Laluan Ampang dan Sri Petaling لالوان امڤڠ دان سري ڤتاليڠ | |
---|---|
34![]() | |
![]() Kereta api berhenti di stesen Awan Besar | |
Umum | |
Nama lain | LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling |
Jenis | Alihan laju |
Sistem | Rapid KL - LRT KL Sistem 1 (LRT1) |
Status | Beroperasi |
Lokasi | Lembah Klang |
Terminal | AG01 SP01 Sentul Timur (utara) AG18 Ampang (timur) SP31 KJ37 Putra Heights (barat daya) |
Stesen | 36 + 2 stesen simpanan |
Perkhidmatan | i)Sentul Timur -Ampang ii)Sentul Timur -Putra Heights |
Penumpang harian | 170,814 (suku ke-4, 2018)[1] |
Penumpang | 60.96 juta (2018)[1] |
Nombor laluan | 3 dan4 |
Laman sesawang | myrapid |
Operasi | |
Dibuka | 16 Disember 1996; 28 tahun yang lalu (1996-12-16) |
Sambungan terakhir | 30 Disember 2016; 8 tahun yang lalu (2016-12-30) |
Pemilik | Prasarana Malaysia |
Pengendali | Rapid Rail |
Ciri | Bertingkat dan searas tanah |
Depot | Depot Ampang dan Depot Kuala Sungai Baru |
Stok kereta api | Pengangkutan rel ringan bersendi CSR Zhuzhou50 set kereta api enam gerabak[2] Lebar: 2.65 m (8 ka 8 in) Panjang: 84 m (276 ka) |
Teknikal | |
Panjang landasan | 45.1 km (28.0 bt) |
Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in)tolok piawai |
Pengelektrikan | Rel ketiga, 750 VDC |
Kelajuan operasi | Purata: 60 km/j (37 mph) |
3 - Laluan Ampang | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
4 - Laluan Sri Petaling | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Laluan Ampang danLaluan Sri Petaling ialah laluan kereta apialihan laju ketiga dan keempat diLembah Klang. Ia merupakan sebahagian daripadaSistem Transit Bersepadu Lembah Klang, di mana laluan ini dari Sentul Timur sehingga ke Ampang dan Putra Heights. Nama Laluan Ampang dinamakan sempena terminalnya iaitu stesenAmpang manakala bagi Laluan Sri Petaling, ia dinamakan sempena bekas stesen terminalnya,Sri Petaling. Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan-laluan Ampang dan Sri Petaling ditunjukkan dengan warnajingga danmerah manggis berserta petunjuk bernombor3 dan4 masing-masing.
Rangkaian laluan tersebut terdiri daripada landasan sepanjang 45.1 kilometer (28.0 bt) dengan 36 buah stesen dan dua stesen simpanan. Rangkaian ini juga menggunakan tolok landasanpiawai dan kereta api separa automatik, merupakan yang pertama seumpamanya di Lembah Klang.
Pada awal rangkaian ini bermula iaitu pada 1992, sistem ini dikenali sebagaiLRT STAR (singkatan bagiSistem Transit Aliran Ringan). Setelah syarikatRapid Rail mengambil alih operasi sistem ini pada 2005, nama sistem ini ditukar untuk merujuk kepada dua cabang sistem ini iaitu Laluan Ampang dan Sri Petaling.
Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling yang dahulunya dikenali sebagai LRT STAR (singkatan bagiSistem Transit Aliran Ringan), adalah sebuah laluan tren dengan dua cabang yang bermula di stesen Sentul Timur sehingga ke stesen Ampang dan stesen Sri Petaling melalui stesen Sow Lin station.
LRT STAR mula dicadangkan dalam Pelan Induk Pengangkutan 1981, apabila kerajaan mencadangkan sebuah rangkaian laluan LRT lines menghubungkan pusat bandar Kuala Lumpur dengan kawasan sekeliling.[perlu rujukan] Sebuah perjanjian telah dimeterai antara kerajaan dan STAR pada Disember 1992.[3]
Sistem asal (27.4 km) terdiri daripada 25 stesen yang akan dibina dalam dua fasa. Fasa I (12.5 km) terdiri daripada 13 (Ampang –Sultan Ismail) dan sebuah depoh berhampiran stesen Ampang. Fasa II (15 km) terdiri daripada 12 stesen (Chan Sow Lin –Sri Petaling, danSultan Ismail –Sentul Timur). Fasa I menelan kos sebanyak RM1.27 billion dan siap 5 bulan lebih awal daripada jadual manakala Fasa II menelan kos sebanyak RM 2.23 billion.[3] Fasa I dibuka secara percuma selama 9 hari kepada awam pada 8 Disember 1996 dan kutipan tambang bermula pada 16 Disember 1996.[4] Fasa II pula bermula operasi pada 11 Julai 1998.[perlu rujukan] Mengikut pelan asal, STAR akan bina, miliki dan mengurus STAR LRT tetapi STAR menghadapi masalah kewangan dan terpaksa diselamatkan oleh kerajaan.[5]
Jadi, pada tahun 2002,Prasarana mengambil alih laluan ini dan menukar nama LRT STAR ke laluan STAR. Operasi laluan ini dipindahkan kepasaRapid KL pada tahun 2004[perlu rujukan] dan laluan ini telah dijenamakan semula kepada Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling Line pada tahun 2005.[perlu rujukan] Laluan Ampang mengambil laluan cabang antara stesen Sentul Timur dan stesen Ampang, manakala Laluan Sri Petaling mengambil laluan cabang antara stesen Sentul Timur dan stesen Sri Petaling.
Pada tahun 2006, kerajaan mengumumkan projek Perluasan Laluan Ampang. Perluasan ini terdiri daripada 11 stesen baharu di sepanjang 17.7 kilometer landasan bertingkat daripada stesen Sri Petaling. Projek ini akan melanjutkan terminus Laluan Sri Petaling line dari Sri Petaling ke Putra Heights.[6] Tidak seperti laluan asal yang menggunakan sistem signalFixed-block, laluan dibawah projek perluasan ini akan menggunakan sistem signal Pengawalan Tren Secara Komunikasi (CBTC). Oleh itu, apabila empat stesen pertama dan empat stesen seterusnya yang masing-masing dibuka pada 31 Oktober 2015 and 31 Mac 2016, terdapat servis tren berasingan antara stesen Sri Petaling dan stesen Bandar Puteri.[7][8] Pengsignalan semula perlu dilakukan pada laluan asal sebelum laluan dibawah projek penyambuan dapat disatukan dengan laluan asal.Thales telah diberikan kontrak pada 3 September 2012 untuk menaik taraf sistem signal di laluan asal. Penaiktarafan sistem signal ini siap pada Julai 2016.[9][10]
Kod | Nama | Jenis platform | Pertukaran/Nota |
AG1 SP1 | Sentul Timur | Terminus(Sisi) | Terminus utara. |
AG2 SP2 | Sentul | Sisi | Bukan pertukaran dengan KC01 Sentul di laluan KTM Seremban biarpun sama nama. |
AG3 SP3 MR11 PY17 | Titiwangsa | Sisi | Pertukaran dengan MR11 untuk LaluanKL Monorail dan PY17 untukLaluan Putrajaya. |
AG4 SP4 | PWTC | Sisi | Berhubung dengan KA04 Putra dengan jarak jalan kaki 600 meter. |
AG5 SP5 | Sultan Ismail | Sisi | Berhubung dengan MR9 stesen Monorel Medan Tuanku. |
AG6 SP6 | Bandaraya | Sisi | Berhubung dengan KA03 Bank Negara dengan jarak jalan kaki 250 meter. |
AG7 SP7 KJ13 | Masjid Jamek | Sisi | Pertukaran dengan KJ13 Laluan Kelana Jaya. |
AG8 SP8 KG17 | Plaza Rakyat | Sisi | Pertukaran ke KG17 Merdeka untukLaluan Kajang melalui laluan pejalan kaki berpendingin hawa 180 meter |
AG9 SP9 MR4 | Hang Tuah | Sisi | Pertukaran dengan MR4 KL Monorail. |
AG10 SP10 | Pudu | Sisi | |
AG11 SP11 PY24 | Chan Sow Lin | Tengah | Pertukaran dengan PY24 untukLaluan Putrajaya. |
AG12 | Miharja | Sisi | |
AG13 KG22 | Maluri | Sisi | Pertukaran dengan KG22 untukLaluan Kajang. |
AG14 | Pandan Jaya | Sisi | |
AG15 | Pandan Indah | Sisi | |
AG16 | Cempaka | Sisi | |
AG17 | Cahaya | Sisi | |
AG18 | Ampang | Terminus(Tengah) | Terminus timur di samping cadangan pertukaran untuk MRT Laluan Lingkaran. |
Kod | Nama | Jenis platform | Pertukaran/Nota |
AG1 SP1 | Sentul Timur | Terminus(Sisi) | Terminus utara. |
AG2 SP2 | Sentul | Sisi | Bukan pertukaran dengan KC01 Sentul di laluan KTM Seremban biarpun sama nama. |
AG3 SP3 MR11 PY17 | Titiwangsa | Sisi | Pertukaran dengan MR11 untuk LaluanKL Monorail dan PY17 untukLaluan Putrajaya. |
AG4 SP4 | PWTC | Sisi | Berhubung dengan KA04 Putra dengan jarak jalan kaki 600 meter. |
AG5 SP5 | Sultan Ismail | Sisi | Berhubung dengan MR9 stesen Monorel Medan Tuanku. |
AG6 SP6 | Bandaraya | Sisi | Berhubung dengan KA03 Bank Negara dengan jarak jalan kaki 250 meter. |
AG7 SP7 KJ13 | Masjid Jamek | Sisi | Pertukaran dengan KJ13 Laluan Kelana Jaya. |
AG8 SP8 KG17 | Plaza Rakyat | Sisi | Pertukaran ke KG17 Merdeka untukLaluan Kajang melalui laluan pejalan kaki berpendingin hawa 180 meter |
AG9 SP9 MR4 | Hang Tuah | Sisi | Pertukaran dengan MR4 KL Monorail. |
AG10 SP10 | Pudu | Sisi | |
AG11 SP11 PY24 | Chan Sow Lin | Tengah | Pertukaran dengan PY24 untukLaluan Putrajaya. |
SP12 | Cheras | Sisi | |
SP13 | Salak Selatan | Sisi | Bukan pertukaran dengan KB03 Salak Selatan di laluan KTM Seremban yang jaraknya 500 m. |
SP14 | Bandar Tun Razak | Sisi | |
SP15 KB04 KT02 | Bandar Tasik Selatan | Tengah | Pertukaran denganLaluan Seremban danKLIA Transit. Di sinilah letaknyaTerminal Bersepadu Selatan. Bas pengantara T410 ke KG26 Taman Connaught untukLaluan Kajang. |
SP16 PY29 | Sungai Besi | Sisi | Pertukaran dengan PY29 untukLaluan Putrajaya. |
SP17 | Bukit Jalil | Sisi | Stesen berhubung denganStadium Nasional Bukit Jalil. |
SP18 | Sri Petaling | Sisi | Bekas terminus sebelum LRT dilanjutkan ke SP22 Kinrara BK5 pada Oktober 2015. |
SP19 | Awan Besar | Tengah | |
SP20 | Muhibbah | Sisi | |
SP21 | Alam Sutera | Sisi | |
SP22 | Kinrara BK5 | Sisi | Bekas terminus sebelum LRT dilanjutkan ke SP27 Bandar Puteri pada Mac 2016. |
SP23 | RRI | Sisi | Stesen akan datang di Bandar Kinrara (barangkali Kinrara BK3). |
SP24 | IOI Puchong Jaya | Sisi | |
SP25 | Pusat Bandar Puchong | Sisi | |
SP26 | Taman Perindustrian Puchong | Sisi | |
SP27 | Bandar Puteri | Tengah | Bekas terminus sebelum LRT dilanjutkan ke SP31 Putra Heights pada Jun 2016. |
SP28 | Puchong Perdana | Sisi | |
SP29 | Puchong Prima | Sisi | |
SP30 | RRI | Sisi | Stesen akan datang di Kampung Sri Aman. |
SP31 KJ37 | Putra Heights | Terminus(Tengah) | Southern terminus untuk LRT Sri Petaling di sampingLaluan Kelana Jaya. Pertukaran rentas platform dengan KJ37 untuk LRT Kelana Jaya. |
Tren baru enam gerabakCSR Zhuzhou digunakan untuk perkhidmatan diantara stesen Sri Petaling dan Putra Heights sehingga 16 Julai 2016. Penumpang tidak perlu menukar platform semenjak perkhidmatan penuh dilancarkan pada 17 Julai 2016.[11][12] Bermula 17 Julai 2016, stesen Putra Heights akan menjadi stesen terminal untuk perkhidmatan penuh antara Sentul Timur dan stesen ini, yang menggunakan tren baru enam gerabak.
Sebahagian atau kesemuasenarai sumber rencana inimungkin bukan daripadayang dipercayai. Sila membantu rencana ini dengan mencari yang lebih baik, sumber-sumber yang lebih dipercayai, atau dengan memeriksa sama ada rujukan memenuhi kriteria untuk sumber yang boleh dipercayai. Petikan yang tidak boleh dipercayai boleh dicabar atau dihapuskan.(October 2018) |
Sejak pelancarannya, Laluan Ampang pernah dicadangkan untuk merangkumi bentuk-bentuk perhubungan dengan sistem rel lain di rantau Lembah Klang. Apabila STAR Line dilancarkan pada tahun 1996,stesen Bandaraya menjadi stesen STAR pertama yang ditetapkan sebagai stesen penyepaduan yang berhubung denganstesen Komuter Bank Negara, sebuah stesenKTM Komuter yang terletak beratus-ratus meter jauhnya. Setelah lengkapnya bahagian Sri Petaling-Chan Sow Lin,stesen Bandar Tasik Selatan dibuka sebagai pertukaran yang lebih bersepadu antara aliran STAR dan KTM Komuter. Aliran ini kemudian merangkumi perhubungan dengan perkhidmatanPUTRA LRT,ERL danKL Monorail pada tahun-tahun berikutnya. Sistem ini kini mempunyai sejumlah lima buah stesen yang berhubung dengan sistem rel yang lain.
Laluan Ampang ialah satu-satunya sistem rel dalam rangkaian transit rel Kuala Lumpur yang tidak berhenti di dalam datu berdekatanKL Sentral.
Sebahagian atau kesemuasenarai sumber rencana inimungkin bukan daripadayang dipercayai. Sila membantu rencana ini dengan mencari yang lebih baik, sumber-sumber yang lebih dipercayai, atau dengan memeriksa sama ada rujukan memenuhi kriteria untuk sumber yang boleh dipercayai. Petikan yang tidak boleh dipercayai boleh dicabar atau dihapuskan.(October 2018) |
|dead-url=
ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)|dead-url=
(bantuan);|access-date=
requires|url=
(bantuan)