Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Limau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Limau
Oren (kultivarCitrus × sinensis)
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Citrus

Spesies dankacukan

Spesies utama:
Citrus maximaLimau bali
Citrus medicaCitron
Citrus micranthaPapeda
Citrus reticulataLimau mandarin
Citrus Hystrix -Limau PurutKaffir


Kacukan utama:
Citrus × aurantiifoliaLimau nipis
Citrus × aurantiumOren pahit
Citrus × latifoliaLimau Parsi
Citrus × limonLemon
Citrus × limoniaRangpur
Citrus × paradisiLimau gedang
Citrus × sinensisOren
Citrus × tangerinaTangerin
Citrus × Suhuensis -Limau Manis
Lihat juga spesies dan kacukan laindi bawah

Sinonim

Eremocitrus
Microcitrus
dan rujuk teks

Limau (Jawi: لیماو) ataujeruk (Jawi: جروق) merupakan istilah am bagi serumpuntumbuhan berbunga dalamgenusCitrus keluargaRutaceae. GenusCitrus diyakini berasal dari kawasan benuaAsia meliputiAsia Timur,Asia Tenggara danAsia Selatan; hingga ke rantauOceania, terutamanyaAustralia,New Caledonia danNew Guinea.[1][2][3][4]. Tempat-tempat berikut inilah dipercayai sebagai tanah leluhur beberapa jenis limau komersial seperti oren, mandarin dan lemon. Pertanian buah limau diperluas sejak zaman purbakala; antara contoh terbaik ialahoren,lemon,limau gedang danlimau nipis.

Peristilahan

[sunting |sunting sumber]

Perkataanlimau dalam bahasa Melayu berasal daripadaakar Melayu-Polinesia Barat*limaw yang sama maksudnya, malah seasal denganlimo yang terdapat dalam bahasa-bahasaJawa,Bali danSasak dan juga lebih kurang sama maksudnya.[5] Boleh jadi bahawa perkataan "limau" berkongsi asal-usul dengannimbū dalambahasa Sanskrit yang bermaksud limau;limau dannimbū juga dihujahkan sebagai diserap ke dalambahasa Parsi (dalam bentukلیموlīmū),bahasa Arab (ليمونlaymūn),bahasa Portugis (lima,limão) danbahasa Inggeris (lemon,lime).[6]

Perkataanjeruk dipinjamkan daripada katabahasa Jawa:ꦗꦼꦫꦸꦏ꧀,translit. jeruk.[7]

Taksonomi

[sunting |sunting sumber]

Nama genusCitrus berasal daripadabahasa Latin yang dipakai kepada spesies tumbuhan yang digelarlimau mata kerbau (C. medica) atau sejenis pokok konifer (Thuja). Nampaknya ia ada pertalian dengan perkataanYunani Kuno iaitu κέδρος (kédros) yang bermaksudpokok araz. Ini mungkin berpunca daripada keseirasan bau daun dan buah limau dengan araz.[8]

Taksonomi dansistematik genus limau adalah rumit. Jumlah sebenar spesies semula jadinya tidak jelas kerana banyak spesies yang diberi nama ialahkacukan yang dibiakkan secara klon melalui benih (secaraapomiksis), malah terdapat bukti genetik bahawa sesetengah spesies biak baka tulen yang liar adalah berketurunan kacukan.[9]

Limau tani mungkin terbit daripada tiga hingga empat spesies leluhur. Kajian terbaru mendapati bahawa hanya tiga jenis buah limau asli yang wujud iaitulimau mata kerbau,limau bali danlimau mandarin, sementara semua jenis limau yang lain tercipta melaluipengacukan semula jadi mahupunbuatan.[10] Antara jenis kacukan semula jadi mahupun tanaman ialah buah-buahan yang bernilai komersial tinggi sepertioren,gedang,lemon,nipis,kesturi dan sesetengahtangerin.

Botani

[sunting |sunting sumber]
Hirisan pelbagai jenis buah limau.
Beberapa ulaslimau gedang.

Pokok

[sunting |sunting sumber]

Pokok limau terdapat dalam bentuk pokok renek besar ke pohon bersaiz kecil ke sederhana yang mencapai ketinggian 5–15 meter, dengan pucukberduri dan daun-daunmalar hijau bertepi sekata yang tersusun berselang-selang.

Bunganya tumbuh secara sekuntum-sekuntum ataupunberbulir-bulir kecil. Setiap kuntum bunganya berdiameter 2–4 sentimeter, berkelopak putih lima (jarang sekali empat) dengan banyakstamen. Bunga limau biasanya berbau kuat.

Buah

[sunting |sunting sumber]

Buah limau merupakanhesperidium, iaitu suatu beri khusus yang berbentuk globos (bola) atau memanjang (bujur), dengan kulit liat yang dipanggilperikarpa. Ukuran buah panjangnya 4–30 sm dengan garis pusat 4–20 sm. Lapisan perikarpa yang paling luar ialah "eksokarpa" yang dipanggilflavedo ataupun umum dikenali sebagaizest. Lapisan tengah perikarpa ialah mesokarpa yang terdiri daripada "albedo" yang putih dan mampung. Lapisan yang paling dalamnya ialah endokarpa. Isi buah limau terdiri daripada beberapa ulas, ruang setiap ulas mempunyailokul yang berisivesikel jus atau "pulpa". Di celah-celah ulas adalah "rerambut" seakan tali yang menjangkau dari endokarpa ke lokul untuk menyalurkan zat kepada buah.[11][12]

Buah limau terkenal dengan bau harumannya yang berpunca antara lainnya daripada bahanflavonoid danlimonoid (jenis-jenisterpena) yang terkandung dalam kulit, malah kebanyakannya berisi jus. Jus limau mengandungi banyak asid sitrik yang merupakan punca rasa pedarnya yang tersendiri. GenusCitrus tinggi nilai ekonominya kerana banyak spesiesnya yang ditanam untuk buahnya yang boleh dimakan bulat-bulat, diperahjusnya ataupun diawet dalammarmalad ataujeruk.

Limau ialah sumbervitamin C dan flavonoid yang bagus. Flavonoidnya ialah pelbagai jenisflavanon andflavon.[13]

Senarai jenis limau

[sunting |sunting sumber]

GenusCitrus berasal dari Asia Tenggara, Asia Timur, Asia Selatan dan Oceania. Sebelum dipertanikan oleh manusia, hanya terdapat beberapa spesiesnya, iaitu:

Kacukan dan kultivar

[sunting |sunting sumber]

Disusun mengikut keturunan. Setiap kacukan ialah hasil daripada (sekurang-kurangnya) dua spesies induk, maka ia tersenarai banyak kali.

AsasCitrus maxima

[sunting |sunting sumber]
  • Amanatsu, natsumikan –Citrus ×natsudaidai (C. maxima × unknown)
  • Cam sành – (C. reticulata ×C. ×sinensis)
  • Limau gedangCitrus ×paradisi (C. maxima ×C. ×sinensis)
  • Imperial lemon – (C. ×limon ×C. ×paradisi)
  • Kinnow – (C. ×nobilis ×C. ×deliciosa)
  • Kiyomi – (C. ×sinensis ×C. ×unshiu)
  • Lemon – (mungkinC. maxima ×C. medica)
  • Minneola tangelo – (C. reticulata ×C. ×paradisi)
  • Orangelo, Chironja – (C. ×paradisi ×C. ×sinensis)
  • Oroblanco, Sweetie – (C. maxima ×C. ×paradisi)
  • Oren (limau manis)Citrus ×sinensis (mungkinC. maxima ×C. reticulata)
  • TangeloCitrus ×tangelo (C. reticulata ×C. maxima orC. ×paradisi)
  • TangorCitrus ×nobilis (C. reticulata ×C. ×sinensis)
  • Ugli – (C. reticulata ×C. maxima orC. ×paradisi)

AsasCitrus medica

[sunting |sunting sumber]
  • Limau tangan BuddhaCitrus medica var.sarcodactylus, limau berjejari.
  • Jenis mata kerbau berpulpa masam – Diamante, Florentine, Yunani dan Balady
  • Jenis mata kerbau berpulpa manis – Corsica dan Maghribi
  • Etrog, serumpun kultivar mata kerbau yang digunakan untuk upacara Yahudi tradisional
  • FernandinaCitrus ×limonimedica (mungkin (C. medica ×C. maxima) ×C. medica)
  • Lemon Ponderosa – (mungkin (C. medica ×C. maxima) ×C. medica)
  • Lemon – (mungkinC. medica ×C. maxima)
  • Lumia - kacukan lemon berbentuk pear, (mungkinC. medica xC. limon)
  • Rhobs el Arsa – "roti kebun", kacukan mata kerbau dengan lemon asalMaghribi
  • Mata kerbau Yaman – mata kerbau sejati tanpa pulpa.

AsasCitrus reticulata

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^YuQiu Liu; Heying, Emily; Tanumihardjo, Sherry A. (2012)."History, Global Distribution, and Nutritional Importance of Citrus Fruits".Comprehensive Reviews in Food Science and Food Safety.11 (6).doi:10.1111/j.1541-4337.2012.00201.x.
  2. ^Gmitter, Frederick G.; Hu, Xulan (1990)."The possible role of Yunnan, China, in the origin of contemporaryCitrus species (Rutaceae)".Economic Botany.44 (2): 267–277.doi:10.1007/BF02860491.
  3. ^United Nations Conference on Trade and Development. Market Information in the Commodities Area: Citrus fruits[1]
  4. ^Scora, Rainer W. (1975)."On the History and Origin of Citrus".Bulletin of the Torrey Botanical Club.102 (6): 369–375.doi:10.2307/2484763.
  5. ^Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010)."*limaw — lime, citrus fruit".Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada19 Januari 2015.
  6. ^Blench, Roger (2008)."A history of fruits on the Southeast Asian mainland"(PDF).Occasional Paper 4: Linguistics, Archaeology and the Human Past. Cambridge, United Kingdom: Kay Williamson Educational Foundation: 115–137. Dicapai pada19 Januari 2015.
  7. ^Wilkinson, Richard James (1932)."jĕrok".A Malay-English dictionary (romanised).I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 468 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  8. ^Spiegel-Roy, Pinchas; Eliezer E. Goldschmidt (1996).Biology of Citrus. Cambridge University Press. m/s. 4.ISBN 978-0-521-33321-4.
  9. ^Nicolosiet al. (2000)
  10. ^Citron Cultivation, Production and Uses in the Mediterranean Region
  11. ^Citrus fruit diagram
  12. ^The Free Dictionary: "Lith"
  13. ^Nogata, Yoichi; Sakamoto, Koji; Shiratsuchi, Hiroyuki; Ishii, Toshinao; Yaho, Masamichi; Ohta, Hideaki (2006)."Flavonoid Composition of Fruit Tissues of Citrus Species".Bioscience, Biotechnology, and Biochemistry.7 (1): 178–192. Diarkibkan daripadayang asal pada 28 Mei 2007. Dicapai pada19 Januari 2015.
  14. ^abcGRIN."Species list in GRIN for genusCitrus".Taxonomy for Plants. National Germplasm Resources Laboratory,Beltsville, Maryland:USDA,ARS, National Genetic Resources Program. Dicapai padaJan 6, 2011.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Limau&oldid=5830768"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp