Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Lagu Cinta Kita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lagu Cinta Kita
Berdasarkan daripada
Love At First Song olehCJ ENM
Format
  • Muzik
  • Hiburan
  • Realiti
Pencipta
  • Kim Ji-hee
  • Helena Chang
  • Daniel Sun
Ditulis oleh
  • Tengku Sahilawati Tengku Jehori (1)
  • Noorfariza Hishamuddin (2)
  • Josephine Phen (3)
Pengarah
  • Saif Saharuddin (1,3)
  • Muhd Sufian Isa (2)
Pengacara
Juri
Negara asal Korea Selatan
 Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim3
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Tengku Sahilawati Tengku Jehori (1)
  • Muhd Sufian Isa (2)
  • Shazreena Kassim (3)
Penerbit
  • Muhd Sufian Che Isa (1-2)
  • Saif Saharuddin (3)
Pemasangan kamera
Tetapan kamera-utama
Tempoh siaran90-110 minit
Syarikat penerbitan
Media Prima Berhad
Penyiaran
Saluran asalYouTube
TV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal19 April 2019 – 26 Disember 2021

Lagu Cinta Kita ialah sebuah rancangan televisyen realiti Malaysia yang berdasarkan daripada rancangan TV realiti Korea Selatan,Love At First Song terbitanCJ ENM. Program ini telahpun disiarkan bermula pada 19 April 2019 sehingga 26 Disember 2021 sebanyak 3 musim pada setiap hari Ahad jam 9 malam diTV3.

Format rancangan

[sunting |sunting sumber]

Konsep

[sunting |sunting sumber]

Lagu Cinta Kita menampilkan 36 orang peserta yang akan dipadankan kepada 18 pasangan duet. Para peserta tidak akan mengetahui siapakah pasangan duet masing-masing sehingga berada di atas pentas. Ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang masih bujang, berumur antara 18 hingga 35 tahun dan berbakat dalam nyanyian. Ia adalah satu bonus kepada mereka yang pandai bermain alat muzik. Mereka yang berminat telah muat naik video uji bakat iaitu nyanyian berdurasi selama 1 minit di akaun Instragram masing-masing dengan menggunakan "#LaguCintaKita". Hanya 100 peserta disenarai pendek daripada jumlah penyertaan di atas talian untuk hadir ke sesi uji bakat tertutup.

Pusingan

[sunting |sunting sumber]

Di pusingan awal, 36 peserta akan dipadankan mengikut giliran iaitu 6 pasangan (episod 1), 6 pasangan (episod 2) dan 6 pasangan (episod 3). Para peserta memilih lagu mengikut urutan yang ditetapkan oleh juri tetap berdasarkan vokal mereka. Kemudian, peserta dipadankan dengan pasangan duet mengikut pilihan lagu yang sama. Di awal persembahan, mereka akan bernyanyi di dua pentas yang berbeza. Mereka memerlukan undian penonton rumah untuk mengalihkan dinding pemisah di antara pentas mereka. Ketika itu barulah para peserta dapat melihat siapakah pasangan duet mereka. Selepas itu, persembahan mereka perlu mendapatkan undian daripada kesemua juri supaya pentas dicantumkan dan mara ke pusingan seterusnya.

Hanya 10 pasangan duet akan meneruskan perjalanan ke episod ke-4, ‘Love Camp Song’. Mereka akan diberikan peluang untuk mengenali sesama sendiri dalam pelbagai aktiviti yang disediakan. Mereka juga akan diberikan tugasan yang menguji keserasian dan sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan antara peserta. Setiap pasangan duet juga akan diberikan tajuk lagu yang akan dipertandingkan di pentas Lagu Cinta Kita Ke-2. Bermula peringkat ini, penilaian persembahan terletak di tangan panel juri sepenuhnya. Satu pasangan duet akan disingkirkan dalam episod ini.

Memasuki episod ke-5 & ke-6, sembilan pasangan yang masih bertahan akan berhadapan dengan ujian yang lebih getir dimana mereka akan membuat persembahan mengikut tema mingguan yang ditetapkan. ‘Cinta Sepanjang Zaman’ yang fokus kepada seleksi lagu cinta popular di era tahun 60an hingga 90an dan ‘Cinta Antara Benua’ yang akan membawa penonton mengimbau lagu-lagu romantis dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan dan lain-lain.

Di peringkat ini, sudah tentu peserta yang masih bertanding mahu kekal dengan pasangan duet masing-masing kerana keserasian yang sudah tercipta. Tujuh pasangan duet yang bakal bertanding di pusingan separuh akhir. Selepas itu, hanya lima pasangan yang akan berentap di pusingan akhir yang dijangka berlangsung pada 3 Januari 2020. Juara Lagu Cinta Kita Ke-2 bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM 50,000, manakala tempat kedua berjumlah RM 30,000, tempat ketiga berjumlah RM 20,000, tempat keempat berjumlah RM 15,000 dan tempat kelima berjumlah RM 10,000.

Musim 1 (2019)

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Lagu Cinta Kita (Musim 1)

Musim pertama Lagu Cinta Kita telah disiarkan sebanyak 5 episod bermula 19 April sehingga 5 Mei 2019. Seramai lapan pasangan telah terpilih daripada ujibakat secara tertutup namun hanya lima pasangan yang dipilih ke pusingan seterusnya. Dihoskan olehNana Mahazan dan manakala juri tetap adalahHael Husaini danScha Al-Yahya disertai juri jemputan setiap minggu.

Manakala pada 5 Mei 2019, pasangan Naqi dan Ayuni telah dinobatkan sebgai juara Lagu Cinta Kita musim yang pertama dimana mereka telah berjaya menewaskan tiga lagi pasangan pada pusingan akhir.

Musim 2 (2020–2021)

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Lagu Cinta Kita (Musim 2)

Musim kedua rancangan ini disiarkan dari 8 November 2020 hingga 3 Januari 2021, dihoskan olehElly Mazlein bersama pasangan hos iaituAzwan Ali.Hael Husaini kekal sebagai juri tetap bersamaMas Idayu. Mereka berdua akan ditemani oleh seorang juri jemputan pada setiap episod.

Musim kedua juga menampilkan selebriti popular yang berlainan pada setiap episod. Elly menggalas tugas sebagai panelis cinta untuk memberi komen tentang keserasian dan berkongsi kisah cinta romantis sendiri dengan pasangan berduet. Lebih menarik lagi, penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi popular tanah air sepanjang siaran lapan episod ini. Khareez Kasbullah danNadeera Zaini telah dinobatkan sebagai juara.

Musim 3 (2021)

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Lagu Cinta Kita (Musim 3)

Pada 5 Disember 2021, rancangan ini telah ditunda dan digantikan dengan drama bollywood iaituKabhi Kushi Kabhi Gham.[1]

Namun program ini kembali bersiaran pada 12 Disember 2021.[2] Pada 26 Disember 2021, Syafeek & Zazo berjaya dinobatkan sebagai juara Lagu Cinta Kita musim 3 dimana mereka berjaya menewaskan empat lagi pasangan pada pusingan akhir tersebut.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Malam ni kami membawakan sedikit kelainan! Istimewa buat peminat hindustan! Kabhi Khushi Kabhie Gham akan bersiaran jam 9mlm ini! Selamat menonton dan semoga terhibur!
  2. ^Untuk makluman semua, Lagu Cinta Kita 3 malam ini terpaksa ditunda dan akan bersambung pada minggu hadapan🙏

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Bual bicara
Berita
Isu semasa
Maklumat
Hiburan
Rancangan hiburan
Anugerah tahunan
Keagamaan
Berkaitan
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Lagu_Cinta_Kita&oldid=5625181"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp