Li Keqiang (pinyin:Lĭ Kèqiáng; 3 Julai 1955 – 27 Oktober 2023) merupakan ahli politik China yang berkhidmat sebagaiPremier Republik Rakyat China ke-7 dari 2013 hingga 2023.[2] Beliau juga merupakan anggota berpangkat kedua dalamJawatankuasa Tetap Politburo PKC, badan membuat keputusan tertinggide facto dari 2012 hingga 2022. Antara 2008 dan 2013 Li berkhidmat sebagaiNaib Premier bagi mantan PremierWen Jiabao.[3]
Perlantikan Li Keqiang sebagai Premier pada 15 Mac 2013 menyusul selepas pemilihanXi Jinping sebagai presiden sehari sebelumnya.[4] Setelah berkhidmat hampir 10 tahun, beliau digantikan olehLi Qiang sebagaiPremier Republik Rakyat China pada 11 Mac 2023.[5]
Li Keqiang dilahirkan diAnhui pada 3 Julai 1955. Beliau menjalankan kerjaya politiknya lebih banyak dalam bidang pendidikan, dan kepemudaan sehingga tahun 1998. Li Keqiang sebelumnya menjawat sebagai wakil perdana menteri China. Lahir di Dingyuan, Wilayah Anhui, dia memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1974 dan bergabung di Parti Komunis China pada Mei 1976.[6]
Li Keqiang yang berlatar pendidikan ekonomi mulai berkerjaya sebagai setiausaha parti pada tahun 1998 di Parti Komunis China Wilayah Henan dan pada 2002-2003 dia dipercayai sebagai setiausaha pada parti di wilayah yang sama.
Kerjaya politiknya terus meningkat sejak tahun 2008 bermula dari anggota Politburo, suruhanjaya pusat Parti Komunis China, sehingga Naib Premier China.
Li Keqiang yang juga memangku jawatan nombor dua dalam Parti Komunis China mengambil alih daripada Premier Wen Jiabao. Li Keqiang dipilih untuk masa jawatan selama 5 tahun, namun sebagaimana halnya dengan Wen Jiabao, ia dikatakan akan memangku tugas itu selama dua masa jawatan - iaitu 10 tahun.[7]
Antara ungkapannya yang diingati ialah kenyataan pada 2020 bahawa 600 juta penduduk China menerima upah kurang AS$140 sebulan, mencetuskan debat mengenai kemiskinan dan kesaksamaan gaji.[8]
Setelah hampir 10 tahun berkhidmat dan bakal bersara, beliau digantikan olehLi Qiang selakuPremier Republik Rakyat China yang baharu, selepas penggal kedua beliau dijadual tamat pada Mac 2023.
Pada 26 Oktober 2023, ketika sedang bercuti bersama keluarganya diShanghai, Li dikhabarkan mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Setelah beberapa percubaan resusitasi(CPR) gagal, Li disahkan meninggal dunia pada sekitar jam 12:10 tengah malam (waktu tempatan), awal Jumaat 27 Oktober 2023.[9] Upacarapembakaran mayat abu telah diadakan diBeijing pada 2 November 2023.[10]
Penduduk berkabung meninggalkan bunga berhampiran kediaman semasa zaman kanak-kanak Li diDaerah Luyang, Hefei.