Lexus UX (Jepun:レクサス・UX,Hepburn:Rekusasu UX) merupakan sebuahSUV crossover subkompak mewah yang dikeluarkan olehLexus, bahagian mewah bagi syarikatToyota. Pada Mac 2018, Lexus UX telah diperkenalkan diGeneva Motor Show sebagai model crossover paling kecil dalam barisan kereta Lexus di bawah modelNX.Toyota Corolla siri E120 berkongsi platform yang sama denganya, iaitu platform GA-C.[9] Nama "UX" bermaksud "Urban Explorer".[4]
Model UX200 mempunyai enjin l4M20A-FKS 2.0 liter bersama penghantaranCVTDirect Shift dan mempunyai konfigurasi pacuan roda hadapan (FWD) sahaja.[10][11]
Model UX250h (dijual sebagai 260h di China) mempunyai enjin l4M20A-FXS 2.0 liter bersama dengan penghantaran eCVT. Terdapat konfigurasi pacuan roda hadapan (FWD) dan sistem pacuan semua roda (AWD)E-Four Toyota.[12][13] Sistem hibridnya menggunakan bateri logam-nikel hidrida 1.4kWh.[14]
Pada 2019, di Guangzhou International Automobile Exhibition, Lexus memperkenalkan UX300e. UX300e merupakan kereta bateri elektrik pertama mereka. Jarak elektrik yang didakwa ialah 400 km (249 bt)[15] bagi ujian kitaran NEDC atau 299 km (186 bt)[16] bagi ujian kitaran WLTP test cycle. Jenis bateri yang digunakan ialah ion litium dengan output 54.3 kWh.[15]
Model UX telah ditayangkan buat pertama kalinya di Kuala Lumpur international Motor Show 2018.[18] Model tersebut telah dilancarkan pada tahun 2020 dengan harga bermula daripada RM 243,888[19] Hanya model UX200 yang dijual; trim yang ditawarkan ialah Urban, Luxury dan F Sport, namun varian UX250h akan mula dijual bermula model tahun 2023.[20] Kesemua varian mempunyai enjinM20A-FKS 2.0 liter bersamaCVTDirect Shift.[19]
Model UX telah dilancarkan pada tahun 2020. Model UX 200, UX 250h dan UX 200 F Sport yang dijual. Lexus Indonesia turut menjual model UX 300e, yang buat penampilan pertamanya diAsia Tengara.[22]