Linda Helmi | |
---|---|
Kelahiran | Norlinda binti Ahmad 1961 (1961) |
Meninggal dunia | 21 Jun 2016(2016-06-21) (umur 54–55) |
Sebab kematian | Komplikasi hati |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1981–2016 |
Anak-anak | 3 |
Linda Helmi (lahirNorlida Ahmad; 1961–21 Jun 2016) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia,[1][2] berasal dariKuala Kangsar,Perak.[3][4]
Beliau terkenal dengan watak antagonis sepanjang kerjayanya dan pernah memenangi trofi Pelakon Pembantu Terbaik (Wanita) diAnugerah Skrin 1996 menerusi dramaRibuan Mimpi-mimpi (1995).[3][5]
Kerjayanya mula berkembang apabila dramaSpektra yang dibintanginya menduduki penarafan tinggi dan disiarkan diRadio Televisyen Malaysia (RTM).[3] Namanya turut dikenali ramai menerusi drama bersiriPendekar, yang disiarkan selama tiga tahun berturut-turut di RTM. Sebagai penyanyi, beliau pernah merakamkan album bersama kumpulan The Rolling 60's pada tahun 1994.[3][6]
Beliau menghembuskan nafas terakhir diHospital Taiping, Perak, kira-kira jam 4.30 petang pada 21 Jun 2016 berikutan komplikasi hati pada usia 55 tahun. Allahyarham meninggalkan tiga orang anak serta empat cucu. Jenazahnya dibawa ke kediaman ibunya di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar dan disemadikan pada 22 Jun.[3][7]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1994 | Pendekar | TV1 | ||
1995 | Mimpi-Mimpi | |||
1996 | Ribuan | |||
2013 | Metro Skuad (Musim 2) | Isteri Prof. Zain | TV2 | Episod: "Jejak Di Beijing" |
2014 | Gerak Khas (Musim 14) | Episod: "Scam 419" |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1996 | Anugerah Skrin 1996 | Aktres Pembantu Terbaik | Dirinya sendiri | Menang |