Leksikon biasanya merujuk kepada senarai perkataan yang mempunyai maklumat tambahan, contohnya sebuahkamus. Perkataan 'leksikon' berasal daripada perkataanYunani (λεξικόν) yang membawa maksudperbendaharaan kata. Apabila ahli-ahli linguistik mengkaji leksikon, mereka mengkaji perkara-perkara seperti apakah perkataan, bagaimana perbendaharaan kata dalam sebuahbahasa distrukturkan, bagaimana orang menggunakan dan menyimpan perkataan, bagaimana mereka membelajari perkataan,sejarah dan evolusi perkataan, jenis hubungan antara perkataan, serta bagaimana perkataan dicipta.
Istilah ini juga kekadang digunakan dalam judulkamus ensiklopedia atauensiklopedia, khususnya karya-karyaabad ke-19 dan karya-karya yang ditulis dalambahasa Jerman (lexikon).
Dalam bidanglinguistik, 'leksikon' mempunyai takrif yang lebih khusus kerana ia termasukleksem yang digunakan untuk menyebut perkataan. Leksem dibentuk menurut peraturanmorfem sintaks dan menyatakansemem. Dari segi ini, sepatah leksikon mengatur perbendaharaan kata mental dalamakal penutur: Pertamanya, ia mengatur perbendaharaan kata sebuah bahasa mengikut prinsip-prinsip yang tertentu (umpamanya, semuakata kerja pergerakan boleh dikaitkan kepada sebuah rangkaian leksikon) dan kedua, ia mengandungi kaedah janaan untuk menghasilkan perkataan mudah dan rumit yang baru, menurut peraturan-peraturan leksikon yang tertentu.
Selain itu, 'pengetahuan leksikon' (atau konsep leksikon) merujuk kepada pengetahuan perbendaharaan kata seseorang.
![]() | Carilexicon dalamWikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |