Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

LaTeX

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jangan terkeliru denganlateks.
Logo LaTeX yang diatur menggunakan LaTeX

LaTeX ialah sebuahbahasa penanda dokumen dansistem penyediaan dokumen untukatur caraatur hurufTeX. Namanya ditulis sebagaiLATEX{\displaystyle \mathrm {L\!\!^{{}_{\scriptstyle \mathrm {A} }}\!\!\!\!\!\;\;\mathrm {T} \!_{\displaystyle \mathrm {E} }\!\mathrm {X} } } dalam sistem atur hurufnya.

LaTeX kini digunakan secara meluas oleh ahli-ahli matematik, sains, falsafah, jurutera, sarjana dalam dunia akademik dan perdagangan, serta juga oleh ahli-ahli profesional yang lain.[1] Sebagai format utama atau perantaraan (misalnya untuk menterjemahkanDocBook dan format-format berasaskanXML yang lain kepadaPDF), LaTeX digunakan kerana mutu atur hurufnya yang boleh dicapai olehTeX.

Sistem set taip ini menawarkan ciri-ciripenerbitan meja boleh atur cara serta banyak kemudahan untuk mengautomatikkan kebanyakan aspek atur huruf dan penerbitan meja, termasuk penomboran dan rujukan silang, jadual dan angka, bentangan halaman, serta bibliografi.

LaTeX bertujuan untuk membekalkanbahasa aras tinggi yang dapat mempergunakan kuasa TeX. Ia pada dasarnya terdiri daripada sebuah himpunanmakro TeX dan sebuah atur cara untuk memproses dokumen-dokumen LaTeX. Oleh sebab perintah-perintah penformatan TeX adalah amat rendah arasnya, LaTeX adalah jauh lebih mudah untuk digunakan oleh para pengguna akhir.

LaTeX pada asalnya ditulis olehLeslie Lamport pada dekad1980-an diSRI Antarabangsa.[2] Ia telah menjadi kaedah yang terutama untuk menggunakan TeX — tidak banyak orang masih menulis dalam TeX biasa. Versi terkini ialahLaTeX2e (LATEX2ε{\displaystyle \mathrm {L\!\!^{{}_{\scriptstyle \mathrm {A} }}\!\!\!\!\!\;\;\mathrm {T} \!_{\displaystyle \mathrm {E} }\!\mathrm {X} } \,2_{\displaystyle \varepsilon }}).

LaTeX, sebagaimana dengan TeX, ialahperisian bebas.

Contoh

[sunting |sunting sumber]

Contoh lazim

[sunting |sunting sumber]

Berikut ialah contoh dokumenHello world! ("Helo dunia!") yang ditulis dengan penanda LaTeX:

\documentclass[12pt]{article}\begin{document}Helo dunia!\end{document}

Paparan:

Helo dunia!{\displaystyle {\text{Helo dunia!}}}

Contoh lebih kompleks

[sunting |sunting sumber]

Contoh di bawah ini menunjukkan input dan output LaTex:

\documentclass[12pt]{memoir}\usepackage{amsmath}\usepackage{framed}\usepackage{abc}\title{}\date{}\begin{document}\pagenumbering{gobble}\clearpage\thispagestyle{empty}\LaTeX{} ditulis oleh Leslie Lamport pada tahun 1984. Versi mutakhir perisian ini ialah\LaTeXe.% Ini ialah ulasan atau komen yang tidak dipaparkan dalam output.% Kod berikut menampilkan kuasa LaTex mengatur huruf:\PoemTitle*{\textbf{Oda buat\LaTeX{}}}\PlainPoemTitle\settowidth{\versewidth}{Nampak gaya hanya\LaTeX{} yang mampu}\begin{qframe}\begin{verse}[\versewidth]\ldots\\ Pergi ke hutan berbekal buluh,\\ Terserempak dengan seekor singa,\footnotemark\\ Larilah landak, larilah kekek,\\ Meredah paya, buaya keliru;\\\hspace{2.0em}Kalau mahu mengatur huruf,\\\hspace{2.0em}Huruf pula berbunga-bunga,\\\hspace{2.0em}\textsc{Emacs}\footnotemark tersedak, Word\footnotemark lagi tercekik,\\\hspace{2.0em}Nampak gaya hanya\LaTeX{} yang mampu.\end{verse}\begin{flushright}{\itshape Awanama}\end{flushright}\end{qframe}\begin{abc}[name=c-dur]        X: 1         L: 1/4        M: 3/4        K: C         "Pengaturan huruf tatatanda muzik dan matematik" z2 A B|[c2A,4] c/2 c|\end{abc}\footnotetext[1]{Sejenis binatang buas}\footnotetext[2]{Sejenis editor teks sumber terbuka}\footnotetext[3]{Sejenis pemproses kata proprietari}\nopagebreak[4]\begin{align}    E&= mc^2\\    m&=\frac{m_0}{\sqrt{1-\frac{v^2}{c^2}}}\end{align}\end{document}


Hasilan LaTeX

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Apakah itu TeX, LaTeX dan kawan-kawannya?".
  2. ^Leslie Lamport (23 April 2007)."Karya Leslie Lamport: LaTeX: Sebuah Sistem Penyediaan Dokumen".Laman Web Leslie Lamport. Dicapai pada2007-04-27.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Ketahui lebih lanjut tentangLaTeX diWikipedia:
d:Maklumat dari Wikidata
Takrifan dari Wikikamus
Imej dan media dari Commons
Sumber pembelajaran dari Wikiversity
Berita dari Wikiberita
Petikan dari Wikipetikan
Teks sumber dari Wikisumber
Buku teks dari Wikibuku
Antarabangsa
Kebangsaan
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=LaTeX&oldid=6523718"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp