Tan Sri Lee Kim Sai PSM, PPN | |
|---|---|
| Timbalan PresidenMCA | |
| Dalam jawatan September 1986 – Julai 1996 | |
| Didahului oleh | Tun Dr.Ling Liong Sik |
| Digantikan oleh | Tan SriLim Ah Lek |
| Menteri Buruh | |
| Dalam jawatan 1986–1989 | |
| Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan | |
| Dalam jawatan 14 Ogos1989 – 26 Oktober1990 | |
| Didahului oleh | Dato' Ng Cheng Kiat |
| Digantikan oleh | Dato' Dr.Ting Chew Peh |
| Menteri Kesihatan | |
| Dalam jawatan 1990–1995 | |
| Didahului oleh | Dato' Ng Cheng Kiat |
| Digantikan oleh | DatukChua Jui Meng |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1 Mac 1937 Ulu Klang,Selangor,Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kiniMalaysia) |
| Meninggal dunia | 24 November 2019 (umur 82) Jalan Setia Bakti,Bukit Damansara,Kuala Lumpur,Malaysia |
| Parti politik | |
Tan Sri Lee Kim Sai @ Lee Ho (Cina ringkas:李金狮; Cina tradisional:李金獅; pinyin:Lǐ Jīnshī; 1 Mac 1937–24 November 2019) merupakan seorang ahli politik Malaysia berketurunanCina yang pernah menjadi menteri di tiga kementerian serta menjadi Timbalan PresidenMCA.[1]
Beliau aktif dalam partiMCA, sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan masyarakatCina melaluiBarisan Nasional.
Beliau menjadi ADUN kawasanRawang danKajang dan dilantik menjadi Exco kerajaan negeriSelangor.
Beliau pernah menjadimenteri di tiga kementerian, Kementerian Buruh, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Kesihatan.
Nama beliau diabadikan di sebuah kampung di pinggir bandarRawang, yakni Kampung Dato' Lee Kim Sai.
Lee Kim Sai pernah dianugerahkan gelaranDatuk, namun pada23 Oktober1987,Sultan SelangorSultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menarik balik gelaran tersebut kerana beliau terlibat dalam isu menaikkan sentimen perkauman, menyinggung perasaan orang Melayu dan Raja sehingga kerajaan melancarkanOperasi Lalang pada 1987. Pemimpin muda UMNO ketika itu mendesak gelaran datuk ditarik balik kerana menyatakan orang Melayu juga pendatang. Namun selepas itu beliau masih dijemput ke istana sama ada majlis rasmi atau majlis tertutup dan kemudian dianugerahkan semula gelaran Datuk.[2]
Pada 2000 pula, Lee Kim Sai telah menerima anugerahPanglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri.[3]