Lautan Atlantik (Jawi: لاءوتن اتلنتيک) atauLautMaghrib (Jawi:لاءوت مغرب[6]) dalahlautan kedua terbesar di dunia meliputi sekitar satu perlima permukaanBumi. Lautan ini berbentuk huruf S memanjang dari belahan bumiutara keselatan dibahagi dua oleh arus balik khatulistiwa pada 8° Lintang Utara menjadi Atlantik Utara dan Atlantik Selatan. Ia disempadani benua-benuaAmerika Utara andAmerika Selatan di bahagian barat lautan danEropah danAfrika di bahagian timurnya.
Lautan Atlantik berhubungan denganLautan Pasifik, dibahagian utara bumi melaluiLautan Artik dan dibahagian selatan bumi melaluiLintasan Drake. Sebuah hubungan buatan tangan antara Lautan Atlantik dengan LAutan Pasifik dibuat melaluiTerusan Panama. Batas antara Lautan Atlantik dengan Lautan India di bahagian timur, dibatasi pada garis 20° Bujur Timur. Batas antara LAutan Atlantik dengan LAutan Artik adalah garis dariGreenland keSvalbard di utaraNorway.
Lautan Atlantik kedua terbesar dalam segi ukurannya setelahLautan Pasifik. Bersama dengan lautan di sekitarnya ia mempunyai luas sebesar106,450,000km².[2][3] It mencakupi sekitar 20% permukaan Bumi; jika lautan di sekitarnya tidak dihitung, luasnya82.362.000 km². Jumlah wilayah yang mengalir ke Lautan Atlantik lebih besar empat kali daripada Lautan Pasifik maupun Lautan Hindia. Volume Lautan Atlantik dengan lautan sekitarnya adalah354.700.000km³ dan tanpanya adalah 323.600.000 km³.
Nama "Atlantik" diberikan untuk lautan ini mula dicatat pada pertengahan abad ke-6 SM olehStesikhoros dengan namaἈτλαντικῷ πελάγειAtlantikôi pelágei (Sch. A. R. 1. 211)[7] danἈτλαντὶς θάλασσαAtlantis thalassa olehHerodotus pada sekitar 450 SM,[8] dua-duanya bermaksud "LautAtlantis" yang berakar kepadaAtlas iaitugergasi yangdipercayai orang Yunani menjunjung langit kayangan menjauhi bumi.[9] "Laut Maghrib" dicatatkan dalam kitabBustanus al-Salatin nukilanNuruddin al-Raniri.[6]
Kedalaman rata-rata Lautan Atlantik, dengan lautan di sekitarnya adalah 3.332m (10.932kaki); tanpanya adalah 3.926 m (12.877 kaki). Kedalaman terbesar, 8.605 m (28.232 kaki), berada di Palung Puerto Riko. Lebar Lautan Atlantik beragam, dari2.848km (1.769mil) di antaraBrazil danLiberia hingga sekitar4.830 km (3.000 mil) antaraAmerika Syarikat dan sebelah utaraAfrika.
Badai tropis berkembang di sekitar pesisir pantai Afrika dekatTanjung Verde dan bergerak ke arah barat menujuLaut Carribean; badai terjadi dari Mei hingga Disember, namun paling sering terjadi dari Ogos hingga November. Angin ribut merupakan perkara yang biasa di Atlantik Utara pada masa musim sejuk di utara, menyebabkan perlintasan lautan menjadi lebih sukar dan berbahaya.
^Mangas, Julio; Plácido, Domingo; Elícegui, Elvira Gangutia; Rodríguez Somolinos, Helena (1998).La Península Ibérica en los autores griegos: de Homero a Platón – SLG / (Sch. A. R. 1. 211). Editorial Complutense. m/s. 283–.