Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Daerah Langkawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaLangkawi)
Bagi Parlimen Langkawi, lihatLangkawi (kawasan persekutuan).
Daerah Langkawi
Transkripsi Lain-lain
 • Jawiلڠكاوي
Lokasi Langkawi di Kedah
LokasiLangkawi diKedah
Daerah Langkawi yang terletak di Malaysia
Daerah Langkawi
Daerah Langkawi
LokasiLangkawi diMalaysia
Koordinat:6°21′N99°48′E / 6.350°N 99.800°E /6.350; 99.800Koordinat:6°21′N99°48′E / 6.350°N 99.800°E /6.350; 99.800
Negara Malaysia
Negeri Kedah
PusatBandar Kuah
Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Langkawi Bandar Pelancongan
Pentadbiran
 • Pegawai daerahAbdul Gafar Yahya
Keluasan
 • Jumlah320 km2 (120 batu persegi)
Penduduk
 (2010)[2]
 • Jumlah85,588
 • Kepadatan270/km2 (690/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diperhatikan)
Poskod
07xxx
Kod panggilan+6-09
Plat pendaftaran kenderaanKV

Langkawi merupakan daerah kepulauan dalam negeriKedah Darul Aman,Malaysia. Pulau ini diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan legenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular diMalaysia. Langkawi merupakan suatu gugusan pulau yang terdiri daripada 99 buah pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

Asal-usul nama

[sunting |sunting sumber]

Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataanbahasa Melayu iaituhelang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark,Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burunghelang merah kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih.[3]

Kawi juga beertitulisan Kawi, Kawi merujuk kepada sejenis batu iaituBatu Kawi atau batu kapur batu merah yang digunakan sebagai kapur untuk menandakan barang. Lambakan Batu Kawi juga terdapat banyak di Langkawi. Patung Helang yang terdapat diDataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi

"Kawi" dalambahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.

Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataanLangkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama Masihi.Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajukThe Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
  • Kurun ke-15, nama Lung-Ya-Kiou-Yi tercatat di sebuah carta yang dipercayai digunakan oleh LaksamanaCheng Ho ketika melawatMelaka pada tahun 1405.
  • Kurun ke-16, pulau terpencil ini diberi pelbagai nama dalam peta zaman itu. Antaranya Langa, Lanka, Lansura, dan Langapura.
  • 1621, Jeneral Augustin De Beaulieu yang berkhidmat dengan RajaLouis XIV diPerancis, menyifatkan Langkawi sebagai Lancahui ataulada sulah. Dia kemudiannya menulis, "Tanahnya subur dengan buah-buahan, beras dan ternakan. Beberapa batang sungai menyediakan sumber air bersih, hutan luas dapat dilihat dan pantainya cantik serta berjuraian dengan teluk dan pulau-pulau kecil sekelilingnya".
  • Pulau Langkawi menjadi milik Great Britain melalui Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo-Siam 1909. Ralph Spencer Paget, Duta Britain di Siam memainkan peranan penting dalam menyelamat pulau ini daripada terus ditakluk Siam. Semasa proses rundingan antara Britian dengan Siam, beliau telah memaklumkan kepada Edward Henry Strobel Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam, yang mana pihak Britain tetap mahukan Pulau Langkawi menjadi milik Britian. Hasilnya pada 10 Mac 1909 Perjanjian Bangkok 1909 yang ditandatangani memberi hak pulau ini kepada Britain. Dalam Lampiran 1 Protokol Sempadan Yang Dilampirkan Pada Perjanjian Bertarikh 10 Hari Bulan Mac 1909 menyatakan tentang kedudukan langkawi adalah seperti berikut:

"Pulau yang dikenali sebagai Pulau Langkawi bersama dengan pulau-pulau kecil ke selatan selat tengah di antaraPulau Tarutao dengan Langkawi dan kesemua pulau ke selatan Langkawi akan menjadi kepunyaan Great Britain. Pulau Terutau dan pulau-pulau kecil ke utara selat tengah akan kekal menjadi kepunyaan Siam"

Perdana Menteri MalaysiaMahathir Mohamad di Langkawi (Disember 1997)

Mitos dan legenda

[sunting |sunting sumber]

Langkawi adalah sebuah nama yang sarat denganmisteri,mitos, danlegenda. Antara kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di Langkawi termasuklah:

Geografi

[sunting |sunting sumber]
Peta Langkawi

Langkawi, sebuah gugusan 99 pulau yang dipisahkan dari tanah besarMalaysia olehSelat Melaka, adalah sebuah daerah negeriKedah di Malaysia Utara dan terletak kira-kira 51 km barat Kedah. Jumlah keluasan di pulau-pulau ini adalah 47.848hektar. Pulau utama terletak kira-kira 25 km dari utara ke selatan dan sedikit lagi untuk timur dan barat. Kawasan pesisiran pantai terdiri daripada dataran aluvial yang rata dengan batu kapur. Dua pertiga pulau itu didominasi oleh pergunungan, bukit dan tumbuh-tumbuhan semula jadi.[6]

Pembentukan geologi tertua di pulau, Formasi Machinchang, adalah bahagian pertamaAsia Tenggara yang bangkit dari dasar laut di zamanKambrium lebih dari setengah bilion tahun yang lalu. Bahagian tertua pembentukan dapat dilihat di Teluk Datai ke barat laut pulau, di mana tumpahan terdedah terdiri daripada batu pasir (kuarsazit) di bahagian atas dan serpihan dan batu lapis di bahagian bawah urutan. Malah, pendedahan terbaik dari batu-batu Kemboja (541 hingga 485 Ma) di Malaysia adalah Pembentukan Machinchang - yang terdiri daripada pembentukan batu-batu kuarza di Langkawi; korelatif lain yang diketahui, Pembentukan Jerai, tanaman dekat pantai barat Kedah di tanah besar (semenanjung).[7] Secara geologi, semua batu-batu ini terletak di dalam Belt BaratSemenanjung Malaysia, yang dianggap sebagai sebahagian daripada wilayah Sibumasu.

Politik

[sunting |sunting sumber]

Merujuk kepada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14)

Dewan Rakyat

ParlimenNama KerusiAhli ParlimenParti
P004LangkawiMahathir MohamadPEJUANG

Dewan Undangan Negeri

DUNKedudukan NamaAhli NegeriParti
N01Ayer HangatJuhari BulatPerikatan Nasional (PPBM)
N02KuahMohd Firdaus AhmadPerikatan Nasional (PPBM)

Iklim

[sunting |sunting sumber]

Langkawi menerima taburan hujan tahunan lebih daripada 2,400 mm (94 in) setahun. Langkawi mempunyai musim kering nyata bermula dari bulan Disember hingga ke Februari manakala musim tengkujuh pula pada bulan Mac sehingga November. Bulan Ogos dikira sebagai bulan paling basah / lembab di Langkawi berikutan penerimaan hujan yang melebihi 500 mm (20 in) secara purata normal.

Data iklim untukpenerimaan hujan Langkawi tahun 2012 (Purata hujan turun: 2009-2011)
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Puratakerpasan, mm (inci)37
(1.5)
152.2
(5.99)
160.8
(6.33)
228.6
(9.00)
193.6
(7.62)
50.8
(2.00)
317.6
(12.50)
286.4
(11.28)
301.8
(11.88)
260.6
(10.26)
272.8
(10.74)
2,262.2
(89.06)
Purata curahan hujan, mm (inci)12.9
(0.51)
5.7
(0.22)
265.7
(10.46)
173.2
(6.82)
207.2
(8.16)
240.3
(9.46)
216.3
(8.52)
572.5
(22.54)
273.6
(10.77)
242.9
(9.56)
227.3
(8.95)
61.7
(2.43)
2,499.3
(98.40)
Sumber:http://www.met.gov.my/index.php?option=com_weathertimeseries&purpose=rainfall&Itemid=589http://infobanjir.water.gov.my/
Data iklim untuk penerimaan hujan Langkawi tahun 2011
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Puratakerpasan, mm (inci)4.8
(0.19)
4.8
(0.19)
428.6
(16.87)
113
(4.4)
168.8
(6.65)
233
(9.2)
140.2
(5.52)
691
(27.2)
421.4
(16.59)
224.8
(8.85)
89.6
(3.53)
45.4
(1.79)
2,565.4
(101.00)
Sumber:http://www.met.gov.my/index.php?option=com_weathertimeseries&purpose=rainfall&Itemid=589http://infobanjir.water.gov.my/

Kawasan

[sunting |sunting sumber]
Mukim di Langkawi
Panorama Pulau Langkawi.
Jambatan gantung di atas kanopi hutan hujan.

Mukim

[sunting |sunting sumber]

Mempunyai 6 mukim iaitu

  1. Ayer Hangat
  2. Bohor
  3. Kedawang
  4. Ulu Melaka
  5. Padang Mat Sirat
  6. Kuah

Bandar dan pekan

[sunting |sunting sumber]
  1. Bandar Kuah
  2. Bandar Padang Mat Sirat
  3. Bandar Padang Lalang
  4. Pekan Telok Datai

Pulau

[sunting |sunting sumber]

Antara pulau yang terletak dalam gugusan Langkawi;

Pengangkutan

[sunting |sunting sumber]

Dari jeti Kuah, terdapat kemudahan feri berkelajuan tinggi yang menghubungkanSatun danKo Lipe di selatanThailand,Pulau Payar,Pulau Pinang,Kuala Kedah, danKuala Perlis di tanah besarSemenanjung Malaysia.

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi merupakan salah-satu antara tujuh lapangan terbang di Malaysia, menghubungkan Langkawi denganKuala Lumpur,Singapura,Pulau Pinang danSubang.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^primuscoreadmin (13 November 2015)."Background". Diarkibkan daripadayang asal pada 2021-04-17. Dicapai pada2018-12-25.
  2. ^"Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010"(PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada19 April 2012.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^"salinan arkib". Diarkibkan daripadayang asal pada 2013-09-20. Dicapai pada2013-12-04.
  4. ^http://www.langkawi-info.com/info/culture.htm
  5. ^"Tun Dr. Mahathir Mohamad".Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-29. Dicapai pada2012-11-29.
  6. ^"Geography".Langkawi Online. Diarkibkan daripadayang asal pada 23 April 2015.
  7. ^C.P. Lee / Palaeoworld 15 (2006) 242–255,https://doi.org/10.1016/j.palwor.2006.10.007

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Daerah_Langkawi&oldid=6249282"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp