Leo Moggie | |
|---|---|
| Pengerusi Tenaga Nasional Berhad | |
| Dalam jawatan 12 April 2004 – 11 Mac 2020 | |
| Didahului oleh | Ahmad Tajuddin Ali |
| Digantikan oleh | Ahmad Badri Mohd Zahir |
| Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia | |
| Dalam jawatan 1995–2004 | |
| Didahului oleh | Samy Vellu |
| Digantikan oleh | Lim Keng Yaik |
| Menteri Kerja Raya | |
| Dalam jawatan 1989–1995 | |
| Didahului oleh | Samy Vellu |
| Digantikan oleh | Samy Vellu |
| Menteri Tenaga, Telekom dan Pos | |
| Dalam jawatan 1978–1989 | |
| Didahului oleh | V. Manickavasagam |
| Digantikan oleh | Samy Vellu |
| AhliParlimen Malaysia bagiKanowit,Sarawak | |
| Dalam jawatan 1978–2004 | |
| Didahului oleh | Joseph Unting Umang |
| Digantikan oleh | Aaron Ago Dagang |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Leo Moggie Irok (1941-10-01)1 Oktober 1941 (umur 84) Kanowit,Tanah Jajahan Mahkota Sarawak,Empayar British (kiniSarawak,Malaysia) |
| Parti politik | SNAP;PBDS |
| Pasangan | Puan Sri Elizabeth Moggie |
Yang BerbahagiaTan Sri Datuk AmarDr.Leo Moggie Irok (lahir 1 Oktober 1941) ialah seorang ahli politik Malaysia dari negeri Sarawak dan mantan presidenParti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) diMalaysia. PBDS adalah parti serpihanParti Kebangsaan Sarawak (SNAP) berikutan krisis 1983. Beliau ialah bekas PengerusiTenaga Nasional Berhad dari 2004 hingga 2020.[1][2]
Beliau dilahirkan pada 1 Oktober 1941 diKanowit,Sarawak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tanjung Lobang, Miri dan Sekolah St Joseph Kuching sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Latihan Perguruan Batu Lintang, Miri.
Seterusnya beliau mendapat kelulusan Sarjana dalam bidang sejarah daripada Universiti Otago pada tahun 1965 dan Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Pennsylvania.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pembantu Pegawai Daerah dalam perkhidmatanKerajaan Negeri Sarawak dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pegawai DaerahKapit. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Borneo Berhad (1973); Pengurus Besar (1974) sebelum meletakkan jawatan untuk terlibat sepenuhnya dalam bidang politik.
Kerjaya politiknya bermula apabila bertanding dan menang kawasan parlimenKanowit, negeriSarawak 1974 hingga 2004. Beliau bertanding atas tiket partiPBDS-Barisan Nasional. Pada tahun 1978, beliau dilantik memegang portfolio Menteri Tenaga, Telekom dan Pos Malaysia. Beliau meneruskan perkhidmatannya sebagai Menteri Kabinet dibawah pimpinanMahathir Mohamad danAbdullah Ahmad Badawi.
Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun

Beliau menerima Doktor Kehormat Undang-undang dari Universiti Otago, New Zealand pada tahun 2000 dan Kehormat Doktor Sains dariUniversiti Multimedia, Malaysia pada tahun 2003.
| Jawatan perniagaan | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Awang Adek Hussin | Pengerusi Tenaga Nasional Berhad 12 April 2004 – 11 Mac 2020 | Diikuti oleh: Ahmad Badri Mohd Zahir |