Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Laluan Putrajaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jangan terkeliru denganPutrajaya Monorail.
Laluan Putrajaya
4 gerabakHyundai RotemEMU semasa ujian percubaan, selalunya dipanggil sebagai "Ducky" disebabkan reka bentuknya seakan muka itik
Umum
Nama asalMRT Laluan Putrajaya
JenisTransit aliran
SistemRapid KL
StatusBeroperasi
LokasiLembah Klang
Terminal PY01 Kwasa Damansara
 PY41 Putrajaya Sentral
Stesen36[1][Nota 1]
PerkhidmatanSungai BulohKuala LumpurSerdangPutrajaya
Nombor laluan12 (Kuning)
Laman sesawangmymrt.com.my
Operasi
DibukaFasa 1: 16 Jun 2022
Kwasa DamansaraKampung Batu
Fasa 2: 16 Mac 2023
Kampung BatuPutrajaya Sentral
PemilikMRT Corp
PengendaliRapid Rail
Sistem pengaliranAutomatik dan tanpa pemandu
DepotDepoh Sungai Buloh
Depoh Serdang
Stok kereta api49Hyundai Rotem set kereta api 4 gerabak (bentuk lebar)
Teknikal
Panjang aliran57.7 km (35.9 bt) bermula dariKwasa Damansara
52.2 km (32.4 bt)
Ketinggian: 38.75 km (24.08 bt)
Bawah tanah: 13.5 km (8.4 bt)
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in)tolok piawai
PengelektrikanRel ketiga, 750 VDC
Peta laluan

PY01
Kwasa Damansara
ParkingIntegrated Transport Terminal Sungai Buloh
Depoh Sungai Buloh
PY02
RRI
(simpanan)
PY03
Kampung Selamat
PY04
Sungai Buloh
Parking
PY05
Damansara Damai
PY06
Sri Damansara Barat
PY07
Sri Damansara Sentral
PY08
Sri Damansara Timur
Parking
PY09
Metro Prima
PY10
Kepong Baru
PY11
Jinjang
PY12
Sri Delima
PY13
Kampung Batu
Parking
PY14
Kentonmen
PY15
Jalan Ipoh
PY16
Sentul Barat
PY17
Titiwangsa
PY18
Hospital Kuala Lumpur
PY19
Raja Uda
PY20
Ampang Park
PY21
Persiaran KLCC
PY22
Conlay
PY23
Tun Razak Exchange
PY24
Chan Sow Lin
PY25
Bandar Malaysia Utara
(simpanan)
PY26
Bandar Malaysia Selatan(simpanan)
PY27
Kuchai
Parking
PY28
Taman Naga Emas
Parking
PY29
Sungai Besi
Parking
PY30
Technology Park
Parking(simpanan)
PY31
Serdang Raya Utara
Parking
PY32
Serdang Raya Selatan
Parking
PY33
Serdang Jaya
PY34
UPM
Parking
Depoh Serdang'
PY35
Taman Universiti
(simpanan)
PY36
Taman Equine
Parking
PY37
Putra Permai
PY38
16 Sierra
PY39
Cyberjaya Utara
Parking
PY40
Cyberjaya City Centre
PY41
Putrajaya Sentral
Parking

Stesen pertukaran

kawasan berbayar bersepadu
perjalanan tambang tunggal
kawasan berbayar tidak bersepadu
perjalanan tambang berbilang

Laluan MRT Putrajaya atauMRT 2, sebelum ini dikenali sebagaiLaluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (Laluan SSP), merupakan laluan kereta api transit aliran ke-12 serta sistem kereta api automatik dan tanpa pemandu keempat di kawasan Lembah Klang, selepas laluan-laluanKelana Jaya,Sungai Buloh–Kajang danBandar Utama–Klang, ia merupakan sebahagian daripadaSistem Transit Bersepadu Lembah Klang. Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan ini ditunjukkan dengan warna emas berserta petunjuk bernombor12.

Laluan ini merupakan salah satu daripada dua laluan kereta api yang dirancang di bawah projekTransit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT) oleh syarikatMRT Corp. Fasa pertama projek, di antaraKwasa Damansara sehinggaKampung Batu memulakan perkhidmatannya pada 16 Jun 2022. Fasa kedua yang selebihnya mula beroperasi pada 16 Mac 2023.

Jajaran laluan rel adalah sepanjang 52.2 kilometer (32.4 bt), di mana 13.5 kilometer (8.4 bt) terletak di bawah tanah.[2] Sejumlah 37 buah stesen, 11 daripadanya adalah di bawah tanah akan dibina.[3] Laluan ini merentang dari Kwasa Damansara di daerahPetaling hinggaPutrajaya dan akan melalui kawasan penduduk yang padat seperti Sri Damansara,Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak,Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC),Kuchai Lama,Seri Kembangan danCyberjaya.[4]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
 KG04  PY01  Stesenpertukaran rentas platform [en]Kwasa Damansara antaraLaluan Kajang danLaluan Putrajaya
 KG04  PY01  Platform tengah tingkat dua stesenKwasa Damansara
 KG04  PY01  Papan tanda platform tingkat satuKwasa Damansara, menunjukkan platform 3 menuju Laluan Putrajaya
Sepanduk pelancaran operasi Fasa 1 bertema "Keluarga Malaysia", di samping sebulan perkhidmatan percuma untuk semua pengangkutan awam di Lembah Kelang.

Perancangan awal dan pembinaan

[sunting |sunting sumber]

Projek MRT2 pada mulanya dirancangkan untuk dibina dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang, iaitu hampir menyamai jajaranLaluan Shah Alam.[5][6] Akan tetapi pada Oktober 2014, ia dipinda kepada jajaran dari Sungai Buloh, Selayang ke Pandan.[7]

Projek ini diluluskan oleh kerajaan persekutuan pada Mac 2015 dan diberi peruntukan RM23 bilion dalam Belanjawan 2015,[8][9] malah pembinaan dijangka bermula sekitar November 2015.[10][11] Akan tetapi, pembinaan tertangguh disebabkan pindaan yang dilakukan pada jajaran untuk melanjutkan laluan ke Putrajaya serta menyediakan sambungan kepada projek cadangan Kereta Api Berkelajuan Tinggi.[12] Pembinaan dimulakan secara rasmi pada September 2016 dengan upacara pecah tanah di tapak stesen MRTPutrajaya Sentral akan datang yang dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato' SeriNajib Tun Razak.[13][14]

Pada 10 Oktober 2017, berlakunya satu kejadian letupan di tapak pembinaan stesen MRT di Bandar Malaysia. Menurut polis, dipercayai bahawa letupan tersebut berpunca daripada sebuah bom lama yang terbiar dari Perang Dunia Kedua menerusi siasatan awal. Tiga orang pekerja warga Bangladesh cedera parah, malah dua daripada mereka kehilangan kaki sementara seorang lagi terluka di bahagian tangan dan kaki.[15]

Pada 3 Mac 2018, seorang pekerja pembinaan terkorban dan dua orang lagi terselamat apabila gantri pelancaran di tapak pembinaan MRT Jalan Jinjang tumbang pada sekitar jam 11:40 malam.[16]

Tender semula dan langkah penjimatan

[sunting |sunting sumber]

Ekoran pertukaran kerajaan pada Mei 2018, kerajaan persekutuan baharu pimpinan Pakatan Harapan mengusulkan langkah-langkah penjimatan untuk pelbagai projek kerajaan, termasuk projek MRT2, atas alasan hutang negara menggunung dan isu amalan pemberian tender secara rundingan terus. Pada Oktober 2018, Menteri KewanganLim Guan Eng mengumumkan keputusan untuk mengubah struktur projek serta menamatkan kontrak dengan MMC-Gamuda dan menender semula bahagian pembinaan laluan bawah tanah menerusi proses tender terbuka, disebabkan kegagalan pihak kerajaan dan MMC-Gamuda untuk mencapai kata sepakat berkenaan bahagian tersebut. Keputusan ini menimbulkan banyak bantahan dari pihak MMC-Gamuda dan para pekerja kerana 20,000 orang pekerja akan kehilangan kerja.[17][18][19] Disebabkan isu belanjawan dan tender semula inilah, kos pembinaan yang diusulkan oleh MMC-Gamuda tinggal separuh daripada yang diusulkan sbelum ini. Dua stesen Bandar Malaysia juga dibatalkan dan tersenarai sebagai simpanan. Kos pembinaan bahagian bawah tanah kini tinggal RM13.11 bilion. Oleh yang demikian, kos keseluruhan projek turun dari RM39.35 bilion kepada RM30.53 bilion, dan MMC-Gamuda menyelamatkan kontrak dan dibenarkan menyambung pembinaan.[20][21]

Fasa 1

[sunting |sunting sumber]

Pada 3 April 2021, pembinaan Fasa Satu (Kwasa DamansaraKampung Batu) sudah 97 peratus siap dan dijangka mula beroperasi pada Ogos 2021.[22] Akan tetapi, pembukaan tertangguh beberapa kali disebabkanPerintah Kawalan Pergerakan ekoran menularnyapandemik COVID-19,[23] serta perlunya melakukan ujian lanjutan di laluan berkenaan. Fasa Satu akhirnya dirasmikan oleh Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob pada 16 Jun 2022 jam 3.00 petang,[24] diiringi sebulan perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam RapidKL termasuk MRT.[25]

Fasa 2

[sunting |sunting sumber]

Pada 23 Disember 2022, Fasa Dua telah selesai pembinaan dan memasuki ujian kebersediaan operasi. Memandangkan ujian mengambil masa lama untuk lulus, maka tarikh pembukaan Fasa jatuh pada Mac 2023, iaitu lewat dua bulan daripada sasaran Januari 2023.[26]

Fasa Dua dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato' SeriAnwar Ibrahim diDepoh Serdang pada 16 Mac 2023 jam 3.00 petang.[27] Juga diumumkan perkhidmatan percuma untuk seluruh Laluan MRT Putrajaya dari 16 hingga 31 March 2023.[28]

Jumlah kos projek akhirnya terletak pada RM56.93 bilion.[29]

Reka bentuk stesen

[sunting |sunting sumber]

Konsep stesen bertingkat

[sunting |sunting sumber]
Semua stesen dilengkapipintu skrin platform (PSD), misalnya di stesen Sri Damansara Sentral ini.

Reka bentuk yang diusulkan untuk stesen bertingkat adalah berasaskan konsep "serambi" yang menggambarkan interaksi dan perhubungan di ruang masuk atau ruang legar seperti serambi di rumah kampung tradisional. Reka bentuk yang terpilih merupakan reka bentuk yang ringkas dan sukar ditelan zaman dan diperoleh dari pelbagai konsep reka bentuk termasuk konsep "zen" Jepun. Antara aspek-aspek lain termasuk ruang terbuka, pencahayaan dan pengudaraan semula jadi, dan kesan visual semula jadi yang terhasil daripada olahan cahaya dan bayang-bayang.[30]

Dibandingkan dengan reka bentuk Laluan Kajang, tiang-tiang terletak di pinggir stesen supaya suasana di dalam terasa lapang.

Konsep stesen bawah tanah

[sunting |sunting sumber]

Setiap stesen bawah tanah mempunyai tema sendiri, sama seperti Laluan Kajang. Antara reka bentuk yang dicadangkan terdiri daripada pemeliharaan pedesaan, memaparkan irama ombak, menggalakkan kesejahteraan, getaran, kehidupan, kebudayaan, acuan bentuk, diinspirasikan oleh alam semula jadi untuk menyelaraskan aliran.[30]

Senarai stesen

[sunting |sunting sumber]
Sebuah tren berlepas dariStesen MRT Damansara Damai
Paparan laluan dinamik menunjukkan tren dalam perjalanan ke Persiaran KLCC

Stesen Kwasa Damansara di samping stesen-stesenSungai Buloh danKampung Selamat pada mulanya dibina untuk Laluan Kajang. Ketiga-tiga stesen ini kini diserap ke dalam Laluan Putrajaya, maka Kwasa Damansara menjadi pertukaran antara kedua-dua laluan.

KodNamaGambarDibukaJenis platformKedudukanParkirLaluan Bas SambunganNama BekerjaPertukaran/Nota
 PY01 Kwasa Damansara16 Jun 2022Tengah bertingkatBertingkatT/BKota DamansaraTerminus utara MRT Laluan Putrajaya dan Kajang.

Pertukaran rentas platform [en] dengan KG04 MRT Laluan Kajang

 PY02 Institut Penyelidikan Getah (RRI)------RRIStesen dirancang[31]
 PY03 Kampung Selamat16 Jun 2022SisiBertingkatT/BT104 Kampung Baru Sungai Buloh
 PY04 Sungai BulohTengahT100 
T101 
T102 
T105 
T154 
T155 
T/BStesen pertukaran tanpa integrasi kawasan berbayar ke KA08 KTM Laluan Pelabuhan Klang dan ETS KTM ETS.
 PY05 Damansara DamaiTengahBertingkatT/BT103 T/B
 PY06 Sri Damansara BaratTengahT106 Sri Damansara West
 PY07 Sri Damansara SentralSisiT107 
T108 
T109 
Sri Damansara East
 PY08 Sri Damansara TimurTengahT110 
T111 
801 
Kepong SentralStesen sambungan ke KA07 Kepong Sentral untukKTM Laluan Pelabuhan Klang dan ETS KTM ETS.
 PY09 Metro PrimaTengahT112 
T113 
T114 
801 
T152 
Metro PrimaBas perantaraT112  ke KA06 Kepong untukKTM Laluan Pelabuhan Klang.
 PY10 Kepong BaruTengahT/BT115 Kepong Baru
 PY11 JinjangTengahMAGENTA 
CREAM 
T117 
Jinjang
 PY12 Sri DelimaTengahT/BCREAM 
T118 
T121 
Seri Delima
 PY13 Kampung BatuTengahMAROON 
T120 
173 
Kampung BatuStesen sambungan ke KC03 KTM Laluan Seremban.
 PY14 Kentonmen16 Mac 2023SisiBertingkat151 
173 
T119 
Kentonmen
 PY15 Jalan IpohTengahSepara tenggelamT/B

T119 
151 
173 

Jalan IpohBahagian landasan bawah tanah bermula selepas stesen ini
 PY16 Sentul BaratTengahBawah tanahT/BT180 
151 
173 
Sentul West

Tema: Pemeliharaan Pedesaan

 PY17 Titiwangsa
hkl
hkl
TengahT/BBLUE 
RED 
ORANGE 
254 
201 
302 
402 
170 
TitiwangsaStesen pertukaran ke AG3  SP3  MR11 LRT Laluan Ampang,LRT Laluan Sri Petaling danMonorel KL.

Cadangan pertukaran ke CC08 Laluan MRT Lingkaran.

Tema: Irama Ombak

 PY18 Hospital Kuala LumpurTengah mencapahT/BT/BHospital Kuala Lumpur

Tema: Galakan Kesejahteraan

 PY19 Raja Uda–UTMTengahT/B220 
302 
ORANGE 
Kampung Baru North

Tema: Getaran Warisan

 PY20 Ampang ParkBertingkatT/B303 
402 
Ampang ParkStesen sambungan dengan KJ9 LRT Laluan Kelana Jaya.

Tema:Vibrancy

 PY21 Persiaran KLCCBertingkatT/BT/BKLCC East

Tema: Nadi Kehidupan

 PY22 Conlay–Kompleks KrafTengahT/BT/BConlay

Tema: Penemuan Kebudayaan

 PY23 Tun Razak Exchange (TRX)Tengah bertingkatT/BT407 Tun Razak ExchangePertukaran rentas platform dengan KG20 MRT Laluan Kajang.

Tema: Korporat Islam

 PY24 Chan Sow LinTengahT/BT418 
T419 
580 
590 
Chan Sow LinStesen pertukaran ke AG11  SP11 LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling.

Tema: Acuan Bentuk

 PY25 Bandar Malaysia Utara--Bandar Malaysia NorthStesen dirancang[32]

Tema: Inspirasi Alam Semula Jadi

 PY26 Bandar Malaysia Selatan--Bandar Malaysia SouthStesen dirancang[32]

Cadangan pertukaran keKTM Laluan Seremban,ERL KLIA Transit and ETS KTM ETS.

Tema: Keselarasan Aliran

 PY27 Kuchai16 Mac 2023TengahBertingkatT585 
T586 
T587 
T588 
590 
Kuchai LamaCadangan pertukaran ke CC26 Laluan MRT Lingkaran
 PY28 Taman Naga EmasTengahT589 Taman Naga Emas
 PY29 Sungai BesiSisi590 
T559 
T560 
Sungai BesiStesen pertukaran ke SP16 LRT Laluan Sri Petaling.
 PY30 Taman Teknologi-----Technology ParkStesen dirancang
 PY31 Serdang Raya UtaraTengahBertingkatT561 
T562 
T563 
Serdang Raya North
 PY32 Serdang Raya SelatanTengahT564 Serdang Raya South
 PY33 Serdang JayaTengahT/B540 
T565 
T569 
SJ04 
Seri Kembangan
 PY34 UPMTengahT566 
T567 
T568 
UPMKeluar keUniversiti Putra Malaysia (UPM)
 PY35 Taman Universiti-Sisi---Taman UniversitiStesen dirancang
 PY36 Taman Equine16 Mac 2023TengahBertingkat540 
T542 
T543 
Equine Park
 PY37 Putra PermaiTengahT/BT544 
T545 
Taman Putra Permai
 PY38 16 SierraTengahT/B16 Sierra
 PY39 Cyberjaya Utara–FinexusTengahT504 
T505 
Cyberjaya North
 PY40 Cyberjaya City Centre–LimkokwingTengahT/BT506 
T507 
T/B
 PY41 Putrajaya SentralTengahT508 
T509 
T510 
T511 
T512 
506 
P108 
523 
Putrajaya SentralTerminus selatan. Stesen sambungan ke KT3 ERL KLIA Transit dan cadangan14Monorel Putrajaya.


Nota

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Tidak termasuk stesen tambahan dariLaluan Kajang dan stesen yang dibatalkanBandar Malaysia

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"PUTRAJAYA LINE STATIONS".Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2021. Dicapai pada1 January 2021.
  2. ^Hazril Hafiz (22 Jun 2018)."MRT jajaran Sg. Buloh-Serdang-Putrajaya diteruskan, dengan syarat kos pembinaan perlu dikurangkan".paultan.org. Dicapai pada12 Mac 2019.[arkib]
  3. ^Nurhayati Abllah; Suhael Adnan (11 Julai 2018)."MRT SSP kini 30 peratus siap".Berita Harian. Dicapai pada12 Mac 2019.
  4. ^"Fokus siapkan laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya pula - PM".Bernama. 3 Ogos 2017 – melalui Berita Harian.[arkib]
  5. ^"Draft Urban Rail Development Plan"(PDF).Draft Greater KL/ Klang Valley Land Public Transport Master Plan. SPAD. Dicapai pada22 February 2012.
  6. ^"Gamuda, MMC likely to get RM24.9bil KVMRT 2 tunnelling job".The Star. 15 May 2013.Diarkibkan daripada yang asal pada 15 December 2013. Dicapai pada2 September 2013.
  7. ^"Original plan was for new MRT2 to start from Sg Buloh and not Selayang".The Star Online.Diarkibkan daripada yang asal pada 5 May 2015. Dicapai pada27 April 2015.
  8. ^"MRT line 2 from Sg Buloh to Putrajaya gets green light".The Rakyat Post.Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada22 September 2014.
  9. ^"Budget 2015: Boon for construction".The Star Online.Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2014. Dicapai pada11 October 2014.
  10. ^Ch'ng, Brenda (3 December 2014)."Building of new MRT second line to begin next November".The Star. Star. Star Publication.Diarkibkan daripada yang asal pada 2 December 2020. Dicapai pada3 December 2014.
  11. ^"New alignment for Sg Buloh-Putrajaya MRT line proposed".The Star Online.Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2015. Dicapai pada3 April 2015.
  12. ^"New alignment for Sg Buloh-Putrajaya MRT line proposed".The Star Online.Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2015. Dicapai pada3 April 2015.
  13. ^"PM launches RM32b second MRT line to turn Klang Valley into world class city". 15 September 2016.Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2017. Dicapai pada1 June 2017.
  14. ^Abas, Azura; Aziz, Fazleena (15 September 2016)."MRT Sg Buloh-Serdang-Putrajaya Line to cut travel time to KL to 30 minutes". Dicapai pada23 September 2022.
  15. ^"Blast at MRT construction site caused by World War 2 bomb".NST Online (dalam bahasa Inggeris). 11 October 2017.Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2018. Dicapai pada4 March 2018.
  16. ^"Worker killed as launching gantry collapses at MRT construction site [NSTTV]".NST Online (dalam bahasa Inggeris). 4 March 2018.Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2018. Dicapai pada4 March 2018.
  17. ^"23% saved on MRT2 above-ground works, underground part to be retendered says Guan Eng - Nation | The Star Online".www.thestar.com.my.Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2018. Dicapai pada6 November 2018.
  18. ^"Termination of MMC-Gamuda MRT2 contract a Cabinet decision, says Guan Eng - Nation | The Star Online".www.thestar.com.my.Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2018. Dicapai pada6 November 2018.
  19. ^"Azmin confirms setting up of Cabinet committee to review MRT2 contract - Nation | The Star Online".www.thestar.com.my.Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2018. Dicapai pada6 November 2018.
  20. ^"MoF: MMC-Gamuda to continue underground MRT2, costs cut to RM13.11b".The Edge Markets. 26 October 2018.Diarkibkan daripada yang asal pada 29 October 2018. Dicapai pada29 October 2018.
  21. ^"Cabinet accepts MMC-Gamuda offer - Business News | The Star Online".www.thestar.com.my.Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2018. Dicapai pada6 November 2018.
  22. ^"Phase one of Putrajaya MRT line almost complete, operations scheduled to start in August | The Star".www.thestar.com.my.Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2021. Dicapai pada2021-04-03.
  23. ^"Putrajaya Line MRT Phase 1 Expected To Open In November 2021". 2021-07-08.Diarkibkan daripada yang asal pada 10 July 2021. Dicapai pada10 July 2021.
  24. ^"First phase of Putrajaya Line opens on June 16".Freemalaysiatoday. 21 May 2022. Dicapai pada2 June 2022.
  25. ^Muhamad, Hasimi."Berita gembira! Tambang percuma MRT, LRT, selama sebulan".Astro Awani. Dicapai pada16 June 2022.
  26. ^"Phase 2 of Putrajaya MRT Line fully operational in March".Freemalaysiatoday. 23 December 2022. Dicapai pada23 December 2022.
  27. ^"Putrajaya MRT line set for full opening on March 16".Freemalaysiatoday. 3 March 2023. Dicapai pada3 March 2023.
  28. ^"Free rides on Putrajaya MRT till March 31".Freemalaysiatoday. 16 March 2023. Dicapai pada16 March 2023.
  29. ^"Urban rail network a reality after almost a decade".The Star. 17 March 2023. Dicapai pada29 September 2023.
  30. ^ab"Stations".MRT Corp (dalam bahasa Inggeris).Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2018. Dicapai pada4 March 2018.
  31. ^"Putrajaya Line".MRT Corp (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada2023-03-04.
  32. ^abseetrustudio03."Sungai Besi Air Force Base (Bandar Malaysia Utara)".MRT Corp (dalam bahasa Inggeris).Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2021. Dicapai pada2021-09-07.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Gambaran keseluruhan
Tambang dan tiket
  • Koin Token
  • KadTouch 'n Go
  • Kad Laluan Komuter
  • Kad-KTMi
  • MyDebit Card
Suruhanjaya
Operator Utama
Kereta api antara bandar
Laluan utama
Kini
Masa depan
Perancangan
Digantung
Perkhidmatan
Kereta api komuter
pinggir bandar
Terkini
Laluan Lapangan Terbang
Terkini
Digantung
Rel Metro
LRT
Terkini
Masa Depan
Perancangan
Digantung
MRT
Terkini
Perancangan
Monorail
Terkini
Perancangan
Digantung
Laluan Sempadan
Terkini
Masa Depan
Rel Lainnya
People mover
Funicular
Pengangkutan Gondola
Pengeluar
Rolling Stock(s)
Antara Bandar
Komuter
Laluan Lapangan Terbang
LRT
MRT
Monorail
Lainnya
Depoh
Terkini
Masa Depan
Artikel berkaitan
Stesen ditandakan dalamcondong masih dalam pembinaan, belum dibuka, atau dalam perancangan.
Pengangkutan awam di Lembah Klang
Prasarana MalaysiaBhd.
Rapid BusSdn. Bhd.
Rapid KL
Rapid RailSdn. Bhd.
Rapid KL
Mass Rapid Transit
Corporation Sdn Bhd
Mass Rapid Transit
MyHSR Corp
Lain-lain
Alihan rel bandar diAsia Tenggara
Sabah
Selatan
Utara
Kawasan lain
Catatan: Laluan yang sedang dibina atau dirancang ditulis dalam bentukcondong.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Laluan_Putrajaya&oldid=6424668"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp