Bahasa ini dituturkan di banyak kawasan taklukan setempatEmpayar Rom sejak abad pertama SM mula menyimpang dari bentuk yang dibakukan dalam persuratan banyak penulis dan ilmuwan Rumawi;bahasa seharian ini mula dibezakan sebagai bahasa "kebanyakan" (sermo plebeius atausermo vulgaris) daripada bahasa yang "klasik".[2] Penuturan bahasa cakapan ini serata kawasan Rumawi mencirikan unsur setempat yang lama-kelamaan membentukbahasa-bahasa Romawi pada abad ke-6 hingga 9;[3]bahasa Itali yang berasaskan dialek Toscana serta dialekLogudorobahasa Sardinia paling dekat dan memelihara ciri bahasa Latin induk.[4]
Ia kini jarang sekali digunakan dalam zaman moden kecuali sebagai bahasa sebahagian pegawai rasmi diKota Vatican, negara terkecil di dunia diperintahTakhta Suci juga selaku ketuaGereja Katolik, malah upacara tertentu diamalkan badan gereja ini sepertiRitus Rom turut dibaca dalam bahasa Latin. Pengaruh kerajaan Romawi yang kuat pada zaman dahulu meninggalkan kesan bahasa Latin yang mendalam pada bahasa moden Eropah sepertibahasa Inggeris danbahasa Perancis, Oleh sebab inilah bahasa Latin ini juga diajarkan di banyak tahap pendidikan dasar, menengah, dan tinggidunia Barat:[5][6] bahasa Latin ada dalam 2.3% seluruh sekolah rendah negaraUnited Kingdom[7] manakala lebih 500,000 orang pelajar diJerman memilih belajar ini juga.[8]
Bahasa Latin adalahbahasa Italik yang berasal dariLatium, sebuah daerah diItali sekeliling kotaRom. Bahasa ini menjadi penting kerana munculnyakerajaan Rom di mana bahasa Latin telah dinobatkan sebagai bahasa rasminya. Pada puncak kejayaan kerajaan ini, bahasa Latin dituturkan sejauh pulauBritain di barat laut sampaiPalestin di hujung tenggara Eropah.
Setelah runtuhnya kerajaan Rom, sekitar akhir abad ke 5, bahasa Latin tidak turut runtuh malah terus berkembang dengan pesatnya. Bahasa ini dipakai sebagai bahasalingua franca,bahasa liturgisgereja dan bahasa ilmu pengetahuan, bahkan juga di daerah-daerah yang tidak pernah ditaklukkan kerajaan Romawi.
Bahasa Latin Umum yang dituturkan oleh antara lain bala tentara Rom menjadibahasa pengantar di seluruh daerah kerajaan. Di beberapa tempat, bahasa ini bahkan menggantikan bahasa setempat. Bahasa-bahasa turunan dari bahasa Latin ini disebut "bahasaRomawi", tetapi bahasa Latin sendiri bukanlah bahasa Roman. Bahasa Latin termasukrumpun bahasa Itali.
Dalam konteks sejarahbahasa Melayu, unsur bahasa Latin mula diserap dalam beberapa fasa:
fasa pertama - melaluibahasa Arab di mana para penuturnya bertembung dengan tamadun Romawi seawal abad pertama dan kedua Masihi menerapkan kosakatanya dalam lahjah-lahjah serumpun lagi-lagi dari orangNabati yang kemudiannya terpelihara dalam persuratan Arab termasuk pembukuan ayat-ayatal-Quran:[9]
fasa keempat - lebih tertumpu diIndonesia yang mana anak-anak golongan elit diajarkan bahasa Latin secara terus dalam sistemsekolah gymnasium diperkenalkan penjajah Belanda lalu menerapkan pengetahuan mereka dalam perancanganbahasa baku mereka: contohnya penggunaanuniversitas danfakultas berbandinguniversiti danfakulti (serapan Inggerisuniversity danfaculty) diterima negara bekas jajahan British sepertiMalaysia.[11]
Bahasa Latin ditulis dengan abjad Latin yang menjadi bentuk tulisan yang paling banyak dipakai didunia. LihatAbjad Latin untuk keterangan lebih lanjut.