Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Orang Lao

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaLao)
Orang Laos
ລາວ
Kawasan ramai penduduk
 Laos
3.6 juta
 Amerika Syarikat232,130
 Perancis120,000
 Bangladesh90,253
 Kemboja55,000
 Myanmar21,000[1]
 Thailand20,000[1]
 Vietnam14,928 (2009)[2]
 Kanada12,000
 Australia12,000
 Jerman4,000
 Argentina2,000
 New Zealand1,600
 Belgium1,067
 Norway159
 Rusia18
Bahasa
Laos
Agama
KebanyakanBuddha Theravada danSatsana Phi (dengan pengaruhHindu)
Kumpulan etnik berkaitan
Isan,Thai danorang Thai

Lao adalah sebuahkumpulan etnik yang terdapat diAsia Tenggara. Sebahagian besar penduduk Lao tinggal sama ada diLaos atau diThailand. Etnik Lao di Thailand tertumpu di kawasanIsan, walaupun terdapat banyak pekerja migran dari Isan bekerja di bahagian lain negara tersebut, seperti diBangkok. Lao bertutur pelbagailoghatbahasa Lao danbahasa Isan, yang seringkali dianggap sebagaibahasa tunggal. Kebanyakan penduduk Isan cenderung kepada istilah Isan dari Lao hasil dari kempen "pengeThaian" padaabad ke-20, tetapi masih terdapat banyak ikatan kebudayaan antara orang-orang Lao secara keseluruhan.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Sejarah Lao terdapat dalamsejarah Laos dansejarah Isan. Sejarah ini berpecah padaabad ke 19, apabila kekalahan pemberontakanVientiane menentangSiam pada tahun1827 membawa kepada pemindahan penduduk besar-besaran dari Laos ke Isan, sekaligus meninggalkan Laos sendiri dengan kekurangan penduduk. Perpecahan itu dijadikan sebagai rasmi dengan perjanjianFranco-Siamese pada1893 dan1904, yang menjadikan Isan dan Laos merupakan sempadan antara Siam danIndochina Perancis.

Semenjak itu, kedua-dua Thailand dan Laos melaksanakan kempen berterusan untuk menukar diri mereka kepada negara negeri - (nation state) setiap satu berpusat pada pendudukThai danLao. Di Isan ia bererti mengukuhkan ketaatsetiaan penduduk kepada Thailand, proses yang dikenali sebagai "pengeThaian". Ramai golongan muda terutamanya lebih gemar dianggap Isan berbanding Lao: "Isan", secara harafiahnya bererti "timur laut" menggambarkan sebahagian Thailand, sementara "Lao" menggambarkan ketaatan kepada Laos. Di Laos, sebaliknya, proses yang sama menghasilkan penggalakan bahasa dan kebudayaan Lao sebagai bahasa dan kebudayaan negara.

Taburan

[sunting |sunting sumber]

Terdapat sekitar 3 juta Lao di Laos, membentuk sekitar 50%penduduk (sebahagian besar bakinya adalah orangkaum bukit). Etnik Lao di Laos membentuk kebanyakanLao Loum ("Lao Tanah Rendah"). Lao membentuk satu pertiga penduduk Thailand. Tumpuan utama adalah di Isan (sekitar 15 juta orang) dan di Bangkok (di mana dianggarkan sekitar satu juta migran Lao dari Isan). Terdapat juga populasi etnik Lao DI seluruhThailand Pusat, tetapi ini telah diserap kepada populasi Thai. Masyarakat Lao kecil wujud diKemboja, kebanyakannya dalam bekas jajahan Lao;Stung Treng,Xieng Teng di Lao, danVietnam dan terdapat sejumlah penduduk etnik Lao di luar negara yang tiada penemuan bukti yang mana anggaran kasarnya sebanyak 500,000 orang. Kebanyakan mereka merupakan pelarian dariLaos yang lari daripadaPerang Indochina Kedua danPathet Lao.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abcHattaway, Paul (ed.) (2004), "Lao",Peoples of the Buddhist World, William Carey Library, m/s. 149CS1 maint: extra text: authors list (link)
  2. ^"The 2009 Vietnam Population and Housing Census: Completed Results". General Statistics Office of Vietnam: Central Population and Housing Census Steering Committee. June 2010. m/s. 135. Dicapai pada26 November 2013.

Petikan lain

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Orang_Lao&oldid=6195450"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp