Setakat tahun 2025, Lewis Hamilton telah memenangi rekod bersama tujuh gelaran Kejohanan Pemandu Dunia (diikat dengan Michael Schumacher), dan memegang rekod untuk kemenangan terbanyak (105), petak pertama (104), dan penamat podium (197), antara yang lain.
Hamilton dilahirkan di Stevenage, Hertfordshire.[2] Pada bulan Disember 1985, pada usia sepuluh tahun, beliau berjumpa dengan ketua pasukan McLaren,Ron Dennis, pada majlis Anugerah Autosport dan memberitahunya, "Saya ingin berlumba untuk kamu satu hari ... saya mahu berlumba bersama McLaren." Kurang dari tiga tahun kemudian, McLaren dan Mercedes-Benz menandatangani Hamilton untuk menyertai Program Sokongan Pemandu Muda mereka. Selepas memenangi kejuaraanBritish Formula Renault,Formula Three Euroseries, danGP2 Series, beliau memandu untuk McLaren pada tahun2007.
Hamilton sering dilabel sebagai "pemandu kulit hitam yang pertama dalam Formula Satu",[2] walaupunWilly T. Ribbs pernah menguji sebuah kereta F1 pada tahun 1986.[6] Beliau juga merupakan pemandu warisan kulit hitam yang pertama untuk memenangi sebuah perlumbaan utama diIndianapolis Motor Speedway dalam mana-mana kelas.
Pada musim pertamanya dalam Formula Satu, Hamilton menetapkan banyak rekod dan mendapat tempat kedua dalam Kejuaraan Dunia pada tahun 2007, hanya satu mata di belakangKimi Räikkönen. Hamilton memenangi kejuaraan tersebut pada musim berikutnya.[7]
Sebelum musim ini bermula, ia telah diumumkan bahawa Hamilton akan menjadi rakan sepasukan kepada Juara Dunia bertahan,Fernando Alonso, yang telah menyertaiMcLaren selepas meninggalkanRenault. Pada penampilan sulungnya diGrand Prix Australia, beliau mendapat tempat ketiga, dan menjadi pemandu ketiga belas untuk menamatkan perlumbaan di podium pada penampilan sulung mereka dalam F1 (tidak termasuk mereka yang bertanding dalam Kejuaraan Dunia pertama).[8] DiBahrain danBarcelona, Hamilton mendapat tempat kedua, di belakangFelipe Massa, dan Hamilton mendahului kejuaraan pemandu selepas perlumbaan ini.[9] Ini bermakna bahawa Hamilton telah memecahkan rekodBruce McLaren sebagai pemandu termuda untuk mendahului kejuaraan pemandu dunia.[10]
Hamilton mendapat tempat kedua, di belakang Alonso diMonaco, dan selepas itu beliau merasakan yang beliau telah dihalang daripada berlumba dengan rakan pasukannya. Hamilton mendapatpetak pertama dan memenangi perlumbaan pertamanya dalam F1 diGrand Prix Kanada diMontreal.[11] Seminggu kemudian, Hamilton memenangiGrand Prix Amerika Syarikat, dan menjadi pemandu Britain yang pertama sejakJohn Watson pada tahun1983 untuk memenangi sebuah perlumbaan F1 di Amerika Syarikat,[12] dan hanya merupakan orang kedua, selepasJacques Villeneuve, untuk memenangi lebih daripada satu perlumbaan pada tahun pertama mereka dalam Formula Satu.
Setelah mendapat tempat ketiga diMagny-Cours di belakang pemanduFerrari,Kimi Räikkönen danFelipe Massa, Hamilton kekal sebagai pendahulu dalam Kejuaraan Pemandu dengan kelebihan 14 mata.[13] Pada perlumbaan tuan rumah Hamilton diSilverstone, beliau mendapat tempat ketiga.[14] Setelah mendapat podium ini, beliau menyamai rekod dari tahun1963 kepunyaanJim Clark, dengan mendapat 9 podium berturut-turut untuk seorang pemandu British.
Pada pusingan kelayakan untukGrand Prix Eropah, Hamilton terbabas di selekoh Schumacher selepas mengalami masalah dengan nat roda yang disebabkan oleh pistol udara yang digunakan pada kereta. Beliau telah dibawa ke pusat perubatan dilitar, setelah diusung dan dipakaikan topeng oksigen, tetapi masih sedar.[15] Beliau tidak menamatkan pusingan kelayakan, dan masa yang telah ditetapkan olehnya telah diatasi oleh kesemua pelumba pada pusingan kelayakan bahagian ketiga, oleh itu beliau mendapat tempat kesepuluh.[16] Selepas pemeriksaan perubatan terakhir yang dilakukan pada pagi Ahad, Hamilton dibenarkan berlumba.[17] Dalam perlumbaan yang dilanda hujan lebat, Hamilton terbabas dan terperangkap di batu kerikil, dan menyebabkan perlumbaan dihentikan buat sementara waktu, tetapi enjinnya terus berjalan dan keretanya diangkat semula menggunakan kren. Beliau kembali ke litar dan dapat menyertai semula perlumbaan selepas rehat. Beliau akhirnya mendapat tempat kesembilan, dan ia merupakan kali pertama di mana beliau gagal mendapat podium dan mata.[18] Hamilton menjadi satu-satunya pelumba di mana keretanya diletakkan semula di litar dengan menggunakan kren, dan ini menyebabkan FIA mengharamkan penggunaan bantuan mekanikal untuk meletakkan semula kereta di litar.[19]
Hamilton memenangiGrand Prix Hungary setelah bermula dari petak pertama, dalam sesi kelayakan yang dilanda kontroversi. Alonso telah menetapkan masa terpantas, tetapi telah diturunkan lima-petak, dan memulakan perlumbaan di tempat keenam kerana menghalang Hamilton di lorong pit.[20] Selepas perlumbaan, Hamilton mengisytiharkan bahawa beliau telah memulihkan hubunganya dengan Alonso.[21] DiGrand Prix Turki, tayar kereta Hamilton mengalami pancit, dan beliau mendapat tempat kelima dalam perlumbaan.[22]
Alonso menewaskan Hamilton diItali danGrand Prix Belgium, dan meninggalkan Hamilton dengan kelebihan dua mata sahaja dalam kejuaraan. Bagaimanapun, beliau meningkatkan kelebihan dua mata tersebut kepada 12 mata selepas memenangiGrand Prix Jepun dalam keadaan hujan lebat, selepas Alonso terbabas. Berikutan perlumbaan tersebut, Hamilton telah disiasat oleh steward perlumbaan kerana penglibatannya dalam kejadian di belakang kereta keselamatan, yang menyaksikan kedua-duaSebastian Vettel danMark Webber berlanggar semasa berada di belakang Hamilton. Walau bagaimanapun, tiada tindakan dikenakan terhadap Hamilton untukGrand Prix China.[23]
Walaupun mendapatkan petak pertama diChina, keadaan bagaimanapun berubah pada hari perlumbaan. McLaren membiarkan Hamilton menggunakan satu set tayar untuk jangka masa yang lama, walaupun diberikan nasihat daripadaBridgestone, dan menyebabkan beliau terperangkap di batu kerikil ketika memasuki pit. Hamilton memasuki perlumbaan terakhir dengan kelebihan empat dan tujuh mata di hadapan Alonso dan Räikkönen masing-masing.[24]
DiGrand Prix Brazil, Hamilton gagal menamatkan perlumbaan di kedudukan untuk memenangi kejuaraan, dengan mendapat tempat ketujuh. Pada pusingan pertama, Hamilton dipintas oleh beberapa pelumba dan kemudiannya berada di tempat kelapan. Hamilton kemudiannya berada tempat ketujuh, dan ia adalah cukup baginya untuk memenangi kejuaraan tahun tersebut sebelum Massa bertukar tempat dengan Räikkönen, untuk membenarkan Räikkönen memenangi kejuaraan tersebut.[25][26][27] Hamilton menjadi naib-juara Kejuaraan Pemandu Dunia Formula Satu yang termuda, iaitu pada umur 22 tahun dan 288 hari. Sebelum Hamilton, rekod ini dipegang oleh Kimi Räikkönen pada umur 23 tahun dan 360 hari. Pada tahun 2009, rekod ini dipecahkan olehSebastian Vettel, pada umur 22 tahun dan 122 hari apabila beliau menamatkan musim sebagai naib-juara pada musim tersebut.
Pada 21 Oktober 2007, ia telah mengumumkan bahawaFIA sedang menyiasat pasukanBMW Sauber danWilliams atas sebab ketaknalaran bahan api. Pemandu BMW mendapat tempat kelima dan keenam, dan jika mereka dikecualikan, Hamilton akan dinaikkan ke tempat kelima dan akan memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia 2007 dengan kelebihan satu mata di hadapan Räikkönen. Akhirnya, tiada penalti diberikan kepada mana-mana pasukan, walaupun McLaren secara rasmi merayu ke atas keputusan ini.[28] Hamilton kemudiannya memberitahuBBC bahawa beliau tidak mahu memenangi gelaran F1 melalui pengecualian pemandu lain.[29]
Hubungan Hamilton dengan ketua pasukan McLaren,Ron Dennis, bermula pada tahun 1995,[30] dan petunjuk pertama yang Hamilton tidak berpuas hati dengan McLaren berlaku selepas beliau mendapat tempat kedua diMonaco pada tahun 2007. Selepas komen yang diberikan oleh Hamilton selepas perlumbaan, yang mencadangkan beliau telah memainkan peranan sokongan, FIA telah memulakan siasatan untuk menentukan sama ada McLaren melanggar peraturan dalam perintah pasukan.[31] McLaren menafikan yang mereka memihak kepada juara dunia dua kali,Fernando Alonso, dan FIA kemudiannya membuktikan kewajaran pasukan, dengan menyatakan: "McLaren dapat melaksanakan strategi pasukan optimum kerana mereka mempunyai kelebihan besar ke atas semua kereta lain. Mereka tidak melakukan apa-apa yang boleh dianggap sebagai campur tangan dengan keputusan perlumbaan".[31]
Ketegangan dalam pasukan muncul semula diGrand Prix Hungary 2007. Semasa sesi kelayakan bahagian ketiga untuk perlumbaan, Hamilton dilengahkan di pit oleh Alonso dan ini menyebabkan Hamilton gagal menetapkan masa pusingan terakhirnya sebelum sesi tersebut berakhir. McLaren menegaskan bahawa Hamilton telah mengingkari arahan awal untuk membenarkan Alonso memintasnya pada pusingan kelayakan, kerana takut kehilangan kedudukannya sendiri.[32] Alonso diturunkan ke tempat keenam pada petak permulaan, dan Hamilton (pada asalnya layak di tempat kedua) dinaikkan ke tempat pertama, manakala mata kejuaraan pengeluar McLaren ditolak. Hamilton berkata beliau berpendapat bahawa penalti Alonso adalah "agak ringan" dan hanya menyesal atas kehilangan mata pengeluar.[33] Hamilton dilaporkan telah menyumpah Dennis di radio pasukan berikutan kejadian itu.[34][35]
Berikutan siasatan steward untuk kejadian diGrand Prix Jepun 2007, Alonso menyatakan: "Saya tidak berfikir tentang kejuaraan ini lagi, keputusan telah pun dibuat di luar litar". Taklimat pemandu tidak mempunyai sebarang tujuan. Anda pergi ke sana untuk mendengar apa yangCharlie Whiting dan pegawai-pegawai lain bercakap. Dua puluh satu pemandu, Charlie dan pegawai-pegawai lain mempunyai pendapat, dan ia seperti bercakap dengan dinding".[36]
Persaingan antara Hamilton dan rakan sepasukan, Alonso, membawa kepada spekulasi bahawa salah satu daripada mereka akan meninggalkan McLaren pada akhir musim 2007[37][38][39] dan Alonso dan McLaren menamatkan kontrak mereka dengan persetujuan bersama pada 2 November 2007.[40]
Hamilton memenangi perlumbaan pembuka tirai musim2008 diMelbourne.
Pada 14 Disember 2007, ia telah disahkan bahawaHeikki Kovalainen yang memandu untukRenault pada tahun 2007 akan memandu kereta kedua untukMcLaren-Mercedes untuk musim 2008, bersama Hamilton.[41] Pada bulan Januari 2008, Hamilton menandatangani kontrak lima-tahun bersama McLaren-Mercedes sehingga akhir musim 2012.[42]
Hamilton memenangi perlumbaan pembuka tirai musim 2008, diGrand Prix Australia, selepas memulakan perlumbaan dari petak pertama.[43] DiMalaysia, beliau mendapat tempat kelima selepas bermula di tempat kesembilan, setelah diberikan penalti kerana menghalang Nick Heidfeld pada pusingan kelayakan.[44][45] Beliau mendapat podium diSepanyol selepas mendapat tempat ketiga.[46] Hamilton mendapat tempat kedua diTurki,[47] dan memenangiGrand Prix Monaco. Hamilton mendahului kejuaraan selepas memenangi perlumbaan ini.[48] DiMontreal, Hamilton merempuh ke belakang Räikkönen di lorong pit, dan kedua-dua mereka terpaksa bersara dan Hamilton telah diberikan penalti 10-petak kedudukan untuk perlumbaan seterusnya diPerancis.[49][50] Walaupun melakukan kesilapan pada pusingan kelayakan, yang menyaksikan beliau di tempat keempat, Hamilton memenangiGrand Prix British dalam keadaan hujan. Prestasi beliau telah dinyatakan sebagai salah satu yang terbaik setakat ini.[51] Hamilton sendiri berkata dalam persidangan akhbar selepas perlumbaan bahawa ia adalah kemenangan yang paling sukar dan paling bermakna baginya.[52] Pada perlumbaan seterusnya diHockenheim, Hamilton menang walaupun pasukan melakukan kesilapan taktikal.[53]
Hamilton diberikan penalti diGrand Prix Belgium 2008 kerana memintasKimi Räikkönen setelah memotong selekoh sebelumnya. Steward perlumbaan berkata beliau mendapat lebihan yang tidak adil, dan penalti tersebut menyebabkan beliau jatuh dari tempat pertama ke tempat ketiga.
Hamilton memenangiGrand Prix Belgium, bagaimanapun beliau kemudiannya dikatakan telah mendapat kelebihan yang tidak adil dengan memotong selekoh apabila beliau menggunakan jalan di sebelah kiri untuk mengelakkan dirinya daripada berlanggar denganKimi Räikkönen.[54] McLaren berkata telemetri mereka menunjukkan Hamilton telah memperlahankan keretanya untuk membiarkan Räikkönen memintasnya[55] tetapi Hamilton telah diberikan penalti masa 25 saat, sekali gus menjatuhkan beliau ke tempat ketiga. Dengan ini, pesaing utama Hamilton untuk gelaran, Massa, diberikan kemenangan. Kelebihan Hamilton dalam kejuaraan pemandu telah dirapatkan kepada dua mata, dan rayuan yang telah dibuat oleh McLaren kepadaMajlis Sukan Permotoran Sedunia FIA telah ditolak atas alasan kes tersebut tidak boleh diterima.[56]
DiGrand Prix Hamilton, Hamilton mendapat tempat ketujuh. Keputusan ini mengurangkan kelebihan Hamilton dalam kejuaraan kepada satu mata.[57] Hamilton mendapat tempat ketiga pada perlumbaan seterusnya diSingapura, manakala Massa gagal mendapat sebarang mata, dan Hamilton berada tujuh mata di hadapan Massa selepas perlumbaan ini.[58] DiFuji, Hamilton diberikan penalti pandu-lalu kerana memaksa pemandu lain ke kawasan luar litar apabila beliau membuat kesilapan ini pada pusingan pertama. Sebelum sempat menjalani hukumnya, beliau dilanggar oleh Massa selepas pemandu Ferrari tersebut melakukan kesilapan dengan berlanggar dengan Hamilton. Massa kemudiannya diberikan penalti pandu-lalu atas kejadian tersebut. Hamilton akhirnya mendapat ke-12, bagaimanapun Massa mendapat tempat ketujuh selepas diberi satu mata tambahan selepas penalti diberikan kepada pemanduToro Rosso,Sébastien Bourdais.[59] Ini bermakna dengan baki dua perlumbaan, Hamilton mendahului kejuaraan Dunia dengan lima mata di hadapan Massa. DiGrand Prix China, Hamilton menang di hadapan Felipe Massa dan Kimi Räikkönen, dan mempunyai kelebihan 7 mata dalam Kejuaraan Dunia ke perlumbaan penutup tirai musim ini. Selepas perlumbaan, Hamilton berkata, "Bagi kesemua hujung minggu, Tuhan berada di pihak kami seperti biasa, dan pasukan melakukan kerja yang luar biasa dalam menyediakan kereta, yang telah menjadi sebuah impian untuk dipandu."[60]
Hamilton dan pasukannya meraikan kemenangan kejuaraannya.
DiGrand Prix Brazil, Hamilton perlu menamatkan perlumbaan sekurang-kurangnya di tempat kelima jika Massa memenangi perlumbaan tersebut untuk memenangi Kejuaraan Dunia. Hamilton menjadi Juara Dunia Formula Satu yang paling muda selepas beliau merampas kejuaraan tersebut di selekoh yang terakhir. Pada selekoh terakhir, Hamilton memintas pemanduToyota,Timo Glock, untuk tempat kelima selepas Glock bergelut dengan tayar cuaca keringnya. Hamilton memenangi kejuaraan dengan kelebihan satu mata, manakala Massa memenangi perlumbaan tersebut.[61][62] Ini bermakna bahawa Hamilton memenangi Kejuaraan Dunia Pemandu Formula Satu 2008, dan menjadi pemandu yang termuda untuk memenangi gelaran tersebut. Dengan ini, beliau menjadi pemandu kulit hitam pertama yang pertama untuk memenangi kejuaraan tersebut.[63] Beliau juga merupakan pemandu pertama British yang pertama untuk memenangi Kejuaraan Dunia sejakDamon Hill, yang menang pada tahun1996.[64]
Penderaan perkauman
Pada 4 Februari 2008, Hamilton telah didera secara lisan pada ujian pra-musim diCircuit de Catalunya di Catalonia oleh beberapa penonton Sepanyol yang memakai cat muka berwarna hitam dan rambut palsu, serta baju yang mengandungi perkataan "keluarga Hamilton [sic]".[65] Hamilton menjadi amat tidak popular di Sepanyol kerana persaingan dengan pelumba Sepanyol dan bekas rakan sepasukannya,Fernando Alonso.FIA telah memberi amaran kepada pihak berkuasa Sepanyol tentang pengulangan tingkah laku tersebut.[66] Dalam reaksi terhadap tingkah laku ini, FIA mengumumkan pada 13 Februari 2008 bahawa mereka akan melancarkan kempenRace Against Racism (Menentang Isu Perkauman).[67]
Tidak lama sebelum Grand Prix Brazil 2008, sebuah laman web yang dimiliki oleh cawangan Sepanyol yang berpusat di New York, iaitu agensi pengiklanan TBWA dan dinamakan "pinchalaruedadeHamilton" (pancitkan tayar Hamilton) telah dipaparkan dalam media British. Laman web ini mengandungi imej animasiInterlagos yang membolehkan pengguna untuk meletakkan paku di litar supaya kereta Hamilton akan memandu di atasnya. Beribu-ribu komen yang ditinggalkan sejak tahun 2007, termasuk beberapa penghinaan kaum.[68] Bekas rakan sepasukan, Fernando Alonso, mengutuk penyokong yang bersifat perkauman.[69]
Hamilton memulakanmusim 2009 diAustralia dari tempat ke-18 selepas McLaren mengantikan kotak gear keretanya selepas pusingan kelayakan.[70] Hamilton mendapat manfaat daripada sebuah kemalangan yang berlaku di antara pemanduRed Bull, Vettel, dan pemanduBMW, Kubica, untuk berganjak ke tempat keempat pada saat akhir perlumbaan. Beliau kemudiannya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga selepasJarno Trulli telah dihukum kerana memintas Hamilton di bawah keadaan kereta keselamatan. Semasa pendengaran steward selepas perlumbaan, Hamilton dan pegawai McLaren memberitahu kepada steward bahawa mereka tidak sengaja membenarkan Trulli memotong Hamilton, namun perhubungan komunikasi radio McLaren tidak mengatakan demikian.[71] Hamilton kemudiannya disingkirkan daripada perlumbaan tersebut kerana memberikan "bukti yang mengelirukan" semasa pendengaran steward.[72] Beliau kemudiannya memohon maaf kepada pengarah perlumbaanFIA,Charlie Whiting, kerana berbohong kepada steward.[73]
Hamilton mendapat beberapa mata diMalaysia,China danBahrain. Nasib Hamilton berubah diHungaroring, iaitu pada perlumbaan kesepuluh musim ini di mana beliau menang, 11.529 saat di hadapan Räikkönen untuk memenangi perlumbaan kesepuluh dalam kerjayanya, dan yang pertama bagi sebuah kereta yang dilengkapi oleh sistem KERS.[74] Hamilton meneruskan prestasi ini diValencia selepas beliau mendapat tempat kedua pada perlumbaan tersebut.[75] DiGrand Prix Singapura, Hamilton memenangi perlumbaan keduanya pada musim ini.[76] Beliau mendapat tempat ketiga diJepun danBrazil. Ketika mendahului perlumbaan diAbu Dhabi, beliau mengalami masalah brek belakang pada pusingan ke-20 dan terpaksa bersara. Ia merupakan kali pertama bahawa Hamilton bersara disebabkan oleh masalah teknikal dalam Formula Satu.[perlu rujukan]
Hamilton mendapat tempat ketiga diBahrain.[78] DiAustralia, Hamilton mendapat tempat keenam, selepas berlanggar denganMark Webber.[79] DiMalaysia, strategi tayar cuaca hujan yang salah pada pusingan kelayakan menyebabkan beliau bermula di tempat ke-20. Namun begitu, Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat keenam.
Hamilton memenangi perlumbaan keduanya berturut-turut diKanada., di hadapan rakan sepasukan,Jenson Button.
Hamilton mendapat tempat kedua diChina, di belakang Jenson Button. Ini merupakan keputusan 1-2 yang pertama bagi McLaren sejakGrand Prix Itali 2007. Hamilton terlibat dalam sebuah insiden di lorong pit dengan pemanduRed Bull,Sebastian Vettel. Mereka berdua menerima teguran daripada steward perlumbaan. DiMonaco, Hamilton mendapat tempat kelima. DiGrand Prix Turki, Hamilton memenangi perlumbaan pertamanya pada musim ini, dengan Button mendapat tempat kedua. Hamilton bermula di petak pertamaGrand Prix Kanada. Selepas menetapkan masa pusingan kelayakannya, Hamilton menerima arahan daripada pasukannya untuk memberhentikan keretanya di litar disebabkan keretanya tidak mempunyai bahan api yang secukupnya untuk diberikan kepada FIA sebagai sampel. Hamilton kemudiannya menerima teguran, manakala pasukannya menerima denda $10,000.[80] Namun begitu, Hamilton memenangi perlumbaan tersebut dan mendahului Kejuaraan Pemandu Dunia, dan sekaligus mendapat keputusan 1-2 McLaren yang ketiga pada musim ini. DiValencia, Hamilton mendapat tempat kedua, meskipun menerima penalti pandu-lalu.[81]
Pada perlumbaan tuan rumahnya diSilverstone, beliau Hamilton mendapat tempat kedua dan kemudiannya mendapat tempat keempat diGrand Prix Jerman. DiSpa-Francorchamps, Hamilton memenangi perlumbaan ketiganya pada musim ini. DiGrand Prix Jepun, Hamilton mendapat tempat kelima. DiKorea Selatan, Hamilton mendapat tempat kedua, manakala diBrazil, beliau mendapat tempat keempat. Pada perlumbaan penutup tirai diAbu Dhabi, Hamilton mendapat tempat kedua, di belakang Vettel, yang memecahkan rekod Hamilton sebagai Juara Dunia Formula Satu yang paling muda.
Hamilton memulakan musim ini dengan mendapat tempat kedua pada pusingan kelayakan dan perlumbaan diGrand Prix Australia.[82] DiGrand Prix Malaysia, beliau bermula di tempat kedua, namun menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.[83] Namun, Hamilton menerima penalti masa 20 saat selepas perlumbaan kerana menghalang pemandu lain dengan berbahaya, dan menyebabkan beliau jatuh ke tempat kelapan.[84] Hamilton memenangi perlumbaan pertamanya pada musim ini diChina.[85] Beliau kemudiannya mendapat tempat keempat diTurki,[86] dan kedua diSepanyol.[87]
Hamilton bersara diGrand Prix Kanada selepas berlanggar dengan rakan sepasukan, Button
Pada pusingan kelayakan diMonaco, beliau mendapat tempat kesepuluh selepas bendera merah dikeluarkan pada sesi kelayakan bahagian ketiga sebelum beliau sempat menetapkan masa yang kompetitif akibat kemalangan dashyatSergio Pérez. Pada perlumbaan tersebut, Hamilton menerima penalti pandu-lalu pit selepas berlanggar dengan Massa. Kemudiannya, Alguersuari terhempas ke belakang kereta Hamilton, dan menyebabkan sayap belakangnya patah; serta bendera merah dikeluarkan selepas Petrov mengalami kemalangan pada masa yang sama, dan ia membolehkan mekanik McLaren membaiki kereta Hamilton. Selepas perlumbaan dimulakan semula, beliau berlanggar dengan Maldonado, dan menyebabkan Hamilton diberikan penalti masa 20 saat, namun ia tidak menjejaskan keputusannya.[88]
DiGrand Prix Kanada, Hamilton berlanggar dengan Webber pada selekoh pertama sebelum menyertai perlumbaan semula di belakang Button. Selepas beberapa pusingan kemudian, Hamilton cuba untuk mengambil kesempatan ke atas kesilapan yang dilakukan oleh Button. Namun, ketika Hamilton cuba memintas Button, mereka berdua berlanggar dan menyebabkan Hamilton bersara.[89] DiValencia danSilverstone, Hamilton mendapat tempat keempat.[90][91] DiGrand Prix Jerman, Hamilton memenangi perlumbaan keduanya pada musim ini, dan menepis cabaran daripada Webber dan Alonso.[92] DiHungary danItali, Hamilton sekali lagi mendapat tempat keempat.[93][94]
DiGrand Prix Singapura, Hamilton berlanggar dengan Felipe Massa, dan menyebabkan Hamilton memerlukan sayap depan yang baru dan dikenakan penalti pandu lalu pit.[95] Massa menuduh Hamilton dengan mengatakan, "dia tidak berupaya untuk menggunakan otaknya," semasa temu duga selepas perlumbaan. Semasa mereka berdua ditemu bual, Massa memegang bahu Hamilton dan berkata, "Kamu beraksi dengan baik, tahniah", dan Hamilton menyuruh pelumba Brazil itu untuk meninggalkannya bersendirian.[96] SebelumGrand Prix Jepun, Hamilton menegaskan bahawa beliau tidak melakukan apa-apa kesilapan pada musim ini.[97] Semasa berlumba, tayar kereta Hamilton pancit, sebelum berlanggar dengan Massa sekali lagi; dan walaupun Ferrari mahukan Hamilton dihukum, Hamilton hanya diberikan teguran dan menamatkan perlumbaan di tempat kelima.[98] Hamilton kemudiannya memberitahu Massa untuk "menjadi matang".[99]
DiKorea, Hamilton mendapat petak pertama, dan menamatkan penguasaanRed Bull, yang mendapat 16 petak pertama berturut-turut pada musim ini.[100] Beliau mendahului perlumbaan hanya sehingga ke selekoh keempat pada pusingan pertama, di mana Juara Dunia,Sebastian Vettel memintasnya dan memenangi perlumbaan, dan Hamilton mendapat tempat kedua.[101] DiIndia, Hamilton mencatatkan masa kedua terpantas pada pusingan kelayakan, tetapi diberikan penalti tiga-petak kedudukan, selepas melanggar peraturan bendera kuning pada sesi latihan bebas pada hari Jumaat.[102][103] Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh selepas terlibat dalam satu lagi insiden dengan Massa, yang menyebabkan pemandu Brazil tersebut mendapat penalti dan Hamilton terpaksa menggantikan sayap depan.[104] DiAbu Dhabi, Hamilton bermula di tempat kedua dan memenangi perlumbaan tersebut.[105] DiBrazil, Hamilton dan Massa menamatkan pertelingkahan mereka, selepas beliau bersara daripada perlumbaan dan mendapat tempat kelima dalam kejuaraan pemandu tahun tersebut.[106][107]
Hamilton kekal bersama McLaren bagimusim 2012.[108] Hamilton mendapat petak pertama diGrand Prix Australia, namun menamatkan perlumbaan di tempat ketiga selepas dipintas oleh Button pada awal perlumbaan, dan oleh Vettel selepas memasuki pit sebelum kereta keselamatan berada di litar.[109] Hamilton sekali lagi mendapat petak pertama diGrand Prix Malaysia, namun beliau telah dipintas oleh Fernando Alonso danSergio Pérez, lalu mendapat tempat ketiga. Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat ketiga berturut-turut diGrand Prix China, denganNico Rosberg dan Button mendapat tempat pertama dan kedua masing-masing. Hamilton bermula di tempat kedua diGrand Prix Bahrain, tetapi beliau hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat kelapan selepas perhentian pitnya tidak berjalan dengan lancar. Hamilton sekali lagi mendapat petak pertama diGrand Prix Sepanyol, namun bermula di tempat terakhir selepas beliau tidak menggunakan jumlah bahan api yang secukupnya untuk kembali ke pit selepas pusingan kelayakan tersebut.[110] Beliau kemudiannya menamatkan perlumbaan tersebut di tempat kelapan, di hadapan Button yang bermula di tempat kesepuluh.
Hamilton memenangi perlumbaan pertamanya pada musim ini diGrand Prix Kanada. Hamilton memenangi Grand Prix tersebut sebanyak tiga kali. Beliau memenangi Grand Prix ini selepas memintas Fernando Alonso pada saat-saat akhir perlumbaan.[111][112]
Hamilton memenangi perlumbaan keduanya pada musim iniGrand Prix Hungary pada 29 Julai.[113] Hamilton terpaksa bersara diGrand Prix Belgium selepas dilanggar olehRomain Grosjean di selekoh pertama. Ini menyebabkan Grosjean diberikan digantung satu perlumbaan kerana menyebabkan kemalangan tersebut. Hamilton melantun kembali diGrand Prix Itali setelah mendapat petak pertama dan memenangi perlumbaan tersebut.[114] Hamilton mendapat petak pertama sekali lagi diGrand Prix Singapura, namun mengalami masalah kotak gear ketika mendahului perlumbaan. Beliau juga bersara diGrand Prix Abu Dhabi ketika mendahului perlumbaan, sebelum menang diGrand Prix Amerika Syarikat diAustin.[115] Hamilton menamatkan musim ini dengan mendapat satu lagi petak pertama diGrand Prix Brazil, namun bersara selepas dilanggar olehNico Hülkenberg ketika mendahului perlumbaan.
Pada 28 September 2012, ia telah diumumkan bahawa Hamilton akan meninggalkan McLaren selepas musim 2012 berakhir untuk menyertai pasukanMercedes untuk musim 2013 dan seterusnya, dan akan menjadi rakan sepasukan Nico Rosberg selepas menandatangani kontrak tiga tahun bersama pasukan tersebut.[116][117]
Pada perlumbaan pertamanya untuk Mercedes, diGrand Prix Australia, Hamilton mendapat tempat ketiga pada pusingan kelayakan dan menamatkan perlumbaan di tempat kelima. Hamilton mendapat tempat ketiga diGrand Prix Malaysia, dan mendapat podium pertamanya untuk pasukan baharunya itu, namun Nico Rosberg dihalang daripada memintas Hamilton atas arahan pasukan. Pada perlumbaan berikutnya diGrand Prix China, Hamilton mendapat petak pertamanya yang sulung untuk Mercedes, namun sekali lagi menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
DiMonaco, selepas dikalahkan oleh rakan sepasukan, Rosberg, pada pusingan kelayakan buat tiga kali berturut-turut, Hamilton mengaku yang beliau bergelut dengan keretanya ketika membrek.[118]
† Tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan. ‡ Separuh mata diberikan kerana melengkapkan 75% jarak perlumbaan. * Musim sedang dijalankan.
^Hamilton adalah penyandang juara dunia pemandu yang pertama yang menolak untuk berlumba dengan menggunakan No. 1, memutuskan untuk kekal dengan menggunakan nombor lamanya, iaitu No. 44, mulai dari musim 2014.[4] Dia memandu dengan menggunakan nombor 1 di bahagian hidung keretanya dalam sesi latihan bebas untukGrand PrixAbu Dhabi 2018 dan2019 selepas memenangi Kejuaraan Dunia kelima dan keenam masing-masing, tetapi secara rasmi masih berlumba dengan menggunakan nombor 44, dan nombor itu masih muncul pada penutup enjin.[5]
^abHamilton, Lewis (2007).Lewis Hamilton: My Story.HarperSport. m/s. 33.ISBN978-0-00-727005-7.Ralat petik: Tag<ref> tidak sah, nama "Hamilton" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
^abcKelso, Paul (20 April 2007)."Profile: Lewis Hamilton".The Guardian. London.Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2013. Dicapai pada26 June 2008.Ralat petik: Tag<ref> tidak sah, nama "Kelso" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
^Garside, Kevin (2 November 2008)."Lewis Hamilton keeps cool to become youngest ever world champion in rainy Brazil".The Daily Telegraph. London. Diarkibkan daripada [http://www.telegraph.co.uk/sport/motorsport/formulaone/lewishamilton/3367873/Lewis-Hamilton-crowned-youngest-world-champion-at-Brazil-Grand-Prix-Formula-One.html yang asal] Check|url= value (bantuan) pada 2010-09-02. Dicapai pada28 Mei 2013.line feed character in|url= at position 15 (bantuan)
^Cooper, Adam; Noble, Jonathan (10 April 2009)."Hamilton meminta maaf kepada Whiting".autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada11 April 2009.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^Hamilton, Maurice (23 Ogos 2009)."Lewis Hamilton menang di Singapura".The Guardian. London: Guardian News and Media Limited. Dicapai pada27 Ogos 2010.
Worrall, Frank (2016).Lewis Hamilton: Triple World Champion: The Biography (ed. paperback). London: John Blake Publishing Ltd. m/s. 388.ISBN978-1-7860-6033-4.