Gambaran pertembungan gerombolan lanunBlackbeard dengan pihak British (Capture of the Pirate, Blackbeard, 1718 oleh Jean Leon Gerome Ferris, tahun 1920)
Lanun (Jawi: لانون) ataubajak (laut) (Jawi: باجق لاوت)[1]:II[2] biasa digunakan untuk mana-manaperompak ataupenjenayah yang beroperasi di kawasanlaut untuk merampas barang dagangan yang diangkutkapal sasaran.
Gelaran "lanun" dipercayai datang daripadasuku Iranun yang hidup di sekitarMindanao dan pesisiran baratSabah:[3] pada asalnya bangsa ini merupakan pelayar yang cekap, namun mulai abad ke-15, mereka terkenal sebagai perompak laut yang sering menangkap orang di pantai-pantai untuk dijual dan dijadikanhamba sahaya diKesultanan Jolo. Hal ini semakin giat dengan keberadaan para pedagang British dan Belanda yang memasukiBorneo di mana sokongan daripadaEmpayar Brunei sering diberikan kepada masyarakat-masyarakat peribumi sebagai kerjasama menangkis ancaman terhadap pengaruh para pembesar di sana.[2]
Catatan tertua tentang para perompak laut ini dan kegiatan mereka di Asia Tenggara berasa dari penulisan dibuat seorang sami bernamaFaxian dalam perjalanannya pulang dari India ditarikhkan sekitar 413-414 Masihi mengatakan bahawa "laut (Asia Tenggara) penuh dengan lanun".Jia Dan (785-805) menyebutkan bahawa lanun-lanun ini berpangkalan di sebelah barat-lautSrivijaya yang diperkirakan berada di sebelah utaraSelat Melaka yang merupakan laluan masuk ke wilayah kerajaan tersebut.[4]
Peringkat awal, kegiatan lanun disamakan dengan kegiatan mengutip cukai kepada pemerintah di sepanjangSelat Melaka. Mereka berperanan sebagaiperisik kepadakerajaan maritim. Peranan mereka juga sebagai 'kaki pukul' jika kapal-kapal enggan singgah dan tidak membayar cukai kepada kerajaan maritim.
Seorang laksamanaMelaka misalnya mestilah seorang ahli pelayaran yang baik. Kapalnelayan dan lanun menjadi sumber maklumat terbaik kepadalaksamana dansyahbandar.
Kini lanun lebih merupakan kumpulan perompak di laut yang menggunakan bot laju yang dapat menyelinap di hutan-hutanbakau danmuara sungai. Mereka akan membawabuluh galah sepanjang 10 meter atau lebih dan memanjatkapal tangki minyak mengunakanbuluh galah tersebut.
Biasanyanakhoda kapal membawa wang tunai di dalam kapal mereka bagi membayar gaji kelasi kapal, bayaran sewa pelabuhan dan membeli barangan keperluan. DolarAmerika yang mudah tunai di seluruh dunia digunakan ketika pembayaran.
Ada kalanya keseluruhan kapal dirompak dan dicat dengan warna yang berlainan. Mereka mempunyai rangkaian dan sindiket antarabangsa dan berhubung dengan pengedaran dadah dan senjata api.Macao danHong Kong pernah menjadi lokasi strategik rangkaian lanun-lanun ini.