Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Laut Chukchi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laut Chukchi
Koordinat69°N172°W / 69°N 172°W /69; -172Koordinat:69°N172°W / 69°N 172°W /69; -172
JenisLaut
Negara lembanganRusia danAmerika Syarikat
Luas permukaan620,000 km2 (240,000 bt2)
Kedalaman purata80 m (260 ka)
Isi padu air50,000 km3 (4.1×1010 ekar kaki)
Rujukan[1][2][3]

Laut Chukchi (Bahasa Rusia: Чуко́тское мо́ре, tr.Chukotskoye more,IPA: [tɕʊˈkotskəjə ˈmorʲɪ]), kadang-kadang disebut sebagaiLaut Chuuk atauLaut Chukotsk[4][5] ialah sebuah laut pinggir di Laut Artik. Laut ini bersempadan di sebelah barat olehSelat Panjang bersebelahanPulau Wrangel, dan di sebelah timur olehPoint Barrow,Alaska denganLaut Beaufort di seberang.Selat Bering membentuk sempadan paling selatan dan menghubungkannya denganLaut Bering danLautan Pasifik. Pelabuhan utama di Laut Chukchi ialahUelen di Rusia.Garisan Tarikh Antarabangsa melintasi Laut Chukchi dari barat laut ke tenggara. Garisan itu kemudiannya dipindahkan ke arah timur untuk mengelakkan Pulau Wrangel sertaOkrug Autonomi Chukotka di daratan Rusia.

Laut Chukchi mempunyai luas sekitar 595,000 km2 (230,000 batu persegi) dan hanya dapat dilayari sekitar empat bulan dalam setahun. Ciri geologi utama dasar laut Chukchi adalah Hope Basin sepanjang 700 kilometer (430 batu), yang bersempadan di timur laut olehLengkung Herald. Kawasan berkedalaman kurang daripada 50 meter (160 kaki) merangkumi 56% keseluruhan kawasan.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^R. Stein,Arctic Ocean Sediments: Processes, Proxies, and Paleoenvironment, p. 37
  2. ^Beaufort Sea,Great Soviet Encyclopedia (dalam bahasa Rusia)
  3. ^Beaufort Sea, Encyclopædia Britannica on-line
  4. ^education.rec.org Seas and Oceans: The Chukotsk Sea
  5. ^Owen, Richard (15 Oktober 1983). "Race against time to save ice-bound ships".The Times. m/s. 6.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Lautan Artik
Lautan Atlantik
Lautan Hindi
Lautan Pasifik
Lautan Selatan
Laut daratan
Umum
Perpustakaan negara
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Laut_Chukchi&oldid=5093941"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp