan Brunei bilamanaAwang Alak Betaar yang berketurunan separuh Murut telah digelarAwang Semaun atauAwang Semaun. Sehingga kini, nama Awang Semaun sangat terkenal di kalangan penduduk Negara Brunei Darussalam.[6] Awang Alak Betaar merupakan Sultan Brunei yang pertama iaitu dikenali sebagai Sultan Mahmud Shah. Nama sepertiPengiran, Dayang, Sultan dan Agong juga meluas dipakai oleh komuniti Lundayeh ini sejak zaman ke zaman. Ramai juga Lun Bawang telah berasmilasi dengan kebudayaan Melayu Brunei sejak zaman ke zaman hingga ke hari ini. Datu Taie merupakan salah satu pemimpin Lun Bawang di zaman era kerajaan Brunei. Sehingga kini, nama Datu Taie diabdikan dan di gazetkan di jalan Bandar Lawas.

Sejarah asal penempatan awal suku Lun Bawang adalah di tanah tinggi Kerayan Kelabit Kawasan Tengah Jantung Utara Borneo.Mereka juga telah berhijrah ke seluruh tanah Borneo termasukSabah,Sarawak,Kalimantan dan keBrunei sekitar abad ke-16 dan ke-17. Lundayeh bermakna hulu orang atau orang-orang pedalaman. Mereka dikenali sebagai petani dan mempunyai penternakan amalan dan juga dikenali sebagai pemburu dan nelayan.

Kehidupan Lun Bawang sewaktu pemerintahan Kerajaan James Brooke

[sunting |sunting sumber]

Pada lewat 1800-an hingga awal 1900-an, sebelum menerima agama, masyarakat Lun Bawang telah digambarkan sebagai hidup dalam keadaan yang tidak sihat gaya hidup. Mereka peminum burak tegar (arak beras), kelihatan mabuk lebih kerap, dan rumah panjang kelihatan tidak bersih.[perlu rujukan] Gaya hidup mereka menyebabkan mereka terdedah kepada penyakit. Sebelum tahun 1900, jumlah Lun Bawang seramai 25 000 orang di bahagian utara Sarawak manakala pada tahun 1904 dan 1905, terdapat wabak cacar sekitar kawasan Lun Bawang. Sebuah wabak yang mempunyai ketara mengubah perjalanan sejarah Lun Bawang itu. Telah dicatatkan bahawa angka kematian telah mengurangkan kira-kira 25,000 orang penduduk kepada 3,000 penduduk Lun Bawang itu (Laporan Pegawai-Pegawai Daerah pada masa itu – Sarawak Gazette; Drunk Before Dawn). Dan dengannya, ada agama populasi Lun Bawang bertambah daripada 3,000 orang pada 1905 kepada 5,000 orang pada tahun 1920-an dan kepada 15,000 orang pada tahun 2010 di Sarawak.

Sejarah Lun Bawang di kawasan British Borneo Utara

[sunting |sunting sumber]

Sejarah tertulis bahawa nama nama sungai seperti sungai Padas, Pasia dan Mengalong juga tercatat sebagai Residensi Pantai Barat dalam peta British Borneo Utara pada tahun 1899. Sungai Padas, Sungai Pasia dan Sungai Mengalong merupakan suatu penempatan penting buat suku kaum Lundayeh sejak zaman berzaman.

Peranan Lun Bawang semasa Kemerdekaan

[sunting |sunting sumber]

Pemimpin OKK Mulok Bangau bersama denganTun Fuad Stephens bersama sama membina PartiUPKO (Lama) menuntut kemerdekaan di North Borneo. Sehingga nama OKK Mulok Bangau juga diabdikan dan digazetkan di salah satu jalan di pekan Sipitang bagi menghormati jasa beliau.

Budaya dan cara hidup

[sunting |sunting sumber]

Cara hidup dan bahasa suku kaum Lun Bawang danKelabit banyak persamaan. Persamaan ini dapat dilihat juga dalam cara mereka semasa menanaman padi bukit(tana luun) dan sawah padi(Lati ba'). Nasi yang menjadi makanan mereka dibungkus dengan daun pisang atauitip dipanggilNuba' Laya. Daging atau ikan yang telah diperam dengan garam serta disimpan di dalam buluh selama lebih sebulan dipanggiltelu serta rasanya akan menjadi masam-masam masin yang sangat digemari suku kaum Lun Bawang. Begitu juga dengan salai(narar).

Mereka juga mendapat sumbergaram dari telaga air masin yang lebih dikenali sebagailubang mein. Di kawasan pedalaman, penternakan kerbau dan lembu menjadi sumber ekonomi sampingan serta menjadi hantaran mas perkahwinan pihak pengantin lelaki kepada keluarga pihak pengantin perempuan yang dipanggil purut.

Suku kaum Lun Bawang kaya dengan kraftangannya. Dahulu kala, pakaian kaum lelaki diperbuat daripada kulit kayu yang dipanggilkuyu talun. Kain yang dililit di kepala pula dipanggilsigar sementara cawat yang dipakai dipanggilabpar. Parang panjang yang diikat di pinggang dibawa untuk pergi berperang dipanggilpelepet. Bagi kaum wanita pula, mereka mengenakanpata di kepala,beret di pinggang,bane di leher dangileng atau pakel di tangan serta lengan. Suku kaum Lun Bawang juga sangat terkenal dengan alat muzik yang diperbuat daripada buluh. Mereka memainkan ini dalam kumpulan. Perempuan meniupsuling dan lelaki meniupbass.

Di Sarawak bermula pada 1 Jun setiap tahun diadakan satu pesta yang dinamakanIrau Aco Lun Bawang dirayakan di bandar Lawas sempena perayaan hariGawai Dayak dan diSabah. Lun Bawang di Sabah pula menonjolkan tradisi mereka dalam acara GATA (Gasing dan Tamu Besar) 2 tahun sekali sempena hariTadau Kaamatan di DaerahSipitang. Semasa perayaan ini berlangsung, pelbagai pertunjukan kebudayaan daripada suku kaum Lun Bawang dapat disaksikan.

Agama dan Kepimpinan

[sunting |sunting sumber]

Pada umumnya, suku kaum Lun Bawang beragamaKristian yang telah disebarkan oleh mubaligh Kristian sekitar tahun 1928-1930-an. Di Sarawak, Sabah dan Brunei, kebanyakan mereka daripada aliran gerejaSidang Injil Borneo (SIB). Mendiang Datuk Racha Umung ialah Presiden pertama SIB dan ahli adun negeri Lawas (1960-an) serta menjadi ahli Parlimen Lawas-Limbang (P154), Sarawak yang pertama pada tahun 1974, sewaktu TunAbdul Razak Hussein masih menjadi Perdana Menteri yang kedua Malaysia dan Timbalannya Tun Dr.Ismail Abdul Rahman. O.K.K Mulok Bangau juga merupakan pemimpin ketua anak Negeri Lun Bawang dan Lundayeh, ahli Majlis Daerah Sipitang dan Ketua cawangan PartiUPKO diSipitang, Sabah pada tahun 1950an-1960an bersama dengan rakan-rakan seperjuangannya dalam(UPKO Lama) ,Tun Fuad Stephen,Datuk Peter Mojuntin dan O.K.K Koroh. Presiden SIB Sarawak, Pastor Kalip Basar yang telah terbunuh dalam nahas helikopter pada Julai 2003 dan YB Datuk Dr. Judson Sakai Tagal menteri mudaSarawak juga terbunuh dalam nahas helikopter pada 2004 diBa'kelalan, Sarawak juga adalah daripada suku Kaum Lun Bawang dan membuat nama Lun Bawang lebih dikenali di Malaysia.

Taraf hidup

[sunting |sunting sumber]

Sistem pendidikan agak lewat sampai antara suku kaum Lun Bawang, dan sehingga kini belum ada pembinaan sekolah menengah di kawasan Long Pasia atau Ba'kelalan. Mereka juga kurang mengisi peluang-peluang pekerjaan di syarikat-syarikat besar. Namun begitu, atas usaha yang berterusan, ramai antara mereka berjaya menjadi golongan ahli profesional. Setakat ini ada lebih daripada 20 orang peguam dan 10 orang bergelar doktor daripada suku bangsa Lun Bawang pada 2012 serta lebih kurang 200 orang Lundayeh di Sabah menerima pendidikan dan ada lebih kurang 233 orang Lun Bawang di Sarawak menerima pendidikan.

Sosial & Pendidikan

[sunting |sunting sumber]

Dimana ada 10 Orang Lun Bawang di Sarawak and 2 orang Lundayeh di Sabah bergelar dokter

Tokoh - Tokoh Terkenal

[sunting |sunting sumber]

Politik

Henry Sum Agong = Ahli Parlimen Lawas & mantan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Baru Bian = Ahli Dewan Undangan Negeri Ba' Kelalan & mantan Menteri Kerja Raya Malaysia.

Mutang Tagal = Yang di-Pertua Dewan Undangan Negara & mantan Ahli Parlimen Bukit Mas (Lawas & Limbang).

Michael Lisa Kaya = mantan Ahli Parlimen Bukit Mas (Lawas & Limbang).

Judson Tagal = mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Ba' Kelalan.

Racha Umong = mantan Ahli Parlimen Bukit Mas (Lawas & Limbang).

Sam Laya = Setiausaha Politik, Pejabat Premier Sarawak.

Sukan

Balang Lasung = olahragawan rejam lembing Malaysia.

Ronny Harun = bekas pemain terbaik Negara ASEAN mewakili Malaysia dan harimau Melaya 2006.[7]

Agama

Racha Umong = mantan Presiden SIB Sarawak (pertama).

Bina Agong = Presiden BEM Sarawak.

Komuniti / Sosial

Dolphina Balang = presiden Persatuan Lun Bawang Sarawak.




Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^ab[1]
  2. ^Keat Gin, Ooi (2015-12-14).Brunei – History, Islam, Society and Contemporary Issues. Routledge.ISBN 9781317659983. Dicapai pada3 March 2017.
  3. ^Constitution of Malaysia (penyunting),Article 162 (7), dicapai pada25 September 2010
  4. ^Tom Harrison, penyunting (1 May 2023),https://www.jstor.org/stable/41491909Missing or empty|title= (bantuan)
  5. ^https://openresearch-repository.anu.edu.au/bitstream/1885/253352/1/PL-C78.59.pdf
  6. ^Charles Hose; William McDougall, penyunting (1912),The Pagan Tribes of Borneo, A Description of Their Physical Moral and Intellectual Condition,II, dicapai pada17 June 2008
  7. ^"Ronny dipilih antara penerima Anugerah Pemain Terbaik AFF".www.utusanborneo.com.my. 2017-08-15. Dicapai pada2025-01-28.
Kumpulan etnik diBrunei
Asal
Melayu
Lain-lain
Bukan asal
Ekspatriat
Malaysia
Bendera Malaysia
Bendera Malaysia
Semenanjung Malaysia
Sarawak
Sabah
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Lun_Bawang&oldid=6482621"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp