Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Laugh-O-Gram Studio

Koordinat:39°04′13″U94°34′12″B / 39.070362°U 94.56994°B /39.070362; -94.56994
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laugh-O-Gram Studio

Bekas premis Laugh-O-Gram Studio diBandaraya Kansas.
Jenis/bentuk sahStudio filem,studio animasi Sunting ini di Wikidata
IndustriStudio filem
Ditubuhkan1922
PengasasWalt Disney Sunting ini di Wikidata
Dibubarkan1923
NasibMuflis
PenggantiThe Walt Disney Company Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatKansas City, Missouri
39°04′13″U94°34′12″B / 39.070362°U 94.56994°B /39.070362; -94.56994
Tokoh pentingWalt Disney
Tapak webwww.laughogram.org Sunting ini di Wikidata
IMDB: co0067058TMDB (syarikat): 16874Sunting nilai ini di Wikidata
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Newman Laugh-O-Gram
Jack the Giant Killer

Laugh-O-Gram Studio ialah sebuah bekasstudio perfileman yang terletak di tingkat dua Bangunan McConahay Building di alamat 1127 East 31st diBandaraya Kansas, Missouri.

Studio ini memainkan peranan dalam zaman terawal industri animasi, sebagai tempat lahirnya ramai pelopor animasi yang dibawa ke situ olehWalt Disney, dan juga tempat yang dikatakan memberikan ilham kepada Disney untuk mereka watakMickey Mouse.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Pada Mei 1922, Disney menubuhkan Laugh-O-Gram Films dengan modal sebanyak $15,000. Syarikat ini menerima kontrak bernilai $11,000 untuk menerbitkan enam filem cerita dongeng untukPictorial Clubs, Inc. yang menjadi muflis; filem cerita dongeng ketujuh dijual kepada pihak Pictorial secara berasingan. Antara para pekerja Disney yang mengusahakan siri ini menjadi pelopor animasi, termasukUb Iwerks,Hugh Harman,Rudolph Ising,Carmen Maxwell, danFriz Freleng.

Syarikat imi berdepan dengan kesukaran mencari rezeki; pada akhir tahun 1922, Disney berumah dalam pejabat, dan hanya mandi sekali seminggu diStesen Union.

Thomas McCrum, seorang doktor gigi dari Bandaraya Kansas menyelamatkan Disney daripada kejatuhan diri dengan menempah Disney dengan tawaran $500 untuk pembikinanTommy Tucker's Tooth[1][2], filem pendek yang memupuk kebaikan memberus gigi.[3]

Setelah menghasilkan filem pendek terakhir, iaituAlice Comedies yang menggabungkan lakonan hidup dan animasi, Laugh-O-Gram diisytiharkan muflis pada Julai 1923. Kemudian, Disney berpindah keHollywood, California, dengan menjualkamera filem miliknya, untuk duit yang cukup untuk tambang keretapi sehala, dan membawa bersamanya gelungan filemAlice's Wonderland yang belum siap.

Ilham untuk Mickey Mouse

[sunting |sunting sumber]

Dalam beberapa temuramah lama kemudian, Disney memberitahu bahawa beliau diilhamkan oleh seekor tikus jinak di mejanya di Laugh-O-Gram untuk melukis Mickey.

Tikus-tikus itu selalu merebut serdak dalam bakul sampah saya ketika saya bekerja sendirian pada larut malam. Saya mengangkat mereka keluar lalu mengurungkan mereka dalam sangkar dawai di atas meja saya. Saya semakin menyukai salah seekor tikus yang berbulu perang, si kecil yang takut-takut itu. Dengan menepik-nepik hidungnya dengan pensel saya, saya melatihnya untuk berlari di dalam bulatan hitam yang saya lukis pada papan lukisan. Ketika meninggalkan Kansas untuk mencuba nasib di Hollywood, saya keberatan untuk meninggalkan tikus itu, jadi saya membawanya ke belakang rumah dengan berhati-hati, dengan memastikan persekitarannya bagus, maka si kecil jinak itu melompat-lompat kebebasan.[4]

Pada tahun 1928, ketika menaiki keretapi ke New York, Disney menunjukkan lukisannya kepada isterinyaLillian Marie Bounds dan meluahkan hasratnya untuk menamakan watak dalam lukisan itu sebagai "Mortimer Mouse." Lilian mengulas bunyinya "terlalu keperempuanan" dan mencadangkan pula namaMickey Mouse.[4]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Entry forTommy Tucker's ToothDiarkibkan 2007-09-10 diWayback Machine from The Encyclopedia of Disney Animated Shorts, the detailed personal website of a Rhode Island-based fan of the films
  2. ^title diPangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  3. ^Capturing the Disney Magic Every Day of Your Life by Pat WilliamsISBN 0-7573-0231-9
  4. ^abWalt Disney: Conversations (Conversations With Comic Artists Series) by Kathy Merlock Jackson with Walt Disney "ISBN 1-57806-713-8 page 120

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Kawasan Kansas City
Animasi tradisional
Aksi sebenar/Animasi
Animasi berkomputer
Produksi yang berkaitan
Francais
Orang yang terlibat
juruanimasi
dan pengarah
Eksekutif
Topik yang berkaitan
Sejarah
Cara dan
teknologi
Dokumentari
Rampaian
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Laugh-O-Gram_Studio&oldid=5479480"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp