Ladam moden lazim sekali diperbuat daripadakeluli lalu dipakukan pada dinding telapuk.Beraneka bentuk ladam, termasuk plat lumba aluminium (berwarna cerah) dan ladam-ladam yang digunakan untuk lembu di kanan bawah.
Ladam merupakan barang buatan yang lazimnya diperbuat daripadalogam, namun sesetengahnya diperbuat daripada bahan sintetik moden, yang direka untuk melindungi telapukkuda daripada kehausan. Ladam dilekapkan pada permukaan kura telapuk, yang biasanya dipakukan ke dalam bahagian telapuk yang tidak merasa sakit, malah beranalogi dengankuku manusia tetapi lebih tebal dan keras. Bagaimanapun, ladam juga boleh digamkan pada telapuk.
Pemasangsuaian ladam merupakan pekerjaan profesional yang dilakukan olehtukang ladam yang khusus dalam penyediaan kaki, menilai kemungkinan kaki lemah, serta memasang ladam yang sesuai, termasuk ciri-ciri pembetulan jika perlu. Di sesetengah negara seperti United Kingdom, undang-undang mengehadkan kerja memasang ladam kepada mereka yang memiliki kelayakan dan pengalaman tertentu sahaja. Sementara di negara lain seperti Amerika Syarikat, di mana tidak perlunya perlesenan profesional, pertubuhan profesional membekalkan program pensijilan yang mengumumkan tukang ladam yang bertauliah.
Laman terdapat dalam pelbagai bentuk dan bahan buatan untuk pelbagai jenis kuda dan pekerjaan kuda. Bahan-bahan yang paling lazim digunakan ialahkeluli danaluminum, bahkan terdapat ladam-ladam khusus yang diperbuat daripadagetah,plastik,magnesium,titanium, atautembaga.[1] Keluli lebih digemari untuk sukan-sukan yang memerlukan ladam yang kuat dan tahan lama sepertipolo,eventing,show jumping, danwestern riding. Ladam aluminum pula lebih ringan, oleh itu lebih digunakan untuklumba kuda yang menggemari ladam yang ringan. Ladam aluminum juga memudahkan sesetengah gaya gerakan, dan oleh itu digemari untuk acaradressage.[2] Sesetengah ladam mempunyai tetimbul di bahagian jari kaki dan/atau tumit untuk menambah cengkaman.
Ladam juga digunakan sebagaitangkal yang membawatuah. Sesetengah orang percaya bahawa menggantung ladam dengan hujung-hujungnya terhala ke atas dianggap membawa tuah kerana bertindak sebagai suatu penangkap tuah, sementara menggantungnya dengan hujung-hujungnya terhala ke bawah membawa malang kerana menggugurkan semua tuah. Orang lain pula percaya bahawa ladam seharusnya digantung dengan hujung-hujungnya terhala ke bawah untuk mencucurkan tuah kepada orang-orang sekeliling.[3] Terdapat sejenis ladam khas yang digunakan untuk permainan lontar ladam.
Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang didomain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911).Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press.Missing or empty|title= (bantuan)