Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Lapan jam sehari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SiriGerakan Buruh
Buruh dalam ekonomi
Buruh kanak-kanak
Garis masa isu-isu & peristiwa
Hak asasi buruh
Perbandingan
Kesatuan pekerja
Lapan jam sehari
Mogok
Mogok umum
Sejarah buruh (disiplin)
Senarai mogok
Sindikalisme
Undang-undang buruh
Fahaman Kesatuan
Gerakan Sosial
Seluruh Dunia
Kesatuan mengikut negara
sunting

Pergerakan Lapan Jam Sehari, juga dikenali sebagaiPergerakan masa pendek mempunyai asal usulnya daripadaRevolusi Industri diBritain, di mana pembuatan industri dikilang-kilang merubah kehidupan bekerja dan dikenakan waktu jam yang lama dan keadaab bekerja yang menyedihkan. Dengan keadaan bekerja yang tidak terkawal, kesihatan, kebajikan dan moral pekerja menderita. Eksploitasi buruh kanak-kanak telah menjadi perkara biasa. Hari bekerja boleh menjadi 10 jam hingga menjadi 16 jam untuk enam hari seminggu.

Robert Owen telah meningkatkan tuntutan sepuluh-jam sehari seawal1810, dan melaksanakannya dalam enterprise sosialnya diNew Lanark. Seawal1817 dia telah merangkakan matlamatlaman-jam sehari dan mencipta sloganLapan jam kerja, Lapan jam berrekreasi, Lapan jam berehat. Wanita dan kanak-kanak di England diberikan sepuluh-jam sehari pada1847. PekerjaPerancis memenangi dua belas jam sehari selepas revolusi February pada1848. Hari bekerja lebih pendek dan peningkatan keadaan bekerja merupakan sebahagian daripada bangkangan umum dan meresahkan bagiChartist reforms, dan organisasi awalpesatuan pekerja.

International Workingmen's Association memperjuangkan tuntutan bagi lapan jam sehari pada persidangannya di Geneva pada Ogos1866 mengistiharkanHak hari kerja yang sah adalah syarat awal tanpa mana sebarang peningkatan lanjut bagi memperelok dan pembebasan (emancipation) kelas bekerja terbukti separuh jalan danKongres mencadangkan lapan jam sehari sebagai limit sah bagi hari kerja.

Sungguhpun terdapat kejayaan awal dalam mencapai lapan jam sehari diNew Zealand dan olehpergerakan pekerja Australi bagi pekerja mahir pada 1840-an dan 1850-an, kebanyakan mereka yang bekerja terpaksa menunggu sehingga awal dan pertengahan abad ke dua puluh bagi keadaan ini di capai secara meluas di dunia perindustrian melalui tindakan perundangan.

Pergerakan lapan jam sehari membentuk sebahagian dari sejarah awal bagiHari Buruh, danHari May yang diraikan di kebanyakan negara dan kebudayaan.

Amerika Syarikat

[sunting |sunting sumber]

Di Amerika Syarikat, tukang-tukang kayu Philadelphia telah mogok dalam tahun1791 memperjuangkan sepuluh jam sehari. Semenjak dari 1830-an, mogok ini telah menjadi satu permintaan yang umum. Dalam tahun1835, pekerja-pekerja di Philadelphia mengatur satu mogok umum, diketuai oleh pelombong arangbatu Irish. Panji-panji mereka tertulis,Daripada 6 ke 6, sepuluh jam bekerja dan dua jam untuk makan. Penerbitan-penerbitan pergerakan buruh ini telah menyeru untuklapan-jam sehari seawal tahun1836. Tukang-tukang binaan kapal laut Boston , walaupun tidak bersatu, memperolehi lapan-jam sehari dalam tahun1842.

Pada tahun1864, isu lapan jam sehari menjadi tunggak bagi tuntutan bagi pergerakan buruhChicago. Perwakilan Illinois kemudiannya meluluskan undang-undang pada awal tahun1867 meluluskan masa berkerja selama lapan jam sehari tetapi ia mempunyai begitu banyak kelemahan menyebabkan ia hampir tidak berkesan. Para pekerja kemudiannya mogos seluruh bandar bermula pada1 May1867, menutup ekonomi bandar tersebut selama satu minggu sebelum gagal. Pada tahun1868, Kongres meluluskan undang-undang lapan jam waktu bekerja bagi pekerja pusat, tetapi juga terbukti kurang berkesan.

Dalam bulan Ogos1866 Kesatuan Pekerja Kebangsaan (National Labor Union) diBaltimore telah meluluskan satu resolusi yang menyatakan, "Keperluan pertama dan yang penting masa kini adalah membebaskan pekerja negara ini daripada perhambaan kapitalis, adalah dengan meluluskan satu undang-undang yang mana lapan jam akan menjadi hari bekerja yang normal dalam seluruh negeri kesatuan Amerika. Kita akan memberikan segala kekuatan yang ada sehinggalah keputusan kemenangan ini dicapai."


Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  • Anarchism and State Violence in Sydney and Melbourne 1886-1896, (1986) Bob James.[1]
  • The Dramas of Haymarket accessed23 June2005[2]Diarkibkan 2006-04-26 diWayback Machine
  • May Day, The Workers' Day, born in the struggle for the eight-hour day, Andy McInerney, inLiberation & Marxism, issue no. 27, Spring 1996[3]
  • Mayday: A short History of 100 years of May Day 1890-1990 Melbourne May Day Committee, (1990)
  • Unionism and the Labor Movement, John Child, (1971)
  • A Documentary History of the Australian Labor Movement 1850 - 1975, Brian McKinley (ed), (1979)ISBN 0-909081-29-8

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]

Australia

New Zealand

United States of America

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Lapan_jam_sehari&oldid=5321903"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp