* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
Lev Ivanovich Yashin (Rusia:Лев Ива́нович Я́шин, 22 Oktober 1929 - 20 Mac 1990), gelaran diberiThe Black Spider (Labah-labah hitam) atauThe Black Panther ialah seorang penjaga gol Russia-Soviet, dianggap sebagai penjaga gol paling disegani di dalam sejarah permainan bola sepak[1]. Beliau terkenal dengan sifat kesukanan yang tinggi, kebal menjaga pintu gol serta tindakan refleksi yang cepat apabila menangkap bola[2].
Yashin mewakili pasukan kebangsaan dalam empat kejohananPiala Dunia FIFA pada tahun 1958 sehingga tahun 1970. Pada tahun 2002, beliau telah dipilih sebagai salah seorang pemain dalam pasukan pilihan FIFA yang terdiri daripada pemain-pemain yang terkenal sepanjang sejarah penganjuran Piala Dunia. Beliau juga dipilih sebagai pemain dalam pasukan pilihan abad ke-20. Sepanjang karier beliau, beliau menyelamatkan lebih daripada 150 sepakan penalti dan tidak bolos lebih dari 270 kali. Yashin juga pernah memenangi pingat emas dalam sukan Olimpik musim panas dalam acara bola sepak sertaKejohanan Bola Sepak Eropah 1960[3]. Pada tahun 1963, beliau telah dinamakan sebagaipemain bola sepak Eropah tahunan, di mana beliau merupakan satu-satunya penjaga gol yang menerima anugerah ini[2]. Beliau juga telah dipilih sebagai penjaga gol terbaik abad ke-20 olehIFFHS[4].
Yashin dilahirkan diMoscow. Keluarganya bekerja sebagai pekerja buruh. Semasa beliau berumur 12 tahun, beliau terpaksa menjadi pekerja buruh gara-gara tercetusnyaPerang Dunia Kedua dan beliau dihantar ke kilang tentera di Moscow, dan di sana beliau telah didedahkan dengan permainan bola sepak.
Semasa beliau bermain bola sepak ketika bekerja sebagai pekerja buruh di kilang tentera di Moscow, beliau telah diperhatikan oleh wakil dari kelabDynamo Moscow dan mengajak beliau untuk menyertai pasukan belia kelab itu. Penampilan sulung Yashin ialah pada tahun 1950 semasa perlawanan persahabatan, di mana pada ketika itu beliau melakukan banyak kesilapan, antaranya gol hasil dari sepakan penjaga gol lawan. Beliau tidak disenaraikan untuk perlawanan bola sepak di peringkat senior sehingga tahun 1953, namun begitu beliau tetap bersama kelab Dynamo dan sentiasa mencuba untuk disenaraikan dalam pasukan senior. Yashin juga pernah menjadi penjaga gol untuk pasukan hoki ais Dynamo Moscow dalam tahun-tahun awal semasa beliau cuba untuk disenaraikan dalam pasukan senior. Beliau berjaya memenangi Piala Hoki Ais USSR pada tahun 1953.
Yashin hanya menghabiskan karier bola sepak beliau bersama kelab Dynamo Moscow, pada tahun 1950 sehingga tahun 1970, pernah memenangi kejohanan bola sepak USSR sebanyak 5 kali danPiala USSR sebanyak 3 kali.Alexei Khomich, seorang penjaga golSoviet merupakan mentor kepada Yashin.
Pada tahun 1954, Yashin telah dipanggil untuk menyertai pasukan bola sepak USSR dan mengumpul 74 kap[5]. Bersama pasukan kebangsaan, beliau memenangi sukan Olimpik musim panas pada tahun 1956 danKejohanan Bola Sepak Eropah 1960. DalamPiala Dunia FIFA 1958 diSweden, Yashin menunjukkan prestasi cemerlang apabila membantu pasukan Soviet Union mara ke suku akhir. Di dalam perlawanan peringkat kumpulan menentang pasukanBrazil, walaupun pasukan Soviet tewas 2-0 tetapi prestasi cemerlang Yashin mengelakkan pasukannya dari dibolosi sebanyak mungkin[6]. Beliau telah dipilih sebagai salah seorang pemain dalam pasukan bintang FIFA dalam Piala Dunia tersebut. Pada tahun 1962, walaupun beliau mengalami kecederaan pada otak sebanyak 2 kali semasa kejohananPiala Dunia FIFA 1962, beliau sekali lagi mengetuai pasukannya mara ke peringkat suku akhir, sebelum tewas kepada pasukan tuan rumahChile[7]. Kejohanan itu menyaksikan Yashin membuat kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku. Dalam perlawanan menentang pasukanColombia, semasa pasukan Soviet Union mendahului dengan jaringan 4-1, beliau dibolosi dengan jaringan mudah, antaranya ialah jaringan terus dari sepakan penjuru yang diambil olehMarcos Coll (satu-satunya gol yang datang hasil dari sepakan terus dari sepakan penjuru dalam sejarah penganjuran Piala Dunia FIFA). Perlawanan tersebut berakhir dengan jaringan seri 4-4, membuatkan media dari Perancis, l'Equipe meramalkan bahawa ini merupakan penamat karier Yashin[8]. Namun begitu, beliau kembali memenangiBallon d'Or dalam tahun berikutnya dan mengetuai pasukan Soviet dalamPiala Dunia FIFA 1966, menunjukkan prestasi cemerlang dan mengakhiri kejohanan itu dengan mendapat tempat keempat. DalamPiala Dunia FIFA 1970 pula, pada awalnya beliau hanya memberi kata-kata semangat kepada rakan pasukannya, namun begitu beliau turut menyertai rakan pasukannya berjuang dalam kejohanan ini dan dipilih sebagai penjaga gol ketiga serta pembantu jurulatih. Pasukan Soviet sekali lagi mara ke peringkat suku akhir dan Yashin diberi kredit atas 4 perlawanan tidak dibolosi gol daripada 12 perlawanan yang beliau sertai sepanjang kejohanan tersebut.
Salah satu daripada perlawanan hasil dari prestasi cemerlang Yashin ialah pada tahun 1963, semasa perlawanan menyambut ulangtahun ke-100Persatuan Bola Sepak England, beliau mewakili Pasukan Pilihan Dunia XI menentang pasukanEngland diStadium Wembley. Dalam perlawanan tersebut, beliau banyak menyelamatkan bola dari dimasuk ke dalam pintu gol dan kebanyakkan daripada aksi beliau dianggap mustahil untuk dilakukan. Beliau diberi gelaranBlack Spider (labah-labah hitam) kerana beliau selalunya memakai jersi serba hitam dan seolah-olah beliau mempunyai 8 tangan seperti labah-labah untuk menyelamatkan bola dari dimasuk ke dalam pintu gol. Pada tahun 1971, beliau bermain dalam perlawanan terakhir beliau untuk kelab Dynamo Moscow.
Yashin merupakan satu-satunya penjaga gol yang memenangi pemain bola sepak terbaik Eropah tahunan, di mana beliau merangkulnya pada tahun 1963[2]. Beliau juga menyelamatkan 151 sepakan penalti, jauh lebih banyak daripada mana-mana penjaga gol dalam sejarah dan tidak dibolosi sebanyak lebih 270 perlawanan[3][9]. Apabila ditanya apakah rahsia disebalik prestasi cemerlang sebagai seorang penjaga gol, beliau meberitahu bahawa rahsianya adalahto have a smoke to calm your nerves, then toss back a strong drink to tone your muscles[9].
Disebabkan penglibatan beliau serta perkhidmatan kepada rakyat dan negara, beliau telah dianugerahkanOrder of Lenin pada tahun 1967, anugerah tertinggi USSR[2]. Selepas beliau bersara dari bola sepak, Yashin menghabiskan lebih kurang 20 tahun dalam banyak jawatan pentadbiran di Dynamo Moscow. Sebuah tugu Lev Yashin telah dibina diStadium Dynamo di Moscow[9].
Pada tahun 1986, semasa beliau diBudapest, beliau telah dijangkiti denganthrombophlebitis, menyebabkan Yashin terpaksa menjalani pembedahan memotong salah satu daripada kakinya[9].
Beliau meninggal dunia pada tahun 1990 akibat kanser perut[9].
Ruy Castro (2005).Garrincha - The Triumph and Tragedy of Brazil’s Forgotten Footballing Hero. Yellow Jersey Press, London.ISBN0-224-06433-9. (Original Title in Portuguese:Estrela Solitária (Lonely Star))