Dato' Dr. Lee Boon Chye DPMP (Perak) | |
|---|---|
![]() | |
| Pengerusi Bukan Eksekutif Bioeconomy Corporation | |
| Menyandang jawatan 11 Julai 2023 | |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Menteri | Anwar Ibrahim |
| AhliParlimen Malaysia bagiGopeng,Perak | |
| Dalam jawatan 8 Mac2008 – 10 Oktober 2022 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 29,778 (PRU14) 15,309 (PRU-13) 7,368 (PRU-12) |
| Ketua PKR CabangGopeng | |
| Menyandang jawatan 2022 | |
| Timbalan Menteri Kesihatan | |
| Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah |
| Menteri | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | 1. 2.Aaron Ago Dagang |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 26 September 1959 (65 tahun) |
| Parti politik | |
| Pasangan | Lo Lee Hong[1] |
| Kediaman | |
| Pekerjaan | Ahli Parlimen |
| Bidang pengkhususan | Doktor Pakar Jantung |
Dato' Dr.Lee Boon Chye (lahir 26 September 1959) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Kesihatan dan mantan Ahli ParlimenGopeng,Perak dariParti Keadilan Rakyat. Beliau juga merupakan seorang doktor pakar jantung di Ipoh Specialist Hospital.[2]
DalamPilihan Raya Umum Malaysia 2004, pada mulanyaParti Keadilan Nasional ingin menghantarnya bertanding di kawasanIpoh Timur yang juga diingini olehLim Kit Siang dariParti Tindakan Demokratik (DAP), mencabar Thong Fah Chong dariBN-MCA yang mempertahankan kerusinya. Namun tindakan ini dijangka hanya memisahkan "undi pembangkang" daripada Lim dan mungkin menguntungkan Thong. Oleh itu, walaupun ketika itu DAP sudah keluar dariBarisan Alternatif (BA) (KeADILan merupakan sebuah parti komponen BA ketika itu), namun kedua-dua parti ini cuba berunding atas kerusi yang ditandingi di negeri Perak, akhirnya mereka bersetuju bahawa hanya Lim Kit Siang dari DAP akan mencabar calon BN di Ipoh Timur, manakala Lee Boon Chye dialihkan ke kawasanGopeng untuk mencabar Tan Sri Dr.Ting Chew Peh dari BN-MCA. Akhirnya, Lee kalah kepada Ting dengan hanya memperolehi 15,530 undi berbanding lawannya mendapat 30,312 undi. Majoriti bagi kerusi Gopeng pada masa itu ialah 14,782 undi.
DalamPilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dariBarisan Nasional,Ling Hee Leong dengan majoriti sebanyak 7,368 undi. Beliau memperolehi 29,696 undi berbanding lawan beliau memperolehi hanya 22,328 undi.[3]
| Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2018 | Gopeng | Lee Boon Chye | PH (PKR) | 48,923 | Heng Seai Kie | BN (MCA) | 19,145 | 29,778 |
| Ismail Ariffin | PAS | 11,165 | ||||||
| 2013 | Lee Boon Chye | PKR | 47,558 | Tan Chin Meng | BN (MCA) | 32,249 | 15,309 | |
| 2008 | Lee Boon Chye | PKR | 29,696 | Ling Hee Leong | BN (MCA) | 22,328 | 7,368 |