Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Laut Caribbean

Koordinat:15°N75°W / 15°N 75°W /15; -75
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laut Caribbean
لاؤت کاريببيان
Koordinat15°N75°W / 15°N 75°W /15; -75
JenisLaut
Luas permukaan2,754,000 km2 (1,063,000 bt2)
Kedalaman maksimum7,686 m (25,217 ka)
Laut Caribbean dari angkasa lepas (atas kiri)
Pemandangan Laut Caribbean dari pantai Republik Dominika

Laut Kariba atauLaut Carribean merupakan sebuahlaut tropika yang terletak diHemisfera Barat, sebahagian daripadaLautan Atlantik, terletak di tenggaraTeluk Mexico. Laut Carribean terletak diplat Carribean dan bersambung denganplat Amerika Selatan.

GugusanAntillen Besar termasuklah pulau-pulauCuba,Hispaniola,Jamaica,Puerto Rico danAntillen Kecil.

Laut Caribbean merupakan sebuah laut masin dengan keluasan 2754,000 km². Titik paling dalam ialah diPalung Cayman di antaraCuba denganJamaica sedalam 7686 m di bawah paras laut. Di sepanjang pesisirnya terdapat teluk dan tanjung yang berpontensi dimajukan sebagai kawasan pelancongan. AntaranyaTeluk Venezuela,Teluk Darien,Golfo de los Mosquitos danTeluk Honduras.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

NamaCarribean berasal dari nama etnikIndian Amerika lewat abad 15. SetelahChristhoper Columbus sampai di Laut Carribean pada 1492 dalam perjalanannya menuju ke benua kecilIndia.Penjelajah Sepanyol memanggilnyaAntillas untuk tanah daratan. Lautnya digelar Laut Antilles. Selepas kejayaan Christopher Columbus, banyakkoloni dibina diAmerika Tengah,Amerika Utara danAmerika Latin.Budaya Eropah dibawa masuk bersama dengan perdaganganhamba abdi untuk peladang-peladang Eropah ini. Persaingan sering berlaku dan timbul pula aktivitilanun yang cukup menggerunkan.

Hari ini terdapat 22 buah negara pulau di Laut Carribean dan 12 negara di sempadannya. Cuaca tropika di sini menjadikan perdagangan arak cukup berharga. Aktiviti pelancongan, pelayaran antarabanga, scuba diving dan lain-lain cukup menarik di sini.

Geologi

[sunting |sunting sumber]

Laut Carribean terletak pada plat Carribean yang berusia 20,000 tahun hingga 570 juta tahun. Laut Carribean terbahagi kepada 5 buah lembah / basin , dipisahkan oleh banjaran dan gunung di dalam air.

Lokasi paling dalam ialah di Cayman Trough sedalam 7686 meter.

Gempa bumi di bawah laut selalu menyebabkantsunami. Saintis mendakwa terdapat 12 gempa bumi berlaku pada kadar 7.6 magnitud sejak 500 tahun lalu.

Ekologi

[sunting |sunting sumber]

9 %terumbu karang dunia terdapat di Laut Carribean yang meliputi 50,000 km². Terumbu karang ini sangat sesuai dengan iklim tropika yang panas dan menjadihabibat pelbagai jenishidupan marin. Suhu airnya mencecah 85 darjahFahrenheit , sesuai untuk tumbuhanalga. Tumbuhan seni ini menjadi makanan terumbu karang dan membentuk pelbagai warna , pelbagai corak.

Iklim

[sunting |sunting sumber]

Iklim di Laut Carribean dipengaruhi olehArus Humbolt dari utara. Angin yang bertiup berpusing di sekitar Laut Carribean. Oleh itu banyak berlaku ribut dan taufan.Ribut tropika ini dibentuk / berpunca dari Taufan Atlantik. Biasanya berlaku pada bulan Ogos hingga September.

Biasanya 9 taufan berlaku setiap tahun dan 5 daripadanya mencecah tahap 3. Dari tahun 1494 hingga 1900 berlaku 385 ribut taufan. Terumbu karang di dasar laut turut rosak akibat gelombang pasir laut yang begitu besar.

Aktiviti ekonomi

[sunting |sunting sumber]

170 juta tanpetroleum disedut keluar dari dasar Laut Carribean. Sejumlah setengah juta tanikan ditangkap setiap tahun sebagai sumberprotein. Aktiviti manusia ini menyebabkanpencemaran laut sepertitumpahan minyak,terumbu karang rosak teruk, permukaan laut berminyak dan hidupan seni tidak lagi dapat hidup.

12 juta pelancong datang ke sini setiap tahun. Dari 1991-1992 sahaja lebih 8 juta pelancong pelayaran berada di Laut Carribean.

Lautan Artik
Lautan Atlantik
Lautan Hindi
Lautan Pasifik
Lautan Selatan
Laut daratan
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Laut_Caribbean&oldid=6329999"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp