Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Lamiales

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
frames
Pengelasan saintifik
[[{{{Ksubspesies}}}]]

Pengarang berwibawa:Bromhead

Susunan
Magnoliopsida
Apiales
Asterales
Brassicales
Cucurbitales
Ericales
Fabales
Gentianales
Lamiales
Laurales
Magnoliales
Malpighiales
Malvales
Myrtales
Rosales
Sapindales
Solanales
Urticales

Susunan Lamiales ialah satutakson dalam kumpulanasteridtumbuhan berbungadikotiledon. Pada masa dahulu, Lamiales mempunyai pembatasan yang terhad (umpamanya olehArthur Cronquist) yang meliputi famili-famili utama sepertiLamiaceae (Labiatae),Verbenaceae, danBoraginaceae, serta beberapa famili yang kecil. Kerjafilogeni yang baru-baru ini menunjukkan bahawaLamiales ialahpolifili bagi susunanScrophulariales dan kedua-dua kumpulan ini kini biasanya digabungkan menjadi satu susunan tunggal yang termasuk susunan Hippuridales dan Plantaginales dahulu. Lamiales telah menjadi nama yang lebih disukai untuk kumpulan gabungan yang jauh lebih besar ini. Peletakan Boraginaceae tidak jelas, tetapi kerja filogeni menunjukkan bahawa famili ini tidak merupakan sebahagian Lamiales.

PembatasanScrophulariaceae telah diubah secara besar-besaran untuk mencipta sebilangan familimonofili yang lebih kecil, dan lebih jelas. Scrophulariaceae pada dahulunya merupakan sekumpulan para/polifili yang ditakrif terutamanya oleh ciri-ciriplesiomorfisme. Banyak famili Lamiales yang lain berasal daripada Scrophulariaceae ini.

Di bawah takrif ini, sebilangan ahli Lamiales yang terkenal termasuklavender,ungu lembut,buah zaitun,jasmin,pokok ash,kayu jati,pokok snapdragon, dan sebilanganherba sepertipudina,basil, danrosemary.

Dalam pengelasansistem Cronquist yang lebih lama, Lamiales merangkumi famili-familiLamiaceae,Verbenaceae,Boraginaceae, danLennoaceae. Banyak daripada famili yang disenaraikan di bawah telah dimasukkan dalam susunanScrophulariales. Pemasukan semua famili yang berikut adalah biasa untuk pengelasan yang lebih baru.

Spesies-spesies dalam susunan Lamiales biasa menunjukkan ciri-ciri yang berikut, walaupun terdapat kekecualian untuk kesemuanya:

  • ovari superior yang terdiri daripada duakarpel tergabung
  • limakelopak yang digabungkan untuk menjadi tiub
  • korola yang bersimetri secara dwisisi, dan seringnya bilabiat
  • empat (atau kurang)stamen yang subur.


Famili

[sunting |sunting sumber]

Terdapat kira-kira 11,000 spesies dalam Lamiales yang dibahagikan kepada sepuluh atau lebih famili (Uni-Ham 52eDiarkibkan 2007-06-30 diWayback Machine 2002-09-06):

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Lamiales&oldid=6071478"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp