Latvia adalah berdaulatde jure sejak diisytiharkan pada 18 November 1918.
Kedua-dua mata wangeuro danLats diedarkan secara serentak selama dua minggu mulai 1 Januari 2014.
Domain.eu juga digunakan kerana dikongsikan dengan negara-negara anggota Kesatuan Eropah.
Latvia (Bahasa Latvia:Latviya) atau nama rasmi,Republik Latvia (Latvijas Republika) ialah sebuah negara di timur laut Eropah. Latvia merupakan salah satu daripadanegara-negara Baltik, bersama samaEstonia danLithuania yang bersempadan dengan negara ini di utara dan selatan masing-masing. Di timur pula, Latvia berkongsi sempadan denganRussia danBelarus.
NamaLatvija berasal dari namaLatgalia kuno, satu daripada empat suku Indo-Eropah Baltik (selain Couronia, Selonia dan Semigallia) yang membentuk asas kaum Latvia moden bersama-sama orang Livonia Finn.[9]
Henry dari Latvia menciptakan perumian nama-nama "Lettigallia" dan "Lethia" keduanya-duanya berasal daripada orang Latgalia. Daripada istilah itu, beberapa variasi nama negara dalambahasa-bahasa Romawi dari "Letonia", dan dalambahasa-bahasa Germanik dari "Lettland".[10]
Latvia terletak diEropah Utara di kawasan pesisir timurLaut Baltik di antara latitud 55° dengan 58° U, dan longitud 21° dengan 29° T. Keluasan Latvia ialah 64,559 km2. Kawasan barat laut Latvia disempadani olehTeluk Riga. Kebanyakan kawasan Latvia berkedudukan kurang daripada 100 meter di atas paras laut; puncak tertinggi ialahGaizinkalns dengan ketinggian 312 meter.[11] Iklim Latvia ialah bersuhu sederhana. Kawasan pesisir Latvia cenderung memilikiiklim lautan manakala kawasan timur pula lebih cenderung terhadapiklim benua.[12]
Sebagai negara unitari, Latvia terbahagi kepada 110 buah perbandaran serta sembilan buah "bandar republik" dengan pentadbiran dan dewan bandar yang tersendiri.
Sebagai negara EU, masyarakat Latvia menggunakan mata wangeuro sejak 2014, menggantikan mata wangLats. Hampir kesemua sistem ekonomi negara telah mengalamipenswastaan melainkan beberapa buah syarikat besar kerajaan.
Anggaran jumlah penduduk Latvia pada 1 Januari 2020 ialah 1,908,100 orang.[13] Sejak kebelakangan ini, jumlah penduduk Latvia mengalami penurunan yang ketara dengan punca-punca utama termasuk kadar kelahiran rendah serta kadar emigrasi yang terlalu banyak;[14] jumlah penduduk Latvia mengalami penurunan paling besar dalam kalangan negara-negara EU pada 2018.[15]
Sejak berabad-abad lalu, penduduk Latvia sudah terdiri daripada kaum-kaum yang pelbagai walaupun pada abad ke-20, ada perubahan yang cukup drastik akibat Perang Dunia I dan II, repatriasi orang Jerman Baltik,Holokus, dan pendudukan Kesatuan Soviet.
Satu-satunya bahasa rasmi negara ialahbahasa Latvia, sejenisbahasa Balto-Slav. Selain itu,bahasa Livonia, sebuah bahasa peribumi yang hampir pupus sertabahasa Latgalia, dialek bahasa Latvia mendapat pengiktirafan dalam perundangan negara.Bahasa Rusia menjadi bahasa asing paling banyak ditutur dalam kalangan masyarakat Latvia.[16]Bahasa Inggeris juga lazim digunakan dalam bidang perniagaan dan pelancongan.
AgamaKristian merupakan agama majoriti masyarakat Latvia (kira-kira 79% penduduk), kebanyakannya tergolong dalam fahamanLutheranisme Statistik rasmi menunjukkan bahawa terdapat 416 orang Yahudi, 319 orangMuslim dan 102 orang beragama Hindu menetap di Latvia setakat 2011. Kira-kira 21% penduduk Latvia tidak terikat dengan sebarang agama.[17]
Cerita rakyat Latvia tradisional seperti tarian dari lagu-lagu rakyat sudah diketahui wujud lebih dari seribu tahun yang lalu. Lebih daripada 1.2 juta teks dan 30,000 lagu daerah telah dikenal pasti.[18]
Masakan Latvia biasanya terdiri daripada hasil pertanian, dengan daging sering hadir dalam sebahagian besar hidangan utama. Ikan umumnya dimakan disebabkan oleh kedudukan Latvia di Laut Baltik. Masakan Latvia telah dipengaruhi oleh negara-negara jiran. Bahan-bahan umum dalam masakan Latvia ditemukan secara tempatan seperti kentang, gandum, gandum, kubis, bawang, telur, dan babi. Masakan orang Latvia umumnya cukup berlemak dan menggunakan beberapa rempah.[19]
^"Official Language Law, Section 3 (Article 1)" (dalam bahasa English published by Latvian Translation and Terminology Centre). The Parliament of the Republic of Latvia. Diarkibkan daripadayang asal pada 2014-01-04. Dicapai pada20 November 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
^"Official Language Law, Sections 4, 5 and 18 (Article 4)" (dalam bahasa English published by Latvian Translation and Terminology Centre). The Parliament of the Republic of Latvia. Diarkibkan daripadayang asal pada 2014-01-04. Dicapai pada20 November 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
^"Official Language Law, Section 3 (Articles 3 and 4)" (dalam bahasa English published by Latvian Translation and Terminology Centre). The Parliament of the Republic of Latvia. Diarkibkan daripadayang asal pada 2014-01-04. Dicapai pada20 November 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
^"Latvia in Brief"(PDF). Latvian Institute. 2012. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 8 November 2012. Dicapai pada12 May 2011.
^"Baltic Online". The University of Texas at Austin. Dicapai pada12 May 2011.