El Himno de Bayamo (Lagu Bayamo) merupakanlagu kebangsaanCuba. Lagu ini pertama kali dipersembahkan semasa Pertempuran Bayamo pada tahun1868.Perucho Figueredo, yang mengambil bahagian dalam pertempuran itu, menulis dan menggubah lagu ini. Melodi ini, juga dikenali sebagaiLa Bayamesa, digubah oleh Figueredo pada tahun1867. Pada20 Oktober1868 angkatan tentera Cuba menerima penyerahan kuasa pihak Sepanyol di Bayamo, orang ramai yang gembira mengelilingi Figueredo dan minta beliau supaya menulis sebuah lagu dengan melodi yang mereka nyanyikan. Semasa duduk di atas kudanya, Figueredo menulis lirik lagu ini, yang lebih panjang daripada versi rasmi kini. Figueredo ditawan dan dihukum bunuh oleh pihak Sepanyol selepas 2 tahun. Sebaik saja sebelum skuad penembak menerima arahan menembak, Figueredo menjerit ayat ini daripada lagunya:Morir por la Patria es vivir. Lagu ini mula digunakan secara rasmi pada tahun1902 dan dikekalkan selepasrevolusi tahun1959. Pengaturan yang biasa digunakan, tanpa penghargaan di Cuba, dipercayai dibuat oleh Jose Norman, penulis Pete Cuba[1]Diarkibkan 2016-03-05 diWayback Machine. Penggubah CubaAntonio Rodriguez-Ferrer, merupakan penulis nota pengenalan muzik bagi lagu kebangsaan Cuba ini.
Selain daripadaHimno de Bayamo, terdapat dua lagi lagu nagara Cuba yang terkenal iaituLa Bayamesa. Bayamesa, dipercayai sebagai lagu pertama Cuba oleh sesetengah orang, telah dicipta pada 1851 olehCarlos Manuel de Céspedes dan José Fornaris atas permintaan rakan mereka Francisco Castillo Moreno. Moreno juga kadang-kala turut dihargai atas sumbangan beliau dalam mencipta lirik tersebut. Pada 1918, komposer dan pemuzik Sindo Garay dariSantiago de Cuba menggubah sebuah lagu bertajukMujer Bayamesa; yang kemudiannya dipendekkan menjadiLa Bayamesa.
Al combate, corred, Bayameses,
Que la Patria os contempla orgullosa;
No temáis una muerte gloriosa,
Que morir por la Patria es vivir.
En cadenas vivir, es vivir
En afrenta y oprobio sumido;
Del clarín escuchad el sonido;
¡A las armas, valientes, corred!
Ayuh berperang, lelaki Bayamo,
Tanah air melihatmu dengan penuh bangga,
Jangan takut akan kematian agung,
Kerana berkorban untuk negara adalah untuk hidup.
Untuk hidup dalam belenggu,
Adalah untuk hidup dalam malu dan cemuhan,
Dengar bunyi semboyan itu,
Ayuh, si berani, berperang!