Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Lesotho

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kerajaan Lesotho
'Muso oa Lesotho (Sesotho)
Bendera Lesotho
Jata Lesotho
BenderaJata
Cogan kata"Khotso, Pula, Nala" (Sotho)
"Keamanan, Hujan, Kemakmuran"
Lagu kebangsaanLesotho Fatše La Bontata Rona
Lokasi  Lesotho  (biru gelap) – di Afrika  (biru cair & kelabu gelap) – di Kesatuan Afrika  (biru cair)
Lokasi Lesotho  (biru gelap)

– diAfrika  (biru cair & kelabu gelap)
– diKesatuan Afrika  (biru cair)

Lokasi Lesotho
Ibu negara
dan bandar terbesar
Maseru
29°28′S27°56′T / 29.467°S 27.933°T /-29.467; 27.933
Bahasa rasmi
Kumpulan etnik
  • 99.7% Sotho
  • 0.3% Orang Afrika lain
KerajaanRaja berperlembagaan berpalimen unitari
• Raja
Letsie III
Moeketsi Majoro
• Timbalan Perdana Menteri
Monyane Moleleki
• Speaker Perhimpunan
Ntlhoi Motsamai
Badan perundanganParlimen
Senat
Perhimpunan Kebangsaan
Kemerdekaan
• daripada United Kingdom
4 Oktober 1966
Keluasan
• Jumlah
30,355 km2 (11,720 bt2) (ke-137)
• Perairan (%)
0.0032%
Populasi
• Perkiraan 2021
2,281,454[1][2] (ke-144)
• Bancian Penduduk 2004
2,031,348
68.1/km2 (176.4/sq mi) (ke-138)
KDNK (PPP)2017
• Jumlah
$7.448 bilion[3]
$3,868[3]
KDNK (nominal)2017
•  Jumlah
$2.721 bilion[3]
$1,413[3]
Gini (2015)54.2[4]
tinggi · ke-17
HDI (2018)0.518[5]
rendah · ke-164
Mata wangLoti Lesotho (LSL),Rand Afrika Selatan (ZAR)
Zon waktuUTC+2 (Waktu Piawai Afrika Selatan)
Arah memandukiri
Kod panggilan+266
Kod ISO 3166LS
DPT internet.ls

Lesotho ([le.su.tu]; nama rasmiKerajaan Lesotho;Sotho:'Muso oa Lesotho) ialah sebuahnegara di selatanAfrika yang terletak di tengah-tengah dan dikelilingi olehAfrika Selatan. Lesotho secara kasarnya bererti "tanah penutur bahasa Sotho".[6]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Sejarah Lesotho

Sejarah Lesotho moden bermula pada 1822 apabila kaumBasotho mengangkatMoshoeshoe I sebagai Raja Basuto pada tahun itu. Seterusnya, puak Moshoeshoe terlibat dalam zamanMfecane, suatu zaman peperangan antara puak-puak selatan Afrika akibat perkembanganKerajaan Zulu pada awal abad ke-19. Mulai 1856 hingga 1868, puak Moshoeshoe mula terlibat dalam pertempuran denganNegara Bebas Oranye milik Belanda dalamPerang Negara Bebas-Basotho, menyebabkan baginda memohon perlindungan daripada pihak British.[7] Hal ini menyebabkan Basotho dijadikan sebagainegeri naungan British pada 12 Mac 1868.[8] Moshoeshoe mangkat pada 11 Mac 1870 lalu memulakan zaman pemerintahan penjajah di Lesotho.

Pada 3 November, Basotho diilhakkan ke dalamKoloni Cape, tetapi pemerintahan ini tidak mendapat kepuasan golongan Basotho lalu menyebabkan terjadinyaPerang Senjata Basuto pada 1880.[9][10] Pada 1884, pihak Basotho memperolehperkenan diraja British, menjadikan Basotho sebagaitanah jajahan mahkota dengan namaBasutoland, seterusnya mengeluarkan Basotho daripada pemerintahan Koloni Cape.[7] Basutoland mendapat kemerdekaan daripada British pada 4 Oktober 1966.[11]

Geografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Geografi Lesotho

Lesotho mencakup luas sebesar 30,355 km2. Negara ini merupakan satu-satunya negara merdeka yang sepenuhnya terletak di atas ketinggian 1,000 meter. Titik terendahnya ialah 1,400 m, dan lebih daripada 80% kawasan Lesotho terletak di ketinggian melebihi 1,800 m. Lesotho juga merupakan negara terkurung daratan terbesar di dunia dan dikelilingi sepenuhnya oleh Afrika Selatan.

Oleh kerana ketinggiannya, Lesotho lebih dingin sepanjang tahun daripada kawasan lain pada latitud yang sama.Maseru dan dataran rendah sekitarnya sering mencapai 30°C pada musim panas. Musim sejuk lazim membuat suhu dataran rendah turun mencecah -7 °C, manakala suhu di kawasan daratan tinggi boleh mencapai -20 °C pada waktu tertentu. Salji biasa turun di dataran tinggi antara bulan Mei dan September; puncak yang lebih tinggi boleh mengalami hujan salji sepanjang tahun.

Politik

[sunting |sunting sumber]

Lesotho ialah sebuah negara raja berperlembagaan, denganRaja Lesotho sebagai ketua negara, dan raja terkini ialahLetsie III. Meskipun begitu, Raja Lesotho tidak memiliki sebarang kuasa politik yang ketara, dan lazimnya hanya bertindak sebagai perlambangan simbolik negara. Tambahan pula, Raja Lesotho dihalang daripada melakukan sebarang tindakan politik. Seterusnya,Perdana Menteri ialah ketua kerajaan Lesotho.

Sistem legislatif Lesotho terdiri daripada dua buah dewan,Senat sebagai dewan atasan danPerhimpunan Kebangsaan sebagai dewan bawahan. Senat terdiri daripada 33 kerusi dengan 22 kerusi diambil oleh ketua-ketua puak secara kewarisan, dan selebihnya diambil oleh ahli lantikan Raja.

Peta daerah-daerah Lesotho.

Pembahagian pentadbiran

[sunting |sunting sumber]

Lesotho dibagi secara administratif kepada 10 buah derah, masing-masing diketuai oleh seorang pemerintah daerah. Daerah-daerah ini dibahagikan lagi menjadi 80 buah kawasan.

Pertahanan

[sunting |sunting sumber]

Keselamatan dalaman dan luaran Lesotho adalah tanggungjawab Suruhanjaya Pertahanan yang dibentuk dan ditakrifkan oleh Fasal 145 dalamperlembagaan negara. Perdana Menteri ialah pengerus secara rasmi (ex officio), dan terdapat enam anggota Suruhanjaya Pertahanan yang lain, iaitu Komandan dan Wakil KomandanPasukan Pertahanan Lesotho, Pesuruhjaya dan Pembantu Komisioner Perkhidmatan Polis Berkuda Lesotho, dan Pengarah dan Wakil Pengarah Perkhidmatan Keselamatan Negara Lesotho. Suruhanjaya Pertahanan mempunyai kuasa untuk secara mengarahkan pasukan pertahanan secara strategi, polisi, dan penjara, tetapi bukan khidmat pertahanan, yang hanya ditanggungjawabkan kepada pihak pemerintah. Suruhanjaya Pertahanan mempunyai kuasa untuk melantik serta membuang kakitangan kanan pasukan pertahanan, polis, dan penjara, tetapi bukan pengarah dan wakil pengarah khidmat pertahanan yang dilantik oleh Perdana Menteri secara peribadi.[12]

Demografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Demografi Lesotho

Berdasarkan maklumat PBB, Lesotho mempunyai jumlah penduduk sebanyak 2,108,328 orang. 25% penduduk Lesotho ialah penduduk bandar dan 75% lagi duduk di luar bandar. Tambahan pula, peningkatan tahunan jumlah penduduk bandar dianggarkan sebanyak 3.5%. Kepadatan penduduk lebih rendah di dataran tinggi daripada di kawasan dataran rendah barat. Walaupun majoriti penduduk (60.2%) berumur antara 15 dengan 64 tahun, Lesotho mempunyai populasi belia yang besar dengan peratusan sekitar 34.8%.[13] Lesotho secara asasnya ialah sebuahnegara bangsa yang dihuni kaum Basotho (99.7% penduduk).Bahasa Sotho (SeSotho) ialah bahasa rasmi negara.

Agama Kristian menjadi agama utama hampir kesemua penduduk Lesotho dengan jumlah penganut melebihi 95% populasi negara.[14] AliranProtestan dianuti kira-kira 50% penduduk negara manakala hampir 40% penduduk pula menuruti aliranGereja Katolik. Golongan bukan Kristian mewakili 1.5% penduduk dan 3.5% lagi diisytihar sebagai tidak beragama.[15]

Dalam aspek kesihatan, Lesotho memiliki kadar penghidapHIV/AIDS sebanyak 23.6% setakat 2018, nilai kedua tertinggi dunia selepasEswatini.[16] Selain itu, Lesotho juga memiliki kesbatuk kering tertinggi dunia.[17]

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Ekonomi Lesotho

Lesotho ialah sebuah negara berpendapatan rendah serta diiktiraf sebagai "kurang membangun" oleh Bank Dunia.[18][19] 58% penduduk negara berada di bawah garis kemiskinan kebangsaan (2002/3).[20] Ekonomi Lesotho banyak bergantung kepada bidang pertanian, penternakan, perlombongan dan penghasilan. Selain itu, penduduk negara juga banyak bergantung terhadap kiriman wang daripada warga Lesotho di luar negara.[21] Dikelilingi oleh Afrika Selatan, ekonomi Lesotho disepadukan bersama-sama ekonomi negara itu.

Mata wang rasmi negara ialahloti (LSL), tetapi boleh digunakan bersama-samarand Afrika Selatan.

Prasarana

[sunting |sunting sumber]
Bangunan pentadbiranUniversiti Kebangsaan Lesotho.

Pendidikan

[sunting |sunting sumber]

Lesotho secara perundangan tidak menetapkan sebarang kewajipan pendidkan formal dalam kalangan rakyat, tetapi pemerintah giat dalam menawarkan pendidikan rendah percuma kepada rakyat negara.[22] Secara purata, pemerintah Lesotho menghabiskan kira-kira 12% KDNK dalam sektor pendidikan.[23] Lesotho memiliki kadar celik huruf yang tinggi dalam kalangan negara Afrika dengan peratusan sebanyak 85% (wanita) dan 68% (lelaki).[24]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"World Population Prospects 2022". Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Divisyen Populasi. Dicapai pada17 Julai 2022.
  2. ^"World Population Prospects 2022: Demographic indicators by region, subregion and country, annually for 1950-2100"(XSLX) ("Total Population, as of 1 July (thousands)"). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Divisyen Populasi. Dicapai pada17 Julai 2022.
  3. ^abcd"Lesotho". Tabung Kewangan Antarabangsa.
  4. ^"GINI index". Bank Dunia.Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2016. Dicapai pada31 Mac 2016.
  5. ^"Human Development Report 2019" (dalam bahasa Inggeris).UNDP. 10 December 2019. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2020-04-30. Dicapai pada10 December 2019.
  6. ^Nicole Itano (2007).No Place Left to Bury the Dead. Simon and Schuster. m/s. 314.ISBN 978-0-7432-7095-3.
  7. ^abRoberts-Wray, Sir Kenneth (1966).Commonwealth and Colonial Law. London: F.A. Praeger. m/s. 830.
  8. ^Tylden, G. (1950).The Rise of the Basuto. Juta. m/s. 107.
  9. ^Sam Romaya; Alison Brown (April 1999). "City profile: Maseru, Lesotho".Cities.16 (2): 123–133.doi:10.1016/S0264-2751(98)00046-8.
  10. ^James S. Olson, Robert S. Shadle (ed.) (1996).Historical Dictionary of the British Empire. Greenwood Press. m/s. 118.ISBN 0-313-27917-9.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  11. ^Karen Tranberg Hansen, Mariken Vaa (2004).Reconsidering Informality: Perspectives from Urban Africa. Nordic African Institute. m/s. 180.ISBN 91-7106-518-0.
  12. ^Lihat Fasal 145Perlembagaan Lesotho.Diarkibkan 3 Mac 2016 diWayback Machine.
  13. ^"Lesotho".The World Factbook. Dicapai pada15 Mei 2007.
  14. ^"Table: Christian Population as Percentages of Total Population by Country". Pew Research Center.Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mei 2017. Dicapai pada21 April 2018.
  15. ^"Lesotho: Demographic and Health Survey, 2014"(PDF). Ministry of Health. m/s. 38. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 25 Disember 2016. Dicapai pada21 April 2018.
  16. ^"Prevalence of HIV, total (% of population ages 15-49) - Lesotho | Data".data.worldbank.org. Dicapai pada2020-07-14.
  17. ^"Incidence of tuberculosis (per 100,000 people) | Data".data.worldbank.org. Dicapai pada2020-07-14.
  18. ^"World Economic Outlook Database, April 2019".IMF.org.Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada29 September 2019.
  19. ^"Bank Dunia Country and Lending Groups".datahelpdesk.worldbank.org.Bank Dunia. Dicapai pada29 September 2019.
  20. ^"LESOTHO Sharing Growth by Reducing Inequality and Vulnerability: A Poverty, Gender, and Social Assessment"(PDF).Bank Dunia.
  21. ^"Bank Dunia Lesotho: Country Brief". Diarkibkan daripadayang asal pada 2014-03-31. Dicapai pada2012-03-03.
  22. ^"Lesotho Ministry of Education and Training – Basic Education". Education.gov.ls. 5 Oktober 2005. Diarkibkan daripadayang asal pada 20 Julai 2010. Dicapai pada4 Julai 2010.
  23. ^"Unesco Institute for Statistics: Date Centre". 14 September 2007.Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2011. Dicapai pada28 Februari 2011.
  24. ^"Lesotho".UNESCO (dalam bahasa Inggeris). 2014-11-04. Dicapai pada2019-05-18.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
  • Kategori berkaitanLesotho di Wikimedia Commons
Afrika Utara

Algeria ·Mesir1 ·Libya ·Mauritania ·Maghribi ·Sudan ·Tunisia ·Sahara Barat2

Afrika Barat

Benin ·Burkina Faso ·Cape Verde ·Gambia ·Ghana ·Guinea ·Guinea-Bissau ·Ivory Coast ·Liberia ·Mali ·Mauritania ·Niger ·Nigeria ·Senegal ·Sierra Leone ·Togo

Afrika Tengah

Angola ·Burundi ·Cameroon ·Chad ·Guinea Khatulistiwa ·Gabon ·Republik Afrika Tengah ·Republik Demokratik Congo ·Republik Congo ·Rwanda ·Sao Tome dan Principe

Afrika Timur

Burundi ·Comoros ·Djibouti ·Eritrea ·Habsyah ·Kenya ·Madagascar ·Malawi ·Mauritius ·Mozambique ·Rwanda ·Seychelles ·Somalia ·Sudan Selatan ·Tanzania ·Uganda ·Zambia ·Zimbabwe

Selatan Afrika

Botswana ·Lesotho ·Namibia ·Republik Afrika Selatan ·Swaziland

Wilayah tanggungan dan negara tidak diiktirafWilayah tanggungan diAfrika :

Wilayah Lautan Hindi British,St. Helena3(United Kingdom) ·Kepulauan Canary,Ceuta,Melilla(Sepanyol) ·Madeira(Portugal) ·Mayotte,Réunion(Perancis) ·Socotra (Yemen)
Negara yang tidak diiktiraf :Puntland ·Somaliland ·Republik Demokratik Arab Sahrawi

1Sebahagiannya di benuaAsia. 2 Status tidak dapat ditentukan. 3 Termasuk jajahan taklukPulau Ascension danTristan da Cunha.
Negara berdaulat
(anggota)
Wilayah
tanggungan
anggota
Australia
New Zealand
United Kingdom
Antarabangsa
Kebangsaan
Geografi
Seniman
Tokoh
Lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Lesotho&oldid=5385867"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp