Jangan terkeliru dengan
Bakung.
Lilium ialah genustumbuhan herbaberbunga yang tumbuh daripada bebawang dengan bunga yang besar dan menonjol.Genus ini mempunyai 111 spesies.[3] Kebanyakan spesies genus ini tumbuh asli dihemisfera utara, spesies-spesies ini bertaburan di kawasanberiklim sederhana dan terbentang kekawasan subtropika.
Nama genusLilium diberikan oleh ahli botani berbangsa Sweden,Carl Linnaeus, daripadabahasa Latin. Nama ini berpunca daripada katabahasa Yunaniλείριονleírion.[4][5][6] Kata ini dipinjamkan daripadabahasa Qibti (dialek Fayyumi)hleri, daripada piawaihreri, daripadaDemotikhrry, daripadabahasa Mesirhrṛt "bunga".[perlu rujukan]
Spesies-spesies dalam genus initumbuhan saka mencapai tinggi 2–6 kaki (60–180 sentimeter). Pokok-pokok genus tersebut membentukbebawang bersisik dan tidak bertutup di bawah tanah, bebawang ini membantu pokok terus tumbuh dan berbunga dari satu musim percambahan ke musim percambahan yang berikutnya. Dalam sesetengah spesies yang tumbuh di Amerika Utara, bebawang ini menjadirimpang yang mana terdapat banyak bebawang kecil. Sesetengah spesies mengeluarkanbatang rayap. Kebanyakan bebawang tertanam dalam bawah tanah, tetapi beberapa spesies mengeluarkan bebawang berdekatan permukaan tanah.
Bunga daripada spesies dalam genus ini besar, berbau wangi dan datang dalam pelbagai warna termasuk putih, kuning, jingga, merah jambu, merah dan ungu. Bunga ini muncul dalamtandan ataupayung di hujung batang, dengan enamranggi yang mengembang berbentuk seperti corong. Ranggi-ranggi ini mempunyai tanda bintik dan coret.
Bebawang spesies dalam genusLilium mengandungikanji dan boleh dimakan sebagaisayur, tetapi bebawang sesetengah spesies mungkin ada rasa terlalu pahit.[7]
Bahagian-bahagian spesiesLilium yang disenaraikan rasmi sebagai bahan makanan di Taiwan ialah bunga dan bebawang spesiesLilium lancifolium,Lilium brownii var.viridulum,Lilium pumilum danLilium candidum.[8]
Bebawang bunga lilium kadang-kadang digunakan dalam masakan Jepun.[9]