Li (Cina:里,lǐ, atau市里,shìlǐ ) adalah unitjaraktradisional Cina. Ia mula dikembangkanMaharaja Kuning sekitar2600 SM sebelum ditetapkanMaharaja Yu dariDinasti Xia enam kurun kemudin.
Ukuran ini pada asalnya merujuk kepada jarak lebar sesebuahkampung, sepertimana yang diwakili aksaranya (menggabungkan田tián "sawah" dan土,tǔ "tanah" - yakni "tanah sawah"); namun ia lama kelamaan berubah mempunyai ukuran tersendiri kira-kira sepertigabatu Inggeris yang boleh dibahagikan kepada 1,500chi.
Unitli moden sekarang mempunyai panjang standard setengahkilometer (500meter atau 1,640kaki); malah nama kilometer dalambahasa Mandarin (公里,gongli, "li umum") disadur berdasarkan pemodenan ukuran ini semasa zamanChiang Kai-shek.
Zaman | Tempoh | Panjang mengikut ukuranSI |
---|---|---|
Dinasti Xia | 2100–1600 SM | 405 m |
Zhou Barat | 1045–771 SM | 358 m |
Zhou Timur | 770-250 SM | 416 m |
Dinasti Qin | 221–206 SM | 415.8 m |
Dinasti Han | 205 SM - 220 CE | 415.8 m |
Dinasti Tang | 618–907 Masihi | 323 m |
Dinasti Qing | 1644–1911 Masihi | 537-645 m |
PemerintahanKuomintang di China dan kemudiannya Taiwan | 1911–1984 | 500–545 m |
PemerintahanKomunis di Tanah Besar | 1984 – sekarang | 500 m |