Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Langsat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Langsat
لڠست
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Lansium
Spesies:
L. domesticum
Nama binomial
Lansium domesticum

Pokok Langsat merupakan sejenistumbuhan yang berasal daripadahutanIndonesia dan kini ditumbuh secara meluas di kawasan-kawasan tropika disebabkan buahnya yang manis. Pokok ini kini juga didapati di negara-negaraASEAN yang lain.Nama botaninyaLansium domesticum Jack.[1] atau jugaLansium domesticum var pubescens.[2]

Warna kulitnya adalah antara kuning dan coklat, dan seringnya bertompok-tompok, dengan tekstur yang licin atau lekit-lekit. Apabila kulitnya dikopek, isinya yang terdiri daripada ulas yang berasingan terdedah. Isinya yang lut cahaya adalah manis, tetapi biji-bijinya adalah pahit dan tidak dimakan.

Langat yang paling sedap dikenali sebagai langsat Indon. Rasanya manis dan bijinya kecil.

Nama sub spesies lain adalahdokong,duku, lansa, langseh, langsep, lanzon, lanzone, lansone, langcat ataukokosan.

Penyakit

[sunting |sunting sumber]

Kerumping pada tanaman langsat adalah merupakan masalah utama kerana ia boleh membantutkan pertumbuhan dan pembesaran ranting, mengakibatkan keguguran daun dan kematian ranting & pucuk.Serangan selalunya bermula dari paras pangkal pokok. Serangan yang teruk pada dahan dan batang akan menjejaskan pengeluaran bunga dan buah.

Biasenya penyakit ini dikaitkan dengan dua jenis ulat pengorek kulit iaituDoloessa viridis &Anarisia sp.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^The Cyber Plant Conservation Project: Promoting Plant Biodiversity ... By Bioversity
  2. ^The Oxford Companion to Food, By Alan Davidson
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Langsat&oldid=6187185"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp