Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Lemon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lemon
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. limon
Nama binomial
Citrus limon
Pengeluaran buah lemon and limau nipis pada 2012
Sinonim[1]
Senarai
  • Citrus ×aurantium subsp.bergamia(Risso & Poit.) Engl.
  • Citrusaurantium subsp.bergamia(Risso) Wight & Arn.
  • Citrusaurantium var.bergamia(Risso) Brandis
  • Citrus ×aurantium var.mellarosa(Risso) Engl.
  • Citrus ×bergamiaRisso & Poit.
  • Citrus ×bergamia subsp.mellarosa(Risso) D.Rivera & al.
  • Citrus ×bergamotaRaf.
  • Citrus ×limodulcisD.Rivera, Obón & F.Méndez
  • Citrus ×limonelloidesHayata
  • Citrus ×limoniaOsbeck
  • Citrus ×limonia var.digitataRisso
  • Citrus ×limonumRisso
  • Citrusmedica var.limonL.
  • Citrusmedica f.limon(L.) M.Hiroe
  • Citrusmedica f.limon(L.) Hiroë
  • Citrusmedica subsp.limonia(Risso) Hook. f.
  • Citrus ×medica var.limonum(Risso) Brandis
  • Citrus ×medica subsp.limonum(Risso) Engl.
  • Citrusmedica var.limonum(Risso) Brandis
  • Citrus ×mellarosaRisso
  • Citrus ×meyeriYu.Tanaka
  • Citrus ×vulgarisFerrarius ex Mill.
  • Limon ×vulgarisFerrarius ex Miller

Lemon (Jawi: ليمون , nama botani:Citrus limon) ialah pokok kecil dalam keluargaRutaceae yangmalar hijau dan juga mengeluarkan sejenis buahlimau bujur yang berwarna kuning dan tebal kulitnya serta masam rasanya. Ia berasal dari Asia, paling utamanya diAssam barat lautIndia, utaraMyanmar atau China.[2]

Buahnya diperah untuk mendapatkanjus yang istimewa dan bahan penting dalammakanan,minuman dan perubatan.[2] Isi dan kulitnya juga digunakan dalammasakan dan tujuan lain. Jus lemon mempunyai 5% hingga 6%asid sitrik denganpH 2.2 yang menyebabkan rasanya masam.

Etimologi

[sunting |sunting sumber]

Perkataan lemon diserap daripadabahasa Perancis Kunolimon daripadabahasa Italilimone daripadabahasa Arabليمونlaymūn ataulīmūn berasal daripada katabahasa Parsiلیموlīmū.[3] Kata bahasa Parsi ini seasal dengan katanimbū dalambahasa Sanskrit yang boleh jadi diserap daripada katabahasa Melayu "limau"[4] daripadaakar Melayu-Polinesia Barat*limaw yang sama maksudnya.[5]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Asal tepat dari lemon masih misteri, walaupun dianggap secara meluas bahawa lemon pertama tumbuh diIndia, utaraBurma danChina.[2][6][7] Di Asia Tenggara dan Selatan, ia dikenali kerana sifat antiseptik dan digunakan sebagai penawar untuk pelbagai racun. Lemon masuk ke Eropah (di dekat Itali selatan) paling lambat pada abad ke-1 Masihi, pada masa Rom Kuno. Namun, tidak banyak yang ditanam. Lemon kemudian diperkenalkan keParsi dan kemudian keIraq danMesir sekitar tahun 700 Masihi.[2]

Lemon pertama kali tercatat dalam kesusasteraan dalam risalah Arab abad ke-10 mengenai pertanian, dan juga digunakan sebagai tanaman hias di kebun Islam awal. Ia diedarkan secara meluas di seluruh dunia Arab dan wilayah Mediterranean antara 1000 dan 1150 M. Asal genetik lemon bagaimanapin, dilaporkan merupakan hibrid antaraoren pahit dansitron.

Penanaman lemon besar pertama di Eropah bermula diGenoa pada pertengahan abad ke-15. Buah lemon kemudian diperkenalkan ke Amerika tahun 1493 ketikaChristopher Columbus membawa biji lemon keHispaniola sepanjang perjalanan itu. PenaklukanEmpayar Sepanyol di seluruh Dunia Baru membantu menyebarkan biji lemon yang ditanam dan digunakan sebagai perhiasan dan ubat. Pada abad-abad ke-18 dan 19, lemon semakin banyak ditanam diFlorida danCalifornia.[2]

Pada 1747, ujianJames Lind pada pelaut yang menderita penyakitskurvi melibatkan penambahanvitamin C dalam diet mereka dengan jus lemon.[8]

Varieti

[sunting |sunting sumber]

Baka 'Bonnie Brae' berbentuk segi empat panjang, halus, berkulit nipis dan tanpa biji. Ia kebanyakannya ditanam diSan Diego County,Amerika Syarikat.[9] 'Eureka' tumbuh dengan banyak sepanjang tahun. Ia dikenali sebagai gedunglemon dan juga sebagai 'Four Seasons' (Quatre Saisons) kerana kemampuannya menghasilkan buah dan bunga sepanjang tahun. Varieti ini juga tersedia sebagai tumbuhan untuk para pelanggan domestik. Terdapat jugalemon Eureka dengan isi berwarna merah jambu manakala kulit luarnya pula berwarna hijau dan kuning.

Lemon Lisbon hampir sama dengan Eureka dan merupakan satu lagi gedung lemon yang biasa. Ia lebih halus daripada Eureka, mempunyai kulit yang lebih nipis dan biji yang kurang atau tidak ada langsung. Ia menghasilkan lebih banyak jus daripada Eureka, secara am.

Baka 'Femminello St. Teresa' atau 'Sorrento'[10] berasal dari Itali. Kulit buah ini mengandungi kandungan minyak lemon yang tinggi. Buah ini merupakan jenis yang digunakan secara tradisional dalam pembuatan "limoncello".

Yen Ben' merupakan sejenis kultivar Australasia.[11]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Citrus limon (L.) Osbeck".World Flora Online. The World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada23 Julai 2022.
  2. ^abcdeMorton, Julia F. (1987)."Fruits of Warm Climates". Miami, FL.: Purdue University Center for New Crops and Plant Products. m/s. 160–168.
  3. ^Douglas Harper."lemon".Online Etymology Dictionary.
  4. ^Blench, Roger (2008)."A history of fruits on the Southeast Asian mainland"(PDF).Occasional Paper 4: Linguistics, Archaeology and the Human Past. Cambridge, UK: Kay Williamson Educational Foundation: 115–137. Dicapai pada19 Januari 2015.
  5. ^Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010)."*limaw — lime, citrus fruit".Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada19 Januari 2015.
  6. ^Wright, A. Clifford."History of Lemonade".
  7. ^"The origins".Limmi. Diarkibkan daripadayang asal pada 19 Oktober 2011.
  8. ^Lind, James (1757)."Case 3: Naval Medicine: The Fight Against Scurvy".A treatise on the scurvy (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). London: A. Millar. Diarkibkan daripadayang asal pada 16 Oktober 2009 – melalui Koleksi Sejarah St. Thomas 28.b.9, King's College, London.
  9. ^Carque, Otto (1923).Rational Diet: An Advanced Treatise on the Food Question. Los Angeles, California: Kessinger Publishing. m/s. 195.ISBN 978-1-4286-4244-7.
  10. ^"Taste of a thousand lemons".Los Angeles Times. 8 September 2004. Dicapai pada19 September 2021.
  11. ^"New Zealand Citrus". ceventura.ucdavis.edu. Dicapai pada13 Jun 2010.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Lemon&oldid=5623627"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp